Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Tuesday, March 1, 2011

Kronologi Mengesan Lelaki "Y"


Seperti mana yang kita tahu, isu siapa lelaki "y" disebut-sebut dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan kini disebut-sebut pula di seluruh pelusuk tanah melayu. Siapa agaknya lelaki "y"? Di bawah adalah kronology makamah tentang lelaki "y"......

Saksi ke- 5 Dr Seah, Jabatan Kimia
Membuat analisis DNA dari beberapa sampel yang diberi oleh DSP Jude Pareira, Pegawai Penyiasat Kes. Salah satu sampel DNA adalah extrak yang ditemui dalam dubur Saiful. Extrak tersebut adalah Air Mani. Profil DNA untuk extrak tersebut dilabel sebagai ‘Lelaki Y’. Beliau tidak mengetahui siapa ‘Lelaki Y’ kerana tugasnya hanya untuk buat
Profil DNA.
Saksi ke-6 Nor Aidora, Jabatan Kimia
Membuat analisis beberapa barang yang diberi oleh DPS Jude Pareira. Iaitu Berus Gigi, Botol Air Mineral, Tuala Good Morning. Dapat mengesan DNA pada barang-barang tersebut. Ke semuanya mempunyai DNA yang sama. Beliau telah membuat satu Profil DNA. Apabila Profil DNA itu dibandingkan dengan Profil DNA ‘Lelaki Y’, didapati ia datang dari Individu yang sama.
Saksi ke-10 Superitenden Amidon, Ketua CSI Bukit Aman
Membuat pemeriksaan Forensik di Sel Lokap D9 IPK Kuala Lumpur. Telah mengambil sampel dan barang-barang yang terdapat didalam Sel tersebut. Berus gigi, Tuala Good Morning, Botol Air Mineral dan beberapa helai bulu roma/rambut. Menyerahkan barang-barang tersebut pada DSP Jude Pareira
Saksi ke-11 DSP Yahya, Pegawai D9 IPK KL
Menempatkan Anwar ke masuk ke Sel Lokap D9 IPK Kuala Lumpur dari 11.05pm 16 Julai 2008 hingga pukul 8 pagi keesokanya. Anwar dibekalkan bungkusan yang mengandungi berus gigi, ubat gigi, tuala kecil “Good Morning” dan sebuku sabun. Anwar juga dibenarkan membawa satu botol air mineral dan dua helai tuala mandi

Oleh yang demikian, kronologi adalah seperti "puzzle" iaitu jika kita cantumkan sebuah "puzzle" maka dapatlah gambaran sebenar "puzzle" tersebut. Maka, jawapan bagi "puzzle" ini rasanya seluruh warga negara dan juga dunia sudah tahu siapa lelaki "y".

Kita mesti ingat bagaimana Anwar Ibrahim tidak mahu memberi sample DNA nya. Dia cuba berdolak dalih dan berbagai alasan yang telah diberinya apabila pihak forensik inginkan sample DNA nya. Oleh yang demikian, Mahkamah diberitahu hari ini bahawa sampel DNA Anwar telah diambil selepas beliau tidur semalaman di Lokap D9 IPK Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.

Kes diteruskan...............harap Karpal Singh tak menangguhkan lagi kes. Kalau tangguh lagi, dimanakah Keadilan kepada Saiful. Agak keadilan untuk Anwar Ibrahim aje!

No comments:

Post a Comment