Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Monday, August 30, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Bagi rakyat Malaysia setiap tahun upacara sambutan ini, mengulang kembali nostalgia silam yang merakamkan detik-detik bersejarah itu. Serentak dengan itu juga ia membawa satu imbasan kenangan dan memori pejuang-pejuang kemerdekaan daripada semua pihak yang telah berkorban untuk memberikan yang terbaik dari perjuangan mereka atas dasar juang 'Kerana-mu Malaysia'.

Tahun ini merupakan sambutan kali kedua di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan slogan yang juga ilham  beliau – 1Malaysia Menjana Transformasi.Sambutan kemerdekaan memang tidak sah tanpa slogan dan logonya yang unik dan membawa maksud tersendiri. Slogan pertama yang dimulakan pada tahun 1970 – Muhibah dan Perpaduan menjadi perintis kepada semangat kebangsaan melalui falsafah yang kebanyakannya berkisar tentang perpaduan, kemajuan, kesejahteraan dan wawasan. Namun begitu, slogan dari tahun 2000 hingga 2006 – Keranamu Malaysia dilihat lebih bersifat subjektif yang boleh membawa maksud berbeza-beza mengikut tafsiran masing-masing.Kini, sambutan hari kebangsaan 2010 dengan slogan 1Malaysia dan dijangka akan terus dikekalkan untuk tahun-tahun berikutnya selagi pucuk pimpinan utama tidak berubah.
Sebagai rakyat Malaysia, kita semua harus ingat, segala kemewahan dan kesenangan yang ada sekarang ini adalah hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa dahulu. Tanpa mereka, tidak mungkin kita dapat melihat Malaysia seperti yang ada pada hari ini. Kita sebagai anak-anak merdeka patut bersyukur dan bergembira kerana lahir di bumi yang tercinta Malaysia. Teruskan perjuangan yang telah dimulakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk memajukan dan memakmurkan Malaysia dalam pelbagai aspek. Biar seluruh dunia mengenali Malaysia sebagai Negara kelas pertama!!!
SEMPENA Hari Kebangsaan yang bakal disambut esok, di sini dikemukakan beberapa fakta menarik berkenaan dengan nama “Malaysia”. Sejarah asal usul nama Malaysia agak kabur jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita. Contohnya, ‘Singapura’ diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Pulau Singa (pura=pulau), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.


Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan berkenaan asal usul nama Malaysia :

1) Malaysia asalnya merupakan gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu Malay = bangsa asal / bahasa bagi penduduk yang mendidiami kawasan ini, dan Shire = perkampungan. Jadi, Malay Shire / Malaysia bermaksud kawasan perkampungan Melayu.

2) Menurut Dr. Thriunavukkarasu, perkataan Malaysia berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud “Mountains of Asia”......YANG INI KURANG PASTI KEBENARANNYA. Biasa la, diorang ni kuat belit!

3) Malaysia wujud daripada nama “Malesia”, yang merujuk kepada kawasan bio-geografi dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Papua New Guinea.


Untuk pengetahuan semua, penggunaan nama Malaysia bukanlah baru. Merujuk Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2009, nama Malaysia mula-mula telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia” (Rujuk lampiran di bawah..).


TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”. Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".


Sebagaimana Indonesia yang pernah dicadangkan namanya sebagai Malayunesia, terdapat juga beberapa nama yang dicadangkan untuk negara kita. Antaranya, “Langkasuka”, iaitu bersempena nama sebuah kerajaan purba di kawasan utara tanah air kita.. Negara Filipina juga pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan pada tahun 1963.


Lain-lain fakta menarik :

1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan negara persekutuan kita dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat.


2) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Thai iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut. Tetapi telah ditolak oleh PM Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.

Akhir sekali dari kami di PGP, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan 2010 kepada semua warga Gopeng.

12 comments:

  1. merdeka..merdeka jugak ada kah kita org melayu dah merdeka sepenuhnya .....contoh tak usah pergi jauh ler kita ambik bahagian umno gopeng jer(pemuda)mereka takut nak bersuara n pilih mana satu kaca atau permata....berubah lah pemuda gopeng tengok apa dah jadi sekarang kelam kabut dibuatnya mana KP nya ajk masing2 buat hal...rosak2 nasib2 pemuda gopeng asyik kena tipu jer...

    ReplyDelete
  2. tu le pemuda gopeng buta kot...

    ReplyDelete
  3. dema tu bukan apa nk pow org jer tu sape yg jadi kp lantak....janji masyuk...oit kwn2 lihatlah gopeng huhuuhuh...salam punya ler tunduk..

    ReplyDelete
  4. boleh buat menantu tu....huhuhuh

    ReplyDelete
  5. menantu ape....jadi hantu harus...jeep ..jeep jahanam

    ReplyDelete
  6. udah2 ler raya dah dekat ni kome kena minta maaf selamat raya kepada pemuda gopeng tahun depan kita pow lagi jen..jen..jen(lagu)

    ReplyDelete
  7. salam..tunduk lagi huhuhuhu...

    ReplyDelete
  8. oit..kalau berani tunjuk id ler

    ReplyDelete
  9. tak betul ker apa yang kamu cakap ni...mangkuk hayun kalau tak boleh duk sorang2 ler oit

    ReplyDelete
  10. mana ajk pemuda gopeng selama ini , duduk diam macam katak bawah tempurung. Hari merdeka...tiada sambutan dan laungan dari pemuda gopeng.tapi bila bab program boleh buat duit...ajk yg dulu nak sibuk.pasallllll...ada MASUKKKKK....

    ReplyDelete
  11. bagi teman le..ajk kena ikut ketua..yg hairan nye ketua nya ilang aje..ada le hal nye pun hehhe..Apa di buat dok luor idak nak jengok pemuda2 yg dok ngundi dia dulu..ni le ibarat "kacang lupakan kulit" dh keluor dr kulit..lupakan kulit yg selama ni dok melindungi dan memberi kehidupan pada isi..

    ReplyDelete
  12. tu namanyer nak mampos

    ReplyDelete