HIMPUN akan menganjurkan Himpun Sejuta Umat di Stadium Shah Alam pada 22hb Oct ini. Tujuan Himpun Sejuta Umat ini adalah seperti berikut:
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.
b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Sumber
Semua umat islam dijemput hadir tetapi malang sekali PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan bersama. Di bawah adalah "press release" Presiden PAS mengenai perkara tersebut:-
PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.
PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.
Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.
PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Oleh yang demikian marilah kita renung sejenak dan bandingkan penglibatan PAS dalam perhimpunan BERSIH yang diketuai oleh PEJUANG MURTAD iaitu Ambiga.
Presiden pas telah menyeru:-
1 "PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama".....HIMPUN akan mengadakan perhimpunan di stadium berbanding BERSIH yang di sertai PAS mengadakan perarakan di Ibu Negara dan telah mengetepikan undang-undang dan juga seruan PM agar dibuat di stadium.
2 "PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya".....Perhimpunan haram BERSIH tu apa dia?
3 "Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam"...tetapi kenapa taknak bersama dan menyokong Himpun?
4 "PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai"....secara damai?????Apakah perhimpunan BERSIH yang di sokong dan disertai PAS dakwah secara damai? Himpun akan mengadakan perhimpunan di Stadium oleh itu mestilah damai. Bukannya di jalanan seperti BERSIH dimana harta benda awam rosak.
Kami diPGP menganggap PAS adalah parti yang hipokrit dan hanya menguna islam untuk memperjuangkan politik. Ini amat berbeza dengan UMNO yang mengunakan politik untuk memperjuangkan Islam. Disebabkan politik, PAS buangkan koncep Islam dan menyokong pejuang murtad Ambiga tetapi bila tujuan sebenar untuk memertabatkan agama islam iaitu melalui penerangan tentang kesucian Islam dan mana letaknya islam didalam pelembagaan negara maka PAS tak akan bersama menyokong. Ini adalah kerana takut hilang undi kawan-kawan kafir di dalam pakatan.
Kami di PGP juga menyeru ahli PAS yang masih lagi ISLAM supaya buanglah bendera pada 22hb ini dah sertai perhimpunan ini. Mari kita tunjuk bahawa ISLAM berdiri megah di Nusantara melalui bangsa melayu tanpa bendera politik PAS, UMNO ataupun PKR.
Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.
Tuesday, October 18, 2011
Sunday, October 16, 2011
Syabas Kedai 1Malaysia
Pada bulan june yang lalu, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah merasmikan kedai 1Malaysia yang pertama di Station LRT Kelana Jaya. Baru-baru ini, beliau telah mengumumkan tiga lagi kedai yang akan dibuka. Tujuan kedai 1Malaysia adalah untuk membantu golongan pendapatan sedarhana dan rendah di pekan-pekan di seluruh Malaysia. Dengan kenaikan harga barang yang tidak setimpal dengan gaji golongan tersebut, kedai 1Malaysia dapat meringankan beban golongan gaji sederhana dan rendah. Barangan di kedai tersebut harganya jauh berbeza daripada kedai-kedai runcit lain. Dengan pengumuman pembukaan 3 lagi kedai dalam masa terdekat maka nampaklah serious kerajaan Najib dalam inisatif ini. Yang paling beruntung adalah golongan yang sebut tadi. Yang tidak disebut adalah golongan yang rugi. Oleh itu, golongan manakah yang akan rugi dengan inisiatif terbaru ini?
Golongan yang rugi adalah golongan peniaga runcit yang semua tahu di monopoli oleh satu kaum iaitu kaum cina. Persatuan-persatuan perniaga dan peruncit cina di seluruh Malaysia mula nak bersuara tetapi berdiam diri buat masa ini. Mereka hanya memberi pendapat bahawa 70% peruncit cina akan gulung tikar memandangkan kedai 1Malaysia boleh menjual produk 30% hingga 40% lebih murah dan kualitinya setanding. Dengan adanya kedai 1Malaysia, peruncit ini tidak dapat bersekongkol dengan pemborong untuk menaikan harga barang sewenang-wenangnya terutamanya di musim raya. Peruncit yang bersekongkol dengan pemborong akan menuduh pemborong bahawa harga barang naik. Dan bila ditanya pemborong pula, banyak alasan yang diberi seperti bekalan tak cukup. Padahal, mereka sendiri yang menyorok barang supaya harga naik. Semua tahu perkara ini tetapi tidak boleh buat apa-apa. Dengan adanya kedai 1Malaysia, sedikit sebanyak harga boleh di kawal. Bagaimana harga di kedai runcit liow naik manakala harga di kedai 1Malaysia masih sama atau lagi murah? Kedai runcit liow tak boleh tuduh pemborong dan pemborong tak boleh guna alasan tak masuk akal.
Buat masa ini peruncit cina tak buat bising. Hanya mengeluarkan pendapat. Ini adalah kerana pihak kerajaan telah melakukan "check-mate" kerana kedai 1Malaysia adalah untuk kebaikan rakyat jelata yang merupakan majoriti. Persatuan peruncit dan persatuan- persatuan lain tak boleh meroyan atau berdemonstrasi sebab berbuat demikian hanya menunjuk bahawa mereka tidak mementingkan penguna dan hanya mementingkan untung tidak kira seksa rakyat.
Oleh yang demikian, kami di PGP menyokong penuh inisiatif ini dan bagi peruncit-peruncit cina, jangan sewenang-wenang menaikan harga barang ok!

Sunday, September 25, 2011
Pemuda Gopeng Amat memalukan!
PGP dan semua warga pemuda Gopeng tahu tentang keinginan segelintir orang agar kesemua ahli jawatan kuasa pemuda meletakan jawatan. Surat peletakan jawatan telah diedarkan dan jika ini berlaku, naib ketua akan menjadi ketua penaja yang ditaja oleh ketua bahagian. Malang sekali ada beberapa jawatan kuasa khususnya dari Gopeng enggan menandatangani surat peletakan jawatan tersebut.
Kami di PGP ingin tahu apakah niat sebenar pecaturan ini? Adakah semuanya ini menjurus kepada duit peruntukan Pemuda utk PRU 13 dapat di "control" oleh ketua bahagian atau hendak memberhentikan ketua pemuda yang bermasaalah daripada ada kena mengena dengan duit peruntukan tersebut?
Yang kami tahu, apa yang berlaku di dalam pemuda umno gopeng adalah amat memalukan! Kedua-dua puak hendakan duit peruntukan pemuda PRU13. Apa yang hendak dibuat dengan duit peruntukan tersebut hanya tuhan yang tahu.

Tuesday, August 30, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitry
PGP ingin mengambil kesempatan hari yang mulia ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitry kepada semua saudara Islam khususnya di Parlimen Gopang. Kepada semua, kami di PGP juga ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan terutamanya pasukan keselamatan yang telah memastikan kemerdekaan kita kekal abadi.
Wednesday, August 10, 2011
MANA ADA TUNJUK PERASAAN AMAN!
Tunjuk perasaan di London adalah petunjuk kepada penyokong BERSIH bahawa tunjuk perasaan di jalanan bukanlah sesuatu di pandang ringan. Pihak BERSIH mengatakan bahawa kerajaan kejam kerana tidak membenarkan tunjuk perasaan secara aman. Negara barat seperti America pun menyatakan sokongan kepada BERSIH untuk membawa tunjuk perasaan di jalanan secara aman.
Apa yang berlaku diLondon adalah disebabkan oleh tunjuk perasan aman. Bermula dengan penduduk sebanyak 200 berkumpul dan berarak ke arah balai Polis sebagai tanda protest kematian seorang penduduk ditembak oleh pihak polis. Daripada tunjuk perasaan yang kononnya aman maka satu kota London berubah menjadi medan perang. Inilah yang dikehendaki oleh pihak BERSIH. Mereka bercadang untuk mengadakan perhimpunan aman tetapi dinaluri hati masing-masing niat sebenar adalah mencetuskan huru hara. Hanya rakyat yang lurus bendul sahaja akan tertipu dengan niat BERSIH yang di ketuai si anti islam malaysia iaitu Ambiga.
Dilondon, harta benda musnah. Rumah dan kedai hangus dijilat api, oleh kerana 200 orang berarak yang kononnya aman. Kemungkinan pada mereka adalah aman tetapi pihak tertentu telah mengunakan tunjuk perasaan aman itu untuk dijadikan rusuhan sehingga merebak ke bandar-bandar lain. Penolong Ketua polis bandar Manchester Garry Shewan mengatakan tiada sebab untuk merusuh, tetapi disebabkan 200 orang berhimpun maka satu negara huru hara.
Oleh yang demikian, kami di PGP menyaran agar penyokong BERSIH fikirlah masak-masak apabila ingin menganjur atau bersama untuk menunjuk perasaan secara aman. Tunjuk perasan mana ada aman. Ia adalah api untuk mencetuskan rusuhan.Hancur sebuah negara akibat di tipu si Anti Islam.
(Polis Malaysia lembut, tengok macam mana negara membangun mengawal penunjuk perasaan. Batang besi yop! Bukan rotan. Tetak kaki pulak tu)
Monday, August 1, 2011
BULAN RAMADHAN SELAMAT TIBA
Shukur alhamdulillah bulan yang mulia telah tiba dengan selamatnya. Dengan semua yang telah berlaku di Malaysia ini, kita patut bersyukur kerajaan telah memastikan keselamatan dan kesejahteraan terjamin agar kita umat islam di bumi tercinta ini dapat menikmati rahmat di bulan ramadhan. Walaupun ada segelintir manusia yang dipimpin oleh seorang kafir ingin membuat huru haram diMalaysia melalui perhimpunan haram BERSIH, tetapi pihak berkuasa melakukan kerja-kerja keselamatan dengan begitu profesional, dapat mematahkan niat segelintir manusia tersebut. Kita harus bersyukur kehadarat Allah SWT kerana memberi kita kerajaan yang kuat untuk menghadapi ancaman dari luar dan terutamanya dari dalam. Tanpa kerajaan seumpama ini, rakyat akan seksa akibat tindakan durjana BERSIH. Jika BERSIH berjaya bulan lepas maka huru haralah negara. Rakyat tidak akan berasa selamat untuk berjalan kaki ke surau untuk bermore,terawih dan sebagainya. Bulan ramadhan akan tercemar oleh golongan yang dipimpin seorang kafir. Maka, kami diPGP ingin ucapkan selamat berpuasa di bulan yang mulia ini kepada semua khususnya warga Gopeng.
Wasalam
Wasalam
Sunday, July 10, 2011
PENIPUAN PEMBANGKANG DAN BERSIH
Pakatan pembangkang dan BERSIH telah menipu rakyat sekali lagi. Didalam blog pembangkang dikatakan 50,000 orang serta demo BERSIH.Adakah 50,000 orang berdemo semalam? Hanya orang yang berada di demo tersebut dpt mengesahkan jumlah tersebut dan dari suara orang ramai seperti pemandu taxi dan kaki lepak pekan maka jumlah tersebut adalah tipu sama sekali.
Dari mulut mereka yang ada di sana mengatakan disekitaran mesjid jamik hanya 3000 orang, di sekitar stadium merdeka lebihkurang 4000, di kg baru lebih kurang 200 orang dan di sekitar sogo, tiada sesiapa disebabkan kekuatan polis dan FRU amatlah menyerlah. Habis kuat pun seramai 15,000 orang berdemo dan ini termasuk kumpulan patriot yang ada lebih kurang 2500 orang. Yang selebihnya, kaki sibuk dan wartawan. Juga, angota polis berpakaian biasa dan jumlah mereka adalah besar juga.
Daripada gambar diatas, tolak kaki sibuk, tolak wartawan, rasanya habis kuat 5000. Lebih kurang seperti gambar jika ditangkap di mana-mana masjid apabila habis solat jumaat dan para jumaah mula nak beredar. Tidaklah 50,000 orang.
Gambar diatas pula adalah gambar demonstrasi di Mesir. Ni baru berpuluh ribu orang. Apa yang kami tahu, gambar tidak menipu.
Oleh yang demikian, dimanakah jumlah 50,000 yang dilaungkan oleh pembangkang melalui blog seperti malaysian insider, malaysia kini dan sebagainya.
Lagi satu penipuan adalah sebab kematian seorang peserta demo. Pihak pembangkang mengatakan beliau meninggal dunia kerana sesak nafas akibat gas pemidih mata. Pihak doc telah mengeluarkan kenyataan media bahawa allahyarham meninggal dunia akibat serangan sakit janntung. Didalam keadaan yang riak dan cuaca panas berubah hujang dengan sekelip mata pada hari itu adalah salah satu punca beliau sakit jantung. Dengan tiada rasa kesalahan pihak pembangkang menipu untuk dapat sokongan. Kematian juga dimain-mainkan agar dapat politikal millage.
Lagi satu penipuan adalah kekejaman polis terhadap tahanan. Satu lagi penipuan. Makanan di sediakan, tempat makan seperti kenduri khawin, tempat solat dan berwuduk disediakan dan pelbagai kemudahan diberi kepada tahanan.
Para tahanan menjamu selera. Seperti kenduri.
Tempat berwuduk serta tempat solat disediakan.
Lagi satu penipuan adalah perhimpunan bersih dikatakan aman.
NI APA CERITA NI? AMAN KE?
Bukalah mata wahai rakyat malaysia.

Ruang selesa mengambil keterangan pihak polis.
Para tahanan menjamu selera. Seperti kenduri.
Tempat berwuduk serta tempat solat disediakan.
Lagi satu penipuan adalah perhimpunan bersih dikatakan aman.
NI APA CERITA NI? AMAN KE?
Bukalah mata wahai rakyat malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)