Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa 10% pelajar UPSR telah mendapat kesemua matapelajaran dengan grade "A" atau dalam bahasa ingeris sebagai "straight A's". Tahun lepas hanya 9.51% mendapat "straight A's" berbanding 10.02% tahun ini. Ini satu keputusan yang agak baik bagi pelajar-pelajar UPSR dan juga generasi pelapis yang akan mendokong negara pada masa depan. Walaubagaimanapun, adakah keputusan ini membukti bahawa qualiti pelajar-pelajar UPSR meningkat?
Perbandingan keputusan UPSR adalah berdasarkan kepada "grad purata nasional" atau dalam bahasa ingeris "national average grade". Pergunaan "grad purata nasional" bermakna jika jatuhnya prestasi pelajar UPSR mendadak pada tahun ini, maka "grad purata nasional" juga akan jatuh. Ini bermakna, tahun depan "grad purata nasional" juga akan turun. Oleh itu, pelajar yang keputusannya ala kadar pada tahun depan, mengikut "grad purata nasional" pelajar ini telah mendapat keputusan yang bagus kerana "grad purata nasional" pada tahun yang lalu telah turun. Oleh itu, kami di PGP menyaran agar Kementerian Pelajaran tidak lagi mengunakan kaedah "grad purata nasional" kerana ia tidak membuktikan sepenuhnya qualiti pelajar-pelajar sekolah. Satu set grad perlu di guna pakai supaya qualiti pembelajaran di sekolah dapat di pantau dengan lebih berkesan dan naik turunnya prestasi pelajar dapat di pantau dengan lebih tepat supaya dasar-dasar kerajaan dapat di selarikan dengan keputusan peperiksaan bagi tahun-tahun yang berkenaan. Buat masa ini, dengan kegunaan "grad purata nasional", prestasi pelajar tidak tepat kerana "grad purata" bertukar setiap tahun.
Bagi sekolah vernacular pula, peratus pelajar UPSR yang mendapat "A" dalam bahasa Malaysia pada tahun ini turun. Bagi perperiksaan "comprehenaion" (pemahaman) peratus pelajar vernacular yang mendapat 'A" bagi Bahasa Malaysia jatuh 2.9% manakala,peperiksaan tulisan pula jatuh 3.4%. Ini satu masaalah bagi rakyat masa depan kerana tidak fasih dalam Bahasa tanah air mereka memandangkan peperiksaan Bahasa Malaysia di sekolah vernacular adalah lebih senang berbanding dengan sekolah kebangsaan. Oleh itu, dimanakah letaknya taraf pendidikan Bahsan Malaysia di sekolah vernacular? Adakah mereka memandang pengusaan bahasa Malaysia tidak begitu penting. Dengan pembubaran PPSMI (iaitu semua matapelajaran dalam bahasa Malaysia dan hanya Matapelajaran bahasa ingeris sahaja tidak mengunakan bahasa Malaysia) dimanakah arah tuju sekolah vernacular. Pelajar mereka akan menghadapi masaalah besar di masa akan datang jika cikgu dan pelajar tidak peduli dengan grad yang mereka dapat dalam peperiksaan Bahasa Malaysia. Oleh itu, PGP menyokong penuh Datuk Dr Wee Ka Siong (timb menteri pelajaran) cikgu dan pelajar di sekolah Cina Dan Tamil memandang berat pengusaan bahasa Malaysia di sekolah-sekolah tersebut.
PGP juga adalah penyokong tegar bagi "1 sekolah untuk semua" dimana pengusaan bahasa malaysia dapat di pantau dengan lebih berkesan agar rakyat generasi akan datang dapat bertulis dan bertutur dalam bahasa Malaysia dengan lebih fasih.
No comments:
Post a Comment