Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Saturday, May 25, 2013

REALITY EXCO PEMUDA GOPENG 2008-2013

Assalamualaikum semua, kami di PGP telah lama tidak aktif. Sebab-sebab tidak aktif adalah kerana kami menumpukan perhatian kepada PRU13 yang lalu. Seperti dijangka, keputusan PRU13 di dun Sg Rapat amatlah menyedihkan. Pertama sekali adalah kerana lumpuhnya Pemuda Umno Bahagian. Pemuda Umno Gopeng khususnya pemuda-pemuda cawangan seperti tidak aktif. Exco pemuda Umno gopeng seperti anak ikan menunggu umpan. Umpannya adalah DUIT. Seperti hantu raya yang tidak bertuan. Ada yang terhegeh-hegeh mengikut calon seumpama kera nak kan pisang. Calon pula tidak pedulikan mereka.

Ada beberapa kepincangan yang ingin dikongsi oleh PGP. Biasalah, bila Exco pemuda Gopeng terlibat, kepincangannya adalah duit.

1: Duit peruntukan Gerak Kerja Pilihan Raya.

 Duit pasang bendera pula di beritakan telah diberi pada exco Pemuda Gopeng tetapi malang sekali, duit pasang bendera tidak di agihkan kepada pemuda cawangan. Sebagai contoh, duit pasang bendera untuk penamaan calon. Di beritakan duit telah diberi tetapi sumbernya kurang pasti daripada mana. Yang paling sedih adalah duit itu diagih antara Exco Pemuda Gopeng sahaja dan tidak dikongsikan bersama pemuda-pemuda cawangan untuk tujuan gerak kerja pilihanraya. Ia terbukti apabila PGP diberitahu bahawa hanya beberapa Exco Pemuda Gopeng sahaja yang turun memasang bendera. Kerja-kerja tersebut sepatutnya diberi kepada Pemuda-pemuda cawangan tetapi di monopoli oleh Exco Pemuda Gopeng. Kesimpulannya ialah, jika buat kerja tersebut tanpa pemuda-pemuda cawangan maka "safe" la duit peruntukan. Boleh masuk poket sendiri.

Pada akhir-akhir sesi kempen, duit peruntukan baru diagihkan. Diberitakan bahawa first round adalah rm100 dan second round adalah RM150. Duit itu pulak di beri pada akhir-akhir sesi kempen. Ini bermakna, segolongan exco pemuda pakat-pakat simpan duit tersebut dan hanya agihkan sejumlah kecil kepada Ketua-ketua pemuda cawangan. RM300 keseluruhan sahaja yang di beri. Kami di PGP diberitakan bahawa di bahagian lain, pemuda-pemuda cawangan di beri peruntukan rm1000. Oleh yang demikian exco pemuda Gopeng telah songlap sebanyak RM700 satu cawangan. Kami di PGP kurang pasti berapa cawangan Pemuda yang ada tetapi ia melebihi 50 cawangan. Kalau 50 cawangan pun, duit sebanyak RM35,000 lesap entah kemana. Diberitakan bahawa duit tersebut telah masuk poket individu dikalangan exco pemuda gopeng untuk tujuan pertandingan akan datang.

2: Bilik Gerakan Pemuda Gopeng

Umum tahu bahawa bilik gerakan Pemuda Gopeng telah diberi untuk diguna pakai secara "free" oleh seorang ahli Pemuda Umno Gopeng dan juga calon Ketua Pemuda yang telah tewas pada pemilihan 2008. Duit peruntukan untuk mengendalikan bilik gerakan tersebut telah diberi oleh Pemuda Negeri. Diberitakan kepada PGP jumlah melebihi 20 ribu telah diberi untuk komputer, kerusi meja, alaun petugas dan lain2 peralatan untuk memastikan bilik gerakan Pemuda Gopeng berfungsi. Tetapi apa yang diberitakan kepada PGP amatlah menyedihkan.

Tiada komputer yang dibeli, tiada petugas yang di beri alaun, kerusi meja pun disewa. Sewa pula daripada kalangan Exco Pemuda itu sendiri. Bilik Gerakan tersebut pun seperti tidak berfungsi. Hanya dibuka pada akhir-akhir sesi kempen. Apabila di buka, tiada Pemuda-pemuda cawangan pun yang terlibat. Hanya beberapa Exco pemuda yang ada di situ terhegeh-hegeh macam buat kerja.

Flying squad telah ditubuhkan tetapi diberitakan hanya satu cawangan pemuda yang digunakan. Itupun hanya 4 atau 5 orang sahaja yang terlibat dengan flying squad. Pelik, duit peruntukan dimana perginya

3: kesimpulan

Kesimpulannya senang. Plat form Exco Pemuda Gopeng di gunakan untuk meraih duit secara free semasa Pilihan Raya. Peruntukan untuk gerak kerja pilihanraya yang sepatutnya melibatkan pemuda cawangan-cawangan telah dikongsi diantara beberapa exco pemuda Gopeng. Perkara sebeginilah yang menyebabkan orang muda menyampah kepada UMNO. Duit peruntukan adalah untuk kegunaan pemuda bagi tujuan gerak kerja pilihan raya tetapi di salah gunakan untuk tujuan peribadi. Kepada pemuda yang berada di Gopeng, perhatilah dikalangan Exco Pemuda yang tiba-tiba ada duit untuk bertanding nanti. Tanyalah diri sendiri, dimanakah datangnya duit untuk dia bertanding. Tengok lah latarbelakangnya, kerjayanya dan gajinya. Dimanakah datangnya duit yang akan di tabur untuk bertanding nanti. Umum tahu, perlu ada duit untuk bertanding. Sesi makan makan tiap-tiap malam, sesi berminum teh dan makan petang, sesi minum dan makan pagi. Lihatlah sendiri dan bertanya. Jangan syok dapat makan free hingga tidak peka kepada keadaan.

Wednesday, December 19, 2012

SIAPA SEBENARNYA DOMINAN DALAM PAKATAN...


PAS sering kali mengatakan dia lah dominan di dalam Pakatan Rakyat sehingga mencalonkan Hadi Awang, arkitek pecah belah umat islam, sebagai PM jika Pakatan Rakyat menang. Kata dia la. Disini, kupasan daripada Blog Zulkifli Nordin yang elok kita baca. Beliau menunjukan dimana letaknya PAS di dalam Pakatan:-

Dominan bermakna mempunyai pengaruh, autoriti atau kawalan yang utama keatas sesuatu. Apabila seseorang menyatakan dia adalah dominan, bermakna dia punya pengaruh, autoriti dan kawalan utama dalam menterjemahkan kehendak dan kemahuannya. Apabila sebuah parti politik menyatakan ia adalah parti dominan, bermakna parti itu mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan untuk menterjemah dan melaksanakan falsafah, dasar dan agenda parti itu; dan ia dihormati oleh parti yang duduk dibawah dominasinya!
Itulah yang berlaku kepada UMNO. Apabila UMNO menjadi parti dominan didalam Barisan Nasional, maka UMNO mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan utama untuk melaksanakan dan menterjemahkan falsafah, dasar dan perjuangan parti UMNO – iaitu membela dan memartbatkan bangsa Melayu dan Islam, disamping menjaga kebajikan dan kepentingan agama dan bangsa lain. Dan ia dihormati komponennya!
Dan UMNO telah membuktikan status dominannya dalam BN dengan melaksanakan dasar dan agenda perjuangan Melayu-Islam sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 sehingga kini.
Daripada mendapatkan kemerdekaan untuk negara secara aman, memastikan Islam menjadi agama negara, meletakkan syariat dan institusi Islam lebih tinggi dalam Perlembagaan dan dasar negara, membela & memartabatkan bangsa Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru, Dasar Transformasi Negara; disamping menjaga kebajikan dan kepentingan kaum dan agama lain didalam Malaysia, UMNO telah berjaya membuktikan ia bukan sahaja parti yang dinamik dan pragmatik, malah ia adalah parti yang dominan dan dihormati kawan, digeruni lawan!
Dan penghormatan parti komponen lain terhadap UMNO sebagai parti dominan sangat jelas.
Sewaktu MCA menghadapi krisis kepimpinan akibat persengkataan antara Tan Koon Swan dan Neo Yee Pan, pemimpin UMNO, Allahyarham  Tun Ghafar diberi mandat oleh MCA untuk menjadi Presiden sementara MCA! Dan Tun Ghafar berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MCA sehingga MCA kembali bersatu!
Sewaktu MIC menghadapi krisis kepimpinan, sekali lagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin dan membimbing MIC keluar daripada kemelut itu. Dan sekali lagi pemimpin UMNO berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MIC.
UMNO tidak mengkhianati rakan komponennya! UMNO tidak mengambil kesempatan daripada masalah dalaman yang dihadapi rakan BN! UMNO tidak menikam parti kawan daripada belakang. Malah UMNO menjadi 'abang' yang begitu setia dan sanggup berkorban untuk 'adik-adiknya' didalam Barisan Nasional!
Dan sewaktu UMNO menghadapi krisis kepimpinan sehingga diharamkan pada tahun 1988, dengan segera rakan komponen MCA, MIC dan lain-lain bermesyuarat mengambil-alih secara sementara kepimpinan BN untuk selama beberapa minit, sebelum membuat keputusan menyerahkan semula kepimpinan BN kepada Presiden UMNO Baru Tun Dr. Mahathir Mohamed!
Itu maknanya UMNO parti dominan! Itu maknanya UMNO parti tunggak! Itu maknanya UMNO parti tunjang! Parti yang dihormati kawan, tetapi digeruni lawan!
Sekarang PAS mendakwa ia sebagai parti dominan didalam pakatan pembangkang! PAS mendabik dada sebagai parti tunggak! PAS mengaku sebagai parti tunjang dalam pakatan pembangkang! Sehingga PAS sanggup membuat usul untuk memamak-bendaharakan presidennya Datuk Seri Hadi Awang menggantikan Anwar Ibrahim!
Persoalannya, benarkah dakwaan PAS itu? Benarkah PAS boleh menjadi parti alternatif untuk umat Melayu-Islam menggantikan UMNO? Benarkah umat Islam-Melayu wajib membantu PAS dengan mengundi mereka didalam PRU-13 nanti!
Mari kita kupas dan huraikan persoalan ini secara fakta dan bukti!

Keputusan Exco Kerajaan PAS Kelantan untuk menggantung, menilai dan mengkaji semula undang-undang PBT berkaitan pengharaman lelaki bercampur wanita setelah tercetusnya isu salon non-Muslim yang disaman kerana membenarkan tukang gunting wanita menggunting rambut pelanggan lelaki menimbulkan satu polemik yang lebih besar!
Teman menjangka undang-undang pengasingan jantina tersebut yang sudah ujud sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1991 itu akhirnya akan ditalkinkan tidak lama lagi setelah dikritik hebat baru-baru ini.
Teman cukup yakin Kerajaan Datuk Nik Aziz TIDAK membuat keputusan tersebut akibat teguran UMNO; almaklumlah UMNO bukan sahaja parti yang telah dikafirkan, malah dimurtadkan baru-baru ini. Takkan Nik Aziz nak dengar nasihat orang yang dikafir-murtadkan?
Teman juga cukup yakin keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu BUKAN kerana tekanan daripada Chua Soi Lek mahupun Palanivel, apatah lagi Koh Tsu Koon! Mereka bukan rakan-kapir yang sekatil-sebantal dengan PAS! Malah kerana bersepakat dengan merekalah UMNO diisytihar dan dipatwakan kafir dan tak layak masuk sorga!
Keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz tersebut dibuat setelah menerima kritikan, tekanan dan desakan daripada rakan sekatil dan sebantal mereka iaitu kepimpinan parti cauvinis rasis DAP! Rata-rata pemimpin cauvinis DAP ini menempelak tindakan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu. Dan tekanan bertambah berat apabila Dewan Himpunan Penyokong Non-Muslim PAS Pusat turut membantah dan menegur tindakan Kerajaan PAS Kelantan!
Apakah maksud ini semua? Maknanya PAS bukan parti dominan! Maknanya PAS bukan parti tunggak! Maknanya PAS hanya sekadar 'khadam pak turut' kepada kehendak DAP! Itulah maksudnya!
Jangan kata undang-undang yang dah berumur lebih 20 tahun boleh ranap, perjuangan Negara Islam yang menjadi modal politik PAS pun akhirnya bungkus! Semuanya demi mengejar undi non-Malay, non-Muslim! Dan PAS beriman dengan keyakinan bahawa DAP boleh membantu mereka mendapat undi non-Malay & non-Muslim! PAS berakidah bahawa melukakan hati DAP bermakna sayonara kepada undi non-Malay & non-Muslim! Maka bagi PAS, demi mahligai Putrajaya, mereka tiada pilihan, wajib tunduk, sami' na wa ato'na kepada kehendak DAP!
Teman melihat isu mutakhir ini sebagai bukti jelas betapa laungan pimpinan PAS bahawa mereka adalah parti dominan didalam pakatan pembangkang adalah sekadar retorik politik sahaja! Malah angan-angan PAS sebagai kononnya parti dominan sehingga menyebabkan mereka membuat usul untuk memperdana-menterikan Datuk Seri Hadi Awang, yang ternyata syiok dengan tawaran jawatan mahkota Putrajaya tersebut hanyalah sekadar fantasi dan ilusi semata-mata!
Bertambah sedih para pelakon sitkom Lawak Senario apabila PAS mengumumkan bahawa mereka kini adalah parti alternatif bagi orang Melayu-Islam menggantikan UMNO! Konon skrip lawak mereka menyatakan PAS adalah tunjang kepada pakatan pembangkang masakini sebagaimana UMNO didalam Barisan Nasional! Malah dilawakkan lagi bahawa orang Melayu-Islam wajib membantu dengan mengundi PAS dalam PRU-13 sebagai sandaran dan harapan baru menggantikan UMNO!
Persoalan besarnya - betulkah PAS dominan?

Dan jawapannya jelas BIG NO! TIDAK!!! NEHI!!
Buktinya yop?
1. Kita tengok apa jadi kepada Kerajaan PAS Kedah. Kerajaan yang dominan ialah PAS, kerana ADUN PAS paling ramai, dan ADUN DAP hanya seorang sahaja. Dalam keadaan itu, Kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak ada masalah untuk melaksanakan segala dasar dan agenda PAS.
Sebaliknya, lain yang berlaku! Contohnya, apabila Kerajaan PAS Kedah mengumumkan akan merobohkan sebuah pusat penyembelihan babi di Kota Setar, ADUN DAP tersebut telah membantah dan memberi katadua kepada Kerajaan PAS Kedah - tarik balik arahan tersebut atau beliau akan bawa DAP Kedah keluar! Akhirnya, Kerajaan PAS Kedah membatalkan arahan tersebut. Hanya seorang ADUN DAP boleh meletakkan Kerajaan PAS Kedah atas lutut dengan satu gertakan sahaja!
Dominan ke namanya tu yop?
2. Kita tengok pulak apa jadi bila Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan wajib ditutup sepanjang bulan Ramadhan! Hanya dengan satu bantahan daripada DAP, arahan tersebut dibatalkan! Maka berpestalah pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadhan!
Dominan ke namanya tu yop?
3. Mutakhir, Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya semua papan-tanda iklan yang mengandungi gambar wanita yang tidak berpakaian sopan hendaklah diturunkan! Yup, belum sempat Karpal Singh batuk, arahan itu segera ditarik balik bila ada suara membantah daripada DAP!
Dominan ke namanya tu yop?
4. Mari kita beralih ke Pulau Pinang. Teman tak bercadang nak bariskan segala peristiwa yang berlaku untuk membuktikan betapa hinanya PAS pada pandangan mata Guaneng dan juak-juak DAPnya. Cukup sekadar kita tengok bagaimana cara mereka melayan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang! Yup, PAS hanya ada satu sahaja ADUN di Pulau Pinang. YB Ustaz Saleh Man, ADUN Permatang Pasir yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri.
Sepatutnya dalam ertikata perkongsian yang telus dan harmoni serta saling hormat menghormati sebagaimana yang diamalkan dalm BN yang ditunjangi UMNO, Kerajaan DAP Pulau Pinang wajib memberikan tempat kepada satu-satunya ADUN PAS! Sebagaimana yang dibuat oleh UMNO, masih mengambil pimpinan MIC, MCA dan Gerakan yang tewas dalam pilihanraya; diberikan tempat didalam Kerajaan bertaraf Menteri! Itu namanya dominan! Bukan sahaja dominan, tetapi menghormati rakankongsi dalam persefahaman yang ikhlas!
Tetapi tidak dalam pakatan songsang DAP-PKR-PAS ini! Satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang, langsung tidak diberi muka dalam barisan Exco Kerajaan DAP! Sepatutnya PAS yang dilabelkan sebagai parti Islam, paling koman mangkuk pun ADUN nya patut diberi jawatan Exco menjaga portfolio hal-ehwal Islam! Malah itulah bahan kempen semasa PRK Permatang Pasir! Tetapi tidak! ADUN PAS yang juga bos PAS Pulau Pinang langsung tak diberi muka oleh Kerajaan Guaneng!
Sebaliknya Malek Kasim, ADUN PKR Batu Maung yang dilantik memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam! Malek Kasim? ADUN PKR yang bukan lulusan daripada jurusan agama Islam pun. Yang bukan datang daripada Al Azhar. Yang datang daripada parti PKR, parti yang ketuanya berfahaman pluralisma dan liberal. Parti yang nak beri kebebasan kepada orang Melayu pilih agama lain selain Islam!
Ini bukan sahaja membuktikan PAS bukan parti dominan, malah PAS hanyalah di anggap sebagai parti keldai tunggangan sahaja! Ini adalah satu penghinaan besar kepada PAS! Bak kata pepatah Melayu, PAS ini adalah parti yang dia ujud pun tak menambah, dia tiada pun tak mengurang! Mungkin doa dan impian presiden PAS untuk menjadi khadam sudah pun tertunai!
Jadi, dominan ke namanya tu yop?
5. Kalau kita tukar angin tengok ke Selangor, bertambah lagi gerun kita yop! PAS ada 8 ADUN dalam negeri Selangor. Bermakna PAS adalah parti 'king-maker'. Kerana jika PAS menarik diri daripada pakatan songsang ini, Kerajaan pakatan luar tabi'e ni akan tumbang yop! Yup..Kerajaan PKR-DAP Selangor boleh ditumbangkan oleh ADUN-ADUN PAS jika mereka bersatu!
Dalam keadaan itu, sudah tentu kita mahu melihat PAS boleh memainkan peranan dominan, sekurang-kurangnya dalam memastikan kepentingan dan kebajikan umat Melayu-Islam terbela dan dipertahankan! Dengan kedudukan sebagai 'king-maker' itu, kita sepatutnya boleh meletakakan harapan PAS boleh 'tunjuk taring' dan 'bersuara lantang' melaksanakan agenda dan dasar perjuangan PAS yang kononnya mahu menjadi parti alternatif umat Melayu-Islam menggantikan UMNO!
Tapi apa yang terjadi sebaliknya! YB Datuk Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Hal-Ehwal Agama Islam Selangor mendapati bukan sahaja beliau berdepan dengan kekangan dan kesukaran oleh rakan komponen DAP-PKR didalam melaksanakan dasar dan agenda Islam-Melayu, malah beliau turut berdepan dengan sabotaj dan khianat daripada parti dia sendiri!
Cubaan Datuk Hasan Ali membersihkan Bandaraya Shah Alam, Bandar Anggerik kebanggaan Melayu-Islam Selangor daripada unsur arak dan maksiat yang makin bercambah sejak pakatan pembangkang memerintah ternyata kecundang! Menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai Exco Agama, dan berbekalkan kedudukan PAS sebagai 'king-maker' di Selangor, Hasan Ali dengan kerjasama PBT Majlis Bandaraya Shah Alam menjalankan operasi pembersihan dengan merampas arak yang dijual secara bebas di kedai-kedai serbanika di Shah Alam.
Kita ingatkan ahli dan penyokong PAS akan bertakbir sakan! Al maklumlah pernah ada antara mereka yang membuat kenyataan, 'hari ni memerintah Selangor, esok kilang arak tutup'! Maka orang Melayu-Islam Selangor, khususnya di Shah Alam tumpang kagum dengan keberanian Hasan Ali mempertahankan 'kesucian' bumi Shah Alam.
Tapi apa jadi? Tak sampai beberapa hari, kaum cauvinis dan rasis DAP mula melalak dan memekak! Mereka menuntut arahan Hasan Ali dibatalkan, dan arak itu dipulangkan kembali kepada kedai-kedai serbanika itu. Umat Melayu-Islam ingatkan tentu para mujahidin dan para demonstran PAS akan turun berlarak di Shah Alam, mungkin juga sampai membaringkan badan diatas jalan untuk menghalang kereta Ronnie Liu daripada berjalan!
Tak, sebaliknya umat Melayu-Islam menjadi kecewa dan hampa. MBSA diarah memulangkan semula arak tersebut. Bayangkan betapa hina dan aibnya kita umat Melayu-Islam bila melihat lori MBSA terpaksa memulangkan semula arak-arak yang dirampas itu ke kedai-kedai serbanika! PAS muncul sebagai parti yang hanya sekadar boleh ber'take-beer' sahaja sekarang yop!
Dominan ke namanya tu yop?
6. Kemudian kita tengok pula isu serangan terhadap aqidah umat Melayu-Islam. Hasan Ali, selaku Exco Agama Islam Selangor menerima maklumat bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) melakukan dakyah dan cuba memurtadkan beberapa orang Melayu-Islam. Berdasarkan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang duduk dibawah portfolio Hasan Ali telah melakukan siasatan di DUMC. JAIS mendapati aduan itu betul, dan menemui beberapa dokumen dan individu yang terlibat. Maka JAIS pun bertindak!
Apa jadi yop? Sekali lagi umat Malayu-Islam mengharapkan PAS akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan isu aqidah! Apa lagi yang lebih besar selain masalah aqidah! Serangan terhadap aqidah umat Islam sama saperti mengisytiharkan perang terhadap Islam! Umat Islam-Melayu mengharapkan PAS tidak akan berkompromi!
Sebagaimana umat Melayu-Islam melihat PAS & UMNO bersama melakukan bantahan besar-besaran semasa isu IFC, isu murtadnya Noraishah Bukhori, murtadnya Hartini Kamarudin, murtadnya Azlina Jailani @ Lina Joy! Umat Melayu-Islam tidak sabar mendengar pengumuman jihad oleh PAS!
Pheewwww..sebaliknya pula yang berlaku! Hasan Ali dimaki-hamun! Hasan Ali dicerca! Hasan Ali dihina! Hasan Ali ditohmah tidak pandai berpolitik! Hasan Ali difitnah tidak tahu menghormati hak gereja dakyah! Hasan Ali dikutuk tidak memahami parasaan DAP! Hasan Ali didakwa akan menyebabkan PAS hilang undi, hilang kerusi! Hasan Ali dikatakan mengidap penyakit 'undersiege mentality'! Hasan Ali menjadi kucing kuranp didalam PAS dan pakatan songsang!
Akhirnya Hasan Ali dipecat! Tanpa notis, tanpa tunjuk-sebab, tanpa boleh bela diri, tanpa dipanggil mesyuarat! Hasan Ali dihalau daripada PAS macam anjing kurap!
Apa dosa Hasan Ali? Adakah Hasan Ali meliwat mana-mana jambu? Adakah Hasan Ali main kondang kondi dengan ChinaDOLL? Adakah Hasan Ali bagi kaunselling kat bini kawan sendiri jam 3 pagi? Adakah Hasan Ali makan eskrim dalam jamban? Adakah Hasan Ali main enjut-enjut dalam keretapi? Adakah Hasan Ali menderhaka kepada makbapak dia? Apa dosa Hasan Ali sehingga diperlakukan seperti 'pembawa sial' tu yop?
Dosa Hasan Ali kerana nak menyelamatkan aqidah umat! Dosa Hasan Ali kerana nak melaksanakan nilai Islam! Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah kemungkaran! Dosa Hasan Ali kerana nak mempraktikkan dasar yang dilaungkan oleh PAS selama ini! Atas dosa itu, Hasan Ali dipecat tanpa menurut hukum dan syariat Islam, oleh parti yang melabel dirinya sebagai Islam! Betapa ironisnya!
Dominan ke namanya tu yop?

7. Dan yang paling mengaibkan, sebaik sahaja Hasan Ali dipecat, portfolio Hal Ehwal Islam diambil-alih oleh PKR! PAS parti yang melabelkan diri sebagai Islam, yang menjanjikan pahala kepada orang mengundinya, yang menjamin syurga orang yang menyokongnya, yang mendoakan kehancuran umat Islam lain, yang memurtadkan saudara satu aqidah; kali ini dihancurkan dan dihina apabila portfolio Hal Ehwal Islam Selangor diambil alih oleh Tan Sri Khalid Ibrahim!
Yup, Khalid Ibrahim! Yang bukan lulusan syariah, yang bukan lulusan usuluddin, yang bukan graduan Al Azhar, yang tak pernah mengaji kat pondok atau ma'ahad; Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio menjaga hal ehwal Islam! PAS diberi apa? Portfolio menjaga Sukan & Adat Resam Melayu!
Dominan lagi mike kata yop?

Rumusan
Jadi apa rumusan kepada semua fakta dan hakikat yang teman huraikan diatas? Rumusannya jelas. PAS bukan parti dominan. PAS bukan parti tonggak! PAS bukan parti tunjang!
Sebaliknya PAS adalah parti sampingan! PAS adalah parti serpihan! PAS adalah parti tunggangan! PAS adalah parti yang diperkeldaikan! PAS adalah parti yang menjadi lembu tunggangan! PAS sekadar menjadi balaci dan penghalal kepada semua tindak tanduk Anwar & parti cauvinis rasis DAP!
Samada PAS sebagai parti berkuasa penuh saperti di Kelantan! Samada PAS sebagai sebuah parti dominan seperti di Kedah! Samada PAS sebagai sebuah parti picisan seperti di Pulau Pinang! Samada PAS sebagai sebuah parti 'king-maker' di Selangor. Samada PAS sebagai parti komponen kedua terbesar pembangkang saperti di Parlimen!
Dalam apa kedudukan pun, PAS telah membuktikan kepada umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja parti yang tidak boleh diharapkan untuk membela dan mempertahankan kepentingan dan kebajikan umat Islam-Melayu, malah ia boleh menjadi parti yang bisa mengkhianati dan menikam belakang umat Islam-Melayu demi survival dan kepentingan politiknya.
Jangan kata umat Islam-Melayu, anak isteri pun mereka rela perkeldaikan dan politikkan! Contohnya ada antara mereka yang sanggup membuat bai'ah talak tiga semata-mata untuk memastikan kerusi parti mereka kekal! Mereka sanggup berbaiah untuk menceraikan isteri mereka dengan talak tiga ba'in qubro hanya kerana poltitik sempit yang mereka amalkan! Sanggup menceraikan bini sendiri semata-mata kerana politiking yang melampau!
Sebab itu umat Islam-Melayu janganlah terpedaya dengan mainan dan dakyah politik PAS dan pakatan songsang ini. Bagaimana mungkin sebuah parti yang hanya akan bertanding 60 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi mau menjadi parti dominan? Bagaimana parti yang hanya boleh memenangi tak lebih 30 kerusi Parlimen nak menjadi parti pembela umat Islam-Melayu?
Sebenarnya, apa yang terjadi di Kelantan itu hanya sebagai satu lagi siri bukti dan keterangan yang memperjelaskan lagi kepada kita umat Islam-Melayu bahawa PAS bukanlah satu agama! Masuk PAS bukan makna masuk syurga! Undi PAS bukan bermakna sokong Islam!
Sebaliknya, PAS membuktikan kepada kita umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja bersedia membuang peraturan yang dia buat sendiri selama 20 tahun, PAS bukan sahaja sanggup memecat ahlinya sendiri demi kepentingan politiknya, PAS bukan sahaja sanggup menggadai institusi perkahwinan dan anak isteri, malah PAS membuktikan ia parti politik yang sanggup membuang dasar perjuangan negara Islamnya semata-mata untuk meraih undi!
PAS adalah contoh klasik falsafah politik Machiavelli - matlamat menghalalkan cara! The end justify the means!
Jangan kata nak jadi parti dominan, jangan kata nak jadi parti tunggak, jangan kata nak jadi parti alternatif bagi umat Melayu-Islam, malah PAS sudah muncul menjadi Parti Al-Sikitol! Parti yang boleh mengkhianati umat Islam-Melayu!
Undi PAS maknanya undi DAP!
Undi PAS maknanya undi pluralisma!
Undi PAS maknanya undi liberalisma!
Undi PAS maknanya undi LGBT!
Say NO to PAS! Say NO to Anwar!
Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan keampunanNya. Ameen!!!
(SUMBER: Zulkifli Nordin Blog)

Monday, December 17, 2012

PAS RASUAH....BIAR BETUL???

Hot! TANAH 10,526 EKAR SEBAGAI SYARAT NIZAR JADI MENTERI BESAR PERAK ADALAH BENAR.

Masihkah anda ingat sebaik saja kemenangan pakatan di Perak mereka mempunyai masaalah untuk melantik menteri besar.

DAP membantah pada waktu itu kerana wakil rakyat mereka tidak boleh menjadi calon Menteri Besar kerana undang undang tubuh negeri menetapkan Menteri Besar Perak harus seorang yang beragama Islam.

Pada ketika itu Lim Kit Siang bermati matian tidak mahu menyerahkan jawatan itu kepada PAS.Malah jawatankuasa eksekutif pusat DAP membantah tidak akan menerima PAS sebagai menteri besar memandangkan DAP menang DUN melebihi daripada PAS atau PKR.
 Tak sampai 24jam,tiba tiba Lim Kit Siang,Ngah Khor Meng dan juga Ngeh Kor Ham bersama Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak.
Disinilah bermulanya episod PAS dan Nizar menjadi boneka DAP di Perak. Pada malam itu berlaku perbincangan peringkat tertinggi diantara PAS dan DAP.

DAP berkeras pada mulanya untuk tidak menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak,setelah berlaku campur tangan Nik Aziz dan PAS bersetuju menerima syarat syarat yang ditetapkan oleh DAP maka Nizar secara rasmi menjadi Menteri Besar Boneka DAP Perak.

Khabarnya sebahagian daripada rundingan tersebut yang mendapat reaksi serta merta oleh Ngeh dan Nga apabila Nik Aziz menawarkan sebidang tanah yang besar di Kelantan sebagai tukaran ganti membenarkan Nizar menjadi Menteri Besar.

Dalam isu ini,bukan saja DAP dengan perlantikan Ngeh dan Nga sebagai exco kanan untuk mengawal sepenuhnya Menteri Besar Perak malah mereka turut mendapat habuan daripada PAS apabila Nik Aziz memberi imbuhan tanah bernilai jutaan ringgit.

Ironinya selepas Kongres DAP di Pulau Pinang,Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Pisau menerima email daripada orang kuat DAP agar mendedahkan siapakah sebenarnya Ngeh dan Nga. Mereka terlibat dengan penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada Nik Aziz Menteri Besar Kelantan untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu.


Modus operandinya mudah, Sebuah syarikat RM2 ditubuhkan Upayapadu Plantation Sdn Bhd.Kemudian Kerajaan negeri Kelantan menganugerahkan tanah kepada syarikat ini keatas 3 penama seperti tertera didokumen dibawah. Kemudian hak milik syarikat diambil alih oleh Ngeh, Nga dan kroni DAP.
Lokasi tanah tersebut di Relai,Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan.Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu merasuah 10,526 ekar bernilai lebih 30juta ringgit kepada DAP.
 Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Ngeh & Co adalah syarikat guaman milik Ngeh Koo Ham. Dibawah adalah dokumen selepas pertukaran nama yang telah selesai.Sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30juta ringgit.
 Syarat untuk Nizar menjadi lembu kepada DAP cukup besar nilainya. Selain daripada menjadi lembu DAP ,Nizar turut memberikan pulangan yang lumayan kepada Ngeh dan Nga. 11 bulan memerintah kerajaan Perak inilah hasilnya.. PAS rasuah DAP,DAP perguna PAS.Yang kaya adalah pasangan bersaudara Ngeh dan  Nga.

(dipetik daripada PISAU.NET)

Thursday, October 18, 2012

STATUS PEMUDA????



Hingga ke hari ini, kami di PGP masih menunggu apakah status Pemuda Gopeng setelah Ketua Pemudanya buat perangai? Soalan yang perlu tahu adalah seperti berikut:-

-adakah jawatankuasa baru akan ditubuhkan (penaja) atau jawatankuasa lama akan kekal?-

Soalan ini adalah penting kerana jika jawatankuasa masih kekal maka tiada perubahan kepada Pemuda Gopeng. Ini adalah kerana, jawatankuasa sedia ada, iaitu mereka yang menyokong Ketua Pemuda dan mereka yang boleh berhubung dengan ketua pemuda (Umum tahu hanya segelintir ahlijawatan kuasa yang boleh berhubung dgn Ketua Pemuda) telah mengambil keputusan untuk mengekalkan Ketua Pemuda tanpa undi tidak percaya sepertimana diusulkan ahli-ahli setelah mereka tahu bahawa Ketua Pemuda tidak akan balik untuk mengadakan program-program memperkasakan umno.

Dengan kepentingan peribadi, iaitu mungkin dapat pelonto daripada Ketua Pemuda, maka mereka kekalkan Ketua Pemuda tanpa usul tidak percaya setelah sekian lama Ketua mereka hilang. Maruah Pemuda Gopeng di taruhkan dengan duit pelonto. Akibatnya, mereka kenyang dan ahli biasa merana kerana Pemuda Gopeng dah tak ada maruah. Pgp juga tahu beberapa ajk dapat duit bulanan daripada Ketua Pemuda. Oleh kerana itu, jika diusul undi tidak percaya maka hilanglah duit bulanan dan pelonto yang di beri. Sebab itu mereka masih mempertahankan Ketua Pemuda sehinggalah dia dihadapkan ke mahkamah. Pada masa itu Pemuda Gopeng dah hilang maruah disebabkan kepentingan peribadi ahli jawatankuasa tersebut.

Oleh kerana itu, kami di PGP saran agar kesemua jawatankuasa dibubarkan dan dilantik jawatankuasa baru menganti mereka supaya mereka tidak lagi menghancurkan Pemuda Gopeng dan UMNO khususnya.

Thursday, September 27, 2012

APA SELEPAS INI?


Setelah menerima apa yang terjadi kepada pemuda Gopeng dengan keadaan Ketua Pemudanya maka perlulah Jawatankuasa Pemuda Gopeng di rombak. Siapa akan memangku sebagai ketua Pemuda Di Gopeng? Kalau di ikutkan, NKP harus memikul tanggungjawap tersebut dan jika NKP memikul tanggungjawap tersebut maka para pegawai sedia ada seperti PSU, BENDAHARI DAN KETUA PENERANGAN akan dirombak dan diganti oleh pegawai baru, memandangkan pegawai-pegawai sedia ada (SERPIHAN PENYOKONG KETUA PEMUDA YANG BERMASAALAH) tidak sehaluan NKP. Ini hanya andaian dan harap para pegawai jangan tersentap ye sebab nampak gaya macam seronok di lantik sebagai pegawai hingga lupa yang itu lantikan dan bukan menang bertanding ye.

Walaubagaimanapun, kami di PGP berharap walau apa pun berlaku, yang dipecat dan yang dilantik baru, diharap terima aje apa yang akan berlaku. Sama juga jika pegawai semua kekal dan pegawai baru tak boleh dilantik, NKP pun terima lah keputusan tersebut. Yang penting Jawatan kuasa Pemuda perlu bermuzakarah dan bersatu untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. Jika lumpuh Pemuda, lumpuh la kumpulan perang bendera Pemuda dan jika itu pun lumpuh maka org-org muda yang di atas pagar (atau alhi pemuda sendiri) akan di kutip oleh pembangkang untuk kerja2 party mereka. Akhirnya, pada hari mengundi, mereka akan mengundi party yang memberi peluang kepada mereka.

OLEH ITU, APA PUN BERLAKU SELEPAS INI MARILAH BERSATU BALIK. YANG MENYOKONG KP BERMASAALAH, UDAH UDAH LA. SOKONG BARISAN BARU JIKA DITUBUH DEMI KELANGSUNGAN PEMERINTAHAN UMNO DI BUMI BERTUAH PERAK.


Tuesday, September 25, 2012

KETUA PEMUDA DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

  

Didakwa kerana miliki, guna surat kuasa palsu

25/09/2012 6:21pm

SHAH ALAM – Ahli perniagaan, Mohd Arlizam Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memiliki dan menggunakan dokumen palsu iaitu sekeping surat kuasa bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lepas.
Mohd Arlizam, 37, yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gopeng, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
Dia didakwa memiliki dan menggunakan satu dokumen palsu iaitu ”Power of Attorney” bertarikh 21 Mei 2007 di antara penama Liew Woon Foh dan nama tertuduh sendiri bagi sebidang tanah milik Liew yang terletak di alamat GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar.
Mohd Arlizam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 21 Mei 2007.
Hakim Asmadi membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kami di PGP terasa sedih, terharu dan berbagai perasaan yang melanda jiwa kami setelah mendapat berita tersebut.Kami hanya mahukan penjelasan daripada barisan jawatankuasa yang menyokong beliau walaupun tahu siapa beliau sebenarnya. Mereka menyokong dan mengangkat beliau dan membenarkan kami ahli biasa ini merana dan malu digelar pemuda Gopeng. Penjelasan yang kami perlu adalah mengapa tidak mengusulkan undi tidak percaya selepas beliau tak balik langsung ke Gopeng untuk menjalankan tanggungjawap kepada party dan ahli. Mengapa mereka biar sampai ketahap ini sehingga maruah UMNO tercalar di sebabkan tindak tanduk beliau. Kami di PGP hanya berharap agar peguam beliau adalah peguam yang handal dan anak guam terlepas daripada pertuduhan agar maruah Pemuda Gopeng pulih la sikit.

Dah tak boleh cakap apa dah sebenarnya......................

Sunday, August 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Dalam kesibukan berhari Raya ini, kami di PGP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat islam terutamanya mereka yang berada di Parlimen Gopeng. Maaf zahir & Batin.