Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Sunday, July 10, 2011

PENIPUAN PEMBANGKANG DAN BERSIH

Pakatan pembangkang dan BERSIH telah menipu rakyat sekali lagi. Didalam blog pembangkang dikatakan 50,000 orang serta demo BERSIH.Adakah 50,000 orang berdemo semalam? Hanya orang yang berada di demo tersebut dpt mengesahkan jumlah tersebut dan dari suara orang ramai seperti pemandu taxi dan kaki lepak pekan maka jumlah tersebut adalah tipu sama sekali.

Dari mulut mereka yang ada di sana mengatakan disekitaran mesjid jamik hanya 3000 orang, di sekitar stadium merdeka lebihkurang 4000, di kg baru lebih kurang 200 orang dan di sekitar sogo, tiada sesiapa disebabkan kekuatan polis dan FRU amatlah menyerlah. Habis kuat pun seramai 15,000 orang berdemo dan ini termasuk kumpulan patriot yang ada lebih kurang 2500 orang. Yang selebihnya, kaki sibuk dan wartawan. Juga, angota polis berpakaian biasa dan jumlah mereka adalah besar juga.


Daripada gambar diatas, tolak kaki sibuk, tolak wartawan, rasanya habis kuat 5000. Lebih kurang seperti gambar jika ditangkap di mana-mana masjid apabila habis solat jumaat dan para jumaah mula nak beredar. Tidaklah 50,000 orang.


Gambar diatas pula adalah gambar demonstrasi di Mesir. Ni baru berpuluh ribu orang. Apa yang kami tahu, gambar tidak menipu.

Oleh yang demikian, dimanakah jumlah 50,000 yang dilaungkan oleh pembangkang melalui blog seperti malaysian insider, malaysia kini dan sebagainya.

Lagi satu penipuan adalah sebab kematian seorang peserta demo. Pihak pembangkang mengatakan beliau meninggal dunia kerana sesak nafas akibat gas pemidih mata. Pihak doc telah mengeluarkan kenyataan media bahawa allahyarham meninggal dunia akibat serangan sakit janntung. Didalam keadaan yang riak dan cuaca panas berubah hujang dengan sekelip mata pada hari itu adalah salah satu punca beliau sakit jantung. Dengan tiada rasa kesalahan pihak pembangkang menipu untuk dapat sokongan. Kematian juga dimain-mainkan agar dapat politikal millage.

Lagi satu penipuan adalah kekejaman polis terhadap tahanan. Satu lagi penipuan. Makanan di sediakan, tempat makan seperti kenduri khawin, tempat solat dan berwuduk disediakan dan pelbagai kemudahan diberi kepada tahanan.


Ruang selesa mengambil keterangan pihak polis.



Para tahanan menjamu selera. Seperti kenduri.


Tempat berwuduk serta tempat solat disediakan.

Lagi satu penipuan adalah perhimpunan bersih dikatakan aman.



NI APA CERITA NI? AMAN KE?

Bukalah mata wahai rakyat malaysia.

Wednesday, July 6, 2011

MARI KITA TANYA PERTUBUHAN HARAM BERSIH.....

1 Permintaan BERSIH agar daftar pengundi dikemaskini: JPN telah mengatakan yang ramai warganegara tidak melaporkan kematian dan sebab itu ada ramai nama orang yang dah mati di dalam daftar pemilih. Ramainya dari luar bandar dan berbangsa cina. Oleh itu, mengapa bising dengan SPR? PATUT BISING KEPADA RAKYAT YANG MENGAMBIL PERKARA INI SAMBIL LEWA. Spr mana tahu orang dah mati ke tidak jika tidak melaporkan kematian. Adakah dengan tidak melaporkan kematian maka ada ruang untuk digantikan dengan org lain seperti saudara mara dari luar negara mengambil identiti orang mati itu? Rasanya JPN kena semak benda ni! Pembangkang asik dok bising pengundi hantu, dengan licit mereka yang membawa pengundi hantu dari luar negara.

2 Undi pos dihampuskan: undi pos selalu berpihak kepada Barisan Nasional. Ye la polis mana nak undi pembangkang sebab tak habis-habis mereka merendah-rendahkan martabat PDRM. Semua PDRM tak betul. Tentera pun begitu juga. Takan nak undi pembangkang yang tak habis-habis mengecil-kecilkan ATM kita. Beli senjata tak betul. Tak beli pun tak betul.

3 Polis dan tentera balik mengundi- Gila, takan tentera kena balik untuk mengundi dan tinggalkan post kawalan mereka. Kami di PGP rasa lebih selamat jika tentera kita boleh lari dengan serta merta untuk menaiki pesawat, kereta kebal atau mengambil senjata jika apa-apa berlaku. Kalau mereka balik mengundi, siapa nak jaga negara dari segi keselamatan iaitu serangan tentera luar, malapetaka dan juga ketenteraman awan jika berlaku pada hari mengundi?

4 Rakyat kerja luar kawasan mengundi dibenarkan undi pos: PULAK DAH! Sat tak nak undi pos, sat nak. Apa cerita ni ambiga????? Kalau hang dah kerja di luar kawasan hang mengundi, apahal hang nak sibuk tentang wakil rakyat yang akan mewakili tempat yang hang tak menetap. Biarlah orang yang menetap di kawasan itu, kerja di kawasan itu, tidur di kawasan itu menentukan siapa wakil mereka. Yang dah keluar dan kerja tempat lain undi lah wakil kamu di tempat baru kamu! Pi tukar I/C jgn malas!

5 Kempen pilihanraya lebih 21 hari: Ini boleh ye ambiga. Takde hal. PGP pun sokong . Tapi bukan ke PKR kempen 365 hari setahun. Siri jelajah Malaysia oleh Anwar Ibrahim dan sebagainya.

6Complain BN beli undi semasa pilihan raya: Pilihanraya kecil hulu Selangor , Anwar ibrahim berjanji memberi gran tanah kepada 100,000 penduduk miskin. Menteri besar janji akan hampuskan sewa tanah bagi semua rumah kedai di hulu selangor. MB Selangor, Khalid Gagap, mengistiharkan bonus terkumpul berjumlah RM616,000 kpd seluruh JKKK Selangor. Yang paling best membeli undi ialah Nik Aziz wali selipar jepun, undi PAS bonusnya masuk syurga. BN SAHAJA KA BELI UNDI?

7 Pendaftar automatik sebagai pengundi: Kalau hang memperjuangkan demokrasi, pendaftaran automatik akan menidakan hak demokrasi seseorang daripada tidak mahu mendaftar. Ayoyo ambiga apa cerita? Demokrasi lu sindiri punya ka apa?

8 Dakwat jari pengundi: ni tak perlu hurai. Sahabat pemandu lori pun tahu mengapa tak boleh. Siap hurai pelembagaan lagi. Kalau nak tahu juga, kena ubah pelembagaan jika mahu guna pakai dakwat di jari sebagai tanda telah mengundi.


Jika kita perhati betul-betul, tuntutan BERSIH ini tak masuk akan. Sahaja di letakan syarat supaya jika syarat tak dipenuhi, alasan perhimpunan sudah ada. Syarat-syarat tahap gaban. Ambiga ni bekas Pegerusi Majlis Peguam, takan bodoh sangat atau memang bodoh. Ini la masaalah apabila kerajaan luluskan sahaja saujana muda undang-undang dari university endah di mana. Akibatnya, peguam bodoh tapi ingat pandai seperti ambiga ini di lahirkan. Tengok lah sendiri di majlis peguam tu. Ada yang saujan muda undang-undang entah daripada uni ceruk New Zealand la, Ceruk Australia la. Ada kampus atau tidak kita pun tak tahu. ADUH.

Tuesday, June 28, 2011

Pembohongan Ambiga disebalik tuntutan p-raya Bersih 2.0


(Petikan: Unspinners Blogspot)

Semasa Jun 19hb baru-baru ini sini, Dato Ambiga mengatakan pilihanraya Sarawak tidak dijalankan dengan baik. Maka ini adalah sebab perhimpunan Bersih 2.0 dijalankan. Ini adalah penipuan yang besar atas dua sebab.
Pertama, pilihanraya Sarawak diadakan pada bulan April dan ura-ura Bersih 2.0 telah mula timbul di blog-blog sejak bukan Mac lagi. Bersih datang dahulu sebelum kononnya ada permainan kotor di Sarawak.

Kedua, Ambiga terlibat dalam MAFREL untuk PRU Sarawak. Pihak pembangkang begitu yakin untuk memenangi kerusi Senadin tetapi tewas.

Mereka hanya menimbulkan isu dan menuntut kiraan semula di "tallying centre" dan bukan di "counting centre". Mengikut prosedur yang pihak Pakatan tahu, protes kiraan dan tuntutan kiraan semula tidak boleh dibuat di tallying centre tetapi counting centre yang mana mereka tidak lakukan.

Apa langsung mereka pembangkang, peraturan dan undang perlu ubah?

Apa lagi kekotoran pilihanraya di Sarawak yang boleh mereka nyatakan dan buktikan? Kenapa tiada lagi laporan dan tuntutan?
Seterusnya Ambiga membuat 8 tuntutan terhadap SPR untuk reformasi pilihanraya. Beliau menyangkal SPR tidak ada kuasa untuk bertindak. Katanya, Bersih sudah berbincang dan pertukaran maklumat dengan SPR tapi SPR kata telah berikan kepada Kabinet tapi ditolak. Lalu diguna sebagai alasan kononnya tiada sebab untuk runding dengan SPR lagi.

Semua yang dikatanya pembohongan dan penipuan.
Ketua Wanita UMNO Pahang UMNO, Datuk Rosni Zahari di sini tepat apabila menyatakan kekesalan dengan kenyataan Ambiga bahawa pintu rundingan bersama dengan SPR sudah tertutup dan tetap akan terus mengadakan perhimpunan haram itu.
Pihak Bersih 2.0 yang merupakan perkumpulan lebih 60 NGO (orang sama NGO banyak) ada bertemu dengan pihak SPR selama satu hari pada N0vember 9hb 2010. Dalam pertemuan ini, mereka membuat 17 tuntutan yang mana akhirnya hanya 5 saja yang tinggal dari tuntutan asal mereka dalam memo tuntutan yang ingin Bersih berikan kepada Agong.

Melihat tuntutan sedikit sangat, mereka tambah 3 tuntutan baru yang tidak masuk akal. Jelas sekali, penerangan dan penjelasan SPR begitu berkesan tetapi mereka masih berdegil mahu menuntut juga. Ini semua hanya alasan untuk berdemo.

Berikut dibincangkan tuntutan mereka:
1. Membersihkan senarai pengundi dari pengundi hantu dan menuntut pendaftaran secara otomatik.

Perkara ini adalah urusan pentadbiran yang berterusan tetapi suatu yang perlu difahami adalah SPR tidak boleh mengubah seseorangd ari satu temnpat ke satu tempat yang sesuka hati. Sebarang pembersihan perlu penegsahan dan dikumentasi.

Berkenaan pendaftaran pengundi secara automatic, ia tidak boleh dilakukan kerana SPR tidak boleh memaksa seseorang mendaftar sebagai pengundi melainkan dibenarkan Perlembagaan.

2. Reformasi undi pos

Buat masa ini, ianya dinamakan undi pos tetapi akan ditukarkan menjadi undi awal. Isu ini adalah isu yang diperbesarkan dan dipolitikkan saja. Melainkan tempat sep[erti Telok Kemang dan tempat di mana ada kem askar, undi pos tidak membawa impak besar di mana-mana kawasan. Isu yang ditimbulkan adalah isu lapuk.
Seorang Lans Korporal pernah pada tahun 1999 mengatakan dia pernah mengundi untuk semua ahli kem. Tetapi apabila dipanggil ke SPR, dan ditanya kenapa sekarang baru nak timbulkan dan dulu tak laporkan? Dia tidak dapat jawab.

Peraturan undi pos pun sudah bertukar dan lagi menyusahkan prosedurnya. Dengan adanya wakil calun, banyak undi pos ditolak.

3. Penggunaan dakwat kekal (indellible ink)

Betulkah ada dakwat yang tidak boleh dipadam langsung? Tiada dalam dunia.

Betul ... pihak SPR ada umum mahu menggunakan dakwat ini pada tahun 2008 tapi membatalkan kerana ada pihak sudah mengimpot dakwat tersebut. Isunya lebih besar dari itu.

SPR tidak ada hak untuk menafikan seseorang dari mengundi melainkan pengundi itu gila, banduan, bawah 21, dan bukan warga negara. Jika seorang dinafikan hak mengundi kerana dakwat hitam, pasti dia boleh saman SPR.

Penggunaan dakwat begini hanya amalan negara dunia ketiga seperti India, Indonesia, Afrika dll yang tidak punya sistem Kad Pengenalan dan cara masih kebelakang. Buat apa perlu cara dakwat yang terbelakang ini jika sistem biometrik boleh digunakan? Kini India sudah berubah pada biometrik.

4, Waktu kempen minima 21 hari

Buat masa ini, pengalaman menunjukkan 7-9 hari adalah waktu yang sesuai. Peruntukan undang2 memberi kuasa dan budibicara pada SPR untuk tentukan waktu kempen selama yang sesuai dengan syarat tidak kurang 7 hari.

Jika pembangkang mahu minima 21 hari, tukarkan undang-undang!

Namun begitu, SPR boleh timbang, tetapi perlukah nak menuntut ini sampai perlu buat demo besar-besaran?

5. Media yang bebas dan adil

Ini kuasa SPR ke? Bodohnya Bersih!!!!

6. Kuatkan institusi awam

Bukankah ia melibatkan kuasa JPA dan agensi yang terlibat? Bukan kerja SPR!

7. Hentikan rasuah

Ini SPR, bukan SPRM

8. Hentikan politik kotor

Baik pembangkang mahu pun Pemerintah serupa saja.

Untuk politik sekarang, sekarang ini sapa yang politik penuh dengan pelbagai pembohongan, pertuduhan dan mereka-reka cerita bohong, putarbelit seperti pembunuhan Altantunya, Pusrawi, MAS rugi RM8 billion, rasuah submarine dlll tanpa bukti?

Bukankah pembangkang dan terutamanya Anwar Ibrahim dan PKR?

Adakah kuasa SPR dan AGONG penentu tataertib politik?
Ketika SPR mengatakan mereka sedia untuk berunding, Bersih mahu mengadakan rundingan pada bulan March-April.
Ketika itu masa terlalu sibuk dengan PRK Kerdau, Merlimau, Tenang dan PRU Sarawak, maka SPR mohon masa lepas itu. Alasan yang munasabah.

Tetapi Bersih guna permintaan SPR ini sebagai tolakkan. Jelas mereka hanya mencari alasan untuk menuduh SPR tidak menghormati mereka.

Berkenaan dengan kata Ambiga, kabinet menolak permintaan SPR. Ini adalah satu pembohongan kerana bukan amalan SPR untuk membuat usul ke kabinet tetapi hanya terus ke Parlimen dengan Dato Nazri membawa usul.

Pengerusi SPR dilantik Agong dan mereka bebas dan tidak menjawab pada kebinet. Pihak kerajaan hanya menentukan budget.
Ini semua alasan, Bersih 2.0 hanya mahu kucar kacirkan negara untuk kepentingan politik pembangkang dan bukan ikhlas untuk membawa perubahan pada sistem pilihanraya.

Ada banyak lagi point SPR terhadap Bersih 2.0.

Thursday, June 23, 2011

Inilah pengerusi BERSIH yang disokong PAS


Dasar perjuangan Ambiga (gambar) adalah berdasarkan "interfaith commission" (IFC) yang ditubuh beliau. Antara tuntutan IFC adalah seperti berikut:

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3.Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

(Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat ( PR ) negeri Selangor yang terdiri daripada PKR,DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu.

Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Oleh yang demikian, apakah tujuan sebenar PAS mengikut seorang yang anti Islam? Ini salah satu bukti yang PAS telah sesat.

Tuesday, June 14, 2011

SIAPA DI BELAKANG BERSIH?


Inilah pengerusi Perhimpunan Bersih bulan depan. Namanya S.Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam berbangsa India cukup terKENAL dalam bab-bab mempertikaikan hak-hak orang yang memeluk ISLAM, memperTAHANkan pulak orang ISLAM yang MURTAD dan seringkali cuba menCABAR kedudukkan ISLAM sebagai agama rasmi NEGARA.. Lupakah anda peguam manakah yang memperTAHANkan Lina Joy yang MURTAD dari ISLAM daripada dipulihkan? Adakah anda LUPA siapakah penganjur Forum Memeluk Islam pada Sabtu 9 Ogos 2008 di Bar Council yang KONTROVERSI hingga menimbulkan keMARAHan umat ISLAM? Inilah orangnya.


Ini pula Timbalan Pengerusi Perhimpunan Bersih. Semua orang kenalinya sebagai Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Oleh itu, seorang No 2 daripada parti yang kononnya berjuang untuk Islam bersekongkong atau lebih tepat sekali, menjadi kuli kepada seorang yang menentang Islam habis-habisan iaitu Pengerusi beliau, S.Ambiga. Adakah ini gabungan yang masuk akal? Gabungan kononnya untuk menegakan demokrasi? Pada pendapat PGP, BERSIH ini hanya bertujuan jahat demi cita-cita politik.

Monday, June 13, 2011

APA MATLAMAT PERHIMPUNAN BERSIH 2.0??????

Seperti kita sedia maklum, pihak yang tidak bertangungjawap akan menganjurkan Perhimpunan BERSIH di ibu kota pada 9hb Julai ini. Dengan bongkaknya, pihak penganjur memaklukan bahawa 300,000 orang akan menyertai perhimpunan ini. Perhimpunan terakhir mereka adalah pada tahun 2007 yang menyaksikan negara dipandang serong oleh dunia. Sektor pelancongan terjejas dan mengambil 6 bulan untuk pulih. FDI pun terjejas disebabkan Perhimpunan Bersih.

Penganjur menyatakan bahawa matlamat perhimpunan adalah untuk kembalikan Demokrasi di Malaysia. Kita yang berfikiran waras pun tahu itu bukan matlamat mereka sebab apa yang "undemocratic" sangat di malaysia ni. Pada tahun 2008, pembangkang menakluk 5 buah negeri. Ahli parlimen pembangkang bertambah. Jika Malaysia tidak demokratik maka apa yang berlaku pada 2008 tidak mungkin jadi. BN akan kekal berkuasa di 5 buah negeri tersebut. Di sebabkan demokrasi la pembangkang boleh menang 5 buah negeri.

Demokrasi apa yang mereka inginkan. Jika mereka menganjur perhimpunan tersebut maka merekalah yang "undemocratic". Ini adalah sebab negara akan berdepan dengan masaalah susulan daripada tindakan perhimpunan seperti sektor pelancongan akan terjejas. Ibu kota akan sesak dan menyusahkan kehidupan harian warga kota. Harta benda akan rosak dan sebagainya. Tindakan mereka umpama tidak setuju dengan majoriti warga Malaysia yang telah memilih kerajaan yang sedia ada melalui system demokrasi.

Oleh itu, pengajur bukanlah menganjur perhimpunan untuk menegakan demokrasi tetapi untuk political milage sahaja. Atas dasar itu, mereka sanggup mengadaikan negara dan ketenteraman awan demi politik. Pada pendapat PGP, pihak Kementerian Dalam Negeri perlu mengunakan ISA secepat mungkin agar tindakan yang akan mejejaskan Malaysia dapat dibendung. TAKAN MENTERI DALAM NEGERI NAK BAGI AMARAN LAGI KOT?

Tuesday, June 7, 2011

Pilihanraya Masjid Stategy DAP Pecahbelahkan Melayu!

Keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk kekal mengadakan pilihanraya masjid bagi memilih ahli-ahli jawatan kuasa baru sebenarnya mempunyai muslihat yang lebih halus. Walaupun berselindung di sebalik alasan kononnya untuk mendapatkan persetujuan anak kariah, tetapi sebenarnya ingin memastikan masyarakat Melayu, terutama sekali yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, berpecah belah. Sebab, kebanyakan orang Melayu lebih memandang besar kepada Masjid berbanding parti-parti politik, sekalipun dalam darah mereka ada ‘zikir’ PAS atau UMNO.

Walau sehebat mana pun mereka bertegang leher tentang isu politik, masjid adalah tempat pertemuan. Biarpun bukan untuk solat berjemaah, tetapi setidak-tidaknya pada hari Jumaat. Dan adat orang Melayu, walaupun di luar masjid mereka akan bermasam muka dan tidak bertegur sapa, tetapi di dalam masjid mereka tetap akan bersalaman sesudah solat sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w.

Tindakan DAP yang menjadikan Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagai topeng sebenarnya merupakan racun yang paling bisa kepada umat Islam, khususnya yang berada di Pulau Pinang. GERAKAN sepanjang mentadbir Pulau Pinang, tidak pernah masuk campur dalam hal masjid dan umat Islam, tetapi DAP bertindak sebaliknya.

DAP tidak akan berpuas hati selagi umat Islam tidak berpecah belah sebagaimana yang diinginkan. Walaupun sekarang umat Islam berpecah belah, namun tahap pecah belah itu masih belum cukup untuk DAP menjadi tuan besar yang tidak ditentang. Untuk itu, DAP perlu menggunakan segala kesempatan untuk memastikan umat Islam yang tongong dan bahlol untuk sentiasa mengikut serta menjadi anjing mereka dengan alasan demokrasi.

Kalau kita perhatikan, demokrasi seringkali diberikan gambaran yang indah-indah. Bahkan ada kalanya demokrasi digambarkan sebagai lebih baik berbanding Islam. PAS sendiri memilih demokrasi berbanding Syura dalam pemilihan agung parti tersebut bagi memperlihatkan betapa parti itu telah berubah kepada yang lebih baik.

Demokrasi sebenarnya tidak lebih baik daripada sistem pemilihan yang dibuat oleh Islam. Dalam Islam, pemilihan baik pemimpin negara mahupun Imam dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditentukan kualitinya. Begitu juga dengan AJK masjid yang suatu ketika dahulu merupakan kerja-kerja fardu kifayah dan sukarela.

Kegilaan terhadap demokrasi jelas bertujuan untuk memperlembukan umat Islam dan menghilangkan tumpuan umat daripada beribadah kepada berseronok-seronok dengan kuasa. Pastinya akan ada manusia yang mempunyai kepentingan akan menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan-jawatan di masjid. Dan selepas itu bermulalah masalah baru yang jauh lebih berat berbanding masalah yang melanda masjid-masjid di seluruh negara.

Kita sudah boleh menjangkakan alasan yang diberikan iaitu hanya golongan yang rapat dengan masjid sahaja yang mempunyai peluang untuk mendapatkan jawatan-jawatan. Golongan yang ke masjid hanya sesekali tidak layak untuk bersuara.

Itu alasan yang paling kerap akan digunakan. Sedangkan hakikatnya, ramai yang ke masjid untuk menunaikan fardu kifayah dan fardu ain tanpa sekelumit pun keinginan untuk mendapatkan jawatan. Kebanyakan yang pergi ke masjid semata-mata untuk Allah Taala. Yang menerima jawatan pun kerana Allah Taala, bukan kerana pemilihan dalam bentuk demokrasi berpilihanraya.

Yang sangat pasti ialah perpecahan di kalangan orang masjid akan menjadi bertambah teruk. Gila kuasa akan menjadi-jadi. Segala-gala akan dilakukan demi mendapatkan kuasa dan jawatan yang sekarang ini bergaji dan berelaun. Apa lagi yang dapat menyatukan umat Islam selepas masjid juga dicerobohi kesuciannya dengan pemilihan menerusi pilihanraya.

Namun dalam soal ini, yang menjadi persoalan, di mana letaknya KDYMM Yang Dipertuan Agong? Sebabnya segala urusan agama Islam di Pulau Pinang sebenarnya berada di bawah kuasa Duli Yang Dipertuan, bukannya memandai-mandai Lim Guan Eng dan pencacai bangangnya, Malik Kassim!


Sumber: Peraktoday