DS Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasarnya dikongres PKR telah dengan tegasnya meminta semua rakyat Malaysia wajib menghapuskan Ketuanan Melayu. Ketuanan melayu hanyalah slogan golongan kaum elit dinegara ini.
Tamatlah sudah pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini. Semua yang berlaku bukanlah diluar jangkaan. Azmin Ali telah menang sebagai pemimpin No2 PKR. Kesemua orang Anwar Ibrahim telah menang kecuali 5 yang bukan disenaraikan sebagai orang Anwar. Tetapi, kesemua itu adalah mainan politik semata-mata. Selitkan kemenangan beberapa nama yang bukan sehaluan dengan Ketua Umum supaya tak nampak sangat keputusan dipengaruhi oleh Ketua Umum.
Seperti diperkatakan sebentar tadi, semua yang berlaku bukanlah di luar jangkaan. Akhirnya Presiden PKR (Wan Azizah) telah menentukan hala tuju PKR iaitu kehendaknya untuk menghampuskan ketuanan melayu. Dalam ucapannya, beliau telah menyaran agar rakyat Malaysia (PKR le tu) wajib menghampuskan ketuanan melayu. Ini pun bukan luar jangkaan kerana kita semua tahu pakatan pembangkang hanya mahu menghakiskan hak keistimewaan orang melayu seperti tertakluk di dalam pelembagaan. Kita semua tahu tetapi apa yang diucapkan oleh Presiden PKR itu hanya pengesahan dasar membunuh orang melayu didalam PKR.
Apakah itu Konsep Ketuanan Melayu?
Konsep 'Ketuanan Melayu' yang banyak diperkatakan hari ini sebenarnya berpunca dari prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya ke-12 yang mana sedikit sebanyak membuka pintu kepada perdebatan dalam memperkatakan tentang hak-hak orang Melayu/Islam. Kita harus mengaku bahawa selepas 8 Mac 2008, suara bukan Melayu menjadi lebih vokal. Mereka menuntut perkara-perkara yang sensitif bagi orang Melayu seperti dihapuskan hak istimewa orang Melayu, dihapuskan sistem kuota yang diguna pakai dalam pelbagai sektor, isu bahasa kebangsaan, isu agama dan bermacam-macam lagi. Sedikit sebanyak ini membuka ruang kepada perasaan syak wasangka antara kaum yang sebelum ini sentiasa hidup dalam keadaan aman walaupun dikatakan hubungan antara kaum di Malaysia tidaklah begitu baik selepas peristiwa 13 Mei 1969. Ia umpama 'api dalam sekam' yang lambat laun jika tidak dikawal api itu, sekam akan hangus terbakar. Sejak itu, mula mendengar konsep 'Ketuanan Melayu' suatu istilah asing yang tiada dalam Perlembagaan Malaysia dan diulang-ulang oleh kerajaan memerintah supaya orang Melayu/Islam bersatu padu.
Oleh itu, konsep 'Ketuanan Melayu' lebih kepada membawa maksud untuk memperkasakan bangsa Melayu/Islam dalam pelbagai bidang seperti agama, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Ini sesuai dengan kedudukan mereka sebab penduduk asal di Tanah Melayu sebelum kedatangan pendatang dari China dan India. Pada masa ini, orang Melayu/Islam masih lagi membentuk peratusan majoriti terbesar di Malaysia sekitar 55-60% dan mungkin lebih dari itu jika dicampur dengan bumiputera Sabah dan Sarawak. Orang Melayu, entik-etnik Sabah dan Sarawak digelar Bumiputera.
Sebagai langkah untuk memperkasakan Bumiputera, maka dimasukkan di dalam Perlembagaan Malaysia hak-hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera/Islam. Antaranya ialah:-
- Bahasa Melayu/Malaysia sebagai bahasa rasmi.
- Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia
- Institusi Raja-raja Melayu dipertahankan
dan banyak lagi jika kita mahu senaraikan. Oleh itu, melayu di dalam PKR adalah melayu yang paling tak guna di muka bumi. Mereka telah mengunakan segala kemudahan yang telah diperuntukan di dalam pelembagaan bagi orang melayu, seperti pinjaman pelajaran, kouta memasuki ipta dan sebagainya. Selepas mempergunakan keistimewaan tersebut maka kebanyakan mereka telah selesa dalam kehidupan. Ada yang menjadi ahli peniagaan, peguam, arkitek dan sebagainya. Sekarang mereka ingin menyekat anak-anak melayu lain untuk menikmati keistimewaan tersebut dengan menyeru agar konsep "ketuanan melayu" di hampuskan.
Oleh itu, menghampuskan konsep Ketuanan Melayu bermakna menghampuskan hak-hak keistimewaan orang melayu dan bumiputra. Perkara ini telah di laungkan oleh DAP seawal penubuhan parti tersebut. Ini bermakna, orang melayu di dalam PKR telah dipergunakan oleh orang cina keturunan komunis untuk merealisasikan impian mereka.
DS Wan Azizah juga telah mengatakan bahawa "ketuanan melayu" adalah slogan kaum elit dinegara ini. Kaum elit adalah golongan rakyat yang berkemampuan luar biasa. Rumah besar, kereta mewah dan melancong ke luar negara seperti balik kampung sahaja. Tetapi apa yang pasti, golongan elit mempunyai kediaman atau rumah yang besar seperti istana.
Kediaman Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)
Kediaman Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
Kediaman Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)
Adakah mereka ini rakyat biasa? Rakyat biasa tidak duduk di rumah seperti di atas. Mereka duduk di flat, tanah lot, rumah teres, PPT dan juga banglo sederhana tetapi bukan seperti banglo-banglo diatas. Oleh itu mereka ini adalah golongan elit juga. Maka, apa cerita ni Kak Wan?????? Seperti biasa, cerita tak serupa bikin le ni.
No comments:
Post a Comment