PGP telah melaporkan pada 30/9/10 bahawa terdapat segelintir Jawatankuasa pemuda yang berang dan tidak puas hati terhadap NKP, dimana NKP dituduh tidak telus. Kami juga melaporkan bahawa ketidak telusan kumpulan ini kerana menuduh NKP tidak telus mana kala Ketua Pemuda yang terang-terang tidak telus terhadap perjuangan party keramat UMNO tidak pula diambil tindakan. Kami di PGP telah menerima laporan bahawa kumpulan ajk yang tidak berpuas hati ini mengelar kumpulan mereka sebagai G14 (iaitu ada 14 ajk didalam kumpulan tersebut).
Kami juga mendapat laporan bahawa pada perhimpunan agung UMNO yang lalu, G14 ini telah berjumpa dengan Ketua Pemuda bahagian di The Mall Kuala Lumpur. Jika laporan ini benar (rasanya ye sebab sumber kami selalunya tepat) maka Ketua Pemuda tidak lah hilang. Hanya memilih sesiapa yang dia ingin jumpa. Ini bermakna, semua ahli Pemuda Umno Di Gopeng yang cuba menghubungnya melalui telefon tidak terpilih di antara golongan yang boleh berinterasi bersama Ketua Pemuda.
MENGAPA HANYA G14 SAHAJA YANG DAPAT BERHUBUNG DENGAN KETUA PEMUDA? Paria sangat ke ahli pemuda UMNO Gopeng sehingga langsung tidak dipandang oleh Ketua Pemuda. Bila telefon, tidak menjawap, tetapi bila G14 TELEFON, BOLEH PULA MENJAWAP DAN BERJUMPA!
Adakah ini mainan politik KP kerana ada khabar angin bahawa NKP ingin membawa calon lain untuk bertanding KP dalam pemilihan akan datang? Maka G14 di guna untuk menjatuhkan kredibility NKP.
Kami di PGP ingin menyaran kepada semua pemuda di Bahagian Gopeng, jangan senang di perdaya oleh RM10 atau RM 30 atau RM 50. Jika itu lah harga maruah diri maka hancurlah Umno kerana ini lah generasi pelapis yang akan menerajui UMNO di masa hadapan. Kami bukan mengatakan bahawa G14 dapat plonto bila berjumpa KP di The Mall tetapi mengikut sejarah politik Gopeng maka tidak terkejutlah kami di PGP jika G14 mendapat plonto bila berjumpa dgn KP. Mengapa beriya-iya sangat berjumpa dengan KP jika bukan sebab itu. Kami di PGP tahu kumpulan ini juga yang membising semasa KP menghilang diri dan tida-tida, berjumpa pulak dengan KP di Kuala Lumpur. Apakah sebabnya kalau bukan itu!
No comments:
Post a Comment