Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitry

PGP ingin mengambil kesempatan hari yang mulia ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitry kepada semua saudara Islam khususnya di Parlimen Gopang. Kepada semua, kami di PGP juga ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan terutamanya pasukan keselamatan yang telah memastikan kemerdekaan kita kekal abadi.

Wednesday, August 10, 2011

MANA ADA TUNJUK PERASAAN AMAN!




Tunjuk perasaan di London adalah petunjuk kepada penyokong BERSIH bahawa tunjuk perasaan di jalanan bukanlah sesuatu di pandang ringan. Pihak BERSIH mengatakan bahawa kerajaan kejam kerana tidak membenarkan tunjuk perasaan secara aman. Negara barat seperti America pun menyatakan sokongan kepada BERSIH untuk membawa tunjuk perasaan di jalanan secara aman.

Apa yang berlaku diLondon adalah disebabkan oleh tunjuk perasan aman. Bermula dengan penduduk sebanyak 200 berkumpul dan berarak ke arah balai Polis sebagai tanda protest kematian seorang penduduk ditembak oleh pihak polis. Daripada tunjuk perasaan yang kononnya aman maka satu kota London berubah menjadi medan perang. Inilah yang dikehendaki oleh pihak BERSIH. Mereka bercadang untuk mengadakan perhimpunan aman tetapi dinaluri hati masing-masing niat sebenar adalah mencetuskan huru hara. Hanya rakyat yang lurus bendul sahaja akan tertipu dengan niat BERSIH yang di ketuai si anti islam malaysia iaitu Ambiga.

Dilondon, harta benda musnah. Rumah dan kedai hangus dijilat api, oleh kerana 200 orang berarak yang kononnya aman. Kemungkinan pada mereka adalah aman tetapi pihak tertentu telah mengunakan tunjuk perasaan aman itu untuk dijadikan rusuhan sehingga merebak ke bandar-bandar lain. Penolong Ketua polis bandar Manchester Garry Shewan mengatakan tiada sebab untuk merusuh, tetapi disebabkan 200 orang berhimpun maka satu negara huru hara.

Oleh yang demikian, kami di PGP menyaran agar penyokong BERSIH fikirlah masak-masak apabila ingin menganjur atau bersama untuk menunjuk perasaan secara aman. Tunjuk perasan mana ada aman. Ia adalah api untuk mencetuskan rusuhan.Hancur sebuah negara akibat di tipu si Anti Islam.



(Polis Malaysia lembut, tengok macam mana negara membangun mengawal penunjuk perasaan. Batang besi yop! Bukan rotan. Tetak kaki pulak tu)

Monday, August 1, 2011

BULAN RAMADHAN SELAMAT TIBA

Shukur alhamdulillah bulan yang mulia telah tiba dengan selamatnya. Dengan semua yang telah berlaku di Malaysia ini, kita patut bersyukur kerajaan telah memastikan keselamatan dan kesejahteraan terjamin agar kita umat islam di bumi tercinta ini dapat menikmati rahmat di bulan ramadhan. Walaupun ada segelintir manusia yang dipimpin oleh seorang kafir ingin membuat huru haram diMalaysia melalui perhimpunan haram BERSIH, tetapi pihak berkuasa melakukan kerja-kerja keselamatan dengan begitu profesional, dapat mematahkan niat segelintir manusia tersebut. Kita harus bersyukur kehadarat Allah SWT kerana memberi kita kerajaan yang kuat untuk menghadapi ancaman dari luar dan terutamanya dari dalam. Tanpa kerajaan seumpama ini, rakyat akan seksa akibat tindakan durjana BERSIH. Jika BERSIH berjaya bulan lepas maka huru haralah negara. Rakyat tidak akan berasa selamat untuk berjalan kaki ke surau untuk bermore,terawih dan sebagainya. Bulan ramadhan akan tercemar oleh golongan yang dipimpin seorang kafir. Maka, kami diPGP ingin ucapkan selamat berpuasa di bulan yang mulia ini kepada semua khususnya warga Gopeng.

Wasalam