Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Wednesday, May 11, 2011

Sokong lagi pembangkang!

Selama berpuluh tahun Kampung Kerandang wujud sekalipun di atas tanah TOL secara aman damai dan tidak tergugat langsung. Kemenangan PKR yang kemudian menguasai pentadbiran Selangor pula dianggap sebagai satu rahmat yang membolehkan Kampung Kerandang diberikan geran, apatah lagi cakap berdegar-degar para pemimpin PKR yang mengutuk kerajaan terdahulu kerana tidak memberikan geran kepada kampung berkenaan.

Pagi tadi, Kampung Kerandang, Sungai Tegi hanya tinggal nama. Sebabnya, kampung berkenaan akan dibersihkan dan segala prasarana di kampung tersebut akan dimusnahkan oleh jentera-jentera yang dibawa oleh Kerajaan PKR Selangor.

Pagi tadi juga, Dewan Orang Ramai Kampung Kerandang yang menjadi MARKAS UTAMA PKR sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, bertukar wajah menjadi kubu 300 orang penduduk Kampung Kerandang yang cuba mempertahankan kampung mereka daripada dimusnahkan oleh kerajaan Khalid Gagap!!!

Ketika Selangor ditadbir oleh UMNO-BN, Kampung Kerandang terselamat daripada dirobohkan walaupun berstatus TOL. Namun penduduk kampung yang lebih mempercayai Anwar Ibrahim, kemudiannya terlalu BERSYUKUR SEBAB PAKATAN RAKYAT MENANG...




Hasilnya, mereka kehilangan kampung dan rumah... sama seperti PENDUDUK KAMPUNG BUAH PALA yang hanya mampu mengenang perkampungan mereka di dalam ingatan saja!!!


Nasib yang sama akan terus menimpa perkampungan TOL Melayu di seluruh Selangor yang sebelum ini menjadi penganut setia Pakatan Rakyat!!!

TAHNIAH LAAA... APA NAK BUAT, NAK TUMPANG BAGI SIMPATI PUN, PENDUDUK KAMPUNG SENDIRI YANG MINTA SANGAT KAMPUNG MEREKA DIMUSNAHKAN OLEH DAP-PKR!!!

Masa UMNO perintah, bukan main lagi... UMNO kejam, UMNO zalim, UMNO tidak berhati perut, UMNO itu, UMNO ini... sekarang PKR-DAP alias Pakatan Rakyat yang perintah, rasailah nikmat kasihan belas dan pembelaan daripada Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai oleh Teresa Kok dan Elizabeth Wong!!!!

Petikan: Panji Dari Timur Blogspot

PGP: Kalau nak di kirakan, banyak pengusaha cina yang meneroka secara haram dengan menanam sayur dan juga kolam-kolam ikan yang di usahakan atas tanah kerajaan. Ada juga yang mengusahakan tanah-tanah tersebut dimana statusnya TOL, tetapi tiada tindakan diambil. Di biarkan sebegitu sahaja. Bukan sahaja di Selangor. Di Perak, banyak kaum cina mengunakan tanah kerajaan secara haram untuk mengusahakan kolam ikan, udang dan sebagainya. Kegiatan haram ini boleh di lihat dengan jelasnya jika kita berada di udara. Seluas-luas mata dipandang jika kita di udara. Apa tindakan pun tak diambil baik semasa 11 bulan DAP memerintah dan serupa juga bila BN mengambil balik kerajaan Perak. Orang cina di Malaysia nampak macam kebal. Kerajaan UMNO seperti lemah dan takut hilang Undi cina jika ambil tindakan. Buka la mata UMNO WOI! Cina takan bagi undi pada BN. Buat le baik atau halau mereka dari tahan TOL, undi mereka sama. Pi kat DAP. sI dap DAN pkr TAHU undi MELAYU TAKAN DAPAT OLEH ITU MEREKA MENGAMBIL SEGALA TINDAKAN TERHADAP ORANG MELAYU DI PENANG DAN SELANGOR. Sebelum melayu marah dan ditunjukankan di pilihanraya akan datang, kerajaan mesti ambil tindakan terhadap peneroka cina yang mengusaha tanah kerajaan secara haram, menutup semua tempat urut yang dikendalikan olehorg cina, kedai-kedai makan cina yang tak mengikut specifikasi perniagaan makanan sila ambil tindakan.

NOTA: Untuk pengatahuan semua, semasa kerajaan BN memerintah tanah Kampung Kerandang dalam perbincangan untuk di jual kepada pemaju tetapi tiada kata putus dan telah pun di tangguh beberapa kali untuk dijual atas keperihatinan kerajaan BN terhadap penduduk Kampung Kerandang. Dapat sahaja mandap untuk memerintah selagor, kerajaan pakatan teruskan dgn penjualan tanpa mengira dan janji dibuat semasa pru12.

Saturday, May 7, 2011

Pembuangan Systematik Orang Melayu daripada Pulau Pinang

Sidang Dun Pulau Pinang tempoh hari membongkarkan sesuatu yang amat menyakitkan hati bagi orang-orang melayu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah telah menyatakan bahawa selama 2 tahun DAP memerintah Pulau Pinang, tiada pembangunan perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah di Pulau Pinang. Perkara tersebut telah di sahkan oleh Exco Perumahan DAP, Wong Hon Wai di sidang DUN setelah digasak oleh Datuk Arif Shah Omar Shah.

Bagi kebanyakan yang tidak begitu arif tentang politik, mungkin perkara ini adalah perkara remeh. Mereka juga akan berkata, dengan tiadanya perumahan kos rendah di Pulau Pinang tak tercemarlah bandar raya tersebut. Seolah-olah elit sangatlah mereka yang mengeluarkan kata-kata tersebut. Mereka tidak tahu bahawa ada golongan yang tidak berkemampuan di Pulau Pinang tetapi masih boleh tinggal di sana. Apa yang di maksudkan adalah rumah kedai yang kononnya "heritage" site dan di pelihara. Banyak sungguh rumah-rumah kedai yang berada di Pulau Pinang dan ianya di huni oleh golongan peniaga yang tidaklah begitu kaya. Ada di kalangan mereka juga adalah di kategorikan di bawah golongan "kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang". Kebanyakan atau lebih tepat lagi, kesemua mereka adalah dari kaum cina. Mereka akan tetap berada di situ.

Rata-rata rumah kedai yang didiami kaum cina


Bagi orang-orang melayu pula, mereka hanya duduk di luar bandar Pulau Pinang. Di kampung-kampung. Yang berada di pekan, maka mereka duduk di flat-flat berdekatan dengan bandar. Orang-orang melayu yang mungkin ada duit sikit daripada usaha titik peluh mereka ataupun dari ketinggalan harta pusaka kaum keluarga, juga ingin membeli rumah. Tetapi malangnya, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana tiada pembangunan perumahan kos rendah atau kos sederhana rendah di Pulau Pinang. Maka, untuk mencapai impian mereka, terpaksa la beli rumah di luar Pulau Pinang.

Rumah kampung di luar bandar Pulau Pinang


Jika trend ini belarutan, maka tiada melayu yang tinggal di Pulau Pinang. Rumah kos serdahana mewah dan mewah hanya mampu di beli oleh kaum tertentu iaitu kaum cina.

Jangan mimpi la orang melayu nak beli


Bagi mereka yang tidak begitu arif tentang strategy politik maka, inilah satu-satunya strategy politik penghampusan golongan tertentu tanpa tumpah darah. Dengan kaedah ini, undi satu kaum sahaja dibuang semasa pilihanraya. Sebabnya, hanya kaum itu sahaja yang tinggal di situ. Kuasa politik akan kekal kepada satu kaum.Perkara yang sama berlaku di Perak semasa DAP menerajui kerajaan melalui boneka PAS. Status pembangunan perumahan di sekeliling Ipoh telah ditukar daripada status kos rendah dan sederhana rendah kepada kos sederhana mewah dan mewah. Nasib baik beberapa ADUN melayu pembangkang telah sedar dan berpaling tadah menjadi bebas. Maka, UMNO dan BN kembali berkuasa dan pembetulan telah dilakukan.

Oleh itu, dimanakah keadilan di Pulau Pinang? Kaum cina dapat duduk di bandar dimana economi berpusat. Mereka boleh kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang kerana peluang economi yang ada di bandar. Yang dah kaya, mangkin kaya. Bagi orang melayu, kais pagi makan pagi, petang dan malam. Peluang tiada di kampung. Yang miskin terus dibelenggu dengan kemiskinan. Peluang economi di bandar di sekat oleh pemerintah.

Yang sedih adalah, dasar pembangunan perumahan yang berat sebelah di Pulau Pinang ini disokong oleh Melayu PKR. Mereka telah berjaya dalam hidup melalui pelembagaan yang di bentang setelah merdeka. Mereka sekarang mampu beli rumah mewah bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara juga. Ada pejabat di UK, USA dan Australia seperti ketua pembangkang. Sekarang mereka ingin menyekat peluang generasi muda melalui dasar-dasar yang hanya menguntungkan satu kaum sahaja. Oleh itu, pengundi melayu fikir-fikirlah. Jangan gadaikan masa depan anak-anak kita.

Wednesday, May 4, 2011

Fikir-fikirlah UMNO Perak




Perak sememangnya ada kepentingan yang sangat besar, terutama sekali kepada orang Melayu dan Islam. Perak adalah simbol kepada kejatuhan keseluruhan Tanah Melayu kepada penjajahan British pada tahun 1874 menerusi Perjanjian Pangkor. Malah Perak juga merupakan simbol kepada toleransi serta sikap baik hati orang Melayu yang menerima kemasukan beramai-ramai imigran dari China dan India untuk perladangan dan perlombongan yang akhirnya menyaksikan Melayu Perak ‘dijajah’ oleh kaum imigran tersebut.

UMNO Perak sememangnya sangat baik hati. Toleransi yang diberikan oleh UMNO menyaksikan MIC, MCA, GERAKAN dan PPP dapat bertanding dalam pilihanraya. Sekalipun MCA mempunyai kerusi-kerusi yang dianggap lebih layak untuk mereka tandingi, namun atas dasar setiakawan, MCA diberikan kerusi Melayu. Begitu juga dengan MIC, GERAKAN dan PPP.

PRU12 lalu telah menyaksikan tumbangnya calon-calon MCA untuk kerusi DUN dan Parlimen di seluruh Perak. Kecuali Mah Hang Soon, calon-calon yang lain tewas. MIC langsung tak boleh harap, letaklah berapa ramai pun, semuanya tumbang belaka, termasuklah bekas Presiden MIC yang sebelum ini dikhabarkan sangat kebal.

Rombakan perlu dilakukan oleh UMNO-BN. Parti-parti komponen yang bertanding di Perak tidak boleh lagi berdasarkan kuota sebaliknya berdasarkan merit. MCA tidak boleh lagi bertanding di kawasan majoriti Melayu memandangkan Presiden MCA sudah sebati benar dengan taktik DAP, sebaliknya terdapat banyak kawasan bermajoriti Cina seperti Aulong, Pasir Pinji, Jelapang, Pokok Assam dan sebagainya untuk MCA bertanding. Dan untuk tujuan itu, MCA perlu digabungkan dengan MIC di kawasan-kawasan bermajoriti bukan Melayu.

MIC selama ini diberikan tempat yang mempunyai kebarangkalian menang seperti Pasir Panjang. Namun pengundi ternyata tidak lagi mendasarkan kepada parti sebaliknya lebih cenderung untuk melihat calon. Apatah lagi sekiranya calon yang ditampilkan langsung tidak kelihatan dapat bekerjasama dan mengutamakan kaum majoriti seperti yang berlaku di Pasir Panjang.

UMNO perlu jadi lebih ‘jahat’ dan lebih tegas. Kelembutan dan tolak ansur yang ditunjukkan oleh UMNO di Perak dan di seluruh negara, tidak pernah diterima kasihkan oleh para pemimpin parti komponen yang lain, sebaliknya seperti yang ditunjukkan oleh Chua Soi Lek, akhirnya yang dipersalahkan adalah UMNO dan para pemimpin UMNO sungguhpun yang lemah dan malas berusaha adalah mereka sendiri.

Dalam keadaan sekarang, UMNO sebenarnya perlu memastikan sekurang-kurangnya mereka menguasai kerusi yang boleh menjamin kemenangan mudah bagi membentuk kerajaan. Dari semasa ke semasa, permainan desak, tekan dan ugut yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi MCA memperlihatkan sikap mereka yang mampu beralih sokongan kalau perlu. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, kemungkinan untuk UMNO ditikam dari belakang, amat besar dan tidak boleh dinafikan sama sekali.

Berdasarkan kepada perkembangan terkini, UMNO Perak sebenarnya sudah kembali berada di landasan yang betul. Aktiviti serta hasil kerja yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin UMNO Perak, telah berjaya mengembalikan sokongan kebanyakan orang Melayu kepada parti tersebut. Sedangkan berbanding rakan-rakan dalam Barisan Nasional pula, terutama sekali MCA, MIC, GERAKAN dan PPP, kelihatan lebih sibuk dengan mencari ruang untuk mengutuk UMNO bagi setiap ketewasan dan kegagalan mereka.

Di seluruh negara, trend yang ditunjukkan oleh pengundi pula menampakkan kecenderungan kepada DAP bagi kerusi-kerusi bandar yang mempunyai majoriti pengundi bukan Melayu. Maka di situlah ujian sebenar untuk MCA, MIC, GERAKAN dan PPP yang selama ini sangat selesa dengan kerusi-kerusi bermajoriti Melayu.

Namun persoalan yang timbul ialah, mampukah UMNO Perak yang diketuai oleh Zambry Abdul Kadir membuat keputusan yang dilihat lebih menepati kehendak pengundi berbanding menepati dan menghormati rakan-rakan komponen dalam Barisan Nasional?


(PETIKAN DARIPADA Perak Today)