Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Monday, December 20, 2010

Tragedi Di Simpang Pulai............





Seluruh Parlimen Gopeng terkejut apabila terdengar berita bahawa 28 nyawa hilang sekelip mata gara-gara sebuah bas terbabas di Pos slim Simpang Pulai. Berita kemalangan bas tidak asing lagi di Malaysia tetapi apa yang berlaku di Simpang Pulai adalah luar jangkaan kerana jumlah nyawa yang hilang adalah yang terbanyak didalam sejarah Malaysia. Banyak sangat kemalangan jiwa yang melibatkan bas berlaku di Malaysia. Pada tahun ini sahaja ada lima kemalangan jiwa yang melibatkan bas, ini tidak termasuk kemalangan yang menyebabkan cedera parah:

20 DIS – 28 terkorban dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.
16 DIS — Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.
4 NOV — Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.
29 OKT — Tujuh penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.
10 OKT — 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di KM223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.


Apa yang berlaku di Simpang Pulai berbeza sedikit. Ini adalah kerana, kesan daripada kemalangan ini mencemarkan nama baik Malaysia, memandangkan 22 daripada 28 yang maut adalah warga negara asing iaitu daripada Thailand. Berita kematian 22 orang Thai itu akan tersebar di Surat Khabar dan television negara jiran. Persepsi negara jiran terhadap pengangkutan awam di Malaysia akan menjadi buruk. Jika dahulu orang Malaysia ingin ke India, nasihat dari rakan-rakan adalah jangan minum air di sana kerana nanti sakit peruk. Nasihat sebegitu memberi tanggapan bahawa India adalah kotor. Jika ingin ke Afrika pula, sahabat-sahabat akan beri nasihat berjaga-jaga beg, passport dan sebagainya kerana takut dicuri oleh pak hitam. Nasihat sebegitu memberi tanggapan bahawa Afrika tidak selamat dan penuh dengan penjenayah. Jika ingin ke indonesia, sahabat-sahabat pula akan nasihat, siap duit bila sampai di indonesia, imigresen mesti minta duit supaya segala urusan imigresen akan dipermudahkan maka tanggapan kita adalah Indonesia dibelengu dengan amalan rasuah.

Kini giliran Malaysia pula. Apabila seseorang ingin melancong ke Malaysia, sahabat-sahabat mereka akan kata, jangan ambil pengangkutan awam di Malaysia, nanti mati dalam kemalangan. Tanggapan mereka terhadap Malaysia ialah, jalanraya Malaysia seolah-olah tiada undang-undang dan tiada penyelengaraan yang cekap terhadap pengangkutan awam.

Oleh itu kerajaan terutamanya Kementerian Pengangkutan Jalan perlu mengambil tindakan agar tangapan sebegini tidak melekat selama-lamanya. Sebelum ini kita mendengar berita bahawa ada kemalangan jiwa yang melibatkan bas dan berita hanya tinggal berita. Keesokan hari, tiada langsung berita mengenai kemalangan tersebut. Apa langkah yang diambil untuk memastikan perkara sebegitu tidak berulang pun tidak di beritahu. Tiba-tiba keluar berita lagi mengenai kemalangan jiwa yang melibatkan bas. Selepas itu diam sebegitu sahaja sehinggalah ada kemalangan yang lain. Apa Kementerian Pengangkutan buat? Apa JPJ buat? Apa yang telah berlaku adalah amat memalukan Negara. Menteri Pengangkutan seharusnya meletak jawatan, pengarah JPJ juga patut mengambil tindakan yang sama.

Apa yang berlaku di Simpang Pulai adalah "wake up call". Semua agency kerajaan yang terlibat perlu bertanggungjawap dan mengubalkan plan-plan tindakan supaya perkara sebegini tidak berulang dengan berleluasa. Undang-undang yang melibatkan masa maximum pemandu boleh memandu bas agar dia tidak terkejar-kejar trip perlu digubalkan,  gaji pemandu juga perlu dikaji semula supaya pemandu selesa dalam kehidupan sehariannya dan tidaklah terkejar-kejar trip untuk menampung sara hidup. Undang-undang mengharamkan pengunaan bas dua tingkat kedestinasi seperti Genting dan Cameron Highland kerana sizenya yang tidak begitu selamat memandangkan curam-curam dan selekoh-selekoh yang agak tajam di kawasan-kawasan bukit. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh agency-agency kerajaan yang terlibat terutamanya Kementerian. Bukan sekadar tersenyum dan dilayan seperti VVIP diprogram-program kerajaan. Bukan sekadar menaiki proton perdana siap pemandu kesini sana. OLEH ITU PGP MENYARAN : TOLONG LAH KERJA! FIKIRLAH APA YANG PERLU DILAKUKAN! MENTERI, TIMBALAN MENTERI, PEGAWAI-PEGAWAI, PENGARAH-PENGARAH JABATAN TERLIBAT TOLONGLAH KERJA! PANGKAT DAN KEDUDUKAN KORANG DISITU BUKAN UNTUK GLAMOUR TAPI UNTUK KERJA. APA YANG BERLAKU AMATLAH MEMALUKAN! PERKARA YANG BERULANG DENGAN BERLELUASA MENUNJUKAN BAHAWA KERJA TAK BUAT!






 

No comments:

Post a Comment