Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Tuesday, October 26, 2010

Pemuda Gopeng Di Perhimpunan agong UMNO (PART 2).....

Selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2010 dan berbagai cadangan dan buah fikiran yang telah di lontar oleh para perwakilan dan juga ketua-ketua sayap, naib-naib, timb presiden dan tentu sekali,  presiden. Bagaimanapun, adakah perkara-perkara yang dicadangkan di perhimpunan agung pemuda dapat diterjemahkan oleh G2 Gopeng, naib dan KP gopeng? Adakah mereka mendengar, merumus dan memberi pendapat semasa perhimpunan agung agar dapat mereka menterjemahkan kepada ahli-ahli pemuda di Gopeng yang mungkin tidak tahu secara mendalam arah tuju parti bagi tahun seterusnya. Bolehkah G2, Naib dan KP Gopeng menghuraikan apa yang dibincang di perhimpunan agung kepada ahli Gopeng atau sekadar menunjuk gambar mereka bersiar-siar di Kuala Lumpur. Malang sekali, Ketua Pemuda Gopeng pun tidak hadir di perhimpunan Agung baru-baru ini. Yang pasti, Nkp ada sebab laporan dapat mengatakan dia ada di dalam dewan. Tetapi kami masih belum dimaklumkan sama ada G2 Gopeng ada masuk dewan atau berkeliaran membuang masa. Sesiapa yang tahu tolong laporkan dalam ruang "comment".

Tetapi kita tidak boleh salahkan G2 dan NKP (perwakilan pemuda gopeng 2010) sebab mereka di ajar oleh ketua mereka sendiri iaitu ketua pemuda Gopeng. Selama 3 tahun sebagai KP gopeng, batang hidung pun tak nampak, oleh itu jangan harap la beliau akan hadir di perhimpunan agung yang lalu. Kami di PGP merasakan bahawa beliau telah pun tukar parti maka Pemilihan PKR Nov ini, menjelma la Ketua Pemuda Gopeng sebagai salah seorang calon cabang PKR. Kami mendoakan agar ini berlaku sebab jika dia menang, dia akan hilang dan tinggalkan Ahli-ahli PKR. Maka hancurlah PKR. Tetapi itu semua hanya cerita dan khayalan semata-mata. Sebenarnya, beliau menghancurkan UMNO dari dalam di peringkat bahagian. Pemuda berpecah di sebabkannya maka kami di PGP hanya mempunyai satu kesimpulan iaitu beliau adalah agen PKR di Gopeng.

Kami di PGP juga ingin memklumkan bahawa bukan semua pemuda di Gopeng mempunyai sikap tidak ingin mengambil tahu. Ada pemuda gopeng yang kami terserempak di pwtc berdiri dihadapan screen tv besar menyaksikan ucapan demi ucapan tanpa bergerak. Inilah semangat pemuda yang memenuhi aspirasi pemuda Umno. Pemuda sebegitulah yang kita perlu beri peluang untuk menjadi wakil pemuda umno bahagian ke kuala lumpur. Tak masuk dewan pun tak apa, sanggup ke Kuala Lumpur WALAUPUN hanya dapat menyaksikan persidangan melalui rakaman "live" di PWTC.

Ketua Pemuda Malaysia telah menyaran agar pemuda tidak mengamalkan politik satay iaitu cucuk, kipas dan api. Kami di PGP ingin menyaran kepada pemuda Gopeng agar tidak mengamalkan politik "kuih pau" iaitu pau, pau dan pau sahaja.

Sekian.........

Wednesday, October 20, 2010

Pemuda Gopeng Di Perhimpunan agong UMNO.....

Salam sejahtera kawan-kawan semua di Gopeng. Kami PGP berada di Kuala Lumpur sepena Perhimpunan Agong umno dan banyak gelagat pemuda di sini yang malu untuk kami sebutkan. Rosak pemuda Gopeng jika hanya di kejar adalah  dua tiga ratus. Apa yang saya sebutkan ialah perangai segelintir, tidak kira pemuda ataupun dewasa, dimana sangup datang ke Kuala Lumpur bukan untuk perhimpunan agung tetapi untuk buat"collection". Maknanya, mereka hanya datang ke Kuala Lumpur untuk "pau' calon-calon atau pemimpin-pemimpin Umno bahagian. Kata mereka untuk makan minum di Kuala Lumpur, tetapi sebenarnya malam itu jugak mereka balik dan membawa pulang duit yang di punggut. APA JENIS PERANGAI NI!

Ada juga kami di PGP terserempak dengan kumpulan yang mencarca NKP sebagai orang tidak telus. Peliknya hanya nampak AJK aje hadir, tak pulak mereka membawa bersama ahli-ahli cawangan ataupun, KP cawangan. Muka G2 jangan le harap. Semalam kami cuba menelifon G2. Sahaja nak tanya khabar dan bukan nak "pau", malangnya tel tutup sampai ke keesokan hari. Dah nak beriye-iye pergi menjadi wakil pemuda Gopeng maka tolonglah jawap phone. Kita faham ada pelisit-pelesit yang kuat "pau" tapi bukan semua. Tidak menjawap tel menunjukan bahawa beliau menganggap semua pemuda Gopeng perangai sebegitu. Tetapi kami di PGP faham. Susah nak layan pemuda-pemuda di Gopeng Terutamanya pelesit-pelesit yang menjahanamkan teras perjuangan UMNO. TAKPE G2, KAMI DI PGP FAHAM. Tetapi lain kali beri le laluan kepada mereka yang boleh melayan pemuda bila tiba di Kuala Lumpur.

Lagi tentang G2: Ada juga kami di PGP yang terdengar bahawa wakil G2 gopeng dewan pun tak masuk. Tolong beritahu kami di PGP melalui "comment" di bawah. Kami hanya nak tahu betul atau tidak G2 tak masuk dewan!

BERSAMBUNG ESOK...............

Thursday, October 7, 2010

Kebebasan bersuara "ala" PKR...........

PKR selalu melaungkan slogan KEADILAN diikuti slogan-slogan yang lain. Malangnya slogan tersebut hanyalah slogan yang rhetoric sahaja. PKR dan majlis perguam juga bersekongkol bersama mengatakan Malaysia tercinta ini tidak mengamalkan kebebasan bersuara. Kerajaan UMNO dan BN tidak memberi peluang untuk rakyat menyuarakan pendapat dan sebagainya.

Tetapi kebenarannya ialah PKR sendiri tidak mengamalkan kebebasan suara. Lihat apa yang terjadi semalam. Bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim yang bernama Rahimi Osman telah membuat laporan polis. Kandungan lapOran adalah seperti berikut:

1) rahimi osman dipaksa menandatangani 2 akuan bersumpah pada jun 08 mengenai anwar dan saiful bukhari di di hotel quality shah alam.

2)akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28jun 2008 dan akuan bersumpah kedua ditandatangani selepas dipinda kandungannya di hadapan pesuruhjaya sumpah yang tidak dikenali di old town petaling jaya dengan mencatatkan nama najib dan rosmah dalam konspirasi kes liwat terbaru anwar dengan saiful.

3)rahimi telah ditahan di hotel quality shah alam selama beberapa hari oleh anwar,latheefa koya dan saiful izham ramli.
Selepas membuat laporan polis, Rahimi berniat membuat sidang media mengenai perkara tersebut. Malangnya sidang media tersebut di batalkan sebab sekumpulan gangster india membuat kacau sambil menjerit dan memaki hamun si Rahimi. Tujuan adalah untuk menghalang sidang media tersebut.

Budak sekolah pun tahu siapa yang menghantar gangster-gangster tersebut. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. ADAKAH INI KEBEBASAN SUARAN YANG DILAUNGKAN OLEH ANWAR IBRAHIM? Ini belum memerintah kerajaan dah buat perangai sebegini. Jika dia PM, insha'allah gangster tidak digunakan tetapi tentera di Raja akan digunakan untuk menghalang kebebasan bersuara. Kebebasan suara hanya akan digunakan jika puji memuji party keadilan berlaku tetapi kebebasan tersebut akan hilang jika menentang party tersebut.

INILAH DEMOKRASI ALA PKR.