PAS sering kali mengatakan dia lah dominan di dalam Pakatan Rakyat sehingga mencalonkan Hadi Awang, arkitek pecah belah umat islam, sebagai PM jika Pakatan Rakyat menang. Kata dia la. Disini, kupasan daripada Blog Zulkifli Nordin yang elok kita baca. Beliau menunjukan dimana letaknya PAS di dalam Pakatan:-
Dominan bermakna
mempunyai pengaruh, autoriti atau kawalan yang utama keatas sesuatu. Apabila
seseorang menyatakan dia adalah dominan, bermakna dia punya pengaruh, autoriti
dan kawalan utama dalam menterjemahkan kehendak dan kemahuannya. Apabila sebuah
parti politik menyatakan ia adalah parti dominan, bermakna parti itu mempunyai
pengaruh, autoriti dan kawalan untuk menterjemah dan melaksanakan falsafah,
dasar dan agenda parti itu; dan ia dihormati oleh parti yang duduk dibawah
dominasinya!
Itulah yang berlaku
kepada UMNO. Apabila UMNO menjadi parti dominan didalam Barisan
Nasional, maka
UMNO mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan utama untuk melaksanakan
dan
menterjemahkan falsafah, dasar dan perjuangan parti UMNO – iaitu membela
dan
memartbatkan bangsa Melayu dan Islam, disamping menjaga kebajikan dan
kepentingan agama dan bangsa lain. Dan ia dihormati komponennya!
Dan UMNO telah membuktikan status dominannya
dalam BN dengan melaksanakan dasar dan agenda perjuangan Melayu-Islam sejak
penubuhannya pada 11 Mei 1946 sehingga kini.
Daripada mendapatkan
kemerdekaan untuk negara secara aman, memastikan Islam menjadi agama negara,
meletakkan syariat dan institusi Islam lebih tinggi dalam Perlembagaan dan
dasar negara, membela & memartabatkan bangsa Melayu melalui Dasar Ekonomi
Baru, Dasar Transformasi Negara; disamping menjaga kebajikan dan kepentingan
kaum dan agama lain didalam Malaysia, UMNO telah berjaya membuktikan ia bukan
sahaja parti yang dinamik dan pragmatik, malah ia adalah parti yang dominan dan dihormati kawan, digeruni lawan!
Dan penghormatan
parti komponen lain terhadap UMNO sebagai parti dominan sangat jelas.
Sewaktu
MCA menghadapi krisis kepimpinan akibat persengkataan antara Tan Koon Swan dan
Neo Yee Pan, pemimpin UMNO, Allahyarham
Tun Ghafar diberi mandat oleh MCA untuk menjadi Presiden sementara MCA!
Dan Tun Ghafar berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MCA sehingga MCA kembali bersatu!
Sewaktu MIC menghadapi krisis kepimpinan, sekali lagi pemimpin UMNO
diberi
amanah memimpin dan membimbing MIC keluar daripada kemelut itu. Dan
sekali lagi pemimpin UMNO berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MIC.
UMNO tidak mengkhianati rakan komponennya! UMNO tidak mengambil
kesempatan daripada masalah dalaman yang dihadapi rakan BN! UMNO tidak
menikam parti kawan daripada belakang. Malah UMNO menjadi 'abang' yang
begitu setia dan sanggup berkorban untuk 'adik-adiknya' didalam Barisan
Nasional!
Dan sewaktu UMNO
menghadapi krisis kepimpinan sehingga diharamkan pada tahun 1988, dengan
segera rakan komponen MCA, MIC dan lain-lain bermesyuarat
mengambil-alih secara sementara
kepimpinan BN untuk selama beberapa minit, sebelum membuat keputusan
menyerahkan semula kepimpinan BN kepada Presiden UMNO Baru Tun Dr.
Mahathir
Mohamed!
Itu maknanya UMNO
parti dominan! Itu maknanya UMNO parti tunggak! Itu maknanya UMNO parti
tunjang! Parti yang dihormati kawan, tetapi digeruni lawan!
Sekarang PAS
mendakwa ia sebagai parti dominan didalam pakatan pembangkang! PAS mendabik
dada sebagai parti tunggak! PAS mengaku sebagai parti tunjang dalam pakatan
pembangkang! Sehingga PAS sanggup membuat usul untuk memamak-bendaharakan presidennya
Datuk Seri Hadi Awang menggantikan Anwar Ibrahim!
Persoalannya,
benarkah dakwaan PAS itu? Benarkah PAS boleh menjadi parti alternatif untuk
umat Melayu-Islam menggantikan UMNO? Benarkah umat Islam-Melayu wajib membantu
PAS dengan mengundi mereka didalam PRU-13 nanti!
Mari kita kupas dan
huraikan persoalan ini secara fakta dan bukti!
Keputusan Exco Kerajaan PAS Kelantan untuk menggantung, menilai dan
mengkaji semula undang-undang PBT berkaitan pengharaman lelaki bercampur
wanita setelah tercetusnya isu salon non-Muslim yang disaman kerana
membenarkan tukang gunting wanita menggunting rambut pelanggan lelaki
menimbulkan satu polemik yang lebih besar!
Teman menjangka undang-undang pengasingan jantina tersebut yang sudah
ujud sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1991 itu akhirnya akan
ditalkinkan tidak lama lagi setelah dikritik hebat baru-baru ini.
Teman cukup yakin Kerajaan Datuk Nik Aziz TIDAK membuat keputusan
tersebut akibat teguran UMNO; almaklumlah UMNO bukan sahaja parti yang
telah dikafirkan, malah dimurtadkan baru-baru ini. Takkan Nik Aziz nak
dengar nasihat orang yang dikafir-murtadkan?
Teman juga cukup yakin keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu BUKAN
kerana tekanan daripada Chua Soi Lek mahupun Palanivel, apatah lagi Koh
Tsu Koon! Mereka bukan rakan-kapir yang sekatil-sebantal dengan PAS!
Malah kerana bersepakat dengan merekalah UMNO diisytihar dan dipatwakan
kafir dan tak layak masuk sorga!
Keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz tersebut dibuat setelah menerima
kritikan, tekanan dan desakan daripada rakan sekatil dan sebantal mereka
iaitu kepimpinan parti cauvinis rasis DAP! Rata-rata pemimpin cauvinis
DAP ini menempelak tindakan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu. Dan tekanan
bertambah berat apabila Dewan Himpunan Penyokong Non-Muslim PAS Pusat
turut membantah dan menegur tindakan Kerajaan PAS Kelantan!
Apakah maksud ini semua? Maknanya PAS bukan parti dominan! Maknanya PAS
bukan parti tunggak! Maknanya PAS hanya sekadar 'khadam pak turut'
kepada kehendak DAP! Itulah maksudnya!
Jangan kata undang-undang yang dah berumur lebih 20 tahun boleh ranap,
perjuangan Negara Islam yang menjadi modal politik PAS pun akhirnya
bungkus! Semuanya demi mengejar undi non-Malay, non-Muslim! Dan PAS
beriman dengan keyakinan bahawa DAP boleh membantu mereka mendapat undi
non-Malay & non-Muslim! PAS berakidah bahawa melukakan hati DAP
bermakna sayonara kepada undi non-Malay & non-Muslim! Maka bagi PAS,
demi mahligai Putrajaya, mereka tiada pilihan, wajib tunduk, sami' na wa ato'na kepada kehendak DAP!
Teman melihat isu mutakhir ini sebagai bukti jelas betapa laungan
pimpinan PAS bahawa mereka adalah parti dominan didalam pakatan
pembangkang adalah sekadar retorik politik sahaja! Malah angan-angan PAS
sebagai kononnya parti dominan sehingga menyebabkan mereka membuat usul
untuk memperdana-menterikan Datuk Seri Hadi Awang, yang ternyata syiok
dengan tawaran jawatan mahkota Putrajaya tersebut hanyalah sekadar
fantasi dan ilusi semata-mata!
Bertambah sedih para pelakon sitkom Lawak Senario apabila PAS
mengumumkan bahawa mereka kini adalah parti alternatif bagi orang
Melayu-Islam menggantikan UMNO! Konon skrip lawak mereka menyatakan PAS
adalah tunjang kepada pakatan pembangkang masakini sebagaimana UMNO
didalam Barisan Nasional! Malah dilawakkan lagi bahawa orang
Melayu-Islam wajib membantu dengan mengundi PAS dalam PRU-13 sebagai
sandaran dan harapan baru menggantikan UMNO!
Persoalan besarnya - betulkah PAS dominan?
Dan jawapannya jelas BIG NO! TIDAK!!! NEHI!!
Buktinya yop?
1. Kita tengok apa jadi kepada Kerajaan PAS Kedah. Kerajaan yang dominan
ialah PAS, kerana ADUN PAS paling ramai, dan ADUN DAP hanya seorang
sahaja. Dalam keadaan itu, Kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak ada
masalah untuk melaksanakan segala dasar dan agenda PAS.
Sebaliknya, lain yang berlaku! Contohnya, apabila Kerajaan PAS Kedah
mengumumkan akan merobohkan sebuah pusat penyembelihan babi di Kota
Setar, ADUN DAP tersebut telah membantah dan memberi katadua kepada
Kerajaan PAS Kedah - tarik balik arahan tersebut atau beliau akan bawa
DAP Kedah keluar! Akhirnya, Kerajaan PAS Kedah membatalkan arahan
tersebut. Hanya seorang ADUN DAP boleh meletakkan Kerajaan PAS Kedah
atas lutut dengan satu gertakan sahaja!
Dominan ke namanya tu yop?
2. Kita tengok pulak apa jadi bila Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan
arahan supaya semua pusat hiburan wajib ditutup sepanjang bulan
Ramadhan! Hanya dengan satu bantahan daripada DAP, arahan tersebut
dibatalkan! Maka berpestalah pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan
Ramadhan!
Dominan ke namanya tu yop?
3. Mutakhir, Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya semua
papan-tanda iklan yang mengandungi gambar wanita yang tidak berpakaian
sopan hendaklah diturunkan! Yup, belum sempat Karpal Singh batuk, arahan
itu segera ditarik balik bila ada suara membantah daripada DAP!
Dominan ke namanya tu yop?
4. Mari kita beralih ke Pulau Pinang. Teman tak bercadang nak bariskan
segala peristiwa yang berlaku untuk membuktikan betapa hinanya PAS pada
pandangan mata Guaneng dan juak-juak DAPnya. Cukup sekadar kita tengok
bagaimana cara mereka melayan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang!
Yup, PAS hanya ada satu sahaja ADUN di Pulau Pinang. YB Ustaz Saleh Man,
ADUN Permatang Pasir yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri.
Sepatutnya dalam ertikata perkongsian yang telus dan harmoni serta
saling hormat menghormati sebagaimana yang diamalkan dalm BN yang
ditunjangi UMNO, Kerajaan DAP Pulau Pinang wajib memberikan tempat
kepada satu-satunya ADUN PAS! Sebagaimana yang dibuat oleh UMNO, masih
mengambil pimpinan MIC, MCA dan Gerakan yang tewas dalam pilihanraya;
diberikan tempat didalam Kerajaan bertaraf Menteri! Itu namanya dominan!
Bukan sahaja dominan, tetapi menghormati rakankongsi dalam persefahaman
yang ikhlas!
Tetapi tidak dalam pakatan songsang DAP-PKR-PAS ini! Satu-satunya ADUN
PAS di Pulau Pinang, langsung tidak diberi muka dalam barisan Exco
Kerajaan DAP! Sepatutnya PAS yang dilabelkan sebagai parti Islam, paling
koman mangkuk pun ADUN nya patut diberi jawatan Exco menjaga portfolio
hal-ehwal Islam! Malah itulah bahan kempen semasa PRK Permatang Pasir!
Tetapi tidak! ADUN PAS yang juga bos PAS Pulau Pinang langsung tak
diberi muka oleh Kerajaan Guaneng!
Sebaliknya Malek Kasim, ADUN PKR Batu Maung yang dilantik memegang
jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam! Malek Kasim? ADUN PKR yang bukan
lulusan daripada jurusan agama Islam pun. Yang bukan datang daripada Al
Azhar. Yang datang daripada parti PKR, parti yang ketuanya berfahaman
pluralisma dan liberal. Parti yang nak beri kebebasan kepada orang
Melayu pilih agama lain selain Islam!
Ini bukan sahaja membuktikan PAS bukan parti dominan, malah PAS hanyalah
di anggap sebagai parti keldai tunggangan sahaja! Ini adalah satu
penghinaan besar kepada PAS! Bak kata pepatah Melayu, PAS ini adalah
parti yang dia ujud pun tak menambah, dia tiada pun tak mengurang!
Mungkin doa dan impian presiden PAS untuk menjadi khadam sudah pun
tertunai!
Jadi, dominan ke namanya tu yop?
5. Kalau kita tukar angin tengok ke Selangor, bertambah lagi gerun kita
yop! PAS ada 8 ADUN dalam negeri Selangor. Bermakna PAS adalah parti 'king-maker'.
Kerana jika PAS menarik diri daripada pakatan songsang ini, Kerajaan
pakatan luar tabi'e ni akan tumbang yop! Yup..Kerajaan PKR-DAP Selangor
boleh ditumbangkan oleh ADUN-ADUN PAS jika mereka bersatu!
Dalam keadaan itu, sudah tentu kita mahu melihat PAS boleh memainkan
peranan dominan, sekurang-kurangnya dalam memastikan kepentingan dan
kebajikan umat Melayu-Islam terbela dan dipertahankan! Dengan kedudukan
sebagai 'king-maker' itu, kita sepatutnya boleh meletakakan
harapan PAS boleh 'tunjuk taring' dan 'bersuara lantang' melaksanakan
agenda dan dasar perjuangan PAS yang kononnya mahu menjadi parti
alternatif umat Melayu-Islam menggantikan UMNO!
Tapi apa yang terjadi sebaliknya! YB Datuk Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS
Selangor yang juga Exco Hal-Ehwal Agama Islam Selangor mendapati bukan
sahaja beliau berdepan dengan kekangan dan kesukaran oleh rakan komponen
DAP-PKR didalam melaksanakan dasar dan agenda Islam-Melayu, malah
beliau turut berdepan dengan sabotaj dan khianat daripada parti dia
sendiri!
Cubaan Datuk Hasan Ali membersihkan Bandaraya Shah Alam, Bandar Anggerik
kebanggaan Melayu-Islam Selangor daripada unsur arak dan maksiat yang
makin bercambah sejak pakatan pembangkang memerintah ternyata kecundang!
Menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai Exco Agama, dan berbekalkan
kedudukan PAS sebagai 'king-maker' di Selangor, Hasan Ali dengan
kerjasama PBT Majlis Bandaraya Shah Alam menjalankan operasi pembersihan
dengan merampas arak yang dijual secara bebas di kedai-kedai serbanika
di Shah Alam.
Kita ingatkan ahli dan penyokong PAS akan bertakbir sakan! Al maklumlah pernah ada antara mereka yang membuat kenyataan, 'hari ni memerintah Selangor, esok kilang arak tutup'!
Maka orang Melayu-Islam Selangor, khususnya di Shah Alam tumpang kagum
dengan keberanian Hasan Ali mempertahankan 'kesucian' bumi Shah Alam.
Tapi apa jadi? Tak sampai beberapa hari, kaum cauvinis dan rasis DAP
mula melalak dan memekak! Mereka menuntut arahan Hasan Ali dibatalkan,
dan arak itu dipulangkan kembali kepada kedai-kedai serbanika itu. Umat
Melayu-Islam ingatkan tentu para mujahidin dan para demonstran PAS akan
turun berlarak di Shah Alam, mungkin juga sampai membaringkan badan
diatas jalan untuk menghalang kereta Ronnie Liu daripada berjalan!
Tak, sebaliknya umat Melayu-Islam menjadi kecewa dan hampa. MBSA diarah
memulangkan semula arak tersebut. Bayangkan betapa hina dan aibnya kita
umat Melayu-Islam bila melihat lori MBSA terpaksa memulangkan semula
arak-arak yang dirampas itu ke kedai-kedai serbanika! PAS muncul sebagai
parti yang hanya sekadar boleh ber'take-beer' sahaja sekarang yop!
Dominan ke namanya tu yop?
6. Kemudian kita tengok pula isu serangan terhadap aqidah umat
Melayu-Islam. Hasan Ali, selaku Exco Agama Islam Selangor menerima
maklumat bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) melakukan dakyah
dan cuba memurtadkan beberapa orang Melayu-Islam. Berdasarkan itu,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang duduk dibawah portfolio Hasan
Ali telah melakukan siasatan di DUMC. JAIS mendapati aduan itu betul,
dan menemui beberapa dokumen dan individu yang terlibat. Maka JAIS pun
bertindak!
Apa jadi yop? Sekali lagi umat Malayu-Islam mengharapkan PAS akan
mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan isu aqidah! Apa lagi
yang lebih besar selain masalah aqidah! Serangan terhadap aqidah umat
Islam sama saperti mengisytiharkan perang terhadap Islam! Umat
Islam-Melayu mengharapkan PAS tidak akan berkompromi!
Sebagaimana umat Melayu-Islam melihat PAS & UMNO bersama melakukan
bantahan besar-besaran semasa isu IFC, isu murtadnya Noraishah Bukhori,
murtadnya Hartini Kamarudin, murtadnya Azlina Jailani @ Lina Joy! Umat
Melayu-Islam tidak sabar mendengar pengumuman jihad oleh PAS!
Pheewwww..sebaliknya pula yang berlaku! Hasan Ali dimaki-hamun! Hasan
Ali dicerca! Hasan Ali dihina! Hasan Ali ditohmah tidak pandai
berpolitik! Hasan Ali difitnah tidak tahu menghormati hak gereja dakyah!
Hasan Ali dikutuk tidak memahami parasaan DAP! Hasan Ali didakwa akan
menyebabkan PAS hilang undi, hilang kerusi! Hasan Ali dikatakan mengidap
penyakit 'undersiege mentality'! Hasan Ali menjadi kucing kuranp
didalam PAS dan pakatan songsang!
Akhirnya Hasan Ali dipecat! Tanpa notis, tanpa tunjuk-sebab, tanpa boleh
bela diri, tanpa dipanggil mesyuarat! Hasan Ali dihalau daripada PAS
macam anjing kurap!
Apa dosa Hasan Ali? Adakah Hasan Ali meliwat mana-mana jambu? Adakah
Hasan Ali main kondang kondi dengan ChinaDOLL? Adakah Hasan Ali bagi
kaunselling kat bini kawan sendiri jam 3 pagi? Adakah Hasan Ali makan
eskrim dalam jamban? Adakah Hasan Ali main enjut-enjut dalam keretapi?
Adakah Hasan Ali menderhaka kepada makbapak dia? Apa dosa Hasan Ali
sehingga diperlakukan seperti 'pembawa sial' tu yop?
Dosa Hasan Ali kerana nak menyelamatkan aqidah umat! Dosa Hasan Ali
kerana nak melaksanakan nilai Islam! Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah
kemungkaran! Dosa Hasan Ali kerana nak mempraktikkan dasar yang
dilaungkan oleh PAS selama ini! Atas dosa itu, Hasan Ali dipecat tanpa
menurut hukum dan syariat Islam, oleh parti yang melabel dirinya sebagai
Islam! Betapa ironisnya!
Dominan ke namanya tu yop?
7. Dan yang paling mengaibkan, sebaik sahaja Hasan Ali dipecat,
portfolio Hal Ehwal Islam diambil-alih oleh PKR! PAS parti yang
melabelkan diri sebagai Islam, yang menjanjikan pahala kepada orang
mengundinya, yang menjamin syurga orang yang menyokongnya, yang
mendoakan kehancuran umat Islam lain, yang memurtadkan saudara satu
aqidah; kali ini dihancurkan dan dihina apabila portfolio Hal Ehwal
Islam Selangor diambil alih oleh Tan Sri Khalid Ibrahim!
Yup, Khalid Ibrahim! Yang bukan lulusan syariah, yang bukan lulusan
usuluddin, yang bukan graduan Al Azhar, yang tak pernah mengaji kat
pondok atau ma'ahad; Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio menjaga hal
ehwal Islam! PAS diberi apa? Portfolio menjaga Sukan & Adat Resam
Melayu!
Dominan lagi mike kata yop?
Rumusan
Jadi apa rumusan kepada semua fakta dan hakikat yang teman huraikan
diatas? Rumusannya jelas. PAS bukan parti dominan. PAS bukan parti
tonggak! PAS bukan parti tunjang!
Sebaliknya PAS adalah parti sampingan! PAS adalah parti serpihan! PAS
adalah parti tunggangan! PAS adalah parti yang diperkeldaikan! PAS
adalah parti yang menjadi lembu tunggangan! PAS sekadar menjadi balaci
dan penghalal kepada semua tindak tanduk Anwar & parti cauvinis
rasis DAP!
Samada PAS sebagai parti berkuasa penuh saperti di Kelantan! Samada PAS
sebagai sebuah parti dominan seperti di Kedah! Samada PAS sebagai sebuah
parti picisan seperti di Pulau Pinang! Samada PAS sebagai sebuah parti 'king-maker' di Selangor. Samada PAS sebagai parti komponen kedua terbesar pembangkang saperti di Parlimen!
Dalam apa kedudukan pun, PAS telah membuktikan kepada umat Islam-Melayu
bahawa ia bukan sahaja parti yang tidak boleh diharapkan untuk membela
dan mempertahankan kepentingan dan kebajikan umat Islam-Melayu, malah ia
boleh menjadi parti yang bisa mengkhianati dan menikam belakang umat
Islam-Melayu demi survival dan kepentingan politiknya.
Jangan kata umat Islam-Melayu, anak isteri pun mereka rela perkeldaikan
dan politikkan! Contohnya ada antara mereka yang sanggup membuat bai'ah
talak tiga semata-mata untuk memastikan kerusi parti mereka kekal!
Mereka sanggup berbaiah untuk menceraikan isteri mereka dengan talak
tiga ba'in qubro hanya kerana poltitik sempit yang mereka amalkan!
Sanggup menceraikan bini sendiri semata-mata kerana politiking yang
melampau!
Sebab itu umat Islam-Melayu janganlah terpedaya dengan mainan dan dakyah
politik PAS dan pakatan songsang ini. Bagaimana mungkin sebuah parti
yang hanya akan bertanding 60 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi mau
menjadi parti dominan? Bagaimana parti yang hanya boleh memenangi tak
lebih 30 kerusi Parlimen nak menjadi parti pembela umat Islam-Melayu?
Sebenarnya, apa yang terjadi di Kelantan itu hanya sebagai satu lagi
siri bukti dan keterangan yang memperjelaskan lagi kepada kita umat
Islam-Melayu bahawa PAS bukanlah satu agama! Masuk PAS bukan makna masuk
syurga! Undi PAS bukan bermakna sokong Islam!
Sebaliknya, PAS membuktikan kepada kita umat Islam-Melayu bahawa ia
bukan sahaja bersedia membuang peraturan yang dia buat sendiri selama 20
tahun, PAS bukan sahaja sanggup memecat ahlinya sendiri demi
kepentingan politiknya, PAS bukan sahaja sanggup menggadai institusi
perkahwinan dan anak isteri, malah PAS membuktikan ia parti politik yang
sanggup membuang dasar perjuangan negara Islamnya semata-mata untuk
meraih undi!
PAS adalah contoh klasik falsafah politik Machiavelli - matlamat menghalalkan cara! The end justify the means!
Jangan kata nak jadi parti dominan, jangan kata nak jadi parti tunggak,
jangan kata nak jadi parti alternatif bagi umat Melayu-Islam, malah PAS
sudah muncul menjadi Parti Al-Sikitol! Parti yang boleh mengkhianati umat Islam-Melayu!
Undi PAS maknanya undi DAP!
Undi PAS maknanya undi pluralisma!
Undi PAS maknanya undi liberalisma!
Undi PAS maknanya undi LGBT!
Say NO to PAS! Say NO to Anwar!
Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan
teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan keampunanNya.
Ameen!!!
No comments:
Post a Comment