Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Tuesday, October 26, 2010

Pemuda Gopeng Di Perhimpunan agong UMNO (PART 2).....

Selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2010 dan berbagai cadangan dan buah fikiran yang telah di lontar oleh para perwakilan dan juga ketua-ketua sayap, naib-naib, timb presiden dan tentu sekali,  presiden. Bagaimanapun, adakah perkara-perkara yang dicadangkan di perhimpunan agung pemuda dapat diterjemahkan oleh G2 Gopeng, naib dan KP gopeng? Adakah mereka mendengar, merumus dan memberi pendapat semasa perhimpunan agung agar dapat mereka menterjemahkan kepada ahli-ahli pemuda di Gopeng yang mungkin tidak tahu secara mendalam arah tuju parti bagi tahun seterusnya. Bolehkah G2, Naib dan KP Gopeng menghuraikan apa yang dibincang di perhimpunan agung kepada ahli Gopeng atau sekadar menunjuk gambar mereka bersiar-siar di Kuala Lumpur. Malang sekali, Ketua Pemuda Gopeng pun tidak hadir di perhimpunan Agung baru-baru ini. Yang pasti, Nkp ada sebab laporan dapat mengatakan dia ada di dalam dewan. Tetapi kami masih belum dimaklumkan sama ada G2 Gopeng ada masuk dewan atau berkeliaran membuang masa. Sesiapa yang tahu tolong laporkan dalam ruang "comment".

Tetapi kita tidak boleh salahkan G2 dan NKP (perwakilan pemuda gopeng 2010) sebab mereka di ajar oleh ketua mereka sendiri iaitu ketua pemuda Gopeng. Selama 3 tahun sebagai KP gopeng, batang hidung pun tak nampak, oleh itu jangan harap la beliau akan hadir di perhimpunan agung yang lalu. Kami di PGP merasakan bahawa beliau telah pun tukar parti maka Pemilihan PKR Nov ini, menjelma la Ketua Pemuda Gopeng sebagai salah seorang calon cabang PKR. Kami mendoakan agar ini berlaku sebab jika dia menang, dia akan hilang dan tinggalkan Ahli-ahli PKR. Maka hancurlah PKR. Tetapi itu semua hanya cerita dan khayalan semata-mata. Sebenarnya, beliau menghancurkan UMNO dari dalam di peringkat bahagian. Pemuda berpecah di sebabkannya maka kami di PGP hanya mempunyai satu kesimpulan iaitu beliau adalah agen PKR di Gopeng.

Kami di PGP juga ingin memklumkan bahawa bukan semua pemuda di Gopeng mempunyai sikap tidak ingin mengambil tahu. Ada pemuda gopeng yang kami terserempak di pwtc berdiri dihadapan screen tv besar menyaksikan ucapan demi ucapan tanpa bergerak. Inilah semangat pemuda yang memenuhi aspirasi pemuda Umno. Pemuda sebegitulah yang kita perlu beri peluang untuk menjadi wakil pemuda umno bahagian ke kuala lumpur. Tak masuk dewan pun tak apa, sanggup ke Kuala Lumpur WALAUPUN hanya dapat menyaksikan persidangan melalui rakaman "live" di PWTC.

Ketua Pemuda Malaysia telah menyaran agar pemuda tidak mengamalkan politik satay iaitu cucuk, kipas dan api. Kami di PGP ingin menyaran kepada pemuda Gopeng agar tidak mengamalkan politik "kuih pau" iaitu pau, pau dan pau sahaja.

Sekian.........

3 comments:

  1. Rasa Ada nampak ketua pemuda gopeng masa itu, tak silap saya dekat starbucks megamall...... Itu pun kalau tak silap sayalah.

    ReplyDelete
  2. Silap pemuda-pemuda gopeng sendiri lah yang undi si dia yang tak muncul. Tidak menggunakan akal fikiran apabila mengundi seseorang. Sekarang yang menjadi mangsa, adalah diri sendiri....ish ish malunya. Dah le sekarang abad yang ke-21, tapi pemuda gopeng masih mengundi mengikut prinsip zaman lapok.

    ReplyDelete
  3. mane ade undi pun yop... menang tak bertanding..

    ReplyDelete