Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Wednesday, August 25, 2010

Apa nak jadi dgn Pemuda Umno Gopeng?

Apa nak jadi dengan pemuda Gopeng. Seakan-akan tak ada. Yang paling pelik sekali, setelah menang barisan exco pemuda gopeng pada tahun 2008 ( dua tahun dahulu), apa program pun tak ada. Tetapi, dalam masa dua tiga bulan ni tiba-tiba aje ada futsal (di tambun), pancing ikan (itu aje le kot). Kita di PGP (PemudaGopengPrihatin) faham, pemilihan tahun depan, oleh itu bergesa-gesa le puak-puak yang tak guna ni buat program nak bagi nampak macam diorang ni berguna. Pi dahhhhhhhh! Tak guna langsung. Dua tahun ahli pemuda terkapai-kapai takde program, tiba-tiba aje nak buat program. Ini politik penting diri sendiri!

Sebelum kita di PGP ni hantam barisan exco Pemuda Gopeng yang tak guna dan di pimpin oleh Ketua Pemuda yang entah kat Dubai kot, biar kami kenalkan diri kami......Kami adalah penyokong tegar UMNO dan BN. KESEMUA KAMI AHLI UMNO YANG BERBAYAR YURAN MAKA KAMI BERHAK BERSUARA. Setelah pemilihan 2008 dahulu, kami menunggu gerakan Pemuda Umno Gopeng untuk mula gerak langkah memastikan rakyat, khususnya di Gopeng terima balik umno setelah mereka menolak Umno dan hanya memberi undi majoriti 600+ + kepada wakil Umno Di DUN N43. Menang tipis sahaja. Kami PGP amat berharap dan akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pemuda Umno Gopeng jika program untuk mendapat balik sokongan rakyat di jalankan. Malang sekali, Ketua Pemuda hilang dengan janji manisnya, kesemua exco pemuda gopeng mula tido sebab ketua hilang dan malas nak ambil berat. Hancur Pemuda dan hancur harapan melayu jika sayap penting dalam Umno Gopeng tidur dan tidak pedulikan arah tuju agenda melayu. AGENDA MELAYU SENANG AJE......PASTIKAN CALON UMNO MENANG DI PILIHANRAYA. Itu sahaja.

Sekarang dah kenal kami siapa maka proses manghantam akan bermula sehingga pemuda Gopeng bangun untuk dapat balik sokongan rakyat kepada Umno.

Program bola, pancing.....ni semua program bila UNNO tu kuat. Boleh la buat program bersuka ria antara ahli umno. Sekarang bukan masanya, Pemuda kena tumpu kepada program yang melibatkan masyarakat setempat.

Cukup buat masa ini. Lain kali kita bincang pula siapa yang patut kita jadi kan Ketua Pemuda yang akan datang. Sebagai pendahuluan perbincangan topik "siapa layak jadi KP", SILA BERI KOMEN KAT BAWAH TU, siapa yang layak.

Assalamualaikum.

7 comments:

  1. cantikkkk, akhirnya ada yang berani bersuara. Biar banggun sikit pemuda. Bertanding pandai, bila menang bior aje ahli2 yang undi. Apah tak guna!

    ReplyDelete
  2. siapa punya blog ni? Berani tunjuk le siapa admin blog ni!

    ReplyDelete
  3. pemuda gopeng....apa telah terjadi....malu le kalau ajk macam lembu kena cucuk hidung. Kami perwakilan rasa diperbodohkan oleh JANJI JANJI MANIS semasa kempen ketua pemuda. SYABAS PEMUDA GOPENG PERIHATIN.

    ReplyDelete
  4. bagus juga ada blog ni ada ler tempat nak mgadu bukan apa yg anonymous cakap tu ada betulnya....tergerak hati ni nak komen saya sendiri pun rasa tertipu dgn janji2 yg dtaburkan semulanya palsu belaka....yg kena cucuk hidung 1 hal ni..ketua pemuda,ketua pmuda mane pergi sampai sekarang tak nampak mukanya...sampai kan mesyuarat bahagian tahunan pun tak muncul..rosak2 apa ler nasib pemuda2 gopeng

    ReplyDelete
  5. hahaha
    bila nak jawatan bertanding mcm nak rak... bila menang tak nampak muka... mcm tu nak jadi pemimpin...org ni kalau nak jadi pemimpin mesti ikhlas dan jujur pada org dan sewaktu dgnnya....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ada ruangan dan tempat bg pemuda-pemuda seperti saya untuk luahkan isi hati yang terbuku selama ini..Terima Kasih PGP kerana mengadakan ruangan ini.Inilah masanya kita kena bertindak mengubah kepimpinan pemuda Gopeng untuk masa hadapan.Tak guna kita bertikam lidah,mencaci dan bergaduh sesama pemuda tetapi akhirnye memilih kepimpinan yang ada seperti sekarang..kerana ada kepentingan diri atau hehe poket sudah masuk..buatlah keputusan yang tepat demi kepentingan semua pemuda.

    ReplyDelete
  7. teman tgk mike ajele yang layak jadi ketua pemuda,,klo macam itu mike ajele yang bertanding jangan2 mike lagi teruk udah leee...........pesanan dari roger n out,,

    ReplyDelete