BUKIT MERTAJAM 7 Feb. - Lagi tindakan merobohkan gerai peniaga di Pulau Pinang oleh pihak penguat kuasa kerajaan negeri.Ahli Majlis MPSP, M. Ramachandran yang di temuramah Utusan berkata,
Kali ini ia melibatkan penjaja sekitar Taman Pelangi apabila Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memulakan operasi besar-besaran selama seminggu untuk merobohkan kira-kira 1,000 gerai di situ yang didakwa beroperasi secara haram.
Operasi yang bermula kira-kira 9 pagi ini disertai 180 anggota penguat kuasa MPSP, Perbadanan Bekalan Air (PBA), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan beberapa anggota polis.
Keadaan yang pada mulanya tenang bertukar kecoh apabila rata-rata peniaga yang terlibat berang dan tidak puas hati terhadap tindakan MPSP yang didakwa tidak adil serta menjejaskan periuk nasi mereka.
Seorang peniaga mi, Abdul Kadir Mohamad, 54, memberitahu, selama tiga hari berturut-turut dia turun naik ke pejabat MPSP di Bandar Perda, dekat sini, untuk berbincang dengan ahli majlis supaya peniaga di situ diberi peluang meneruskan perniagaan.
"Semalam, kami jumpa, merayu kepada mereka lagi dan diminta jangan bimbang, selagi pakatan pembangkang memerintah, gerai saya dan yang lain akan selamat. Tetapi, mereka tipu saya, hari ini mereka datang dan roboh juga.-Utusan
“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, sebaliknya akan merobohkan semua gerai yang melakukan penyambungan haram,”PGP ingin mengatakan jika MPSP tidak berkompromi dengan mana-mana pihak mengapa hanya gerai-gerai melayu yang dirobohkan?
Pihaknya sudah mengeluarkan notis sebanyak empat kali dalam tempoh tiga bulan dan terakhir semalam bagi memberi peluang kepada peniaga mengosongkan premis masing-masing tetapi tidak diendahkan.
Bagaimana pula nak jawab untuk gerai-gerai peniaga bukan Melayu yang diberi keistimewaan di Raja Uda, Chai Leng Park atau pun di sekitar Georgetown. Terang-terang gerai di atas melanggar undang-undang iaitu menjejaskan lalu lintas seperti mana alasan gerai-gerai melayu dirobohkan.
Apa alasan akan diberi oleh Kerajaan negeri bagi peniaga cina di atas yang dibiarkan berleluasa berniaga walaupun kerusi meja mereka terang-terang menganggu lalu lintas. Dimanakah pemimpin Pakatan Pembangkang melayu dalam PKR dan PAS. Mengapa mereka tidak bela nasib yang ditimpa masyarakat bumiputra di Pulau Pinang,
Dibawah adalah lagi satu kes berat sebelah yang diamalkan oleh Kerajaan DAP.
Tindakan kerajaan Lim Guan Eng DAP adalah berat sebelah. Jika merujuk kepada notis yang diterima oleh peniaga ini, notis tersebut bertarikh 6hb Februari 2011 dan di dalam notis itu menunjukkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan 30 hari dari tarikh notis tersebut dikeluarkan. Tetapi hari ini baru hari ke-4!! Kedai pun telah dirobohkan.
Kami di PGP ingin bertanya kepada DAP, adakah mereka berpuas hati membuat kaum bumiputra rasa seakan-akan merempat di bumi sendiri. Kerajaan BN UMNOtidak sekejam ini sebab tidak pernah menindas kaum lain walaupun kaum tersebut tidak menyokong BN UMNO.
Pada pemerintahan BN di Pulau Pinang memang ada juga gerai di robohkan. Yang dirobohkan tidak dibahagikan kepada kaum. Semua kena roboh jika melanggar undang-undang menjaja. Tetapi, sebelum dirobohkan, wakil kerajaan negeri akan berdialog dengan pengusaha-pengusaha gerai berkenaan untuk mencari jalan penyelesai. Bertukar tapak atau di beri ruang utk berniaga. Itulah cara kerajaan BN. Tetapi, kerajaan DAP hanya memilih kaum mana yang perlu di usir dan kaum mana boleh terus berniaga. Gerai kaum melayu dirobohkan tanpa sebarang dialog dan sebelum tempoh tamat notis dikeluarkan, gerai pun dah roboh. Notice 30hari adalah ruang diberi untuk berdialog mencari jalan penyelesaian. Malangnya, DAP tiada hati perut, lalu roboh la gerai melayu tanpa sebarang penyelesaian.
Cara DAP betul iaitu tegas dalam hal melanggar undang-undang menjaja tetapi adakah ianya tindakan yang adil. Jawapannya tidak! Ini adalah kerana HANYA GERAI PENIAGA MELAYU SAHAJA YANG DIROBOHKAN MAKA CARA KETEGASAN KERAJAAN DAP ADALAH BETUL TETAPI TIDAK ADIL! KALAU NAK BERTEGAS, BERTEGAS LAH KEPADA SEMUA DAN BUKAN TERHADAP PENIAGA MELAYU SAHAJA!
Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota asal ceramah (sebelum dipinda ke tajuk di atas)
ReplyDeletehttp://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah
Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.