Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.
Sunday, April 17, 2011
PRUN Sarawak: Pengundian mengikut kaum?
Pilihan raya Umum Sarawak menyaksikan kaum cina masih menolak BN yang diterajui Umno. Tanggungjawab untuk mendapat undi kaum tersebut di Sarawak terjatuh kepada SUPP. Malangnya SUPP tak dapat melakukan apa-apa terhadap gelombang perkauman kaum cina yang di ketuai oleh DAP.
Parti komponen BN, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menanggung kekalahan teruk apabila tewas 13 daripada 19 kerusi ditandingi - 12 kerusi jatuh ke tangan DAP dan satu kepada PKR.
Lebih mengejutkan Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam tewas kepada calon DAP, Ling Sie Kiong di DUN Piasau, Miri dengan majoriti 1,590 undi.
SUPP juga kehilangan lima kerusi di kawasan Kuching, tiga di Sibu, dua di Miri dan masing-masing satu di Bintangor dan Bintulu.
Selain Chan, calon SUPP lain yang turut tewas adalah Datuk David Teng (Repok), Datuk Alfred Yap Chin Loi (Kota Sentosa), Tan Joo Phoi (Batu Kawah) dan Sih Hua Tong (Batu Lintang).
Percaturan parti itu mempertaruhkan muka baru, Prof Dr Sim Kui Hian masih gagal memenangi hati masyarakat Cina di Pending apabila penyandang Violet Yong dari DAP mengekalkan kedudukannya dengan memperoleh 7,595 majoriti undi.
Dalam kempen DAP di kawasan majoriti cina, mereka mengunakan sentimen perkauman yang agak ketara. YB Violet Yong telah menyeru pengundi agar memberi undi kepada calon cina DAP agar dapat menyahkan melayu/malanau dari bumi Sarawak lalu biarlah Cina Berkuasa di Sarawak. Selain itu mereka mengunakan wakil-wakil rakyat dari Perak seperti Nga Kor Meng untuk memberi satu dua kata mengenai bagaimana kaum cina Perak berbangga kerajaan Cina mentadbir selama 11 bulan di Perak. Nga Kor Meng berkata lagi selagi masyarakat Cina menyokong Barisan Nasional selagi itulah orang Melayu akan berkuasa di Malaysia kerana parti PBB adalah didibawah Barisan Nasional yang mana tunggaknya adalah orang Melayu.
Dengan penjelasan itu jelas Cina DAP Sarawak begitu berminat sehingga DAP menunjukkan peningkatan dari segi sokongan rakyat apabila memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.
Kemenangan dua kali ganda berbanding yang diperoleh lima tahun lalu itu merupakan jumlah terbesar pernah dicatat dalam sejarah parti tersebut sejak bertanding di Sarawak.
Trend ini berulang lagi di mana trend pengundi cina tidak memberi undi kepada BN. Kita boleh lihat trend tersebut di pilihanraya kecil di semenanjung. Soalannya, adakah UMNO dan BN masih lagi ingin melembut dan memberi segalanya kepada kaum yang tidak berterima kasih ini?
Hanya bangsa Melayu saja yang selalu mengalah sebab nak jaga keharmonian dan perpaduan dengan kaum Cina, sedangkan Cina ni peduli pun tidak dengan bangsa Melayu. Justeru sudah tiba masanya BN menguji kredibiliti calon MCA dan Gerakan dengan meletakkan mereka bertanding di kawasan majoriti Cina di PRU-13. Lagipun dah sekian lama calon daripada kedua parti itu diselamatkan di kawasan majoriti Melayu.
Ada 45 kawasan parlimen majoriti Cina di negara ini yang boleh dijadikan medan oleh pemimpin MCA dan Gerakan bagi membuktikan mereka bukanlah liabiliti kepada BN. Biar MCA dan Gerakan tunjukkan kejaguhan mereka bertanding dengan DAP di kawasan majoriti kaum mereka sendiri. Lagi bagus letak Chua Soi Lek bertanding dengan Lim Kit Siang dan Koh Tsu Koon bertanding lawan Lim Guan Eng. Biar buku bertemu ruas.
Andai MCA atau Gerakan kalah di kawasan majoriti Cina, sudah tentu mereka tidak akan ada wakil dalam kerajaan. Masa tu kita tengoklah nanti bagaimana kaum Cina ni menggelupur. Kawasan majoriti Melayu yang selama ini diberikan UMNO kepada MCA dan Gerakan dalam pilihanraya, perlu diletakkan semula calon UMNO bagi memastikan majoriti di dewan rakyat kekal dikuasai oleh bangsa Melayu selepas PRU-13.
Lagipun trend sokongan Melayu dan India hari ini kelihatan telah kembali kepada UMNO dan BN.
Apamacam UMNO ada berani?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment