Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Wednesday, December 15, 2010

Tangguhnya pemilihan......

Tarikh terakhir untuk diadakan Pilihan Raya Umum yang ke 13 (PRU13) adalah pada bulan Mei 2013. Maka, PRU13 boleh diadakan bila-bila masa tetapi tidak boleh diadakan selepas Mei 2013. Parlimen perlu dibubarkan sebelum Mei 2013.

Bagi ahli dan penyokong tegar UMNO pula, kita semua tahu bahawa pemilihan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan pusat, telah ditangguh selama 18 bulan. Pemilihan pucuk pimpinan UMNO patut di adakan pada bulan Oktober 2011, tetapi telah ditangguhkan selama 18 bulan. Ini bermakna pemilihan akan diadakan pada bulan April 2013.

Daripada fakta-fakta diatas, maka kita boleh lihat bahawa PRU13 akan diadakan sebelum pemilihan UMNO. Soalannya, adakah PM iaitu Presiden UMNO telah memikirkannya perkara ini secara mendalam ataupun hanya membuat keputusan mengikut "report-report " yang dia terima.

Kami di PGP ingin merumuskan keadaan semasa di Parlimen Gopeng dan adakah pucuk pimpinan UMNO bahagian terutamanya sayap Pemuda bersedia untuk menghadapi PRU13.

Tanggungjawab pemuda UMNO adalah memastikan calon BN menang. Sebagai sayap parti keramat UMNO, pemuda adalah barisan hadapan yang akan berdepan dengan pihak lawan. Merekalah yang akan memastikan bahawa perang poster berpihak kepada UMNO. Mereka juga yang akan membuat road show melalui convoy bermoto. Sesi gerak gempur yang paling diminati oleh golongan muda juga di pikul oleh Pemuda Umno. Pondok panas, logistik dan saluran peti undi golongan muda juga dipikul oleh Pumuda Umno dengan bantuan Puteri. Inilah tanggungjawab utama yang perlu dipikul oleh sayap Pemuda. Soalannya, adakah kepimpinan sayap Pemuda Umno bahagian Gopeng kukuh untuk memikul tanggungjawap ini.

Pada pendapat PGP, Pemuda UMNO Gopeng tidak akan bersedia untuk menghadapi PRU13 kerana tiada kepimpinan yang dapat memimpin pemuda. Pemuda UMNO Gopeng bercelaru. Ketuanya hilang maka ahli jawatankuasa (ajk) tiada pemimpin. Bila Naib Ketua Pemuda (NKP) memikul tanggingjawab setelah kehilangan Ketua, ajk pula tidak sehaluan dengan NKP. Dikalangan AJK pula, walaupun dikatakan bersatu dibawah nama G14, tetapi sebenarnya mereka pun berpecah kerana sebilangan menyokong ketua Pemuda KP yang hilang, sebilangan menyokong Mantan Ketua Pemuda dan sebilangan menyokong bekas calon Ketua Pemuda 2008. Maka walaupun nampak bersatu, tetapi sebenarnya berpecah 3. Jika ajk berpecah, ketua-ketua pemuda cawangan juga berpecah.

Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku jika Ketua Pemuda prihatin tentang arah tuju PemudaGopeng. Penyatuan perlu dibuat selepas pemilihan. Tanggungjawap penyatuan adalah dibahu KP. Disebabkan pepecahan ini, ahli yang rugi. Oleh itu, persoalannya, adakah Pemuda UMNO bersedia menghadapi PRU13 dengan barisan kepimpinan yang ada? Jawapannya TIDAK!

Jika tidak bersedia maka semua tanggungjawap pemuda Umno bahagian akan di "out source" kan. Ini bermakna, syarikat swasta akan dipilih oleh calon untuk mengendalikan hal ehwal poster, gerak gempur dan semua tanggungjawap Pemuda Umno. Oleh itu, pemuda cawangan boleh tidur semasa pilihanraya. Jika pemuda UMNO cawangan ditidurkan, maka peti undi saluran pengundi muda akan kalah ditangan pembangkang. Sebabnya adalah ketidak puasan hati ketua pemuda cawangan-cawangan kerana peruntukan yang diturunkan oleh Pemuda UMNO pusat tidak akan sampai kepada Pemuda-pemuda cawangan. Peruntukan pasang bendera, gerak gempur dan sebagainya tidak akan sampai kepada pemuda sebab peruntukan akan terus ke syarikat swasta yang mengambil alih peranan Pemuda. Semasa pilihanrayalah pemuda dapat bonus dan upah, suasana meriah bersama rakan-rakan. Jika ini disekat maka bukan sahaja pemuda cawangan akan tidur semasa kempen tetapi akan tidur juga semasa mengundi.

Perkara seupama ini bukan sahaja berlaku di Gopeng malah merata-rata bahagian di seluruh Malaysia. Oleh itu, soalannya, adakah PM iaitu Presiden UMNO telah memikirkannya perkara ini secara mendalam?

Jika pemilihan diadakan sebelum PRU13 maka barisan kepimpinan baru di semua peringkat akan berlaku sebelum PRU13, iaitu pada Oktober 2011 dan umno semua peringkat ada satu tahun untuk bersatu menghadapi PRU13. Buat masa ini dengan kepimpinan yang sedia ada di peringkat bahagian, pemuda UMNO bahagian tidak dapat nak bersatu. Perpisahan di peringkat ini cukup dalam dan susah untuk disatukan selain pemilihan semula.

Sebagai PM dan presiden UMNO, pemikiran politiknya bukan seperti kami di peringkat bahagian dan cawangan. Semua keputusan telah dirumus dengan sepenuhnya, maka keputusan telah diambil untuk menangguh pemilihan. Dari pendapat kami di PGP, presiden UMNO telah mengambil keputusan tersebut memandangkan perpecahan yang lebih hebat diperingkat Nasional. Cuba kita bayangkan, jika pemilihan dibuat sebelum pilihanraya. Ramai yang akan merebut jawatan Timbalan Presiden memandangkan Najib Tun Razak selaku presiden adalah pemimpin yang kuat dan tidak nampak sesiapa boleh mengugat kedudukannya sebagai presiden, tetapi Timbalan Presiden, ramai yang inginkan tempat tersebut. Ada Zahid Hamidi, Ali Rostam, Safie Afdal yang merenung kepada kerusi yang diduduki Muhyiddin Yassin. Jika itu berlaku, dan ia akan berlaku memandangkan betapa demokratiknya UMNO, maka UMNO akan runtuh berpecah dua, tiga, empat dan banyak lagi jika dikirakan perebutan jawatan Ahli Majlis Tertinggi pula. Oleh itu, kalau tangguh pemilihan pun salah, tak tangguh pun salah maka tanggungjawap untuk memikirkannya terletak dibahu Presiden UMNO dan Presiden UMNO telah memutuskan bahawa ia ditangguhkan. Kami sekadar ahli UMNO perlu akur. Malang sekali adalah Pemuda UMNO bahagian Gopeng sebab kemungkinan PRU13 ini adalah musim tidur petang dan musim tidur awal.

Kami di PGP akan memerhatikan keadaan dari jauh supaya cancer pepecahan pemuda UMNO tidak belarutan sehingga ke PRU13. Jika cancer ini terus merebak, maka PGP akan turun padang dan cuba sedaya upaya untuk menyatu padukan keadaan. Insya-allah...........

1 comment:

  1. ada apa2 cadangan utk menyatukan balik ppu gopeng?

    ReplyDelete