Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Wednesday, May 4, 2011

Fikir-fikirlah UMNO Perak




Perak sememangnya ada kepentingan yang sangat besar, terutama sekali kepada orang Melayu dan Islam. Perak adalah simbol kepada kejatuhan keseluruhan Tanah Melayu kepada penjajahan British pada tahun 1874 menerusi Perjanjian Pangkor. Malah Perak juga merupakan simbol kepada toleransi serta sikap baik hati orang Melayu yang menerima kemasukan beramai-ramai imigran dari China dan India untuk perladangan dan perlombongan yang akhirnya menyaksikan Melayu Perak ‘dijajah’ oleh kaum imigran tersebut.

UMNO Perak sememangnya sangat baik hati. Toleransi yang diberikan oleh UMNO menyaksikan MIC, MCA, GERAKAN dan PPP dapat bertanding dalam pilihanraya. Sekalipun MCA mempunyai kerusi-kerusi yang dianggap lebih layak untuk mereka tandingi, namun atas dasar setiakawan, MCA diberikan kerusi Melayu. Begitu juga dengan MIC, GERAKAN dan PPP.

PRU12 lalu telah menyaksikan tumbangnya calon-calon MCA untuk kerusi DUN dan Parlimen di seluruh Perak. Kecuali Mah Hang Soon, calon-calon yang lain tewas. MIC langsung tak boleh harap, letaklah berapa ramai pun, semuanya tumbang belaka, termasuklah bekas Presiden MIC yang sebelum ini dikhabarkan sangat kebal.

Rombakan perlu dilakukan oleh UMNO-BN. Parti-parti komponen yang bertanding di Perak tidak boleh lagi berdasarkan kuota sebaliknya berdasarkan merit. MCA tidak boleh lagi bertanding di kawasan majoriti Melayu memandangkan Presiden MCA sudah sebati benar dengan taktik DAP, sebaliknya terdapat banyak kawasan bermajoriti Cina seperti Aulong, Pasir Pinji, Jelapang, Pokok Assam dan sebagainya untuk MCA bertanding. Dan untuk tujuan itu, MCA perlu digabungkan dengan MIC di kawasan-kawasan bermajoriti bukan Melayu.

MIC selama ini diberikan tempat yang mempunyai kebarangkalian menang seperti Pasir Panjang. Namun pengundi ternyata tidak lagi mendasarkan kepada parti sebaliknya lebih cenderung untuk melihat calon. Apatah lagi sekiranya calon yang ditampilkan langsung tidak kelihatan dapat bekerjasama dan mengutamakan kaum majoriti seperti yang berlaku di Pasir Panjang.

UMNO perlu jadi lebih ‘jahat’ dan lebih tegas. Kelembutan dan tolak ansur yang ditunjukkan oleh UMNO di Perak dan di seluruh negara, tidak pernah diterima kasihkan oleh para pemimpin parti komponen yang lain, sebaliknya seperti yang ditunjukkan oleh Chua Soi Lek, akhirnya yang dipersalahkan adalah UMNO dan para pemimpin UMNO sungguhpun yang lemah dan malas berusaha adalah mereka sendiri.

Dalam keadaan sekarang, UMNO sebenarnya perlu memastikan sekurang-kurangnya mereka menguasai kerusi yang boleh menjamin kemenangan mudah bagi membentuk kerajaan. Dari semasa ke semasa, permainan desak, tekan dan ugut yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi MCA memperlihatkan sikap mereka yang mampu beralih sokongan kalau perlu. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, kemungkinan untuk UMNO ditikam dari belakang, amat besar dan tidak boleh dinafikan sama sekali.

Berdasarkan kepada perkembangan terkini, UMNO Perak sebenarnya sudah kembali berada di landasan yang betul. Aktiviti serta hasil kerja yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin UMNO Perak, telah berjaya mengembalikan sokongan kebanyakan orang Melayu kepada parti tersebut. Sedangkan berbanding rakan-rakan dalam Barisan Nasional pula, terutama sekali MCA, MIC, GERAKAN dan PPP, kelihatan lebih sibuk dengan mencari ruang untuk mengutuk UMNO bagi setiap ketewasan dan kegagalan mereka.

Di seluruh negara, trend yang ditunjukkan oleh pengundi pula menampakkan kecenderungan kepada DAP bagi kerusi-kerusi bandar yang mempunyai majoriti pengundi bukan Melayu. Maka di situlah ujian sebenar untuk MCA, MIC, GERAKAN dan PPP yang selama ini sangat selesa dengan kerusi-kerusi bermajoriti Melayu.

Namun persoalan yang timbul ialah, mampukah UMNO Perak yang diketuai oleh Zambry Abdul Kadir membuat keputusan yang dilihat lebih menepati kehendak pengundi berbanding menepati dan menghormati rakan-rakan komponen dalam Barisan Nasional?


(PETIKAN DARIPADA Perak Today)

No comments:

Post a Comment