Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Monday, August 30, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Bagi rakyat Malaysia setiap tahun upacara sambutan ini, mengulang kembali nostalgia silam yang merakamkan detik-detik bersejarah itu. Serentak dengan itu juga ia membawa satu imbasan kenangan dan memori pejuang-pejuang kemerdekaan daripada semua pihak yang telah berkorban untuk memberikan yang terbaik dari perjuangan mereka atas dasar juang 'Kerana-mu Malaysia'.

Tahun ini merupakan sambutan kali kedua di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan slogan yang juga ilham  beliau – 1Malaysia Menjana Transformasi.Sambutan kemerdekaan memang tidak sah tanpa slogan dan logonya yang unik dan membawa maksud tersendiri. Slogan pertama yang dimulakan pada tahun 1970 – Muhibah dan Perpaduan menjadi perintis kepada semangat kebangsaan melalui falsafah yang kebanyakannya berkisar tentang perpaduan, kemajuan, kesejahteraan dan wawasan. Namun begitu, slogan dari tahun 2000 hingga 2006 – Keranamu Malaysia dilihat lebih bersifat subjektif yang boleh membawa maksud berbeza-beza mengikut tafsiran masing-masing.Kini, sambutan hari kebangsaan 2010 dengan slogan 1Malaysia dan dijangka akan terus dikekalkan untuk tahun-tahun berikutnya selagi pucuk pimpinan utama tidak berubah.
Sebagai rakyat Malaysia, kita semua harus ingat, segala kemewahan dan kesenangan yang ada sekarang ini adalah hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa dahulu. Tanpa mereka, tidak mungkin kita dapat melihat Malaysia seperti yang ada pada hari ini. Kita sebagai anak-anak merdeka patut bersyukur dan bergembira kerana lahir di bumi yang tercinta Malaysia. Teruskan perjuangan yang telah dimulakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk memajukan dan memakmurkan Malaysia dalam pelbagai aspek. Biar seluruh dunia mengenali Malaysia sebagai Negara kelas pertama!!!
SEMPENA Hari Kebangsaan yang bakal disambut esok, di sini dikemukakan beberapa fakta menarik berkenaan dengan nama “Malaysia”. Sejarah asal usul nama Malaysia agak kabur jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita. Contohnya, ‘Singapura’ diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Pulau Singa (pura=pulau), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.


Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan berkenaan asal usul nama Malaysia :

1) Malaysia asalnya merupakan gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu Malay = bangsa asal / bahasa bagi penduduk yang mendidiami kawasan ini, dan Shire = perkampungan. Jadi, Malay Shire / Malaysia bermaksud kawasan perkampungan Melayu.

2) Menurut Dr. Thriunavukkarasu, perkataan Malaysia berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud “Mountains of Asia”......YANG INI KURANG PASTI KEBENARANNYA. Biasa la, diorang ni kuat belit!

3) Malaysia wujud daripada nama “Malesia”, yang merujuk kepada kawasan bio-geografi dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Papua New Guinea.


Untuk pengetahuan semua, penggunaan nama Malaysia bukanlah baru. Merujuk Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2009, nama Malaysia mula-mula telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia” (Rujuk lampiran di bawah..).


TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”. Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".


Sebagaimana Indonesia yang pernah dicadangkan namanya sebagai Malayunesia, terdapat juga beberapa nama yang dicadangkan untuk negara kita. Antaranya, “Langkasuka”, iaitu bersempena nama sebuah kerajaan purba di kawasan utara tanah air kita.. Negara Filipina juga pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan pada tahun 1963.


Lain-lain fakta menarik :

1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan negara persekutuan kita dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat.


2) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Thai iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut. Tetapi telah ditolak oleh PM Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.

Akhir sekali dari kami di PGP, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan 2010 kepada semua warga Gopeng.

Thursday, August 26, 2010

Memang Tak sopan langsung!

(tengok mata imam tu kat mana?)



Satu lagi penghinaan kepada agama Islam...

Pada 22 Ogos 2010, Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral.

Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam.

Takan tak boleh pasang kemah kat luar dan buat ceramah. Kita di PGP bukannya ulama dan tahu menahu secara mendalam tentang agama, tetapi cukup untuk kita beriman. Kami nak cerita sikit tentang satu perkara yang kami ingin kongsi bersama.

Di ibu negara ada banyak kedai kasut berjenama untuk perempuan dan juga lelaki. Malah kedai-kedai sebegini ada di merata negara termasuk bandar-bandar seperti Pulau Pinang, Petaling Jaya, Ipoh....meratalah. Jika kita lihat kedai tersebut ada di bahagikan kasutnya diatas ruang pameran. Di ruang atas diletakan kasut biasa di mana umat islam boleh beli, tetapi di sebelah bawah ada pula kasut untuk orang bukan islam iaitu kasut yang dibuat daripada kulit babi. Ia dilebalkan sebagai "pig skin lining" (kulit babi le tu). Orang-orang melayu mungkin tidak masuk ke kedai sebegini sebab kasut pun mahal. Kasut berharga rm500 hinggalah ke berbelas ribu harganya. Jenama seperti Gucci, Prada, Jimmy Choo dan sebagainya. Orang melayu tidak mampu, maka jarang lah masuk ke kedai-kedai sebegini. Orang yang mampu adalah ahli peniaga kaya (cina le ramai) dan ahli parlimen memang mampu. Bagaimana kita pasti bahawa orang bukan islam tidak memakai kasut sebegini? Bayangkan jika si Teo Nie Ching ini memakai kasut buatan kulit babi dan selamba masuk ke surau atau masjid tersebut. Ye la kasut dibuka tetapi kesan kulit babi tu masih ada di kakinya. Selamba memijak tikar sembahyang dan sebagainya. Bukan hanya kasut malah ada juga jam tangan yang talinya dibuat daripada kulit babi.

Kita di PGP bukan lah pandai sangat tentang agama, malah takde seorang pun yang boleh digelar imam. Tetapi perkara sebegini adalah mengikut logik akal. Orang pas di surau tersebut takan tak tau kot!

Kita bukan nak menidakan orang bukan islam masuk masjid. Mana le tau dia masuk masjid atau surau terus suka pada islam dan memeluk islam selepas itu, tetapi pastikan mereka bersopan bila masuk tempat ibadah. Tutup le aurat tu sikit. Macam mana kalau orang melayu masuk tokong mereka berceramah. Sambil berceramah, minta pasang kipas kuat-kuat sebab panas. Maka terpadamlah lilin yang mereka pasang banyak-banyak untuk sembah tokong. Mereka mesti bengang punya. Ini isu sensitiviti.

Sebagai rakyat Malaysia, si Teo Nie Ching ni pasti tahu tentang tata tertib orang bukan islam masuk ke tempat ibadah orang islam. Jika kita lihat Astro Discovery channel, pengacara orang putih pun boleh pakai tudung bila masuk ke masjid di Arab Saudi untuk membuat liputan (itu pun tak masuk masjid, hanya di perkarangan masjid sahaja), takan si Teo Nie Ching tak tau perkara tersebut. Di sekolah Cina tak ajar ke? Pada kita di PGP kita berpendapat yang dia tahu, semua orang DAP tahu tentang tata tertib orang bukan islam masuk ke tempat ibadah orang islam, tetapi mereka ingin menujukan kuasa dan orang melayu tidak mampu untuk berbuat apa-apa jika mereka biadap terhadap kita. Lagi la mereka besar kepala bila melayu PAS mengampu mereka sehingga ke tahap ini iaitu masuk tempat beribadah islam tanpa memikirkan sensitiviti kaum melayu. Melayu PAS tidak bersuara bila ternampak perkara sebegini berlaku sebab DAP adalah tuan mereka. Sebagai orang yang bertuan, kena la ikut cakap dan tak boleh bersuara sehingga islam pun perkotak katikan sebegini rupa hanya untuk memuaskan hati tuan mereka.

Wednesday, August 25, 2010

Penyelewengan?

Assalamualaikum,

Hah, PGP dok syok minum kopi tiba-tiba ada pulak yang bukak cerita tentang penyelewengan duit peruntukan. Ditanya pulak duit peruntukan apa? Seperti dijangka, ada kaitan dengan Pemuda Bahagian. Ish, ish, ish tak habis-habis Pemuda dengan duit. Mesti ada yang tak kena, tetapi ini baru cerita kedai kopi. Betul idak korang kena komen le kat bawah tu.

Cerita yang didengar (biasa la di Gopeng ni pokok pun bercakap, tak boleh nak rahsia) duit dapat untuk buat program futsal kat tambun dulu, ada le jumlahnya tetapi jumlah yang keluar untuk program tersebut tak le sampai jumlah duit yang dapat. Merungut kawan di kedai kopi.

Ish, ish, ish apa nak jadi ni. Perkara ni senang aje kawan-kawan ajk kita. Suruh bentang kat mesyuarat jawatankuasa. Kalau tak nak, disebabkan mesyuarat jawatankuasa pun tak pernah buat, maka bawak perkara ni di mesyuarat tahuan. Tahun depan le nampak gayanya.

Apa nak jadi dgn Pemuda Umno Gopeng?

Apa nak jadi dengan pemuda Gopeng. Seakan-akan tak ada. Yang paling pelik sekali, setelah menang barisan exco pemuda gopeng pada tahun 2008 ( dua tahun dahulu), apa program pun tak ada. Tetapi, dalam masa dua tiga bulan ni tiba-tiba aje ada futsal (di tambun), pancing ikan (itu aje le kot). Kita di PGP (PemudaGopengPrihatin) faham, pemilihan tahun depan, oleh itu bergesa-gesa le puak-puak yang tak guna ni buat program nak bagi nampak macam diorang ni berguna. Pi dahhhhhhhh! Tak guna langsung. Dua tahun ahli pemuda terkapai-kapai takde program, tiba-tiba aje nak buat program. Ini politik penting diri sendiri!

Sebelum kita di PGP ni hantam barisan exco Pemuda Gopeng yang tak guna dan di pimpin oleh Ketua Pemuda yang entah kat Dubai kot, biar kami kenalkan diri kami......Kami adalah penyokong tegar UMNO dan BN. KESEMUA KAMI AHLI UMNO YANG BERBAYAR YURAN MAKA KAMI BERHAK BERSUARA. Setelah pemilihan 2008 dahulu, kami menunggu gerakan Pemuda Umno Gopeng untuk mula gerak langkah memastikan rakyat, khususnya di Gopeng terima balik umno setelah mereka menolak Umno dan hanya memberi undi majoriti 600+ + kepada wakil Umno Di DUN N43. Menang tipis sahaja. Kami PGP amat berharap dan akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pemuda Umno Gopeng jika program untuk mendapat balik sokongan rakyat di jalankan. Malang sekali, Ketua Pemuda hilang dengan janji manisnya, kesemua exco pemuda gopeng mula tido sebab ketua hilang dan malas nak ambil berat. Hancur Pemuda dan hancur harapan melayu jika sayap penting dalam Umno Gopeng tidur dan tidak pedulikan arah tuju agenda melayu. AGENDA MELAYU SENANG AJE......PASTIKAN CALON UMNO MENANG DI PILIHANRAYA. Itu sahaja.

Sekarang dah kenal kami siapa maka proses manghantam akan bermula sehingga pemuda Gopeng bangun untuk dapat balik sokongan rakyat kepada Umno.

Program bola, pancing.....ni semua program bila UNNO tu kuat. Boleh la buat program bersuka ria antara ahli umno. Sekarang bukan masanya, Pemuda kena tumpu kepada program yang melibatkan masyarakat setempat.

Cukup buat masa ini. Lain kali kita bincang pula siapa yang patut kita jadi kan Ketua Pemuda yang akan datang. Sebagai pendahuluan perbincangan topik "siapa layak jadi KP", SILA BERI KOMEN KAT BAWAH TU, siapa yang layak.

Assalamualaikum.