Seperti biasa, kami di PGP terasa boring pada malam semalam maka kami bersantai di kedai makan yang terletak di zon lahat. Sambil bersantai, terjumpa pemuda-pemuda Gopeng yang aktif di zon tersebut. Setelah setengah jam bercerita hal nasional, hal negeri maka tiba lah masanya bersembang tentang hal bahagian. Terkeluar lah cerita.
Ceritanya begini. Lebih kurang 15 orang (mungkin lebih) ajk telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Bahagian. Dalam pertemuan tersebut, 15 ajk tersebut telah melaporkan kepada Ketua Bahagian bahawa beberapa tindakan Naib Ketua Pemuda Bahagian (NKP) kebelakangan ini agak tidak telus. Program yang diadakan beberapa bulan yang lalu tidak telus dan Naib Ketua Pemuda Bahagian telah makan duit program. Itulah dakwaan mereka.
Yang amat pelik dengan pemuda gopeng ini ialah NKP berusaha menghidupkan pemuda dengan program manakala Ketua Pemuda hilang. Yang tak telusnya ialah Ketua Pemuda dan bukan NKP.
Kami di PGP merasakan ada sesuatu yang tak kena. Pertama kita kena lihat siapa dikalangan AJK yang ada hasrat untuk bertanding Ketua Pemuda di pemilihan akan datang. Itulah kepala pergerakan menjatuhkan NKP. Kami bukan menyebelahi NKP tetapi buat masa sekarang janganlah memecahbelahkan lagi pemuda Gopeng. Selesai secara berhemah. Bersemuka dengan NKP dan bukan terus melaporkannya kpd Ketua Bahagian. Hancur lagi le Pemuda Gopeng.
Teruk betul Pemuda Gopeng. Tak habis-habis berpecah belah. Kaimi di PGP memerlukan seorang pemimpin pemuda yang boleh menyatukan dan memulangkan balik zaman kegemilangan AJK sesi 2004-2008.
saya setuju dgn PGP, kembalikan semula kegemilangan pemuda sesi 2004-2008...
ReplyDelete