Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Tuesday, October 18, 2011

PAS menyokong murtad melalui Ambiga dan menolak Anti Murtad melalui HIMPUN

HIMPUN akan menganjurkan Himpun Sejuta Umat di Stadium Shah Alam pada 22hb Oct ini. Tujuan Himpun Sejuta Umat ini adalah seperti berikut:

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Sumber


Semua umat islam dijemput hadir tetapi malang sekali PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan bersama. Di bawah adalah "press release" Presiden PAS mengenai perkara tersebut:-



PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Oleh yang demikian marilah kita renung sejenak dan bandingkan penglibatan PAS dalam perhimpunan BERSIH yang diketuai oleh PEJUANG MURTAD iaitu Ambiga.

Presiden pas telah menyeru:-
1 "PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama".....HIMPUN akan mengadakan perhimpunan di stadium berbanding BERSIH yang di sertai PAS mengadakan perarakan di Ibu Negara dan telah mengetepikan undang-undang dan juga seruan PM agar dibuat di stadium.

2 "PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya".....Perhimpunan haram BERSIH tu apa dia?

3 "Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam"...tetapi kenapa taknak bersama dan menyokong Himpun?

4 "PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai"....secara damai?????Apakah perhimpunan BERSIH yang di sokong dan disertai PAS dakwah secara damai? Himpun akan mengadakan perhimpunan di Stadium oleh itu mestilah damai. Bukannya di jalanan seperti BERSIH dimana harta benda awam rosak.

Kami diPGP menganggap PAS adalah parti yang hipokrit dan hanya menguna islam untuk memperjuangkan politik. Ini amat berbeza dengan UMNO yang mengunakan politik untuk memperjuangkan Islam. Disebabkan politik, PAS buangkan koncep Islam dan menyokong pejuang murtad Ambiga tetapi bila tujuan sebenar untuk memertabatkan agama islam iaitu melalui penerangan tentang kesucian Islam dan mana letaknya islam didalam pelembagaan negara maka PAS tak akan bersama menyokong. Ini adalah kerana takut hilang undi kawan-kawan kafir di dalam pakatan.

Kami di PGP juga menyeru ahli PAS yang masih lagi ISLAM supaya buanglah bendera pada 22hb ini dah sertai perhimpunan ini. Mari kita tunjuk bahawa ISLAM berdiri megah di Nusantara melalui bangsa melayu tanpa bendera politik PAS, UMNO ataupun PKR.

Sunday, October 16, 2011

Syabas Kedai 1Malaysia

Pada bulan june yang lalu, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah merasmikan kedai 1Malaysia yang pertama di Station LRT Kelana Jaya. Baru-baru ini, beliau telah mengumumkan tiga lagi kedai yang akan dibuka. Tujuan kedai 1Malaysia adalah untuk membantu golongan pendapatan sedarhana dan rendah di pekan-pekan di seluruh Malaysia. Dengan kenaikan harga barang yang tidak setimpal dengan gaji golongan tersebut, kedai 1Malaysia dapat meringankan beban golongan gaji sederhana dan rendah. Barangan di kedai tersebut harganya jauh berbeza daripada kedai-kedai runcit lain. Dengan pengumuman pembukaan 3 lagi kedai dalam masa terdekat maka nampaklah serious kerajaan Najib dalam inisatif ini. Yang paling beruntung adalah golongan yang sebut tadi. Yang tidak disebut adalah golongan yang rugi. Oleh itu, golongan manakah yang akan rugi dengan inisiatif terbaru ini?

Golongan yang rugi adalah golongan peniaga runcit yang semua tahu di monopoli oleh satu kaum iaitu kaum cina. Persatuan-persatuan perniaga dan peruncit cina di seluruh Malaysia mula nak bersuara tetapi berdiam diri buat masa ini. Mereka hanya memberi pendapat bahawa 70% peruncit cina akan gulung tikar memandangkan kedai 1Malaysia boleh menjual produk 30% hingga 40% lebih murah dan kualitinya setanding. Dengan adanya kedai 1Malaysia, peruncit ini tidak dapat bersekongkol dengan pemborong untuk menaikan harga barang sewenang-wenangnya terutamanya di musim raya. Peruncit yang bersekongkol dengan pemborong akan menuduh pemborong bahawa harga barang naik. Dan bila ditanya pemborong pula, banyak alasan yang diberi seperti bekalan tak cukup. Padahal, mereka sendiri yang menyorok barang supaya harga naik. Semua tahu perkara ini tetapi tidak boleh buat apa-apa. Dengan adanya kedai 1Malaysia, sedikit sebanyak harga boleh di kawal. Bagaimana harga di kedai runcit liow naik manakala harga di kedai 1Malaysia masih sama atau lagi murah? Kedai runcit liow tak boleh tuduh pemborong dan pemborong tak boleh guna alasan tak masuk akal.

Buat masa ini peruncit cina tak buat bising. Hanya mengeluarkan pendapat. Ini adalah kerana pihak kerajaan telah melakukan "check-mate" kerana kedai 1Malaysia adalah untuk kebaikan rakyat jelata yang merupakan majoriti. Persatuan peruncit dan persatuan- persatuan lain tak boleh meroyan atau berdemonstrasi sebab berbuat demikian hanya menunjuk bahawa mereka tidak mementingkan penguna dan hanya mementingkan untung tidak kira seksa rakyat.

Oleh yang demikian, kami di PGP menyokong penuh inisiatif ini dan bagi peruncit-peruncit cina, jangan sewenang-wenang menaikan harga barang ok!