Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Monday, November 22, 2010

JANGAN BUAT ORANG........



Kita masih lagi ingat rusuhan jalanan anti kerajaan (reformasi) yang telah di ketuai oleh Anwar Ibrahim. Harta benda rosak akibat tindakan tidak bertanggungjawap oleh Anwar dan sekutunya. Ramai pemuda UMNO tertipu dan terikut-ikut rusuhan anti kerajaan atas nama reformasi. Ye le, masa tu si Anwar Timb. PM dan Timb. Presiden UMNO maka mestilah ada orang UMNO yang mengikut reformasi. Kami di PGP pun serta sekali dalam demonstari pada tahun 1999 sebelum sedar di tipu Anwar Ibrahim. Tetapi sekarang dah taubat, iaitu tahun 2000 dah taubat dah. Diatas adalah gambar kenangan gerak reformasi 1999.





Setelah menipu orang ramai maka Anwar Ibrahim serta sahabatnya DAP dan PAS telah memenangi banyak kerusi di pilihanraya 2008 dan 5 buah negeri jatuh ditangan pembangkang. Si Anwar ni pun sudah merasa gelisa kerana, dari pembangkang terus jadi kerajaan negeri. Ini bermakna kena bekerja dan takde masa dah untuk demo atau rusuhan. Tetapi Anwar tak berhenti situ, rusuhan dibawa pula kedalam Dewan yang mulia. Lihat gambar diatas dimana Pakatan pembangkang merusuh di dalam Dewan Negeri Perak. Seperti monyet di atas meja. Ini semua di gelar Yang Berhormat, tetapi tak hormat dewan langsung.







Hari ini tahun 2010, 11 tahun setelah gerak reformasi bermula pada 1999. Kami yang sertai rusuhan 1999 pun dah tua dan kembali ke arah yang benar 10 tahun yang lalu. Sekarang, mereka yang diajar oleh Anwar Ibrahim untuk membuat rusuhan di dalam negara pada tahun 1999, telah membuat rusuhan semula. Tetapi kali ini, rusuhan antara mereka. Demostrasi bukan diarahkan kepada kerajaan tetapi kepada Anwar Ibrahim. Angota demonstrasi bukannya orang UMNO atau BN tetapi orang PKR sendiri. Itulah, jangan buat orang. Seperti pepatah ingeris...."What goes round comes around". Sekarang Anwar merasakan ubat sendiri. Seumur hidup dia berdemonstrasi, dulu bersama Pelajar UNI Malaya dimana dia ketuai rusuhan di UNI Malaya kononnya kerajaan tak bela orang miskin, lepas tu Demo reformasi, dalang demo hindraf dan anti ISA. Tidak lupa juga demo majlis peguam, dia juga dalangnya. Anwar adalah ketua demo yang ungul. tetapi beliau tidak pernah menghadapi demo dimana orang demo terhadapnya. Kami di PGP ingin tunggu dan lihat bagaimana ketua demo akan berdepan dengan demo ini dan kami di PGP juga ingin melihat PKR retak dan hancur. Ada hati Anwar Ibrahim ingin menyamakan dirinya dengan pemimpin dunia seperti Aung Sun Suu Kyi (Burma) dan Benigno Aquino Jr (Philipine).



Gambar diatas menunjukan sokongan Kepada Aung Sun Suu Kyi setelah dibebaskan dari tahanan rumah baru-baru ini. Tiada pula gambar orang demo terhadap AungSun Suu Kyi. Inilah pejuangan reformasi yang telus dan tiada udang di sebalik batu dalam perjuangannya seperti Anwar Ibrahim yang menipu orang ramai mengunakan nama Reformasi untuk mencapai cita-cita sendiri. MALU LA ANWAR!



 Benigni Aquino Jr (atau lebih dikenali sebagai NINOY), Pergerak reformasi menentang kekejaman Marcos di Philipine

 Demo anti Marcos di ketuai oleh Ninoy.


 Pembunuhan Ninoy disebabkan gerak reformasinya.

Tahun 2010 (mahupun dia menentang kerajaan dahulu) dia diiktirafkan sebagai seorang reformist yang ungul di Philipine walaupun ajalnya tiba awal. Sebagai tanda hormat, lapangan terbang Philipine telah diberi nama Ninoy International Airport selaku nama gelaran beliau.
Inilah perjuang reformasi yang kononnya setaraf dengan Anwar Ibrahim. Piiiiiidaaaaa..........yang mengelikan hati ialah Anwar telah menyamakan dirinya seperti mereka semasa beliau menjelajah dunia menghentam Malaysia di forum-forum anatarabangsa dan media luar negara. MALUNYA......


Hah! Inipun pejuang reformasi Malaysia. Menyorok belakang tembok dan tuduh orang lain penyebab kepincangan yang berlaku di dalam PKR sekarang...........

1 comment:

  1. Wahai rakyat Malaysia. Saya seorg pelajar di negara orang. Dengan mata kepala saya sendiri, telah saya lihat jika kita pilih dan sokong parti yg tidak mempunyai polisi yg kukuh utk menjadi Kerajaan yg stabil, sememangnya musnah masa depan anak-anak kita. Seperti di UK, kerajaan mereka langsung tidak mempunyai wang menyebabkan ramai orang marah.Di Malaysia pula, dok gaduh pasal siapa penipu dan siapa betul. Tak de ke rakyat Malaysia yang meneliti polisi yang dikemukan dan membuat pilihan berdasarkan polisi yang menguntungkan rakyat Malaysia seluruhnya. Jangan lah kita ikut perasaan sangat dan jangan lah kita pilih seseorang kerana "personal agenda"- PKR. Kita sebagai Pemuda masa depan, kita sudah pandai memilih seperti Kerajaan BN yang mempunyai dasar serta polisi yang kukuh, berbanding dengan PKR yang tidak mempunyai apa-apa selain mencaci orang, mengata orang, tetapi tiada langsung mengemukakan cadangan polisi yang kukuh. Saya tidak akan memilih parti yang memikirkan kepentingan sendiri sahaja sehingga sanggup berganding bahu dengan parti pembangkang yang tidak ada kredibiliti dan tiada hala tujuan.

    ReplyDelete