Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.
Wednesday, May 23, 2012
BERSIH 4.0, NIAGA DAN JUAL!!!
Kami di PGP tertarik dengan Bersih 4.0 yang berniaga di depan rumah Perempuan India Bersih tu. Yang paling best gelagat penyokong Perempuan india tu apabila cuba menghuraikan bahawa protest BERSIH 4.0 depan rumah Perempuan India tu, tidak islamik, tidak bermoral dan sebagainya. Hahahah lawak sunguh, macam la rusuhan BERSIH 3.0 yang di ketuai Perempuan India tu baik sangat. Betul-betul hipokrit la puak-puak ni. Mari kita baca seterusnya gelagat penyokong perempuan india tu......
…pagi Rabu sidang akhbar 10 orang Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang buat sidang akhbar di depan rumah Datuk S Ambiga di Bukit Damansara untuk menyuarakan sokongan dan simpati mereka yang teramat sangat kepada pengerusi Bersih itu.
Hairan juga ada juga manusia atas muka bumi ini yang merasa mereka seolah tidak pernah salah apa-apa
Mereka juga seolah merasa mereka saja yang berhak buat apa saja.Orang lain punya hal…boleh belah.
Daripada 10 orang yang turut terdiri dari Ahli Parlimen PKR dan DAP yang paling saya jelak sekali bila dengar leteran empat wakil PAS, iaitu Dr. DzulkeflyAhmad, Khaled Samad, Kamaruddin Jaafar dan Dr Mariah Mahmud.
Bersungguh-sungguh mereka menyuarakan sokongan dan mempertahankan Ambiga yang sejak dua minggu lalu menjadi sasaran bantahan peniaga anti-BERSIH yang geram kerana sumber pendapatan mereka terjejas.
Terkini, Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) petang Isnin menandakan lot niaga di depan rumah Ambiga dengan cat kuning. Bagaimanapun cat kuning itu sudahpun dibersihkan oleh DBKL Isnin malam. Selain itu sekumpulan pesara tentera turut melakukan“senaman punggung” di depan rumahnya.
Tindakan MBPKL dan pesara tentera yang cuma satu luahan rasa mungkin sekadar menyakitkan mata Ambiga tentang keperitan yang orang lain hadapi semasa demo Bersih.
Ia nyata bagai langit dengan bumi tindakan ganas peserta Bersih 3.0 yang merusuh, merosakkan harta benda dan mencederakan orang awam dan anggota polis pada 28 April lalu.
“Bagi pihak orang Islam di Malaysia kami mahu mengatakan tingkah laku mereka tidak menggambarkan apa yang diajarkan olehIslam,” kata Khaled Samad semasa sidang akhbar.
Hairan juga…siapa pula yang melantiknya sebagai wakil orang Islam di Malaysia?
Habis tu, adakah tindakan ganas peserta Bersih pada 28 April lalu bercirikan Islam?
Khaled menunjukkan sikap cakap tak serupa bikinnya apabila mengatakan bahawa Islam mengajar umatnya untuk lebih toleransi,saling menghormati perbezaan pendapat dan hak untuk menyuarakan rasa tidak setuju dengan dasar awam.
Khaled sekali lagi menunjukkan sikap hipokrit dan kedangkalanya apabila menyifatkan Bersih 3.0 ialah demontrasi aman yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
Apakah Khaled buat-buat bodoh atau memang bodoh atau hilang ingatan mengenai apa yang berlaku pada 28 April?
Sungguh melucukan.
Lebih memualkan ialah apabila Khaled mengatakan apa yangdibuat oleh Bersih 3.0 ialah tuntutan yang ada justifikasi dan satu perlakuan yang menunjukkan kebaikan.
Malah ketika bercakap dalam Bahasa Inggeris yang lintang pukang nahunya, Khaled menganggap tindakan bekas pesara dan MBPKL terhadap Ambiga memalukan Islam.
Berikut kenyataan Khaled: “That is a justified demand (Bersih 3). It is a demand which we look upon as something which is an act of goodness, a sign of piety. Muslims who are involved in such a programme, fighting for clean and fair election, for us, we understand it as an act of amal soleh, or a good act.
The action by the ex-military this morning is a disgrace.to Islam. Today, as a lady, Ambiga hasbeen harassed by these people and we come in to show our support to her and to condemn the act by the ex military.”
“We want to express our utter disgust and disdain of the act – they do not represent the proper Muslim. We come out strongly to express strongly. Bullying and harassment, ganggu safety of lives as well. We can dissent but not on alevel as destructive as this.”
Destructive?? Apa kerosakan atau kerugian yang ditanggung oleh Ambiga dibandingkan dengan kerugian yang di tanggung oleh peniaga dan pengusaha di sepanjang lokasi Bersih diadakan? Kenapa tiada langsung pihak Bersih tampil mempertahankan hak perniaga-perniaga ini?
Bagaimana pula dengan nasib orang awam dan polis yang cedera sewaktu demontrasi bersih yang kotor itu? Apakah Khaled ada ambil kisah tentang mereka selari dengan slogan Negara Berkebajikan PAS?
Apakah nyawa mereka tidak bernilai dibandingkan dengan Ambiga?
Dr Siti Mariah Mahmud yang mewakili Muslimat PAS turut menunjukkan rasa bimbang dan ambil berat terhadap peguam yang pembela orang Murtad itu.
Dalam mempertahankan Ambiga, Dr Siti Mariah sampai sanggup menghina bangsanya sendiri, malah melabel mereka sebagai orang yang rendah akhlak!
“Saya kesal kawan-kawan kita yang berbangsa Melayu dan beragama Islam menggunakan taktik protes kepada Ambiga dengan cara yangmenunjukkan rendah akhlak dan menggangu gugat personal space beliau (Ambiga).
“Kita akur kepada dia punya privacy. Kita boleh berbeza pendapat, boleh bangkang dengan apa yang dilakukan oleh Ambiga, tetapi buatlah dengan cara yang beradab,” katanya.
Ganggu personal space dan privacy Ambiga? Apakah personal space dan privacy Ambiga sahaja yang perlu dipertahankan? Bagaimana personal space dan privacy orang awam yang bekerja atau mencari makan di sekitar kawasan yang dicemari oleh demonstrasi Bersih 3 yang kotor itu?
Saya nak tanya Dr Siti, apakah Muslimat-Muslimat PAS yang bawa anak-anak untuk sertai demonstrasi pada 28 April lalu sambil memekik dan melaung itu beradab ke?
Adakah tinggi ahklak seseorang yang mempertahankanindividu yang terang-terangan membela murtad?
Dr Siti, seperti Khaled, juga cakap tak serupa bikin apabila dia menasihatkan orang yang tidak bersetuju dengan Ambiga supaya jangan melanggar undang-undang.
“Kalau mereka merasakan Ambiga telah melanggari undang-undang, bawalah ke mahkamah atau tulis surat. Tapi ini mengganggu gugat di depan rumahnya dan menimbulkan ketakutan sebab yang datang, orang lelaki semuanya. Dia adalah seorang wanita.”
Untuk pengetahuan, Bukit Damansara ialah sebuah kawasan perumahan elit yang mempunyai sistem rondaan keselamatan. Polis juga sering meronda kawasan ini.
Malah, sejak semalam ramai anggota DBKL dan polis beruniform bergilir-gilir menjaga dan meronda sekitar rumah Ambiga itu. Mengalahkan menteri!
Wahai Dr Siti, saya dan ramai lagi kawan saya dari golongan wanita yang terperangkap, rasa cemas dan takut melihat keganasan pada 28 April lalu, juga orang perempuan. Adakah Dr atau peserta Bersih peduli mengenai kami?
Saya masih ingat rayuan demi rayuan dibuat oleh berbagai pihak termasuk kerajaan agar perhimpunan diadakan dalam stadium.Ada mereka peduli?
Tak dengar pun mereka kata kesal dengan tindak tanduk peserta Bersih langgar penghadang yang cetuskan kekecohan hari it.Dalangnya yang bagi signal masuk itu...bagaimana?
Ada lagi kenyataan Dr Siti yang menyerlahkan sikapnya yang bermuka-muka dan terlalu mengambil berat menenai Ambiga, berbanding nasib orang yang terperangkap dalam demonstrasi haram pada 28 April lalu, termasuk saya.
“Ini adalah keluarganya (Ambiga) dan rumah adalah perlindungan bagi kita. Jadi kita tak tahu di mana tindakan ini akan berakhir. Manatahu ada orang yang protes panjat pagar atau mengganggu keselamatan di dalam.Kita pun dalam rumah kita kalau kita tengok orang tak dikenali di luar pagar rumah, kita resah, inikan pula sekumpulan manusia yang agak agresif yang kata mereka Islam dan tindakan ini sangat memalukan.”
Tahu tak apa perasaan orang yang berada ketika demonstrasi itu melihat peserta Bersih 3.0 yang turut dianggotai oleh orang Islam,menolak penghadang, mencerca. menterbalikkan kenderaan polis dan mencederakan mereka?
Apakah tindakan mereka itu tidak agresif dan tidak memalukan…lebih-lebih lagi Islamic ?
Sumber: agendadaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment