Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Thursday, September 30, 2010

Isu Hangat Ahli Jawatankuasa Pemuda Gopeng.....

Seperti biasa, kami di PGP terasa boring pada malam semalam maka kami bersantai di kedai makan yang terletak di zon lahat. Sambil bersantai, terjumpa pemuda-pemuda Gopeng yang aktif di zon tersebut. Setelah setengah jam bercerita hal nasional, hal negeri maka tiba lah masanya bersembang tentang hal bahagian. Terkeluar lah cerita.

Ceritanya begini. Lebih kurang 15 orang (mungkin lebih) ajk telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Bahagian. Dalam pertemuan tersebut, 15 ajk tersebut telah melaporkan kepada Ketua Bahagian bahawa beberapa tindakan Naib Ketua Pemuda Bahagian (NKP) kebelakangan ini agak tidak telus. Program yang diadakan beberapa bulan yang lalu tidak telus dan Naib Ketua Pemuda Bahagian telah makan duit program. Itulah dakwaan mereka.

Yang amat pelik dengan pemuda gopeng ini ialah NKP berusaha menghidupkan pemuda dengan program manakala Ketua Pemuda hilang. Yang tak telusnya ialah Ketua Pemuda dan bukan NKP.

Kami di PGP merasakan ada sesuatu yang tak kena. Pertama kita kena lihat siapa dikalangan AJK yang ada hasrat untuk bertanding Ketua Pemuda di pemilihan akan datang. Itulah kepala pergerakan menjatuhkan NKP. Kami bukan menyebelahi NKP tetapi buat masa sekarang janganlah memecahbelahkan lagi pemuda Gopeng. Selesai secara berhemah. Bersemuka dengan NKP dan bukan terus melaporkannya kpd Ketua Bahagian. Hancur lagi le Pemuda Gopeng.

Teruk betul Pemuda Gopeng. Tak habis-habis berpecah belah. Kaimi di PGP memerlukan seorang pemimpin pemuda yang boleh menyatukan dan memulangkan balik zaman kegemilangan AJK sesi 2004-2008.

Thursday, September 23, 2010

Program Pemuda Negeri

"Sempena Hari Raya Aidilfitry ini, kami di PGP ingin memohon ampun dan maaf jika ada yang tersalah tulis ataupun tersalah bahasa kepada semua warga Gopeng dan pembaca blog secara amnya..............". Kami berharap semua warga Gopeng yang balik kampung telah pulang ke rumah masing-masing dengan selamatnya.

Sekarang raya minggu kedua pun nak habis dan pemimpin-pemimpin kita terutamanya di Gopeng dengan rancak mengadakan rumah terbuka. Asalkan jangan jemput orang UMNO aje cukup. Selalu begitu, rumah terbuka penuh dengan orang UMNO aje. Mananya rakyat jelata? Masa ini lah pemimpin-pemimpin tertinggi Umno Bahagian untuk mengambil peluang menjemput masyarakat setempat untuk bersama. Itu undi tak "confirm", ahli umno bahagian boleh dikatakan undi "confirm" (untuk pilihan raya akan datang le). Walaubagaimanapun, tahniah kepada mereka yang telah melaksanakan rumah terbuka. Satu tradisi yang kami di PGP merasakan amat penting bagi kesemua lapisan masyarakat, untuk bersembang, makan dan minum tidak kira bangsa walaupun hanya untuk seketika waktu memandangkan bangsa lain benci kepada melayu sekarang ni.

Ada beberapa program anjuran Pemuda Negeri. Dibawah adalah senarai program tersebut:

1. Pertandingan "street soccer 3 v 3" esok 24hb Sep 2010.
    Tempat: Belakang Bangunan Umno Perak
    Pendaftaran: 9 pagi
    Satu pasukan 4 orang
    Hubungi Tuan Syed sukp (0133094227) untuk borang atau terus ke tingkat  5 bangunan Umno untuk                mengambil borang

2. 25hb Sep 2010 Majlis rumah terbuka UMNO perak
    Tempat: Bangunan UMNO perak
    Masa: 10pg

3. Majlis pelancaran Pusat Khidmat Bergerak BN Perak 25 hb Sep 2010 ditempat yang sama (bangunan Umno). BOOTH SPR AKAN DI BUKA DI SANA MAKA DATANGLAH BERSAMA PEMUDA YANG BELUM DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI.

Ha yang no 3 tu bagus. Datang ramai-ramai. Bawak kekawan yang belum berdaftar sebagai pengundi, daftarkan mereka untuk membantu kearah kejayaan UMNO dan BN dalam pru13 nanti.

 Memandangkan Ketua Pemuda Bahagian yang tak balik lagi dari Dubai maka kami lah sumber maklumat untuk warga pemuda Gopeng. So, kalau free hadirlah beramai-ramai.............................oh lupa, plontor takde kat sana. So sesiapa yang berperangai buruk dan muka tak malu mintak-mintak duit, jangan memalukan orang Gopeng. Bukan semua pemuda gopeng macam tu. Korang yang merosakan image GOPENG. Memang perangai paria!

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRY

Disina, kami di PGP ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRY" kepada semua warga di parliment Gopeng. Yang mana akan balik kampung maka berhati-hatilah dijalan raya. Semoga anda selamat sampai ke destinasi

Monday, September 6, 2010

Siapa sebenarnya rasist?

Kebelakangan ini kami di PGP nampak bahawa Malaysia mempunyai masaalah besar. Masaalahnya ialah keteganggan antara kaum terutamanya antara melayu dan cina. Isu namewee, isu guru besar dll adalah antara isu-isu yang menyebabkan ketengangan antara kaum di Malaysia. Tetapi persoalannya, apakah punca sebenar perkara sebegini berlaku.

Dalam tahun 1969, peristiwa 13Mei adalah disebabkan jurang penguasaan ekonomi yang sangat ketara antara melayu dan cina menyebabkan peristiwa 13mei dan DEB telah diusahakan oleh UMNO untuk meredakan keadaan. 41 tahun telah berlalu dan keadaan kembali tegang. Cina menghina kedaulatan raja-raja, menghina pelembagaan, menghina lagu kebangsaan. Melayu sewenang- wenangnya mengeluarkan kata-kata kesat seperti kaum pendatang, baliklah ke negara asal, memijak kepala lembu. India memfitnah melayu membunuh mereka secara besar-besaran dan sebagainya. Persoalannya siapakah yang sebenarnya racist? Sebelum mendapat jawapan kita kena lihat ciri-ciri "rakyat di" Malaysia dan bukan dalam konteks "rakyat" Malaysia.

Hanya di Malaysia rakyat mengatakan dia seorang rakyat Malaysia tetapi tidak tahu menahu tentang Malaysia (rukun negara, siapa Agong, Sejarah),

Hanya di Malaysia rakyat mengatakan dia rakyat Malaysia tetapi tidak reti berbahasa Malaysia.

Hanya di Malaysia rakyat mengaku mereka rakyat Malaysia tetapi tidak tahu menyanyi lagu kebangsaan.

Hanya di Malaysia rakyat Melaysia sendiri mengagung-agungkan pemimpin negara luar dengan membawa gambar pemimpin tersebut untuk tujuan tunjuk perasaan (Hindraf dengan gambar ghandi)

Hanya di Malaysia papan tanda perniagaan mempunya tulisan cina, india, melayu dan inggeris.

Hanya di Malaysia golongan minority menguasai 81% ekonomi negara tetapi ini masih tidak mencukupi bagi golongan itu.

Hanya di Malaysia rakyat inginkan hak rakyat lain tetapi masih mahu anak-anak mereka pergi ke sekolah kaum masing-masing. Mereka tidak mahu membubarkan hak mereka tetapi mahukan hak rakyat lain.

Inilah ciri-ciri Malaysia. Berbanding dengan negara lain, tiada sebuah negara di dunia seakan Malaysia. Hanya Malaysia golongan minoriti mempunyai aliran sekolah mereka tersendiri. Seperti slogan Tourism Malaysia, "Malaysia Truly Asian".

Oleh yang demikian, siapa sebenarnya rasist? Adakah Melayu? Adakah Cina? Adakah India? Sebenarnya semua rasist! Ini disebabkan system sekolah yang berlainan. Bayangkan, malaysia telah merdeka 53 tahun. Sesiapa yang pergi ke sekolah cina, atau india, ataupun sekolah pondok (agama) selepas merdeka, umur mereka dalam lingkungan 70-an ataupun telah meninggalkan kita. Tetapi golongan ini mengetahui apa yang berlaku sebelum dan selepas merdeka. Tetapi golongan yang mula bersekolah dalam tahun 1970 keatas tidak tahu. Seumur hidup mereka di sekolah mereka hanya berkawan dengan bangsa mereka, makan makanan bangsa mereka, bertutur dalam bahasa mereka. Mereka tidak tahu menahu tentang kaum lain. Orang cina tidak tahu menepuk kepala orang melayu adalah satu pantang larang orang melayu, orang melayu tidak tahu mencuci papantanda perniagaan cina adalah pantang larang (fungsui) mereka, orang cina dan melayu tidak tahu menahu ada binatang yang perlu dihormati di hadapan orang india.

Sebagai contoh, bayangkan seorang cina mula kesekolah cina umurnya 7 tahun dalam tahun1988. Dia tamat tingkatan 5 sebelas tahun kemudian iaitu tahun 2000. Jika masuk tingkatan 6 maka habis sekolah tahun 2002. Habis sekolah pergi ke universiti luar negara ataupun masuk university Cina UNITAR selama 3 tahun. Habis lah zaman belajar beliau pada tahun2005. Habis belajar, berkerja dengan syarikat cina. Masa bila insan cina ini dapat peluang berkawan dengan melayu mahu pun india? Berinteraksi dengan bangsa lain daripada bangsanya sendiri.

Oleh itu kita tidak boleh mempersoalkan siapa rasist! Kita kenal soalkan tentang system persekolahan di Malaysia yang membuat kita rasist. Mari kita bertanya kepada warga Gopeng di Sg Raya, Di lahat, Di Batu Gajah dan di Ipoh, adakah saudara mempunyai rakan bangsa lain yang anda boleh berkongsi pendapat, keluarga mereka datang kerumah bukan sekadar rumah terbuka hari raya, bila ada kematian bangsa lain itu datang mengunjung, adakah kita pernah pergi mengunjung rumah orang bukan melayu. Memang ada tetapi dalam 10 hanya 1 yang sebegitu.

Maka system persekolah di Malaysia adalah dalang kepada pepecahan antara kaum di Malaysia. Oleh itu saya menyeru warga Gopeng untuk pergi ke link "satu sekolah untuk semua" di sebelah kanan dan menandatangani sokongan kepada satu sekolah untuk semua.

BANGGUN LE WAHAI UMNO.........

DAP masih berada di hadapan dalam mendaftar pengundi baru setakat ini tetapi pesaing terdekatnya Umno kelihatan cuba merapatkan jurang pada Julai lalu. Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi sepanjang Julai lalu manakala Umno pula 7,230 orang. Kedudukan itu masing-masing bersamaan dengan 38 dan 30 peratus.

Sepanjang bulan berkenaan penolong pendaftar parti-parti politik mendaftar seramai 23,911 pengundi. Jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu. “Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya ‘semakin agresif’ pada bulan Julai berbanding bulan Jun.

“Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus,” katanya lagi. Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR. Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara. Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.




Wednesday, September 1, 2010

"melayu babi"......facebook

TERGEMPAR................Sahabat-sahabat di GPMS Selangor telah membuat laporan polis hari ini mengenai kewujudan satu laman sosial 'Facebook' yang menggunakan nama 'Melayu Babi'. Ini lah yang akan terjadi jika melayu masih berpecah dan ada juga melayu liberal yang tidak kisah jika bangsanya sendiri di gelar "melayu babi". Kita tanya apakah perasaan Anwar ibrahim, Azmin Ali, Nik Aziz mengenai perkara ini. Puak-puak PKR dah tak boleh buat apa-apa sebab mereka terlalu liberal. Tengok si peguam kaya raya yang kayakan diri melalui kontrak kerajaan tetapi sekarang menentang kerajaan. Ala si Zaid Ibrahim kaki botol. Liberal sangat sampai minum arak pagi petang siang malam. Tetapi PAS ni apa cerita? Malas nak komen tentang PAS sebab nanti masuk neraka. Kan mereka ni lebih islam dari orang lain. Harap pakaian jubah aje le. Selain dari itu kita di PGP tak nampak keimanan mereka. Doa pun untuk Lim Guan Eng.

Balik kepada cerita facebook ni. Sampai bila kita orang melayu nak layan perkara sebegini. Si bangsat NAMEWEE yang dok menyanyi hentam melayu pun tak ambil tindakan. Takan Menteri Dalam Negeri nak bagi amaran lagi. Dulu masa Ketua Pemuda Malaysia, tu dia hah dengan Keris. Sekarang dah di tempat yang berkuasa (KDN) keluar le keris. Takan jadi menteri amaran aje kot. Guna Akta Hasutan dengan sepenuhnya.

Ini masaalah UMNO dan sebab inilah kaum lain dah berani. Bila nak bertanding janji langit dan bumi. Keris keluar sebab Ketua Pemuda Malaysia (masa tu la, sekarang dah menteri KDN) tahu dia nak tanding Naib Presiden dalam pemilihan yang lalu. Kat Gopeng apa lain nya. Bila nak bertanding janji bermacam-macam. Duit belia rm3000 ke setiap cawangan pemuda melalui belia konon. Podahhhhhhh!

Tolong lah pemuda Gopeng, UMNO adalah benteng terakhir bagi melayu. UMNO lah tempat orang melayu berpaut. Bayangkan jika sesuatu berlaku di Gopeng dimana isu perkauman menjadi isu terkini. Mari kita renung dan fikir jika orang yang bertanggung jawap mewujudkan laman sosial 'Facebook' yang menggunakan nama 'Melayu Babi' adalah seorang berbangsa cina dari gopeng (admin laman facebook boleh berada dimana-mana sahaja, di gopeng pun boleh, ni sebagai contoh la).  Ahli pemuda Umno bising, siapa nak kehadapan jika tidak Ketua Pemuda dan barisan ajk. Tetapi jika Barisan kepimpinan Pemuda Umno tido 24jam dan ketuanya tak habis-habis dengan alasan serupa budak tadika tak buat "homework", orang melayu bersama ahli pemuda akan lari dan berpaut ke tempat lain. Kalau Perkasa tak apa, tapi jika mereka berpaut kepada pembangkang seperti PAS dan PKR, habis! Terus bertukar menjadi melayu liberal lah mereka.

So, sebagai rumusan, bila musim pertandingan, pilih la pemimpin yang layak dan track record kerja-kerja party pun dah ada. Baru boleh pemuda Gopeng kehadapan menentang bila ada isu-isu yang memerlukan suara lantang pemuda. Jangan disebabkan "pelonto" yang boleh habis esok dijadikan ukuran seorang pemimpin.


"KONSORTIUM"

Hari kemerdekaan 2010 tempoh hari kami di PGP terasa nak makan capati. Mana lagi kalau nak cari capati "baik punya" di sekitar Parlimen Gopeng ni kalau tidak Capati Majurapat. Capati memang le sedap, lagi kalau dicicah kari sardin. Walaubagaimanapun, kita bukan nak sembang pasal capati tapi nak memberi pendapat sikit tentang apa yang kami terdengar di kedai capati.

Dok elok makan capati, ternampak pulak otai pemuda di situ lalu duduk lah kami bersama otai pemuda tersebut. Panjang lebar kami bersembang, berpuluh puluh topik kami rumuskan sambil menikmati capati. Tetapi hanya satu topik yang kami ingin kongsi bersama di sini. Topiknya bertemakan "korsotium".

"Konsortium" ni bukannya party politik ataupun NGO, jauh sekali sebuah badan yang berdaftar. Malah Konsortium ni tak ada ahli tetapi terdiri daripada empat atau lima orang aje. Ini yang pelik ni. Siapa mereka ni?

Tujuan "Konsortium" ni adalah untuk mempecahbelahkan pemuda di waktu pemilihan supaya mereka ini dapat buat duit melalui janji manis undi berkelompok, melalui gertak mengertak, lain kata, mereka ni PENIPU! Nak buat duit daripada calon.

Bagaimana mereka berfungsi? Ada calon Ketua Pemuda yang betul-betul inginkan jawatan itu untuk membuat perubahan di dalam pemuda lalu  menjelma la kumpulan "Konsortium" ini untuk menganggu gugatkan keadaan. Mereka akan meletakan seorang lagi calon, entah calon yang mereka letak ni betul2 ingin jawatan tersebut atau tidak kita tidak tahu. Rasanya tidak! Tapi confirm ada share wang ringgit bila untung sudah masuk. Bila mereka telah meletakan satu calon boneka, maka mulalah kerja-kerja buat DUIT! Wakil mereka akan berada di kedua-dua kem sebagai hardcore. Di sini banyak permintaan kewangan akan di minta oleh "Konsortium". Buat program la, untuk perwakilan la, untuk belanja makan perwakilan la, ini dan itu.

Mereka ini lah perosak bangsa. Tetapi dari pendapat PGP mereka ini adalah agen bagi pembangkang untuk menganggu gugat UMNO sejak sekian lama. Kami di PGP ingin meminta bantuan saudara-saudara pemuda di gopeng untuk melaporkan siapa dalang "Konsortium" ini. Sila berikan nama kumpulan ini di dalam ruang komen supaya kami di PGP dapat membuat tindakan seterusnya seperti membuat laporan polis supaya SPRM masuk memantau individu-individu tersebut.

INI ADALAH AMARAN KERAS DARIPADA PGP, JIKA KAMI TAHU DALANG KONSORTIUM MAKA SATU LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT.

Orang seperti ini tidak pedulikan bangsa negara dan agama. Mereka hanya pentingkan poket mereka sendiri dan ini adalah bertentangan dengan agende PGP. Maka, tolonglah beri maklumat agar UMNO tidak lagi di kotak katikan oleh agen-agen pembangkang ini.