Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Wednesday, April 20, 2011

Bukalah Mata Melayu Terutamanya Ketua Melayu Najib Tun Razak!

Ini adalah petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.....''

Malangnya kaum cina sekarang, jika kita mengingati perkara di atas jawapan mereka adalah...."mengapa kami terpaksa ikut apa yang telah di janji oleh tok nenek kami 7 generasi lalu". Inilah jawapan yang sering kedengaran dari kaum cina yang menyokong DAP. Kita tidak pulak kedengaran orang melayu berkata "mengapa hari ini perlu kita berjiran dengan cina apabila kewarganegaraan telah diberi kepada mereka oleh tok nenek kita 7 generasi dahulu".

Kerajaan telah melaksanakan slogan 1Malaysia dan akibatnya, kaum ini bertanya pula apa makna 1Malaysia? Di dunia ni ada dua Malaysia ke? Mereka akan buat mcm tidak tahu koncep tersebut apabila terus terang telah dikatakan 1Malaysia adalah koncep dimana rakyat Malaysia adalah satu mengikut pelembagaan. Yang pelik ada melayu pun buat-buat tak faham! Pelembagaan sendiri tidak tahu, tetapi "fifth commentment" senang senang dihuraikan oleh mereka iaitu satu-satu "rights" dalam pelembagaan Amerika.

Pilihanraya Sarawak menunjukan peribumi/melayu memberi kemenangan kepada BN. Kaum cina langsung tidak memberi undi kepada BN. Melayu PAS ditipu hidup-hidup apabila calon mereka diletakan d kawasan melayu. Memang akan kalah. Mengapa DAP tidak meletakan calon PAS di satu atau dua kawasan Parliment yang penuh kaum cina?

Wahai Pedana Menteri Najib Razak, jangan sekali-kali meletakan calon MCA atau MIC di kawasan melayu. Pastikan mereka berentap di kawasan kaum mereka. Kawasan melayu dah cukup banyak untuk memastikan kemenangan kepada BN. Kawasan- kawasan cina dimana calon parti komponen bertanding akan tumbang kepada DAP. Akibatnya, BN akan kuasai parliment dengan orang Melayu Umno, pembangkang akan diwakili oleh Cina DAP. Sebagai majoriti di Parlimen, kita ajar kaum cina dengan dasar2 yang lebih memihak kepada orang melayu............first order of business, bubarkan sekolah jenis kebangsaan cina dan india. Di situlah bermulanya perpecahan kaum dimana orang cina hanya untuk orang cina.

Kami di PGP amat sokong dengan kenyataan AMIR HAMZAH @PRIBUMI PERKASA yang berbunyi:

Dengar Sini Najib!

BN yang menang 55 kerusi di Sarawak majoritinya daripada kawasan undi Melayu-Melanau dan bumiputera perlulah dibela secukupnya. Mereka ini lah yang membantu kerajaan sekarang mengekalkan kuasa. Mereka inilah yang patut dihargai dan diraikan dengan pelbagai keistimewaan. Masyarakat Pribumi dan Melayu Sarawak yang selama ini mendakwa mereka jadi masyarakat kelas kedua perlu diberi perhatian setelah diketepikan semata-mata mahu menambat hati kaum yang sentiasa menangguk di air keruh.

Keadaan yang sama juga perlu dilakukan di Semenanjung bila mana Melayu yang sepatutnya mendapat keistimewaan sering dipinggirkan daripada arus perdana ekonomi negara. Orang Melayu di kampung-kampung ini lah yang setia kepada kerajaan, bukannya Melayu yang hidup mewah di bandar besar. Mereka ini pergi mengundi pun tidak. Kami di kampung-kampung ini lah yang menjadi benteng terakhir kerajaan mempertahankan kuasa. Hargai lah kami Melayu-Melayu kampung yang setia kerana kami tahu hanya kerajaan ini saja lah yang dianggap terbaik jika dibandingkan dengan yang lain.

AMIR HAMZAH @PRIBUMI PERKASA

Tuesday, April 19, 2011

PENOLAKAN KONCEP PENGKONGSIAN KUASA OLEH PENGUNDI CINA

Masyarakat Melayu di Sarawak hanya mewakili 23 peratus penduduk dan merupakan kaum majoriti yang ketiga terbesar di negeri itu. Manakala masyarakat Cina pula adalah merupakan kaum kedua terbesar di Sarawak.

Namun, Pilihanraya DUN Sarawak kali ini membuktikan bahawa pribumi Sarawak tidak memerlukan undi kaum Cina untuk memenangi majoriti 2/3 di sana. Pribumi Sarawak setia pada BN yang selama ini begitu komited memberikan yang terbaik untuk rakyat Sarawak.

Dalam Pilihanraya Sarawak baru-baru ini, kita boleh lihat trend pengundi cina yang inginkan DAP berkuasa maka undi mereka diberi kepada DAP. DAP menang 2 kali ganda kerusi yang dipertandingkan berbanding 2006 lalu. Kesemua tempat yang DAP menang adalah di kawasan majority kaum cina. Calon SUPP yang mewakilli BN untuk mendapat sokongan kaum cina ditolak sama sekali. Ini menunjukan kaum cina tidak lagi komited kepada semangat perkongsian kuasa yang di bawa oleh BN sejak merdeka lagi. Mereka memandangkan DAP sebagai satu cara untuk mendapat kerajaan cina di Malaysia seperti yang berlaku di Perak selama 11 bulan, dimana tanah sewenang-wenangnya diberi kepada hanya kaum cina. Kaum lain tidak diberi tanah dengan status 999 tahun. Hanya selepas BN mengambil alih kuasa baru kerajaan negeri memberi tanah kepada Sekolah Agama dan juga kpd kaum India. Corak pemerintahan sebegini ditolak sama sekali dan di pilih adalah corak pemerintahan yang berat sebelah iaitu hanya kepentingan kaum cina sahaja diberi perhatian.

Oleh yang demikian, orang melayu perlu sedar. Kaum cina memulakan trend undian mengikut kaum, maka pengundi melayu perlu sepakat untuk terus berkuasa dan juga berkongsi kuasa. Apa bila DAP memegang pemerintahan maka mereka akan berkuasa tanpa perkongsian kuasa yang telah lama diguna pakai oleh BN.

Sunday, April 17, 2011

PRUN Sarawak: Pengundian mengikut kaum?



Pilihan raya Umum Sarawak menyaksikan kaum cina masih menolak BN yang diterajui Umno. Tanggungjawab untuk mendapat undi kaum tersebut di Sarawak terjatuh kepada SUPP. Malangnya SUPP tak dapat melakukan apa-apa terhadap gelombang perkauman kaum cina yang di ketuai oleh DAP.

Parti komponen BN, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menanggung kekalahan teruk apabila tewas 13 daripada 19 kerusi ditandingi - 12 kerusi jatuh ke tangan DAP dan satu kepada PKR.

Lebih mengejutkan Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam tewas kepada calon DAP, Ling Sie Kiong di DUN Piasau, Miri dengan majoriti 1,590 undi.

SUPP juga kehilangan lima kerusi di kawasan Kuching, tiga di Sibu, dua di Miri dan masing-masing satu di Bintangor dan Bintulu.

Selain Chan, calon SUPP lain yang turut tewas adalah Datuk David Teng (Repok), Datuk Alfred Yap Chin Loi (Kota Sentosa), Tan Joo Phoi (Batu Kawah) dan Sih Hua Tong (Batu Lintang).

Percaturan parti itu mempertaruhkan muka baru, Prof Dr Sim Kui Hian masih gagal memenangi hati masyarakat Cina di Pending apabila penyandang Violet Yong dari DAP mengekalkan kedudukannya dengan memperoleh 7,595 majoriti undi.


Dalam kempen DAP di kawasan majoriti cina, mereka mengunakan sentimen perkauman yang agak ketara. YB Violet Yong telah menyeru pengundi agar memberi undi kepada calon cina DAP agar dapat menyahkan melayu/malanau dari bumi Sarawak lalu biarlah Cina Berkuasa di Sarawak. Selain itu mereka mengunakan  wakil-wakil rakyat dari Perak seperti Nga Kor Meng untuk memberi satu dua kata mengenai bagaimana kaum cina Perak berbangga kerajaan Cina mentadbir selama 11 bulan di Perak. Nga Kor Meng berkata lagi selagi masyarakat Cina menyokong Barisan Nasional selagi itulah orang Melayu akan berkuasa di Malaysia kerana parti PBB adalah didibawah Barisan Nasional yang mana tunggaknya adalah orang Melayu.

Dengan penjelasan itu jelas Cina DAP Sarawak begitu berminat sehingga DAP menunjukkan peningkatan dari segi sokongan rakyat apabila memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.

Kemenangan dua kali ganda berbanding yang diperoleh lima tahun lalu itu merupakan jumlah terbesar pernah dicatat dalam sejarah parti tersebut sejak bertanding di Sarawak.

Trend ini berulang lagi di mana trend pengundi cina tidak memberi undi kepada BN. Kita boleh lihat trend tersebut di pilihanraya kecil di semenanjung. Soalannya, adakah UMNO dan BN masih lagi ingin melembut dan memberi segalanya kepada kaum yang tidak berterima kasih ini?

Hanya bangsa Melayu saja yang selalu mengalah sebab nak jaga keharmonian dan perpaduan dengan kaum Cina, sedangkan Cina ni peduli pun tidak dengan bangsa Melayu. Justeru sudah tiba masanya BN menguji kredibiliti calon MCA dan Gerakan dengan meletakkan mereka bertanding di kawasan majoriti Cina di PRU-13. Lagipun dah sekian lama calon daripada kedua parti itu diselamatkan di kawasan majoriti Melayu.
Ada 45 kawasan parlimen majoriti Cina di negara ini yang boleh dijadikan medan oleh pemimpin MCA dan Gerakan bagi membuktikan mereka bukanlah liabiliti kepada BN. Biar MCA dan Gerakan tunjukkan kejaguhan mereka bertanding dengan DAP di kawasan majoriti kaum mereka sendiri. Lagi bagus letak Chua Soi Lek bertanding dengan Lim Kit Siang dan Koh Tsu Koon bertanding lawan Lim Guan Eng. Biar buku bertemu ruas.

Andai MCA atau Gerakan kalah di kawasan majoriti Cina, sudah tentu mereka tidak akan ada wakil dalam kerajaan. Masa tu kita tengoklah nanti bagaimana kaum Cina ni menggelupur. Kawasan majoriti Melayu yang selama ini diberikan UMNO kepada MCA dan Gerakan dalam pilihanraya, perlu diletakkan semula calon UMNO bagi memastikan majoriti di dewan rakyat kekal dikuasai oleh bangsa Melayu selepas PRU-13.
Lagipun trend sokongan Melayu dan India hari ini kelihatan telah kembali kepada UMNO dan BN.

Apamacam UMNO ada berani?