Hari kemerdekaan 2010 tempoh hari kami di PGP terasa nak makan capati. Mana lagi kalau nak cari capati "baik punya" di sekitar Parlimen Gopeng ni kalau tidak Capati Majurapat. Capati memang le sedap, lagi kalau dicicah kari sardin. Walaubagaimanapun, kita bukan nak sembang pasal capati tapi nak memberi pendapat sikit tentang apa yang kami terdengar di kedai capati.
Dok elok makan capati, ternampak pulak otai pemuda di situ lalu duduk lah kami bersama otai pemuda tersebut. Panjang lebar kami bersembang, berpuluh puluh topik kami rumuskan sambil menikmati capati. Tetapi hanya satu topik yang kami ingin kongsi bersama di sini. Topiknya bertemakan "korsotium".
"Konsortium" ni bukannya party politik ataupun NGO, jauh sekali sebuah badan yang berdaftar. Malah Konsortium ni tak ada ahli tetapi terdiri daripada empat atau lima orang aje. Ini yang pelik ni. Siapa mereka ni?
Tujuan "Konsortium" ni adalah untuk mempecahbelahkan pemuda di waktu pemilihan supaya mereka ini dapat buat duit melalui janji manis undi berkelompok, melalui gertak mengertak, lain kata, mereka ni PENIPU! Nak buat duit daripada calon.
Bagaimana mereka berfungsi? Ada calon Ketua Pemuda yang betul-betul inginkan jawatan itu untuk membuat perubahan di dalam pemuda lalu menjelma la kumpulan "Konsortium" ini untuk menganggu gugatkan keadaan. Mereka akan meletakan seorang lagi calon, entah calon yang mereka letak ni betul2 ingin jawatan tersebut atau tidak kita tidak tahu. Rasanya tidak! Tapi confirm ada share wang ringgit bila untung sudah masuk. Bila mereka telah meletakan satu calon boneka, maka mulalah kerja-kerja buat DUIT! Wakil mereka akan berada di kedua-dua kem sebagai hardcore. Di sini banyak permintaan kewangan akan di minta oleh "Konsortium". Buat program la, untuk perwakilan la, untuk belanja makan perwakilan la, ini dan itu.
Mereka ini lah perosak bangsa. Tetapi dari pendapat PGP mereka ini adalah agen bagi pembangkang untuk menganggu gugat UMNO sejak sekian lama. Kami di PGP ingin meminta bantuan saudara-saudara pemuda di gopeng untuk melaporkan siapa dalang "Konsortium" ini. Sila berikan nama kumpulan ini di dalam ruang komen supaya kami di PGP dapat membuat tindakan seterusnya seperti membuat laporan polis supaya SPRM masuk memantau individu-individu tersebut.
INI ADALAH AMARAN KERAS DARIPADA PGP, JIKA KAMI TAHU DALANG KONSORTIUM MAKA SATU LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT.
Orang seperti ini tidak pedulikan bangsa negara dan agama. Mereka hanya pentingkan poket mereka sendiri dan ini adalah bertentangan dengan agende PGP. Maka, tolonglah beri maklumat agar UMNO tidak lagi di kotak katikan oleh agen-agen pembangkang ini.
duit punya pasal maruah di Jual...haram jadah korsotium.
ReplyDeleteteman pun ade dengor benda ni....ape ke jadahnyer korsotium susah nak cakap ngan dema ni...bab2 merosakan org dema ni memang hero.... melainkan dema2 ni masuk kubor jer tu pun tak habih lagi,in sekrg tengah duk rekrut yang muda2 pulak..senang jer akan datang ni ada pemilihan kita tegok sape yang dema nk jadikan mangsa jaga2 ler habes duit yop di kojekan dema.....mcm teman ni tak sape pun yang nak pelawa noreh ler katakan,...mmmmmmmmm letih
ReplyDeleteyop, "Konsortium" bukan korsotium...:)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteNo1 teman nak tanya Pergerakan Pmuda umno Gopeng ni masih aktif ke lagi. Yg ke-2, kalau betul ada orang menubuhkan 'konsortium' tu, takkan le kome tak tau sape dalang di belakang keja2 yang karut marut ni. Dah terang lagi nak bersuluh. Keja mcm ni memang grup tu suka, slogan deme.. "bila lagi kita nak nyebat duit deme yg nak betanding tu! Kalau tak beduit jgn bertanding"....