Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Monday, August 1, 2011

BULAN RAMADHAN SELAMAT TIBA

Shukur alhamdulillah bulan yang mulia telah tiba dengan selamatnya. Dengan semua yang telah berlaku di Malaysia ini, kita patut bersyukur kerajaan telah memastikan keselamatan dan kesejahteraan terjamin agar kita umat islam di bumi tercinta ini dapat menikmati rahmat di bulan ramadhan. Walaupun ada segelintir manusia yang dipimpin oleh seorang kafir ingin membuat huru haram diMalaysia melalui perhimpunan haram BERSIH, tetapi pihak berkuasa melakukan kerja-kerja keselamatan dengan begitu profesional, dapat mematahkan niat segelintir manusia tersebut. Kita harus bersyukur kehadarat Allah SWT kerana memberi kita kerajaan yang kuat untuk menghadapi ancaman dari luar dan terutamanya dari dalam. Tanpa kerajaan seumpama ini, rakyat akan seksa akibat tindakan durjana BERSIH. Jika BERSIH berjaya bulan lepas maka huru haralah negara. Rakyat tidak akan berasa selamat untuk berjalan kaki ke surau untuk bermore,terawih dan sebagainya. Bulan ramadhan akan tercemar oleh golongan yang dipimpin seorang kafir. Maka, kami diPGP ingin ucapkan selamat berpuasa di bulan yang mulia ini kepada semua khususnya warga Gopeng.

Wasalam

No comments:

Post a Comment