Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.
Tuesday, June 28, 2011
Pembohongan Ambiga disebalik tuntutan p-raya Bersih 2.0
(Petikan: Unspinners Blogspot)
Semasa Jun 19hb baru-baru ini sini, Dato Ambiga mengatakan pilihanraya Sarawak tidak dijalankan dengan baik. Maka ini adalah sebab perhimpunan Bersih 2.0 dijalankan. Ini adalah penipuan yang besar atas dua sebab.
Pertama, pilihanraya Sarawak diadakan pada bulan April dan ura-ura Bersih 2.0 telah mula timbul di blog-blog sejak bukan Mac lagi. Bersih datang dahulu sebelum kononnya ada permainan kotor di Sarawak.
Kedua, Ambiga terlibat dalam MAFREL untuk PRU Sarawak. Pihak pembangkang begitu yakin untuk memenangi kerusi Senadin tetapi tewas.
Mereka hanya menimbulkan isu dan menuntut kiraan semula di "tallying centre" dan bukan di "counting centre". Mengikut prosedur yang pihak Pakatan tahu, protes kiraan dan tuntutan kiraan semula tidak boleh dibuat di tallying centre tetapi counting centre yang mana mereka tidak lakukan.
Apa langsung mereka pembangkang, peraturan dan undang perlu ubah?
Apa lagi kekotoran pilihanraya di Sarawak yang boleh mereka nyatakan dan buktikan? Kenapa tiada lagi laporan dan tuntutan?
Seterusnya Ambiga membuat 8 tuntutan terhadap SPR untuk reformasi pilihanraya. Beliau menyangkal SPR tidak ada kuasa untuk bertindak. Katanya, Bersih sudah berbincang dan pertukaran maklumat dengan SPR tapi SPR kata telah berikan kepada Kabinet tapi ditolak. Lalu diguna sebagai alasan kononnya tiada sebab untuk runding dengan SPR lagi.
Semua yang dikatanya pembohongan dan penipuan.
Ketua Wanita UMNO Pahang UMNO, Datuk Rosni Zahari di sini tepat apabila menyatakan kekesalan dengan kenyataan Ambiga bahawa pintu rundingan bersama dengan SPR sudah tertutup dan tetap akan terus mengadakan perhimpunan haram itu.
Pihak Bersih 2.0 yang merupakan perkumpulan lebih 60 NGO (orang sama NGO banyak) ada bertemu dengan pihak SPR selama satu hari pada N0vember 9hb 2010. Dalam pertemuan ini, mereka membuat 17 tuntutan yang mana akhirnya hanya 5 saja yang tinggal dari tuntutan asal mereka dalam memo tuntutan yang ingin Bersih berikan kepada Agong.
Melihat tuntutan sedikit sangat, mereka tambah 3 tuntutan baru yang tidak masuk akal. Jelas sekali, penerangan dan penjelasan SPR begitu berkesan tetapi mereka masih berdegil mahu menuntut juga. Ini semua hanya alasan untuk berdemo.
Berikut dibincangkan tuntutan mereka:
1. Membersihkan senarai pengundi dari pengundi hantu dan menuntut pendaftaran secara otomatik.
Perkara ini adalah urusan pentadbiran yang berterusan tetapi suatu yang perlu difahami adalah SPR tidak boleh mengubah seseorangd ari satu temnpat ke satu tempat yang sesuka hati. Sebarang pembersihan perlu penegsahan dan dikumentasi.
Berkenaan pendaftaran pengundi secara automatic, ia tidak boleh dilakukan kerana SPR tidak boleh memaksa seseorang mendaftar sebagai pengundi melainkan dibenarkan Perlembagaan.
2. Reformasi undi pos
Buat masa ini, ianya dinamakan undi pos tetapi akan ditukarkan menjadi undi awal. Isu ini adalah isu yang diperbesarkan dan dipolitikkan saja. Melainkan tempat sep[erti Telok Kemang dan tempat di mana ada kem askar, undi pos tidak membawa impak besar di mana-mana kawasan. Isu yang ditimbulkan adalah isu lapuk.
Seorang Lans Korporal pernah pada tahun 1999 mengatakan dia pernah mengundi untuk semua ahli kem. Tetapi apabila dipanggil ke SPR, dan ditanya kenapa sekarang baru nak timbulkan dan dulu tak laporkan? Dia tidak dapat jawab.
Peraturan undi pos pun sudah bertukar dan lagi menyusahkan prosedurnya. Dengan adanya wakil calun, banyak undi pos ditolak.
3. Penggunaan dakwat kekal (indellible ink)
Betulkah ada dakwat yang tidak boleh dipadam langsung? Tiada dalam dunia.
Betul ... pihak SPR ada umum mahu menggunakan dakwat ini pada tahun 2008 tapi membatalkan kerana ada pihak sudah mengimpot dakwat tersebut. Isunya lebih besar dari itu.
SPR tidak ada hak untuk menafikan seseorang dari mengundi melainkan pengundi itu gila, banduan, bawah 21, dan bukan warga negara. Jika seorang dinafikan hak mengundi kerana dakwat hitam, pasti dia boleh saman SPR.
Penggunaan dakwat begini hanya amalan negara dunia ketiga seperti India, Indonesia, Afrika dll yang tidak punya sistem Kad Pengenalan dan cara masih kebelakang. Buat apa perlu cara dakwat yang terbelakang ini jika sistem biometrik boleh digunakan? Kini India sudah berubah pada biometrik.
4, Waktu kempen minima 21 hari
Buat masa ini, pengalaman menunjukkan 7-9 hari adalah waktu yang sesuai. Peruntukan undang2 memberi kuasa dan budibicara pada SPR untuk tentukan waktu kempen selama yang sesuai dengan syarat tidak kurang 7 hari.
Jika pembangkang mahu minima 21 hari, tukarkan undang-undang!
Namun begitu, SPR boleh timbang, tetapi perlukah nak menuntut ini sampai perlu buat demo besar-besaran?
5. Media yang bebas dan adil
Ini kuasa SPR ke? Bodohnya Bersih!!!!
6. Kuatkan institusi awam
Bukankah ia melibatkan kuasa JPA dan agensi yang terlibat? Bukan kerja SPR!
7. Hentikan rasuah
Ini SPR, bukan SPRM
8. Hentikan politik kotor
Baik pembangkang mahu pun Pemerintah serupa saja.
Untuk politik sekarang, sekarang ini sapa yang politik penuh dengan pelbagai pembohongan, pertuduhan dan mereka-reka cerita bohong, putarbelit seperti pembunuhan Altantunya, Pusrawi, MAS rugi RM8 billion, rasuah submarine dlll tanpa bukti?
Bukankah pembangkang dan terutamanya Anwar Ibrahim dan PKR?
Adakah kuasa SPR dan AGONG penentu tataertib politik?
Ketika SPR mengatakan mereka sedia untuk berunding, Bersih mahu mengadakan rundingan pada bulan March-April.
Ketika itu masa terlalu sibuk dengan PRK Kerdau, Merlimau, Tenang dan PRU Sarawak, maka SPR mohon masa lepas itu. Alasan yang munasabah.
Tetapi Bersih guna permintaan SPR ini sebagai tolakkan. Jelas mereka hanya mencari alasan untuk menuduh SPR tidak menghormati mereka.
Berkenaan dengan kata Ambiga, kabinet menolak permintaan SPR. Ini adalah satu pembohongan kerana bukan amalan SPR untuk membuat usul ke kabinet tetapi hanya terus ke Parlimen dengan Dato Nazri membawa usul.
Pengerusi SPR dilantik Agong dan mereka bebas dan tidak menjawab pada kebinet. Pihak kerajaan hanya menentukan budget.
Ini semua alasan, Bersih 2.0 hanya mahu kucar kacirkan negara untuk kepentingan politik pembangkang dan bukan ikhlas untuk membawa perubahan pada sistem pilihanraya.
Ada banyak lagi point SPR terhadap Bersih 2.0.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Someone should have done a PC before all this got out-of-hand.
ReplyDelete