Nama Namewee senonim dengan kebencian orang melayu disebabkan kebencian beliau terhadap kerajaan, melayu dan islam melalui lagu-lagu tulisan beliau. Baru-baru ini beberapa pihak telah meminta agar Namewee di tangkap di bawah Akta ISA atau Akta hasutan. tetapi sehingga kini pihak KDN tidak berganjak dan membiarkannya berleluasa. Hanya di minta beliau memberi keterangan kepada pihak polis. Pelbagai pihak, ngo-ngo melayu, party politik dan orang ramai telah membantah cara KDN menangani isu ini sehingga menteri KDN di beri gelaran Menteri Amaran.
Pada pendapat kami di PGP ialah langkah-langkah KDN adalah tepat. Semua pihak inginkan Namewee di tangkap terutamanya blog-blog pro kerajaan, ngo-ngo melayu dan ahli politik melayu. Bukan sahaja mereka ini inginkan Namewee ditangkap malah DAP, PAS DAN PKR pun inginkan dia ditangkap. Tetapi keinginan itu adalah rahsia di hati mereka. Ini adalah disebabkan jika Namewee di tangkap maka nama namewee akan meletup bukan sahaja di Malaysia malah di mata dunia juga. Dia akan menjadi artist asia atau cina yang di sanjung tinggi jika dia di tangkap. Dia akan disanjung tinggi oleh anak-anak muda cina. Yang tidak mengenali beliau akan menjadi "fan: secara tiba-tiba sebab golongan muda suka kepada artist controversi.
Baru-baru ini, Namewee inginkan membuat konsert tetapi di batalkan. Sedutan berita tersebut adalah seperti berikut:
KUANTAN - Pertunjukan penyanyi rap kontroversi, Namewee yang dijadualkan Sabtu ini di sebuah pusat hiburan, di sini, dibatalkan apabila mendapat bantahan banyak pihak.
Pemilik pusat hiburan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong ketika dihubungi semalam mengesahkan perkara itu dan menyatakan ia berlaku akibat salah faham.
Beliau berkata, pengelola pertunjukan berkenaan sebelum ini datang menemuinya untuk menyewa premis berkenaan bagi pertunjukan seorang artisnya.
“Dia menawarkan harga yang tinggi, saya pun tidak tanya siapa artis itu,” katanya.
Wong berkata, dia hanya menyedari artis berkenaan ialah Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee setelah kain rentang pertunjukan itu digantung di premisnya, Isnin lalu.
Lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) di Pahang membantah pertunjukan individu itu yang pernah mencetuskan kontroversi mempersendakan lagu Negaraku dalam sebuah laman sesawang pada 2007 selain menghasilkan klip video yang mencerca guru serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.
Wong berkata, dia juga dinasihatkan polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) supaya membatalkan pertunjukan itu.
Pemilik pusat hiburan itu juga mempamerkan kain rentang memaklumkan pembatalan pertunjukan berkenaan.
Sementara itu di Temerloh, Pergerakan Pemuda UMNO Pahang membantah sekeras-kerasnya pertunjukan itu kerana bimbang akan mencetuskan perkara tidak diingini.:
Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimmi Samat berkata, bantahan itu bukan bersifat perkauman, tetapi bagi menjaga keamanan kerana sebelum ini pemuda terbabit pernah mengguris perasaan rakyat negara ini.
“Kita mahukan penghibur yang baik, bersih dan berakhlak mulia serta boleh menjadi idola kepada semua kaum,” katanya..........................
Di sini kita boleh lihat jika namewee ditahan maka bukan sahaja konsert tetapi tunjuk perasaan turut akan diadakan. Konsert akan dibuat atas nama Namewee juga akan diadakan walaupun beliau merengkok di sungai buloh (jika di tahan). Tiket akan "soldout" dibeli oleh golongan cina muda. Dan apabila beliau dibebaskan maka beribu-ribu orang akan menanti beliau dengan banner dan sepanduk memberi sokongan penuh kepada anak haram ini.
Sejarah telah menunjukan bahawa tahanan ISA akan menjadi dewa apabila mereka di bebaskan. Sebagai contoh Anwar Ibrahim. Rusuhan merata-rata disebabkan di tahan. Lim Guan Eng pun pernah di tahan ISA, sekarang menjadi ketua menteri melaka yang di sanjung oleh orang cina sehingga kerajaan penang di gelar kerajaan cina.
Oleh itu, biarlah Namewee bising melalak tak ke mana. Kita harus ingat, jika dia di tahan dan dia bising melalak, bisingnya itu akan membawa impak yang tidak diingin . Buat masa ini, tuan premis yang Namewee ingin membuat konsert pun tidak membenarkanya mengadakan persembahan setelah mengetahui siapa dia sebenarnya.
No comments:
Post a Comment