Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Tuesday, November 22, 2011

Ancaman terhadap Islam wajar diperangi...oleh Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah


Name: Assoc. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah,
Chinese Name: Tee Chuan Seng,
Race: Chinese,
Religion: Islam,
Qualification: BA(Hons)Political Science (UKM), MA Strategic Studies (UKM), PhD Politics and Government (UPM), Dip. Islamic Studies (UIA) Marital



Secara peribadi dan prinsipnya, saya memang tidak pernah takut jika ada agama lain,terutamanya Kristian, mahu mendakyahkan agama mereka kepada saya. Kita lihat nanti, siapa yang akan bersunat! Saya kenal diri saya dan saya bersedia. Persoalannya, kenapa saya menentang dakwah Kristian orang Islam (Melayu) di Malaysia ini? Jawapannya, orang Melayu Islam dilindungi oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Inilah peruntukan perlembagaan yang tidak ada di negara Islam lain di dunia, kecuali Malaysia. Sepatutnya orang Melayu Islam perlu merasa bersyukur di atas perlindungan ini dan sedaya upaya mempertahankannya daripada diperkosa oleh tangan-tangan jahat yang sentiasa mahu mengambil peluang atas kelemahan yang berlaku hari ini.

Tahniah saya ucapkan kepada Hasan Ali terhadap pendedahan ini. Kalau tidak didedahkanpun, saya sudah masak dengan taktik dan strategi licik mereka, kerana saya pernah bersama mereka sebelum Islam. Yang peliknya, orang barat yang asal Kristianpun, tidaklah terlalu obsess untuk mendakyah agama mereka, tetapi ultra kiasu putih celup ini begitu bersungguh-sungguh melakukan ke atas orang Melayu Islam, yang begitu jelas bertentangan dengan perlembagaan. Sudah tentu kita sudah dapat membaca makna yang tersurat dan tersirat. Di tempat saya bekerjapun tidak kurang hebatnya.

Untuk makluman, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam. Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain. Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi. Dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain. Bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka. Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam. Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA. Menterjemahkan Injil ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Saya amat mengharapkan umat Islam akan bersatu dengan pendedahan ini bukannya dengan mengutuk atau menyalah Hassan Ali atau mungkin Umno. Langkah JAIS untuk memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan murtad hendak disokong oleh semua umat Islam dan negeri-negeri dalam persekutuan. Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

PAS tidak perlu takut kepada ultra kiasu dalam hal ini, termasuk jika bukan Islam menggugut tidak mengundinya gara-gara pendedahan Hassan Ali. Jangan biarlah Hassan Ali terkonteng-konteng seorang diri menghadapinya. Niat Hasan Ali amat murni. Cubalah fahami beliau. Umnopun begitu, sokonglah Hassan Ali tanpa berbelah bahagi walaupun berlainan topi. Dalam PAS pun Hassan Ali sudah dipinggirkan.

Saya ingatkan PAS, jangan terlalu berharap atau terlalu bergantung harapan kepada ultra kiasu. Orang yang berada di atas pagar dan simpati dengan PAS akan lari. Seperti yang saya katakan, PAS perlu meletakkan lebih kepercayaan saudara sebangsa seagama, daripada bukan saudara, tidak sebangsa, tidak seagama. Sampai bila-bilapun ultra kiasu tidak boleh dipercayai, kecuali mereka yang sedar diri dan lembut dengan Islam.

Selama inipun, saya yakin, tidak ramai ultra kiasu yang mengundi PAS. PAS banyak mendapat undi protes daripada orang UMNO sendiri dan Melayu yang lain. Ultra kiasu, termasuk juga PKR memang tidak pernah selesa dengan PAS, apatah lagi dengan konsep negara Islam dan undang-undang hudud yang diperjuangkan. Ramai orang Umno yang saya kenali yang mahukan Islam.

Kita perlu ingat terdapat dua orang andartu dan beberapa yang lain yang memegang jawatan exco negeri Selangor dan Pulau Pinang amat kuat mempropagandakan ajaran Kristian kepada orang Melayu Islam. Saya amat hairan kenapa PKR masih lagi membutakan mata. Dek kerana kuasa, mereka sanggup bersekongkol dan tidak mampu untuk menegur sekalipun. Saya juga ingin melihat orang bergelar ‘pakar perlembagaan’ seperti Profesor Aziz Bari pun akan tampil memberikan pandangan dari sudut undang-undang. Janganlah kerana terlalu baik dengan ultra kiasu maka kita membisu. Hairan juga saya, bila ultra kiasu meminta pandangan, terus menjawab tanpa segan silu. Namum, tiba kepentingan Islam dicarik dan dirobek, ramai yang masih membisu kerana mahu menjaga hati dan kuasa.

Ultra kiasu dan pihak Kristian hari ini sudah menjadi semakin berani. Mereka mempertikaikan kedudukan Melayu dan Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan tanpa rasa segan silu. Selain daripada agama Islam, isu-isu berkaitan Melayu Islam turut dicabar hebat. Kewujudkan UiTM, USIM, UIA, MARA, Matrikulasi dan sebagainya dijadikan bahan untuk memburukkan Islam dan mempropagandakan ketidakadilan, seolah-olah berlaku dasar apartheid. Sila baca artikel terbaharu ‘Profesor’ Khoo Kay Peng yang dihantar oleh ultra kiasu kepada saya. Pelbagai tuduhan dilemparkan kerajaan dan orang Melayu Islam. Termasuklah sistem peperiksaan yang kendalikan.

Dakwanya, pelajar bukan Melayu disusahkan dengan peperiksaan STPM, manakala pelajar Melayu disenangkan melalui peperiksaan di institusi MARA dan Matrikulasi kerana soalan dibuat sendiri oleh guru atau pensyarah di institusi berkenaan. Maka tidak hairanlah katanya, ramai pelajar Melayu mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun. Tuduhan ini amat melampau, biadab dan kurang ajar. Jika begitulah keadaannya, bermakna, pelajar-pelajar universitipun turut terlibat sama kerana majoritinya adalah juga orang Melayu dan bumiputera. Persoalannya, siapakah yang paling ramai mendapat kelas pertama dan kedua atas setiap kali konvokesyen di IPTA atau IPTS. Adakah dengan adanya ramainya pensyarah Islam di IPTA, maka soalan-soalan dibocorkan kepada pelajar-pelajar Melayu. Bagaimana pula dengan pensyarah bukan Melayu, adalah soalan tersebut tidak dibocorkan pelajar bukan Melayu? Lemah sangat pemikiran ‘profesor’ tersebut.

Kenapa Kay Peng tidak menyebut langsung kewujudan universiti merdeka seperti UTAR, Universiti Terbuka Wawasan, AIMST dan ratusan IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu dan ultra kiasu? Tidak cukupkah universiti tersebut untuk menampung bukan Islam yang kurang daripada 40 peratus. Lihatlah saban tahun bagaimana mereka mendesak kerajaan memberikan biasiswa, penempatan di universiti untuk subjek-subjek kritikal dan sebagainya. Apakah kemasukan mereka ke IPTA dan IPTS tidak menunjukkan lambakan bukan Melayu berada di menara gading? Kenapa dan mengapa umat Islam sering dijadikan mangsa dan dikatakan rasis, sedangkan ia merupakan ‘hak’ mereka selaku peribumi?

Pernahkah orang Islam menuduhkan guru atau pensyarah IPTS memberikan soalan bocor kepada pelajar-pelajarnya? Penulis artikel yang mendakwa dirinya profesor ini sepatutnya membuat penyelidikan yang terperinci. Bila kena pada Melayu Islam dikatakan rasis. Bila kena pada mereka, itu adalah keadilan. Adakah hujah bodoh ini wajar diketengahkan sebagai seorang yang bergelar profesor?

Berapa ramai pelajar Melayu yang gagal di IPTA berbanding pelajar bukan Melayu setiap tahun? Jika tenaga pengajar Melayu membocorkan soalan peperiksaan sudah tentu pelajar-pelajar Melayu sahaja yang akan mendapat markah terbaik. Tetapi hakikat sebenarnya bagaimana? Tuduhan liar, tidak berasas dan amat tidak bertanggungjawab? Adakah semua kemudahan ini dapat dikecapi oleh umat Islam yang menjadi minoriti di China dan India? Adakah umat Islam di sana dibenarkan berkata ini adalah rasis? Sila jawab profesor?

Persoalan GLC, perjawatan di sektor awam dan agihan saham amanah juga dibangkitkan. Buatlah kajian berapa ramai bukan Melayu yang telah dilantik memegang dalam tinggi dan pembuatan dasar. Lihatlah juga apa yang telah berlaku kepada Petronas. Siapakah yang lebih berkuasa, Melayu atau ultra kiasu? Berapa ramai bukan Melayu yang telah dimasukkan menjadi ahli lembaga pengarah Petronas? Tanyalah orang Melayu yang berada di Petronas betapa sakitnya hati mereka melihat keadaan ini bila mana pekerja Melayu mula dipinggirkan, termasuk pemberian kontrak. Justeru, saya mohon dan merayu kepada Melayu Islam yang memegang jawatan tinggi di Petronas dapat memantau perkara ini. Jangan hanya seronok dan khayal dengan jawatan tinggi yang diberikan. Jawatan itu amanah, laksanakan dengan baik-baiknya. Fikirkanlah sama baik buruknya kepada masa depan agama dan bangsa dalam membuat sebarang keputusan.

Satu persoalan lagi, kenapa tidak dibandingkan dengan lambakan sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Melayu melebihi 70 peratus yang rata-ratanya mengambil pekerja bukan Melayu dengan meminggirkan orang Melayu Islam? Usahlah ditanya kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu di sana. Langsung tidak dipraktikkan atau didaulatkan. Jika adapun pekerja Islam dan bahasa Melayu digunakan, ia hanya untuk melariskan jualan. Lihatlah bagaimana orang Melayu (termasuk pekerja Indonesia) diperalatkan untuk kepentingan perniagaan mereka.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan perancangan ultra kiasu yang jelas-jelas bersekongkol dengan Kristian untuk memusnahkan Melayu dan Islam. Selaku Cina Islam, saya perlu bangkit mempertahankannya, kerana jika lenyap Islam, maka lenyaplah Melayu, begitulah sebaliknya. Justeru, ancaman terhadap Islam, wajar diperangi kerana kesannya akan melenyapkan sistem kenegaraan Melayu yang berteraskan Islam.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Monday, November 21, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA

Kami di PGP ingin mengucapkan tahniah kepada squad bolasepak negara yang baru sahaja memalukan jiran Indon di bumi mereka.

Baiklah, kenapakah keJAYAan pasukan bola SEPAK kita menewaskan pasukan bola SEPAK Indonesia di Gelora Bung Karno ini begitu ISTIMEWA? Sebenarnya tidak ada apa yang ISTIMEWA dalam perLAWANan bola SEPAK sebegini.. Samalah seperti kita menonton Liga Inggeris atau Liga Eropah.. Yang menJADIkan perLAWANan bola SEPAK pada sukan SEA ini begitu ISTIMEWA sebenarnya adalah SIKAP 'GOBLOK' warga Indonesia sendiri yang meLAKUkan PROVOKASI tanpa HENTI dan BIADAB terhadap Malaysia.. JERITan 'MALING'(PenCURI) terhadap ATLET Malaysia telah menCEMARi pengANJURan Sukan SEA di Jakarta - Palembang pada kali ini..->KLIK<-

KeBIADABan tahap manusia tidak berTAMADUN atau JAHILIYYAH yang diTUNJUKkan semasa acara sukan yang meLIBATkan ATLET Malaysia telah menyebabkan warga Indonesia menerima pemBALASan Tuhan dalam perLAWANan AKHIR bola SEPAK Sukan SEA ini.. Mana ada perLAWANan bola SEPAK dalam dunia hari ini yang menyaksikan pasukan yang berTANDANG terpaksa menaiki Kereta Perisai TENTERA untuk ke STADIUM atas faktor keSELAMATan? Inilah keGILAan mereka yang hari ini menyaksikan Allah SWT pun telah mengALIHkan rahmatNYA daripada mereka ini..

Malam tadi, mereka yang diPROVOKASI dengan JERITan 'MALING' telah memBUKTIkan kePERWIRAan dalam peLAWANan AKHIR bola SEPAK Sukan SEA.. Umpama hikayat LAMA seperti cerita Abu Hassan PENCURI atau Ali Baba dan 40 orang PENYAMUN, 'MALING' yang diHINA dan keSELAMATan mereka terANCAM hanya kerana mahu menyertai Sukan SEA telah menJADI kumpulan PERWIRA yang menjadi LEGENDA sampai berGENERASI di Malaysia.. STADIUM Gelora Bung KARNO akan KEKAL bergelora dan Bung KARNO itu sendiri jika HIDUP balik mungkin MALU tak SUDAH kerana melihat MARUAHnya jatuh di STADIUM yang NAMAnya terpahat..

Ya.. Arwah Bung KARNO inilah yang meMULAkan SEJARAH perMUSUHan terhadap NEGARA Malaysia yang dianggapnya 'MALING' ini semasa dia menJADI Presiden Indonesia yang pertama.. Entah apa DOSAnya NEGARA Malaysia ini terhadap arwah Bung KARNO, ianya tidak pernah terCATAT dalam SEJARAH.. Yang meMULAkan KONFRONTASI pun dia.. Akhirnya, KONFROTASI berAKHIR dengan menyaksikan bagaimana para Jeneral TENTERA Indonesia meRASAkan mereka diperBODOHkan dek arwah Bung KARNO ini lalu menJATUHan arwah Bung KARNO dari puncak KUASA.. Hari ini keEGOan dan keANGKUHannya diWARISi pulak oleh RAMAI warga Indonesia dan banyak kali diperTONTONkan SIKAP sebegini semasa Sukan SEA berlangsung!

Tidak SALAH kalau PATRIOTIK terhadap NEGARA sendiri.. Namun, apakah bentuk SIKAP ini diTUNJUKkan dengan cara BIADAB seperti meLAKUkan PROVOKASI tanpa HENTI dengan memanggil ATLET lain sebagai 'MALING'? Sudah berpuluh TAHUN arwah Bung KARNO ke alam KUBUR, tetapi SIKAPnya ini diTERUSkan pulak oleh generasi terKEMUDIAN hasil HASUTan suku-sakatnya di Pulau Jawa! Sampai bila mereka berSIKAP begini, tak siapa pun TAHU.. Mungkin apabila Puncak Merapi, Bromo atau Anak Krakatau meLETUS baru nak SEDAR bahawasanya Allah SWT pun BENCI dengan SIKAP begini.. Selagi belum MASAnya, SILAkan teruskanlah dengan SIKAP ini..

Apa pun, SIKAP sebegini kot mana pun akan MAKAN diri mereka yang mengAMALkannya.. Inilah yang telah diBUKTIkan oleh pasukan bola SEPAK kita di STADIUM Gelora Bung KARNO malam tadi.. Sememangnya ATLET kita yang diPANGGIL dengan gelaran 'MALING' nyata memBUKTIkan mereka sebagai PERWIRA di hadapan 100 ribu penonton perLAWANan AKHIR bola SEPAK Sukan SEA.. Lalu PANGGILan 'MALING' yang diJERITkan terhadap para PERWIRA kita nyata membawa 'MALANG' kepada 100 ribu penonton RAKYAT Indonesia.. Namun demikian, kita KAGUM jugaklah bila tengok kat TV bagaimana 100 ribu penonton boleh KOSONGkan STADIUM Gelora Bung KARNO sebegitu CEPAT? Mungkin dah MALU kot?

.............apa-apa pun Malaysia menang. Terbukti Malaysia lebih dominan di anatara kedua-dua negara dari semua aspek.

Mengapa PKR cuba serang NFC?

Antara sebab mengapa pembangkang melancarkan isu NFC (ternakan Lembu):

1) Kebanyakan penternak lembu perdagangan(komersal) adalah dipelopori oleh bangsa cina. dimana-mana negeri pun bangsa cina menjalankan perternakan lembu secara komersal. perternakan ini telah dijalankan selama berdekat lamanya.

2) Umum kita tahu penternak bi bawa jagaan NFC adalah penternak bumiputra. mereka ini di berikan pinjaman oleh NFC di bawah skim pinjaman baka dan ladang. dan mereka ini adalah penternak bumiputra.

3) Jumlah penternak di bawah jagaan NFC meningkat setiap tahun. dan Jumlah ladang ternakan dan jumlah ternakan juga meningkat setiap tahun.

4) Dijangkakan pada tahun 2015, penternak dibawah jagaan NFC sahaja telah boleh menampung permintaan pasaran dalam negara. ini belum lagi termasuk penternak bangsa cina yang menentang NFC.

5) Pihak pembangkang takut apabila NFC berjalan seperti yang dirancangkan, harga bagi ternakan lembu dibawah NFC menjadi lebih murah berbanding dengan harga yang mereka tawarkan. antara faktor yang menjadikan harga penternak NFC menjadi murah adalah disebabkan oleh Penternak NFC mendapat kemudahan jualan balik ternakan dan makanan ternakan dan ubat2an ternakan jauh lebih murah berbanding penternak bukan dibawah NFC.

6) Jika perkara ini berlarutan,dijangkakan pihak pernternak bangsa cina ini akan menghadapi pengucupan pasaran dalam negara pada tahun 2015.

7) Bayangkan pada tahun 2015-2020 penternak bukan dibawah NFC gulung tikar satu persatu............................ini kerana bekalan makanan dari pada penternak NFC sudah mengalami lebihan pasaran dalam negara dan mereka sudah mula mengeksport lebihan bekalan tersebut

Kami di PGP menyeru agar kerajaan jangan melayan tomahan-tomahan yang langsung tiada bukti yang kukuh tetapi sahaja di hebohkan sekadar untuk menutup isu-isu sebenar. Sejak kebelakangan ini, sejak isu NFC ditimbulkan, banyak isu-isu yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan tengelam. Hanya isu NFC yang terbukti fitnah sahaja dimainkan di setiap media tidak kira media aliran perdana mahupun media alternatif. Isu seperti di Selangor di mana PKNS di rompak oleh pemimpin Pakatan terutamanya gaji yang begitu tinggi diberi kepada Ahli Lembaga Pengarah. Isu Ketua Menteri Pulau Pinang dan keluarga. Isu kes liwat dan banyak lagi tengelam di akibatkan ISU yang jelas fitnah iaitu isu NFC.

Para pemimpin Pakatan menyedari satu kelemahan nyata rakyat Malaysia yang sangat sukar untuk diperbaiki iaitu kegemaran untuk mendengar tetapi tidak membaca. Laporan Ketua Audit Negara berkenaan NFC sangat jelas menyatakan program tesebut tidak gagal tetapi para pemimpin Pakatan menyatakannya sebagai GAGAL SEPENUHNYA dan KUCAR-KACIR. Itu lah Pembangkang.

Kami di PGP megharap agar rakyat tidak hanya mendengar. Minta tolong research dahulu apa-apa isu yang dimainkan oleh mana-mana pihak terutamanya parti politik sebelum anda terlibat secara langsung dalam memfitnah tidak melulu apabila menceritakan isu-isu yang dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap di kedai-kedai kopi.

Jawapan tuduhan PKR terhadap NFC.

Dalam taklimat diikuti sidang akhbar hampir dua jam di Ladang NFC di sini, Dr Mohamad Salleh, menjawab satu demi satu tuduhan itu terutama yang dibuat oleh Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Semua tuduhan termasuk mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dibacakan peguam NFC, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan dijawab Mohamad Salleh.

Tuduhan pertama
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.

Mengulas perkara ini, Mohamad Salleh berkata, pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.

Katanya, jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.

Tuduhan kedua – harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.

Katanya, tuduhan itu berikutan kegagalan memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.

“Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal,” katanya.

Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.

Tuduhan ketiga – rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC.

Katanya, diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.

Tuduhan keempat – NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.

Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.

“Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini," katanya.

Tuduhan kelima – dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.

Beliau berkata, NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC.

“Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC," katanya.

Tuduhan keenam – pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.

Katanya, pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.

“Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.

“Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.

“Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000,” katanya.

Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.

Selain itu, katanya hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.

Tuduhan ketujuh – dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.

Selain itu katanya, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.

Tuduhan kelapan – perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.

Katanya, setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.

“Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet,” katanya.

Tuduhan terakhir – Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.

Katanya, NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.

“Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya,” katanya.


(di petik daripada Pendekar Berkuda Blogspot)

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Kami di PGP ingin memgucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua khususnya umat islam di Parlimen Gopeng.