Assalamualaikum semua, kami di PGP telah lama tidak aktif. Sebab-sebab tidak aktif adalah kerana kami menumpukan perhatian kepada PRU13 yang lalu. Seperti dijangka, keputusan PRU13 di dun Sg Rapat amatlah menyedihkan. Pertama sekali adalah kerana lumpuhnya Pemuda Umno Bahagian. Pemuda Umno Gopeng khususnya pemuda-pemuda cawangan seperti tidak aktif. Exco pemuda Umno gopeng seperti anak ikan menunggu umpan. Umpannya adalah DUIT. Seperti hantu raya yang tidak bertuan. Ada yang terhegeh-hegeh mengikut calon seumpama kera nak kan pisang. Calon pula tidak pedulikan mereka.
Ada beberapa kepincangan yang ingin dikongsi oleh PGP. Biasalah, bila Exco pemuda Gopeng terlibat, kepincangannya adalah duit.
1: Duit peruntukan Gerak Kerja Pilihan Raya.
Duit pasang bendera pula di beritakan telah diberi pada exco Pemuda Gopeng tetapi malang sekali, duit pasang bendera tidak di agihkan kepada pemuda cawangan. Sebagai contoh, duit pasang bendera untuk penamaan calon. Di beritakan duit telah diberi tetapi sumbernya kurang pasti daripada mana. Yang paling sedih adalah duit itu diagih antara Exco Pemuda Gopeng sahaja dan tidak dikongsikan bersama pemuda-pemuda cawangan untuk tujuan gerak kerja pilihanraya. Ia terbukti apabila PGP diberitahu bahawa hanya beberapa Exco Pemuda Gopeng sahaja yang turun memasang bendera. Kerja-kerja tersebut sepatutnya diberi kepada Pemuda-pemuda cawangan tetapi di monopoli oleh Exco Pemuda Gopeng. Kesimpulannya ialah, jika buat kerja tersebut tanpa pemuda-pemuda cawangan maka "safe" la duit peruntukan. Boleh masuk poket sendiri.
Pada akhir-akhir sesi kempen, duit peruntukan baru diagihkan. Diberitakan bahawa first round adalah rm100 dan second round adalah RM150. Duit itu pulak di beri pada akhir-akhir sesi kempen. Ini bermakna, segolongan exco pemuda pakat-pakat simpan duit tersebut dan hanya agihkan sejumlah kecil kepada Ketua-ketua pemuda cawangan. RM300 keseluruhan sahaja yang di beri. Kami di PGP diberitakan bahawa di bahagian lain, pemuda-pemuda cawangan di beri peruntukan rm1000. Oleh yang demikian exco pemuda Gopeng telah songlap sebanyak RM700 satu cawangan. Kami di PGP kurang pasti berapa cawangan Pemuda yang ada tetapi ia melebihi 50 cawangan. Kalau 50 cawangan pun, duit sebanyak RM35,000 lesap entah kemana. Diberitakan bahawa duit tersebut telah masuk poket individu dikalangan exco pemuda gopeng untuk tujuan pertandingan akan datang.
2: Bilik Gerakan Pemuda Gopeng
Umum tahu bahawa bilik gerakan Pemuda Gopeng telah diberi untuk diguna pakai secara "free" oleh seorang ahli Pemuda Umno Gopeng dan juga calon Ketua Pemuda yang telah tewas pada pemilihan 2008. Duit peruntukan untuk mengendalikan bilik gerakan tersebut telah diberi oleh Pemuda Negeri. Diberitakan kepada PGP jumlah melebihi 20 ribu telah diberi untuk komputer, kerusi meja, alaun petugas dan lain2 peralatan untuk memastikan bilik gerakan Pemuda Gopeng berfungsi. Tetapi apa yang diberitakan kepada PGP amatlah menyedihkan.
Tiada komputer yang dibeli, tiada petugas yang di beri alaun, kerusi meja pun disewa. Sewa pula daripada kalangan Exco Pemuda itu sendiri. Bilik Gerakan tersebut pun seperti tidak berfungsi. Hanya dibuka pada akhir-akhir sesi kempen. Apabila di buka, tiada Pemuda-pemuda cawangan pun yang terlibat. Hanya beberapa Exco pemuda yang ada di situ terhegeh-hegeh macam buat kerja.
Flying squad telah ditubuhkan tetapi diberitakan hanya satu cawangan pemuda yang digunakan. Itupun hanya 4 atau 5 orang sahaja yang terlibat dengan flying squad. Pelik, duit peruntukan dimana perginya
3: kesimpulan
Kesimpulannya senang. Plat form Exco Pemuda Gopeng di gunakan untuk meraih duit secara free semasa Pilihan Raya. Peruntukan untuk gerak kerja pilihanraya yang sepatutnya melibatkan pemuda cawangan-cawangan telah dikongsi diantara beberapa exco pemuda Gopeng. Perkara sebeginilah yang menyebabkan orang muda menyampah kepada UMNO. Duit peruntukan adalah untuk kegunaan pemuda bagi tujuan gerak kerja pilihan raya tetapi di salah gunakan untuk tujuan peribadi. Kepada pemuda yang berada di Gopeng, perhatilah dikalangan Exco Pemuda yang tiba-tiba ada duit untuk bertanding nanti. Tanyalah diri sendiri, dimanakah datangnya duit untuk dia bertanding. Tengok lah latarbelakangnya, kerjayanya dan gajinya. Dimanakah datangnya duit yang akan di tabur untuk bertanding nanti. Umum tahu, perlu ada duit untuk bertanding. Sesi makan makan tiap-tiap malam, sesi berminum teh dan makan petang, sesi minum dan makan pagi. Lihatlah sendiri dan bertanya. Jangan syok dapat makan free hingga tidak peka kepada keadaan.