Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Monday, February 7, 2011

ADAKAH UMNO KEJAM?.....OPS PIRAMID MEMBUKTIKAN TIDAK!

Umum tahu, ada lebih kurang 20,000 rakyat Malaysia yang berada di Mesir yang majoritinya adalah pelajar IPT di sana. Untuk memindahkan kesemua rakyat dari belenggu ketidak setabilan politik di Mesir adalah satu-satu misi yang agak sukar. Pertama: mengenalpasti rakyat Malaysia di sana. Yang berdaftar dengan kedutaan senang di kesan tetapi yang tidak berdaftar, kenalah merisik sendiri dimanakah mereka melalui kawan-kawan dan sebagainya. Kedua: mendapat kebenaran mengunakan ruang angkasa beberapa negara tanpa menganggu ruang angkasa perjalanan pesawat commercial dan penumpang. Ketiga: logistik darat iaitu memindahkan mereka dari tempat tinggal ke pengakalan di mana pesawat-pesawat yang menunggu mereka Inilah tiga perkara penting yang perlu diambil kira. Ini tidak termasuk documentasi, sekatan jalan, melalui kawasan pentempuran antara puak menyokong dan puak anti Presiden.

Kini seramai 7,209 pelajar dan warga Malaysia telah berjaya dibawa keluar dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi menerusi Ops Piramid. Sehingga pukul 10 Isnin, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui tiga pesawat Hercules C-130 berjaya memindahkan 3,374 orang, tiga pesawat MAS (2,150) dan dua pesawat AirAsia (1,685). -8/2/2011
Ada juga warga Malaysia yang berada di luar bandar-bandar yang bergolak dan tidak pulang kerana di sana keadaan seperti biasa dan tidak tunggang terbalik. Oleh itu mereka mengambil keputusan untuk terus berada disana walaupun bantuan untuk mengeluarkan mereka diberi oleh kerajaan Malaysia.
 Ini adalah satu kejayaan dari pihak kerajaan dengan bantuan negara sekutu dirantau itu dan juga agency kerajaan seperti tabung Haji. Tak lupa juga sokongan dari dunia corporate di Malaysia terutamanya  MAS dan Air Asia yang memberi kegunaan pesawat mereka.
Memandangkan umum mengetahui Mesir merupakan sarang menghasilkan pemimpin masa hadapan pembangkang terutama PAS, maka banyaklah emosi dan khabar angin mengatasi rasional (sikap biasa pro pembangkang} yang disebarkan bagi mendesak kerajaan membawa mereka keluar dengan segera.  Pertubuhan seperti Persatuan Melayu Republik Arab Mesir lebih di kenali sebagai PMRAM (pemeram) adalah sebuah persatuan yang agak besar di sana adalah pro Pas. Sebanyak 70%+ rakyat Malaysia di Mesir adalah ahli atau penyokong tegar PAS dan pembangkang. Oleh sebab itu, pembangkang berang dan mula MEMPOLITIKAN SEGALANYA. Pelajar dipindahkan ke Saudi pun di hentam dan mengeluarkan statement seperti,"mengapa tak fly terus balik ke Malaysia"? Apa dia ingat kerajaan kena pindahkan 20 orang sahaja?
Ada pelajar yang merunggut, apabila tiba di KLIA semalam kumpulan PMRAM mula membuka kaunter pendaftaran sendiri, mengambil sebilangan makanan yang diletakan untuk semua pelajar ke kaunter mereka seolah-olah mereka yang prihatin. Perkara sebegini menyukarkan operasi dan pihak berkuasa mematahkan niat jahat mereka supaya operasi di KLIA disengarakan olah satu pihak sahaja dan bukan dua atau tiga pihak. Apabila itu berlaku mereka merunggut makanan tiada. Alhamdullilhah, tuduhan makanan tiada dipatahkan oleh seorang pemimpin UMNO. Baca seterusnya kecilakaan puak-puak PAS disini.

Pihak PAS selalu mengatakan bahawa UMNO dan BN adalah pemerintah yang kejam. Adakah OPS PIRAMID suatu perkara yang dilakukan oleh kerajaan BN sesuatu yang kejam? Majoriti yang diselamatkan adalah mereka yang membangkang kerajaan dan akan menjadi pemimpin yang akan menghentam kerajaan di masa hadapan. BN dan UMNO bukan kejam seperti pembangkang dan PAS. Kita boleh lihat semasa banjir melanda negeri dibawah pemerintahan PAS Kedah dimana bantuan kerajaan negeri dihadkan kepada kampung yang menyokong PAS sahaja. Apabila lorry bantuan tersilap masuk ke kampung yang kebanyakannya ahli cawangan UMNO maka barang tersebut dimasukan semula kedalam lorry (setelah dipunggah keluar dari lorry) dan dihantar ke kawasan penyokong PAS. Apabila dilaporkan oleh pihak media seperti UTUSAN maka menteri besar mengharamkan UTUSAN di kedah. Inilah baru kejam. Menolong sesama islam pun memilih-milih islam mana nak dibantu. 
Di PRK Tenang baru-baru ini, doa yang digunakan oleh PAS meminta agar UMNO hancur. Islam tidak sekali-kali membenarkan doa menghancurkan umat islam tetapi PAS boleh. Jika pendekatan ini di ikuti UMNO maka tak perlu hantar bantuan ke Mesir. Biar hancurlah penyokong PAS disana. Hanya selamatkan penyokong kerajaan sahaja, AMACHAM? UMNO tidak kejam sebegitu.
Kejayaan Ops Piramid amatlah merunsingkan PAS kerana dakyah bahawa kerajaan BN adalah kejam dipatahkan sama sekali melalui Ops Piramid. Pelajar-pelajar yang telah ditanamkan membenci kerajaan BN yang kejam mula membuka mata dan berterima kasih terhadap kerajaan yang membantu menyelamatkan mereka. Sekarang baru tahu BN tidak kejam seperti disebarkan oleh PAS.
Ada pula kenyataan dari pihak pembangkang bahawa Ops Piramid adalah tanggungjawap sesebuah kerajaan kerana mereka adalah "tax payer" atau mereka membayar cukai maka memang patut kerajaan bantu. YE BETUL tetapi cara dan organisasi pihak kerajaan dan agency kerajaan adalah cekap untuk mengatasi segala kerumitan dan diplomasi kerajaan juga hebat kerana dpt kebenaran kegunaan ruang angkasa dan kemudahan negara jiran diberikan tanpa helah. Soalannya, adakah pembangkang dapat melakukan Ops Piramid dengan begitu cekap? Bah di kedah pun tak mampu nak mengelolakan keselamatan rakyat sehinggga kerajaan persekutuan terpaksa turun membantu, inikan memindahkan  beribu-ribu rakyat dari negara bergolak dengan selamatnya. RASANYA TIDAK.
Biarlah ini jadi pentunjuk kepada rakyat bahawa kerajaan yang telah memerintah selama 50+ tahun mampu mentadbir negara serta keselamatan dan keselesaan rakyat terjamin.
Syabas Ops Piramid atas kejayaan.
PAS memang benar Parti Ajaran Sesat.



No comments:

Post a Comment