Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Wednesday, December 19, 2012

SIAPA SEBENARNYA DOMINAN DALAM PAKATAN...


PAS sering kali mengatakan dia lah dominan di dalam Pakatan Rakyat sehingga mencalonkan Hadi Awang, arkitek pecah belah umat islam, sebagai PM jika Pakatan Rakyat menang. Kata dia la. Disini, kupasan daripada Blog Zulkifli Nordin yang elok kita baca. Beliau menunjukan dimana letaknya PAS di dalam Pakatan:-

Dominan bermakna mempunyai pengaruh, autoriti atau kawalan yang utama keatas sesuatu. Apabila seseorang menyatakan dia adalah dominan, bermakna dia punya pengaruh, autoriti dan kawalan utama dalam menterjemahkan kehendak dan kemahuannya. Apabila sebuah parti politik menyatakan ia adalah parti dominan, bermakna parti itu mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan untuk menterjemah dan melaksanakan falsafah, dasar dan agenda parti itu; dan ia dihormati oleh parti yang duduk dibawah dominasinya!
Itulah yang berlaku kepada UMNO. Apabila UMNO menjadi parti dominan didalam Barisan Nasional, maka UMNO mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan utama untuk melaksanakan dan menterjemahkan falsafah, dasar dan perjuangan parti UMNO – iaitu membela dan memartbatkan bangsa Melayu dan Islam, disamping menjaga kebajikan dan kepentingan agama dan bangsa lain. Dan ia dihormati komponennya!
Dan UMNO telah membuktikan status dominannya dalam BN dengan melaksanakan dasar dan agenda perjuangan Melayu-Islam sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 sehingga kini.
Daripada mendapatkan kemerdekaan untuk negara secara aman, memastikan Islam menjadi agama negara, meletakkan syariat dan institusi Islam lebih tinggi dalam Perlembagaan dan dasar negara, membela & memartabatkan bangsa Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru, Dasar Transformasi Negara; disamping menjaga kebajikan dan kepentingan kaum dan agama lain didalam Malaysia, UMNO telah berjaya membuktikan ia bukan sahaja parti yang dinamik dan pragmatik, malah ia adalah parti yang dominan dan dihormati kawan, digeruni lawan!
Dan penghormatan parti komponen lain terhadap UMNO sebagai parti dominan sangat jelas.
Sewaktu MCA menghadapi krisis kepimpinan akibat persengkataan antara Tan Koon Swan dan Neo Yee Pan, pemimpin UMNO, Allahyarham  Tun Ghafar diberi mandat oleh MCA untuk menjadi Presiden sementara MCA! Dan Tun Ghafar berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MCA sehingga MCA kembali bersatu!
Sewaktu MIC menghadapi krisis kepimpinan, sekali lagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin dan membimbing MIC keluar daripada kemelut itu. Dan sekali lagi pemimpin UMNO berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MIC.
UMNO tidak mengkhianati rakan komponennya! UMNO tidak mengambil kesempatan daripada masalah dalaman yang dihadapi rakan BN! UMNO tidak menikam parti kawan daripada belakang. Malah UMNO menjadi 'abang' yang begitu setia dan sanggup berkorban untuk 'adik-adiknya' didalam Barisan Nasional!
Dan sewaktu UMNO menghadapi krisis kepimpinan sehingga diharamkan pada tahun 1988, dengan segera rakan komponen MCA, MIC dan lain-lain bermesyuarat mengambil-alih secara sementara kepimpinan BN untuk selama beberapa minit, sebelum membuat keputusan menyerahkan semula kepimpinan BN kepada Presiden UMNO Baru Tun Dr. Mahathir Mohamed!
Itu maknanya UMNO parti dominan! Itu maknanya UMNO parti tunggak! Itu maknanya UMNO parti tunjang! Parti yang dihormati kawan, tetapi digeruni lawan!
Sekarang PAS mendakwa ia sebagai parti dominan didalam pakatan pembangkang! PAS mendabik dada sebagai parti tunggak! PAS mengaku sebagai parti tunjang dalam pakatan pembangkang! Sehingga PAS sanggup membuat usul untuk memamak-bendaharakan presidennya Datuk Seri Hadi Awang menggantikan Anwar Ibrahim!
Persoalannya, benarkah dakwaan PAS itu? Benarkah PAS boleh menjadi parti alternatif untuk umat Melayu-Islam menggantikan UMNO? Benarkah umat Islam-Melayu wajib membantu PAS dengan mengundi mereka didalam PRU-13 nanti!
Mari kita kupas dan huraikan persoalan ini secara fakta dan bukti!

Keputusan Exco Kerajaan PAS Kelantan untuk menggantung, menilai dan mengkaji semula undang-undang PBT berkaitan pengharaman lelaki bercampur wanita setelah tercetusnya isu salon non-Muslim yang disaman kerana membenarkan tukang gunting wanita menggunting rambut pelanggan lelaki menimbulkan satu polemik yang lebih besar!
Teman menjangka undang-undang pengasingan jantina tersebut yang sudah ujud sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1991 itu akhirnya akan ditalkinkan tidak lama lagi setelah dikritik hebat baru-baru ini.
Teman cukup yakin Kerajaan Datuk Nik Aziz TIDAK membuat keputusan tersebut akibat teguran UMNO; almaklumlah UMNO bukan sahaja parti yang telah dikafirkan, malah dimurtadkan baru-baru ini. Takkan Nik Aziz nak dengar nasihat orang yang dikafir-murtadkan?
Teman juga cukup yakin keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu BUKAN kerana tekanan daripada Chua Soi Lek mahupun Palanivel, apatah lagi Koh Tsu Koon! Mereka bukan rakan-kapir yang sekatil-sebantal dengan PAS! Malah kerana bersepakat dengan merekalah UMNO diisytihar dan dipatwakan kafir dan tak layak masuk sorga!
Keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz tersebut dibuat setelah menerima kritikan, tekanan dan desakan daripada rakan sekatil dan sebantal mereka iaitu kepimpinan parti cauvinis rasis DAP! Rata-rata pemimpin cauvinis DAP ini menempelak tindakan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu. Dan tekanan bertambah berat apabila Dewan Himpunan Penyokong Non-Muslim PAS Pusat turut membantah dan menegur tindakan Kerajaan PAS Kelantan!
Apakah maksud ini semua? Maknanya PAS bukan parti dominan! Maknanya PAS bukan parti tunggak! Maknanya PAS hanya sekadar 'khadam pak turut' kepada kehendak DAP! Itulah maksudnya!
Jangan kata undang-undang yang dah berumur lebih 20 tahun boleh ranap, perjuangan Negara Islam yang menjadi modal politik PAS pun akhirnya bungkus! Semuanya demi mengejar undi non-Malay, non-Muslim! Dan PAS beriman dengan keyakinan bahawa DAP boleh membantu mereka mendapat undi non-Malay & non-Muslim! PAS berakidah bahawa melukakan hati DAP bermakna sayonara kepada undi non-Malay & non-Muslim! Maka bagi PAS, demi mahligai Putrajaya, mereka tiada pilihan, wajib tunduk, sami' na wa ato'na kepada kehendak DAP!
Teman melihat isu mutakhir ini sebagai bukti jelas betapa laungan pimpinan PAS bahawa mereka adalah parti dominan didalam pakatan pembangkang adalah sekadar retorik politik sahaja! Malah angan-angan PAS sebagai kononnya parti dominan sehingga menyebabkan mereka membuat usul untuk memperdana-menterikan Datuk Seri Hadi Awang, yang ternyata syiok dengan tawaran jawatan mahkota Putrajaya tersebut hanyalah sekadar fantasi dan ilusi semata-mata!
Bertambah sedih para pelakon sitkom Lawak Senario apabila PAS mengumumkan bahawa mereka kini adalah parti alternatif bagi orang Melayu-Islam menggantikan UMNO! Konon skrip lawak mereka menyatakan PAS adalah tunjang kepada pakatan pembangkang masakini sebagaimana UMNO didalam Barisan Nasional! Malah dilawakkan lagi bahawa orang Melayu-Islam wajib membantu dengan mengundi PAS dalam PRU-13 sebagai sandaran dan harapan baru menggantikan UMNO!
Persoalan besarnya - betulkah PAS dominan?

Dan jawapannya jelas BIG NO! TIDAK!!! NEHI!!
Buktinya yop?
1. Kita tengok apa jadi kepada Kerajaan PAS Kedah. Kerajaan yang dominan ialah PAS, kerana ADUN PAS paling ramai, dan ADUN DAP hanya seorang sahaja. Dalam keadaan itu, Kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak ada masalah untuk melaksanakan segala dasar dan agenda PAS.
Sebaliknya, lain yang berlaku! Contohnya, apabila Kerajaan PAS Kedah mengumumkan akan merobohkan sebuah pusat penyembelihan babi di Kota Setar, ADUN DAP tersebut telah membantah dan memberi katadua kepada Kerajaan PAS Kedah - tarik balik arahan tersebut atau beliau akan bawa DAP Kedah keluar! Akhirnya, Kerajaan PAS Kedah membatalkan arahan tersebut. Hanya seorang ADUN DAP boleh meletakkan Kerajaan PAS Kedah atas lutut dengan satu gertakan sahaja!
Dominan ke namanya tu yop?
2. Kita tengok pulak apa jadi bila Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan wajib ditutup sepanjang bulan Ramadhan! Hanya dengan satu bantahan daripada DAP, arahan tersebut dibatalkan! Maka berpestalah pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadhan!
Dominan ke namanya tu yop?
3. Mutakhir, Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya semua papan-tanda iklan yang mengandungi gambar wanita yang tidak berpakaian sopan hendaklah diturunkan! Yup, belum sempat Karpal Singh batuk, arahan itu segera ditarik balik bila ada suara membantah daripada DAP!
Dominan ke namanya tu yop?
4. Mari kita beralih ke Pulau Pinang. Teman tak bercadang nak bariskan segala peristiwa yang berlaku untuk membuktikan betapa hinanya PAS pada pandangan mata Guaneng dan juak-juak DAPnya. Cukup sekadar kita tengok bagaimana cara mereka melayan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang! Yup, PAS hanya ada satu sahaja ADUN di Pulau Pinang. YB Ustaz Saleh Man, ADUN Permatang Pasir yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri.
Sepatutnya dalam ertikata perkongsian yang telus dan harmoni serta saling hormat menghormati sebagaimana yang diamalkan dalm BN yang ditunjangi UMNO, Kerajaan DAP Pulau Pinang wajib memberikan tempat kepada satu-satunya ADUN PAS! Sebagaimana yang dibuat oleh UMNO, masih mengambil pimpinan MIC, MCA dan Gerakan yang tewas dalam pilihanraya; diberikan tempat didalam Kerajaan bertaraf Menteri! Itu namanya dominan! Bukan sahaja dominan, tetapi menghormati rakankongsi dalam persefahaman yang ikhlas!
Tetapi tidak dalam pakatan songsang DAP-PKR-PAS ini! Satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang, langsung tidak diberi muka dalam barisan Exco Kerajaan DAP! Sepatutnya PAS yang dilabelkan sebagai parti Islam, paling koman mangkuk pun ADUN nya patut diberi jawatan Exco menjaga portfolio hal-ehwal Islam! Malah itulah bahan kempen semasa PRK Permatang Pasir! Tetapi tidak! ADUN PAS yang juga bos PAS Pulau Pinang langsung tak diberi muka oleh Kerajaan Guaneng!
Sebaliknya Malek Kasim, ADUN PKR Batu Maung yang dilantik memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam! Malek Kasim? ADUN PKR yang bukan lulusan daripada jurusan agama Islam pun. Yang bukan datang daripada Al Azhar. Yang datang daripada parti PKR, parti yang ketuanya berfahaman pluralisma dan liberal. Parti yang nak beri kebebasan kepada orang Melayu pilih agama lain selain Islam!
Ini bukan sahaja membuktikan PAS bukan parti dominan, malah PAS hanyalah di anggap sebagai parti keldai tunggangan sahaja! Ini adalah satu penghinaan besar kepada PAS! Bak kata pepatah Melayu, PAS ini adalah parti yang dia ujud pun tak menambah, dia tiada pun tak mengurang! Mungkin doa dan impian presiden PAS untuk menjadi khadam sudah pun tertunai!
Jadi, dominan ke namanya tu yop?
5. Kalau kita tukar angin tengok ke Selangor, bertambah lagi gerun kita yop! PAS ada 8 ADUN dalam negeri Selangor. Bermakna PAS adalah parti 'king-maker'. Kerana jika PAS menarik diri daripada pakatan songsang ini, Kerajaan pakatan luar tabi'e ni akan tumbang yop! Yup..Kerajaan PKR-DAP Selangor boleh ditumbangkan oleh ADUN-ADUN PAS jika mereka bersatu!
Dalam keadaan itu, sudah tentu kita mahu melihat PAS boleh memainkan peranan dominan, sekurang-kurangnya dalam memastikan kepentingan dan kebajikan umat Melayu-Islam terbela dan dipertahankan! Dengan kedudukan sebagai 'king-maker' itu, kita sepatutnya boleh meletakakan harapan PAS boleh 'tunjuk taring' dan 'bersuara lantang' melaksanakan agenda dan dasar perjuangan PAS yang kononnya mahu menjadi parti alternatif umat Melayu-Islam menggantikan UMNO!
Tapi apa yang terjadi sebaliknya! YB Datuk Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Hal-Ehwal Agama Islam Selangor mendapati bukan sahaja beliau berdepan dengan kekangan dan kesukaran oleh rakan komponen DAP-PKR didalam melaksanakan dasar dan agenda Islam-Melayu, malah beliau turut berdepan dengan sabotaj dan khianat daripada parti dia sendiri!
Cubaan Datuk Hasan Ali membersihkan Bandaraya Shah Alam, Bandar Anggerik kebanggaan Melayu-Islam Selangor daripada unsur arak dan maksiat yang makin bercambah sejak pakatan pembangkang memerintah ternyata kecundang! Menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai Exco Agama, dan berbekalkan kedudukan PAS sebagai 'king-maker' di Selangor, Hasan Ali dengan kerjasama PBT Majlis Bandaraya Shah Alam menjalankan operasi pembersihan dengan merampas arak yang dijual secara bebas di kedai-kedai serbanika di Shah Alam.
Kita ingatkan ahli dan penyokong PAS akan bertakbir sakan! Al maklumlah pernah ada antara mereka yang membuat kenyataan, 'hari ni memerintah Selangor, esok kilang arak tutup'! Maka orang Melayu-Islam Selangor, khususnya di Shah Alam tumpang kagum dengan keberanian Hasan Ali mempertahankan 'kesucian' bumi Shah Alam.
Tapi apa jadi? Tak sampai beberapa hari, kaum cauvinis dan rasis DAP mula melalak dan memekak! Mereka menuntut arahan Hasan Ali dibatalkan, dan arak itu dipulangkan kembali kepada kedai-kedai serbanika itu. Umat Melayu-Islam ingatkan tentu para mujahidin dan para demonstran PAS akan turun berlarak di Shah Alam, mungkin juga sampai membaringkan badan diatas jalan untuk menghalang kereta Ronnie Liu daripada berjalan!
Tak, sebaliknya umat Melayu-Islam menjadi kecewa dan hampa. MBSA diarah memulangkan semula arak tersebut. Bayangkan betapa hina dan aibnya kita umat Melayu-Islam bila melihat lori MBSA terpaksa memulangkan semula arak-arak yang dirampas itu ke kedai-kedai serbanika! PAS muncul sebagai parti yang hanya sekadar boleh ber'take-beer' sahaja sekarang yop!
Dominan ke namanya tu yop?
6. Kemudian kita tengok pula isu serangan terhadap aqidah umat Melayu-Islam. Hasan Ali, selaku Exco Agama Islam Selangor menerima maklumat bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) melakukan dakyah dan cuba memurtadkan beberapa orang Melayu-Islam. Berdasarkan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang duduk dibawah portfolio Hasan Ali telah melakukan siasatan di DUMC. JAIS mendapati aduan itu betul, dan menemui beberapa dokumen dan individu yang terlibat. Maka JAIS pun bertindak!
Apa jadi yop? Sekali lagi umat Malayu-Islam mengharapkan PAS akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan isu aqidah! Apa lagi yang lebih besar selain masalah aqidah! Serangan terhadap aqidah umat Islam sama saperti mengisytiharkan perang terhadap Islam! Umat Islam-Melayu mengharapkan PAS tidak akan berkompromi!
Sebagaimana umat Melayu-Islam melihat PAS & UMNO bersama melakukan bantahan besar-besaran semasa isu IFC, isu murtadnya Noraishah Bukhori, murtadnya Hartini Kamarudin, murtadnya Azlina Jailani @ Lina Joy! Umat Melayu-Islam tidak sabar mendengar pengumuman jihad oleh PAS!
Pheewwww..sebaliknya pula yang berlaku! Hasan Ali dimaki-hamun! Hasan Ali dicerca! Hasan Ali dihina! Hasan Ali ditohmah tidak pandai berpolitik! Hasan Ali difitnah tidak tahu menghormati hak gereja dakyah! Hasan Ali dikutuk tidak memahami parasaan DAP! Hasan Ali didakwa akan menyebabkan PAS hilang undi, hilang kerusi! Hasan Ali dikatakan mengidap penyakit 'undersiege mentality'! Hasan Ali menjadi kucing kuranp didalam PAS dan pakatan songsang!
Akhirnya Hasan Ali dipecat! Tanpa notis, tanpa tunjuk-sebab, tanpa boleh bela diri, tanpa dipanggil mesyuarat! Hasan Ali dihalau daripada PAS macam anjing kurap!
Apa dosa Hasan Ali? Adakah Hasan Ali meliwat mana-mana jambu? Adakah Hasan Ali main kondang kondi dengan ChinaDOLL? Adakah Hasan Ali bagi kaunselling kat bini kawan sendiri jam 3 pagi? Adakah Hasan Ali makan eskrim dalam jamban? Adakah Hasan Ali main enjut-enjut dalam keretapi? Adakah Hasan Ali menderhaka kepada makbapak dia? Apa dosa Hasan Ali sehingga diperlakukan seperti 'pembawa sial' tu yop?
Dosa Hasan Ali kerana nak menyelamatkan aqidah umat! Dosa Hasan Ali kerana nak melaksanakan nilai Islam! Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah kemungkaran! Dosa Hasan Ali kerana nak mempraktikkan dasar yang dilaungkan oleh PAS selama ini! Atas dosa itu, Hasan Ali dipecat tanpa menurut hukum dan syariat Islam, oleh parti yang melabel dirinya sebagai Islam! Betapa ironisnya!
Dominan ke namanya tu yop?

7. Dan yang paling mengaibkan, sebaik sahaja Hasan Ali dipecat, portfolio Hal Ehwal Islam diambil-alih oleh PKR! PAS parti yang melabelkan diri sebagai Islam, yang menjanjikan pahala kepada orang mengundinya, yang menjamin syurga orang yang menyokongnya, yang mendoakan kehancuran umat Islam lain, yang memurtadkan saudara satu aqidah; kali ini dihancurkan dan dihina apabila portfolio Hal Ehwal Islam Selangor diambil alih oleh Tan Sri Khalid Ibrahim!
Yup, Khalid Ibrahim! Yang bukan lulusan syariah, yang bukan lulusan usuluddin, yang bukan graduan Al Azhar, yang tak pernah mengaji kat pondok atau ma'ahad; Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio menjaga hal ehwal Islam! PAS diberi apa? Portfolio menjaga Sukan & Adat Resam Melayu!
Dominan lagi mike kata yop?

Rumusan
Jadi apa rumusan kepada semua fakta dan hakikat yang teman huraikan diatas? Rumusannya jelas. PAS bukan parti dominan. PAS bukan parti tonggak! PAS bukan parti tunjang!
Sebaliknya PAS adalah parti sampingan! PAS adalah parti serpihan! PAS adalah parti tunggangan! PAS adalah parti yang diperkeldaikan! PAS adalah parti yang menjadi lembu tunggangan! PAS sekadar menjadi balaci dan penghalal kepada semua tindak tanduk Anwar & parti cauvinis rasis DAP!
Samada PAS sebagai parti berkuasa penuh saperti di Kelantan! Samada PAS sebagai sebuah parti dominan seperti di Kedah! Samada PAS sebagai sebuah parti picisan seperti di Pulau Pinang! Samada PAS sebagai sebuah parti 'king-maker' di Selangor. Samada PAS sebagai parti komponen kedua terbesar pembangkang saperti di Parlimen!
Dalam apa kedudukan pun, PAS telah membuktikan kepada umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja parti yang tidak boleh diharapkan untuk membela dan mempertahankan kepentingan dan kebajikan umat Islam-Melayu, malah ia boleh menjadi parti yang bisa mengkhianati dan menikam belakang umat Islam-Melayu demi survival dan kepentingan politiknya.
Jangan kata umat Islam-Melayu, anak isteri pun mereka rela perkeldaikan dan politikkan! Contohnya ada antara mereka yang sanggup membuat bai'ah talak tiga semata-mata untuk memastikan kerusi parti mereka kekal! Mereka sanggup berbaiah untuk menceraikan isteri mereka dengan talak tiga ba'in qubro hanya kerana poltitik sempit yang mereka amalkan! Sanggup menceraikan bini sendiri semata-mata kerana politiking yang melampau!
Sebab itu umat Islam-Melayu janganlah terpedaya dengan mainan dan dakyah politik PAS dan pakatan songsang ini. Bagaimana mungkin sebuah parti yang hanya akan bertanding 60 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi mau menjadi parti dominan? Bagaimana parti yang hanya boleh memenangi tak lebih 30 kerusi Parlimen nak menjadi parti pembela umat Islam-Melayu?
Sebenarnya, apa yang terjadi di Kelantan itu hanya sebagai satu lagi siri bukti dan keterangan yang memperjelaskan lagi kepada kita umat Islam-Melayu bahawa PAS bukanlah satu agama! Masuk PAS bukan makna masuk syurga! Undi PAS bukan bermakna sokong Islam!
Sebaliknya, PAS membuktikan kepada kita umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja bersedia membuang peraturan yang dia buat sendiri selama 20 tahun, PAS bukan sahaja sanggup memecat ahlinya sendiri demi kepentingan politiknya, PAS bukan sahaja sanggup menggadai institusi perkahwinan dan anak isteri, malah PAS membuktikan ia parti politik yang sanggup membuang dasar perjuangan negara Islamnya semata-mata untuk meraih undi!
PAS adalah contoh klasik falsafah politik Machiavelli - matlamat menghalalkan cara! The end justify the means!
Jangan kata nak jadi parti dominan, jangan kata nak jadi parti tunggak, jangan kata nak jadi parti alternatif bagi umat Melayu-Islam, malah PAS sudah muncul menjadi Parti Al-Sikitol! Parti yang boleh mengkhianati umat Islam-Melayu!
Undi PAS maknanya undi DAP!
Undi PAS maknanya undi pluralisma!
Undi PAS maknanya undi liberalisma!
Undi PAS maknanya undi LGBT!
Say NO to PAS! Say NO to Anwar!
Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan keampunanNya. Ameen!!!
(SUMBER: Zulkifli Nordin Blog)

Monday, December 17, 2012

PAS RASUAH....BIAR BETUL???

Hot! TANAH 10,526 EKAR SEBAGAI SYARAT NIZAR JADI MENTERI BESAR PERAK ADALAH BENAR.

Masihkah anda ingat sebaik saja kemenangan pakatan di Perak mereka mempunyai masaalah untuk melantik menteri besar.

DAP membantah pada waktu itu kerana wakil rakyat mereka tidak boleh menjadi calon Menteri Besar kerana undang undang tubuh negeri menetapkan Menteri Besar Perak harus seorang yang beragama Islam.

Pada ketika itu Lim Kit Siang bermati matian tidak mahu menyerahkan jawatan itu kepada PAS.Malah jawatankuasa eksekutif pusat DAP membantah tidak akan menerima PAS sebagai menteri besar memandangkan DAP menang DUN melebihi daripada PAS atau PKR.
 Tak sampai 24jam,tiba tiba Lim Kit Siang,Ngah Khor Meng dan juga Ngeh Kor Ham bersama Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak.
Disinilah bermulanya episod PAS dan Nizar menjadi boneka DAP di Perak. Pada malam itu berlaku perbincangan peringkat tertinggi diantara PAS dan DAP.

DAP berkeras pada mulanya untuk tidak menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak,setelah berlaku campur tangan Nik Aziz dan PAS bersetuju menerima syarat syarat yang ditetapkan oleh DAP maka Nizar secara rasmi menjadi Menteri Besar Boneka DAP Perak.

Khabarnya sebahagian daripada rundingan tersebut yang mendapat reaksi serta merta oleh Ngeh dan Nga apabila Nik Aziz menawarkan sebidang tanah yang besar di Kelantan sebagai tukaran ganti membenarkan Nizar menjadi Menteri Besar.

Dalam isu ini,bukan saja DAP dengan perlantikan Ngeh dan Nga sebagai exco kanan untuk mengawal sepenuhnya Menteri Besar Perak malah mereka turut mendapat habuan daripada PAS apabila Nik Aziz memberi imbuhan tanah bernilai jutaan ringgit.

Ironinya selepas Kongres DAP di Pulau Pinang,Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Pisau menerima email daripada orang kuat DAP agar mendedahkan siapakah sebenarnya Ngeh dan Nga. Mereka terlibat dengan penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada Nik Aziz Menteri Besar Kelantan untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu.


Modus operandinya mudah, Sebuah syarikat RM2 ditubuhkan Upayapadu Plantation Sdn Bhd.Kemudian Kerajaan negeri Kelantan menganugerahkan tanah kepada syarikat ini keatas 3 penama seperti tertera didokumen dibawah. Kemudian hak milik syarikat diambil alih oleh Ngeh, Nga dan kroni DAP.
Lokasi tanah tersebut di Relai,Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan.Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu merasuah 10,526 ekar bernilai lebih 30juta ringgit kepada DAP.
 Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Ngeh & Co adalah syarikat guaman milik Ngeh Koo Ham. Dibawah adalah dokumen selepas pertukaran nama yang telah selesai.Sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30juta ringgit.
 Syarat untuk Nizar menjadi lembu kepada DAP cukup besar nilainya. Selain daripada menjadi lembu DAP ,Nizar turut memberikan pulangan yang lumayan kepada Ngeh dan Nga. 11 bulan memerintah kerajaan Perak inilah hasilnya.. PAS rasuah DAP,DAP perguna PAS.Yang kaya adalah pasangan bersaudara Ngeh dan  Nga.

(dipetik daripada PISAU.NET)

Thursday, October 18, 2012

STATUS PEMUDA????



Hingga ke hari ini, kami di PGP masih menunggu apakah status Pemuda Gopeng setelah Ketua Pemudanya buat perangai? Soalan yang perlu tahu adalah seperti berikut:-

-adakah jawatankuasa baru akan ditubuhkan (penaja) atau jawatankuasa lama akan kekal?-

Soalan ini adalah penting kerana jika jawatankuasa masih kekal maka tiada perubahan kepada Pemuda Gopeng. Ini adalah kerana, jawatankuasa sedia ada, iaitu mereka yang menyokong Ketua Pemuda dan mereka yang boleh berhubung dengan ketua pemuda (Umum tahu hanya segelintir ahlijawatan kuasa yang boleh berhubung dgn Ketua Pemuda) telah mengambil keputusan untuk mengekalkan Ketua Pemuda tanpa undi tidak percaya sepertimana diusulkan ahli-ahli setelah mereka tahu bahawa Ketua Pemuda tidak akan balik untuk mengadakan program-program memperkasakan umno.

Dengan kepentingan peribadi, iaitu mungkin dapat pelonto daripada Ketua Pemuda, maka mereka kekalkan Ketua Pemuda tanpa usul tidak percaya setelah sekian lama Ketua mereka hilang. Maruah Pemuda Gopeng di taruhkan dengan duit pelonto. Akibatnya, mereka kenyang dan ahli biasa merana kerana Pemuda Gopeng dah tak ada maruah. Pgp juga tahu beberapa ajk dapat duit bulanan daripada Ketua Pemuda. Oleh kerana itu, jika diusul undi tidak percaya maka hilanglah duit bulanan dan pelonto yang di beri. Sebab itu mereka masih mempertahankan Ketua Pemuda sehinggalah dia dihadapkan ke mahkamah. Pada masa itu Pemuda Gopeng dah hilang maruah disebabkan kepentingan peribadi ahli jawatankuasa tersebut.

Oleh kerana itu, kami di PGP saran agar kesemua jawatankuasa dibubarkan dan dilantik jawatankuasa baru menganti mereka supaya mereka tidak lagi menghancurkan Pemuda Gopeng dan UMNO khususnya.

Thursday, September 27, 2012

APA SELEPAS INI?


Setelah menerima apa yang terjadi kepada pemuda Gopeng dengan keadaan Ketua Pemudanya maka perlulah Jawatankuasa Pemuda Gopeng di rombak. Siapa akan memangku sebagai ketua Pemuda Di Gopeng? Kalau di ikutkan, NKP harus memikul tanggungjawap tersebut dan jika NKP memikul tanggungjawap tersebut maka para pegawai sedia ada seperti PSU, BENDAHARI DAN KETUA PENERANGAN akan dirombak dan diganti oleh pegawai baru, memandangkan pegawai-pegawai sedia ada (SERPIHAN PENYOKONG KETUA PEMUDA YANG BERMASAALAH) tidak sehaluan NKP. Ini hanya andaian dan harap para pegawai jangan tersentap ye sebab nampak gaya macam seronok di lantik sebagai pegawai hingga lupa yang itu lantikan dan bukan menang bertanding ye.

Walaubagaimanapun, kami di PGP berharap walau apa pun berlaku, yang dipecat dan yang dilantik baru, diharap terima aje apa yang akan berlaku. Sama juga jika pegawai semua kekal dan pegawai baru tak boleh dilantik, NKP pun terima lah keputusan tersebut. Yang penting Jawatan kuasa Pemuda perlu bermuzakarah dan bersatu untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. Jika lumpuh Pemuda, lumpuh la kumpulan perang bendera Pemuda dan jika itu pun lumpuh maka org-org muda yang di atas pagar (atau alhi pemuda sendiri) akan di kutip oleh pembangkang untuk kerja2 party mereka. Akhirnya, pada hari mengundi, mereka akan mengundi party yang memberi peluang kepada mereka.

OLEH ITU, APA PUN BERLAKU SELEPAS INI MARILAH BERSATU BALIK. YANG MENYOKONG KP BERMASAALAH, UDAH UDAH LA. SOKONG BARISAN BARU JIKA DITUBUH DEMI KELANGSUNGAN PEMERINTAHAN UMNO DI BUMI BERTUAH PERAK.


Tuesday, September 25, 2012

KETUA PEMUDA DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

  

Didakwa kerana miliki, guna surat kuasa palsu

25/09/2012 6:21pm

SHAH ALAM – Ahli perniagaan, Mohd Arlizam Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memiliki dan menggunakan dokumen palsu iaitu sekeping surat kuasa bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lepas.
Mohd Arlizam, 37, yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gopeng, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
Dia didakwa memiliki dan menggunakan satu dokumen palsu iaitu ”Power of Attorney” bertarikh 21 Mei 2007 di antara penama Liew Woon Foh dan nama tertuduh sendiri bagi sebidang tanah milik Liew yang terletak di alamat GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar.
Mohd Arlizam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 21 Mei 2007.
Hakim Asmadi membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kami di PGP terasa sedih, terharu dan berbagai perasaan yang melanda jiwa kami setelah mendapat berita tersebut.Kami hanya mahukan penjelasan daripada barisan jawatankuasa yang menyokong beliau walaupun tahu siapa beliau sebenarnya. Mereka menyokong dan mengangkat beliau dan membenarkan kami ahli biasa ini merana dan malu digelar pemuda Gopeng. Penjelasan yang kami perlu adalah mengapa tidak mengusulkan undi tidak percaya selepas beliau tak balik langsung ke Gopeng untuk menjalankan tanggungjawap kepada party dan ahli. Mengapa mereka biar sampai ketahap ini sehingga maruah UMNO tercalar di sebabkan tindak tanduk beliau. Kami di PGP hanya berharap agar peguam beliau adalah peguam yang handal dan anak guam terlepas daripada pertuduhan agar maruah Pemuda Gopeng pulih la sikit.

Dah tak boleh cakap apa dah sebenarnya......................

Sunday, August 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Dalam kesibukan berhari Raya ini, kami di PGP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat islam terutamanya mereka yang berada di Parlimen Gopeng. Maaf zahir & Batin.

Monday, August 13, 2012

DUIT, DUIT, DUIT......AJK AJE MERASA, KETUA PEMUDA CAWANGAN MIMPI JE LA

Difahamkan bahawa baru-baru ini, pada majlis berbuka puasa Pemuda, ada yang telah mengagihkan duit raya. Di fahamkan hanya yang hadir dapat duit raya tersebut yang telah diberi oleh salah seorang AJK yang dengar cerita ada niat nak jadi Ketua Pemuda. Kalau dikalangan AJK sekarang nak jadi Ketua Pemuda simpan je la sebab dah hancur Pemuda Gopeng dibuat barisan AJK sekarang. Nak tengok perkara sama berulang ke???? Kalau nak duit raya sila hubungi salah seorang AJK dan tanya no telefone si AJK yang bagi duit raya tu. Tuntut duit raya terutamanya Ketua Pemuda Cawangan-cawangan. Takan yang hadir aje dapat. Ketua pemuda cawangan lain tak dapat. Ni ke nak jadi Ketua Pemuda. Pakat hilang la kalau di beri mandat sepertimana tuan dia, ketua pemuda sekarang.

Berbalik kepada cerita duit raya untuk AJK dan bukan duit raya daripada seorang ajk yang dok berangan nak jadi Ketua Pemuda sampai seluar dalam pun dengo cerita nak kena jual disebabkan banyak lintah dok hisap duit dia.. Difahamkan AJK telah menerima sejumlah yang banyak untuk duit raya. Entah dari mana dapatnya duit untuk AJK sahaja. Jumlah yang di terima kurang pasti tetapi lebih seratus. Sebagai contoh, kalau di beri rm200 kepada setiap AJK, ajk ada 15 orang kot (entah la berapa AJK yang ada sebab takut dema pun ke Dubai) maka duit yang dikeluarkan ialah RM3000. Kan elok jangan diberi banyak sangat kalau itu aje duit yang ada. Bagi le rm50 sorang dan yang berlebihan guna untuk Perhimpunan Agung Pemuda akan datang. Ketua pemuda cawangan-cawangan dapat juga merasa jamuan dan dapat beg di perhimpunan tersebut. INI TIDAK, AJK AJE DAPAT DAN PEMUDA CAWANGAN-CAWANGAN DITINGGAL SEBEGITU SAHAJA. Sekarang AJK dah dapat duit raya yang agak lumayan, tetapi pemuda cawangan-cawangan dapat makan kuih (itu pun kalau bukan muruku dalam plastik je) dan beg plastik di perhimpunan nanti. Selalu kita dengar pembangkang dok kata duit selalu habis di kebas pemimpin atasan, HAH! INI LA CONTOH TERBAIK SEBAB ORANG ATASAN (AJK PEMUDA) DOK PERHABIS DUIT UNTUK KEGUNAAN SENDIRI DAN BUKAN KEBAIKAN PEMUDA GOPENG SECARA AMNYA.

Majlis berbuka puasa pun buat kat hotel dan yang hadir AJK dan kawan-kawan rapat sahaja yang hadir. Ketua pemuda cawangan-cawangan tak berapa ramai yg dpt hadir. Entah jemput ke idak kurang pasti tetapi PGP konfirm tak dijemput. Kalau tempahan dibuat untuk 50 kepala dan harga sekepala rm35, maka semua kos adalah rm1750. Kan membazir je namanya dan hanya segolongan orang aje dapat menikmati berbuka puasa di hotel. Pemuda cawangan-cawangan mengelopong je la. Buat la More pemuda di surau atau masjid. KALAU TAKDE DUIT BUAT CARA TAKDE DUIT! Kos baru RM 400 je. Tolak daripada duit buka puasa di hotel rm1750 maka ada balance rm1350. Guna duit tu serta duit yang diberi sebagai duit raya HANYA AJK DAPAT ENJOY tu, untuk Perhimpunan Agung Pemuda yang akan datang. Dapat le juga Pemuda cawangan-cawangan dapat merasa jamuan dan beg. INI IDAK, SEMUA UNTUK KESELESAAN DAN KEUTAMAAN AJK SAHAJA TANPA KIRA KESEJAHTERAAN PEMUDA CAWANGAN-CAWANGAN!!!!

PGP hanya minta pemuda di Bahagian Gopeng untuk buka mata dah jangan biar PEMUDA Gopeng terutamanya ahli serta ketua pemuda cawangan-cawangan di permainkan dan di ketepikan oleh golongan yang hanya nak duit,duit,duit tanpa mengira perasaan pemuda-pemuda secara keseluruhan. Disebabkan perkara sebeginilah yang PGP dapat info bahawa ada di kalangan ketua pemuda cawangan dah masuk parti lawan. Buka lah mata pemuda semua. Jangan dibiarkan keadaan begini berulang di masa hadapan.

AJK PEMUDA GOPENG: MANA NAK CARI DUIT UNTUK MESYUARAT?

Pada 12hb Ogos lepas, kami di PGP difahamkan bahawa AJK pemuda Gopeng telah mengadakan mesyuarat Pemuda Gopeng (kalau tak silap, mesy ke4 iaitu sekali setahun). Daripada sumber yang boleh dipercayai, mesyuarat berbincang berkenaan Perhimpunan Agung Pemuda Tahun ini.

Seperti biasa, hal duit jadi perkara pertama. Mana nak dapat duit? Nak minta siapa? Duit sapa nak simpan sebab takut disonglap AJK lain. Maklumlah, lebih setengah AJK kali ni tak berkerja. Mengharapkan  tibai duit peruntukan aje untuk hidup. Yang kesian, AJK yang ada kerja, sebab mereka yang dok tangung AJK yang tak kerja ni. Sponsor baju, sponsor hotel dan sebagainya. Tapi yang malang, baju tak nampak, hotel pun tak tempah. Duit masuk poket. Sampai mengeluh la seorang AJK yang asik dok menjaga AJK yang tak kerja ni.

Berbalik kepada mesyuarat AJK tempoh hari, seperti biasa Ketua Pemuda bahagian tiada nampak batang hidungnya. Tetapi dari bisikan Pemuda Umno negeri, minggu lepas Ketua Pemuda Gopeng ada hadir mesyuarat Pemuda Negeri yang di pengerusikan oleh Ketua Pemuda Negeri. Kehadiran Ketua Pemuda Gopeng tidak hairan sebab ada duit raya yang di agihkan kot sebab tu dia hadir. Tak pernah-pernahnya nak hadir, tapi yang ni dia hadir. Faham-faham je la. Yang malang sekali adalah pemuda Gopeng yang ditinggal sebegitu sahaja sehingga bercakaran antara satu sama lain. Naib Ketua yang ada tidak mahu diberi mandat oleh AJK untuk memimpin pemuda sebab ketua takde. TAKUT JIKA ADA YANG MEMIMPIN MAKA APA-APA DUIT PERUNTUKAN AKAN DI GUNAKAN UNTUK KEBAIKAN PEMUDA DAN BUKAN UNTUK POKET SENDIRI. Oleh sebab tiada yang memimpin maka hal ehwal kehilangan rm5 ringgit sekalipun di jadikan isu. Semua duit, duit, duit. Kalau pembangkang mengata UMNO ni meterialistik (mementingkan hal dunia aje), contoh yang elok adalah AJK pemuda Gopeng. Asik duit, duit, duit. Bila takde duit kerana malas nak kerja, mintak YB, Mintak Ketua Bahagian, mintak sini minta sana. Sampai duit mesyuarat pun dah takde. Mana perginya duit rm 10,000 yang di beri oleh seorang pemimpin bahagian. Duit tu diberi kepada AJK tapi mana perginya. Disebabkan duit tersebut maka berkelahi dah antara AJK yang ada. MALU LA!!!

Oleh yang demikian, PGP mengharapkan bahawa inilah kali terakhir Pemuda Gopeng jadi macam ini. PGP akan bergerak dari sekarang hingga lah mandat baru di beri kepada barisan kepimpinan yang lebih bertangungjawap di dalam pemilihan yang akan datang. Barisan jawatankuasa yang sedia ada tak layak di beri mandat untuk memimpin Pemuda Gopeng dimasa hadapan. Takan nak biar Pemuda Gopeng diabaikan lagi dan AJK bercakaran sebab duit. Yang malu ialah pemuda cawangan-cawangan dibawah Umno Gopeng, sebab semua gerak geri AJK pemuda gopeng di pandang sebagai Pemuda Gopeng secara amnya. MALU MALU MALU!

Sunday, July 22, 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Kami di PGP ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua warga yang beragama islam khususnya mereka di Parlimen Gopeng.

Monday, May 28, 2012

PAS CONFIRM SESAT...AHLI MAJLIS FATWA MASJIDIL HARAM

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

 Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik. ''Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul. ''Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),'' katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini. Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.

Mereka ini katanya, terdiri di kalangan Syiah Batiniyah yang muncul di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa : ''Pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua agama.'' ''Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya di sisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama dalam satu mazhab. ''Ini adalah perbuatan murtad dan keluar dari agama Allah,'' tegas beliau.

Mengenai usaha menumbangkan kerajaan sedia ada di negara ini serta menyeru supaya diadakan demonstrasi jalanan, katanya, usaha itu bukanlah jalan kedamaian. ''Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini) adalah nyata. Maka adalah menjadi kewajipan untuk nasihat menasihati dan membuat perdamaian. Ini adalah Manhaj (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad SAW. ''Manakala demonstrasi jalanan adalah meniru perbuatan Barat yang jauh lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan ke atas umat Islam daripada kebaikan yang diharapkan,'' jelasnya.

 Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah. Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya 'Wahai Kafir' tuduhan itu akan kembali kepadanya.'' ''Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,'' jelasnya. Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama. Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan Islam tidak akan mengundi untuk parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya besar kepada umat Islam. 

..........Kami di PGP ingin tahu, berapa banyak agaknya UMNO bayar Sheikh ni? Bukan apa sebab kalau ada kenyataan yang tidak menyebelahi mereka maka rumusah bagi Pakatan haram ini adalah, UMNO BELI! Bodoh betul dema. Lagi satu, PGP ingin berdoa agar bumi Malaysia tidak didatangi bala disebabkan orang islam dalam Pakatan haram sudah mula mengarut dan mencabar firman ALLAH S.W.T dengan fatwa tersendiri dan pelbagai cara dimana mereka mengunakan agama untunk kepentingan sendiri. Baca lah apa yang di tulis oleh penulis pakatan berkenaan isu yang di utarakan oleh sheikh tersebut..... baca di sini (Allah selamatkanlan kita yang tidak berdosa):

http://suarapakatanrakyat.com/2012/05/ahli-majlis-fatwa-masjidil-haram-tak-faham-politik/#comment-1944

Macam mana dia boleh samakan Islam dan Politik. Ia tidak boleh disamakan sebab dhajal seperti PAS akan timbul jika disamakan. Otg akan guna islam untuk kepentingan seperti kepentingan politik, kepentingan kewangan (Pakai lebai, pegang tasbih, minta sedekah) dan sebagainya.

Wednesday, May 23, 2012

BERSIH 4.0, NIAGA DAN JUAL!!!

Kami di PGP tertarik dengan Bersih 4.0 yang berniaga di depan rumah Perempuan India Bersih tu. Yang paling best gelagat penyokong Perempuan india tu apabila cuba menghuraikan bahawa protest BERSIH 4.0 depan rumah Perempuan India tu, tidak islamik, tidak bermoral dan sebagainya. Hahahah lawak sunguh, macam la rusuhan BERSIH 3.0 yang di ketuai Perempuan India tu baik sangat. Betul-betul hipokrit la puak-puak ni. Mari kita baca seterusnya gelagat penyokong perempuan india tu...... …pagi Rabu sidang akhbar 10 orang Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang buat sidang akhbar di depan rumah Datuk S Ambiga di Bukit Damansara untuk menyuarakan sokongan dan simpati mereka yang teramat sangat kepada pengerusi Bersih itu. Hairan juga ada juga manusia atas muka bumi ini yang merasa mereka seolah tidak pernah salah apa-apa Mereka juga seolah merasa mereka saja yang berhak buat apa saja.Orang lain punya hal…boleh belah. Daripada 10 orang yang turut terdiri dari Ahli Parlimen PKR dan DAP yang paling saya jelak sekali bila dengar leteran empat wakil PAS, iaitu Dr. DzulkeflyAhmad, Khaled Samad, Kamaruddin Jaafar dan Dr Mariah Mahmud. Bersungguh-sungguh mereka menyuarakan sokongan dan mempertahankan Ambiga yang sejak dua minggu lalu menjadi sasaran bantahan peniaga anti-BERSIH yang geram kerana sumber pendapatan mereka terjejas. Terkini, Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) petang Isnin menandakan lot niaga di depan rumah Ambiga dengan cat kuning. Bagaimanapun cat kuning itu sudahpun dibersihkan oleh DBKL Isnin malam. Selain itu sekumpulan pesara tentera turut melakukan“senaman punggung” di depan rumahnya. Tindakan MBPKL dan pesara tentera yang cuma satu luahan rasa mungkin sekadar menyakitkan mata Ambiga tentang keperitan yang orang lain hadapi semasa demo Bersih. Ia nyata bagai langit dengan bumi tindakan ganas peserta Bersih 3.0 yang merusuh, merosakkan harta benda dan mencederakan orang awam dan anggota polis pada 28 April lalu. “Bagi pihak orang Islam di Malaysia kami mahu mengatakan tingkah laku mereka tidak menggambarkan apa yang diajarkan olehIslam,” kata Khaled Samad semasa sidang akhbar. Hairan juga…siapa pula yang melantiknya sebagai wakil orang Islam di Malaysia? Habis tu, adakah tindakan ganas peserta Bersih pada 28 April lalu bercirikan Islam? Khaled menunjukkan sikap cakap tak serupa bikinnya apabila mengatakan bahawa Islam mengajar umatnya untuk lebih toleransi,saling menghormati perbezaan pendapat dan hak untuk menyuarakan rasa tidak setuju dengan dasar awam. Khaled sekali lagi menunjukkan sikap hipokrit dan kedangkalanya apabila menyifatkan Bersih 3.0 ialah demontrasi aman yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Apakah Khaled buat-buat bodoh atau memang bodoh atau hilang ingatan mengenai apa yang berlaku pada 28 April? Sungguh melucukan. Lebih memualkan ialah apabila Khaled mengatakan apa yangdibuat oleh Bersih 3.0 ialah tuntutan yang ada justifikasi dan satu perlakuan yang menunjukkan kebaikan. Malah ketika bercakap dalam Bahasa Inggeris yang lintang pukang nahunya, Khaled menganggap tindakan bekas pesara dan MBPKL terhadap Ambiga memalukan Islam. Berikut kenyataan Khaled: “That is a justified demand (Bersih 3). It is a demand which we look upon as something which is an act of goodness, a sign of piety. Muslims who are involved in such a programme, fighting for clean and fair election, for us, we understand it as an act of amal soleh, or a good act. The action by the ex-military this morning is a disgrace.to Islam. Today, as a lady, Ambiga hasbeen harassed by these people and we come in to show our support to her and to condemn the act by the ex military.” “We want to express our utter disgust and disdain of the act – they do not represent the proper Muslim. We come out strongly to express strongly. Bullying and harassment, ganggu safety of lives as well. We can dissent but not on alevel as destructive as this.” Destructive?? Apa kerosakan atau kerugian yang ditanggung oleh Ambiga dibandingkan dengan kerugian yang di tanggung oleh peniaga dan pengusaha di sepanjang lokasi Bersih diadakan? Kenapa tiada langsung pihak Bersih tampil mempertahankan hak perniaga-perniaga ini? Bagaimana pula dengan nasib orang awam dan polis yang cedera sewaktu demontrasi bersih yang kotor itu? Apakah Khaled ada ambil kisah tentang mereka selari dengan slogan Negara Berkebajikan PAS? Apakah nyawa mereka tidak bernilai dibandingkan dengan Ambiga? Dr Siti Mariah Mahmud yang mewakili Muslimat PAS turut menunjukkan rasa bimbang dan ambil berat terhadap peguam yang pembela orang Murtad itu. Dalam mempertahankan Ambiga, Dr Siti Mariah sampai sanggup menghina bangsanya sendiri, malah melabel mereka sebagai orang yang rendah akhlak! “Saya kesal kawan-kawan kita yang berbangsa Melayu dan beragama Islam menggunakan taktik protes kepada Ambiga dengan cara yangmenunjukkan rendah akhlak dan menggangu gugat personal space beliau (Ambiga). “Kita akur kepada dia punya privacy. Kita boleh berbeza pendapat, boleh bangkang dengan apa yang dilakukan oleh Ambiga, tetapi buatlah dengan cara yang beradab,” katanya. Ganggu personal space dan privacy Ambiga? Apakah personal space dan privacy Ambiga sahaja yang perlu dipertahankan? Bagaimana personal space dan privacy orang awam yang bekerja atau mencari makan di sekitar kawasan yang dicemari oleh demonstrasi Bersih 3 yang kotor itu? Saya nak tanya Dr Siti, apakah Muslimat-Muslimat PAS yang bawa anak-anak untuk sertai demonstrasi pada 28 April lalu sambil memekik dan melaung itu beradab ke? Adakah tinggi ahklak seseorang yang mempertahankanindividu yang terang-terangan membela murtad? Dr Siti, seperti Khaled, juga cakap tak serupa bikin apabila dia menasihatkan orang yang tidak bersetuju dengan Ambiga supaya jangan melanggar undang-undang. “Kalau mereka merasakan Ambiga telah melanggari undang-undang, bawalah ke mahkamah atau tulis surat. Tapi ini mengganggu gugat di depan rumahnya dan menimbulkan ketakutan sebab yang datang, orang lelaki semuanya. Dia adalah seorang wanita.” Untuk pengetahuan, Bukit Damansara ialah sebuah kawasan perumahan elit yang mempunyai sistem rondaan keselamatan. Polis juga sering meronda kawasan ini. Malah, sejak semalam ramai anggota DBKL dan polis beruniform bergilir-gilir menjaga dan meronda sekitar rumah Ambiga itu. Mengalahkan menteri! Wahai Dr Siti, saya dan ramai lagi kawan saya dari golongan wanita yang terperangkap, rasa cemas dan takut melihat keganasan pada 28 April lalu, juga orang perempuan. Adakah Dr atau peserta Bersih peduli mengenai kami? Saya masih ingat rayuan demi rayuan dibuat oleh berbagai pihak termasuk kerajaan agar perhimpunan diadakan dalam stadium.Ada mereka peduli? Tak dengar pun mereka kata kesal dengan tindak tanduk peserta Bersih langgar penghadang yang cetuskan kekecohan hari it.Dalangnya yang bagi signal masuk itu...bagaimana? Ada lagi kenyataan Dr Siti yang menyerlahkan sikapnya yang bermuka-muka dan terlalu mengambil berat menenai Ambiga, berbanding nasib orang yang terperangkap dalam demonstrasi haram pada 28 April lalu, termasuk saya. “Ini adalah keluarganya (Ambiga) dan rumah adalah perlindungan bagi kita. Jadi kita tak tahu di mana tindakan ini akan berakhir. Manatahu ada orang yang protes panjat pagar atau mengganggu keselamatan di dalam.Kita pun dalam rumah kita kalau kita tengok orang tak dikenali di luar pagar rumah, kita resah, inikan pula sekumpulan manusia yang agak agresif yang kata mereka Islam dan tindakan ini sangat memalukan.” Tahu tak apa perasaan orang yang berada ketika demonstrasi itu melihat peserta Bersih 3.0 yang turut dianggotai oleh orang Islam,menolak penghadang, mencerca. menterbalikkan kenderaan polis dan mencederakan mereka? Apakah tindakan mereka itu tidak agresif dan tidak memalukan…lebih-lebih lagi Islamic ? Sumber: agendadaily

Thursday, April 5, 2012

BERSHIT 3.0 PULAK! MENGAPA DI DATARAN MERDEKA ?

Rasanya tak perlu nak berteka teki lagi….saja nak buat riuh.. saja nak buat gamat untuk tarik perhatian orang ramai kepada mereka. Itulah nampaknya akal puak-puak pembangkang apabila umum hendak buat perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April ini.

Pemilihan tempat bersejarah itu sudah mengambarkan nawaitu mereka untuk cetus provokasi. Kata orang sudah tahu tidak boleh di situ tetapi nak juga.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sendiri awal-awal sudah kata, Dataran Merdeka TIDAK termasuk dalam kawasan yang digazet untuk mengadakan sebarang perhimpunan aman.

Jadi faham-fahamlah apa jadinya nanti apabila permintaan ditolak, mereka akan buat riuh lagi, tuduh itu ini dan bangkitkan kemarahan juga keghairahan penyokong mereka untuk ‘beraksi’.

Macam dulu juga, masa Bersih 2.0, bila Perdana Menteri umum sedia runding untuk benarkan puak-puak Bersih 2.0 buat perhimpunan awam di kawasan tertutup macam stadium.

Terus melompat berkeras hendak guna Stadium Merdeka dan apabila tidak dibenarkan, rempuh juga tidak kira apa nak jadi.

Yang peliknya, kenapa tidak buat di Stadium Shah Alam... Mudah parking, mudah orang hendak pergi, mudah pihak berkuasa kawal lalu lintas...

Lagipun kerajaan Selangor yang memerintah kini adalah kerajaan pembangkang, jadi secara simboliknya, buatlah di Selangor, duduklah, bantahlah, dari pagi sampai malam pun tak apa, kalau larat…

Kenapa mesti pilih di pusat bandar yang sibuk, yang jika diadakan bakal menyusahkan semua pihak...

Orang yang waras, peniaga, rakyat yang tidak berkepentingan sila buka mata luas-luas tengok macam mana pembangkang menyusahkan mereka.

Pembangkang bukan hendak mencari penyelesaian kepada masalah, tetapi sengaja mahu burukkan negara, burukkan imej Malaysia yang dari segi jangka panjangnya merugikan kita semua.

Mengenali Anwar Ibrahim, yang cukup hebat dalam bab berpidato ini siapa boleh tolak kemungkinan kalau beliau sudah berangan –angan nak jadikan Dataran Merdeka jadi macam Dataran Tahrir di Mesir.

Ingat balik berapa kali sudah beliau mewar-warkan tentang Arab Spring.

Orang ramai duduk berhari-hari tidak balik, rosak ekonomi, apabila pihak berkuasa hendak suraikan, jadi pertembungan, nampak pihak berkuasa zalim.

Anwar memang hendak jadi hero menerusi cara ini, sebab beliau tahu, kalau berdasarkan demokrasi ‘tenang-tenang' beliau tidak akan mimpi nak capai impian jadi Perdana Menteri.

Bukan kerana di Malaysia tidak ada demokrasi, tetapi beliau sendiri tahu beliau bakal ditolak dalam proses tersebut.

Majoriti rakyat tidak mahu PM yang ada video seks 99.9 peratus tulen, majoriti rakyat tidak mahu kerajaan yang hanya tabur janji tapi apabila gagal laksanakan salahkan kerajaan terdahulu. Majoriti rakyat tidak mahu ditadbir oleh parti yang bergabung demi kuasa, semata-mata, bukan kerana kepercayaan dan idelogi politik.

Anwar tahu itu, beliau ahli politik lama, jika benarkan proses demokrasi berlaku di Malaysia, pilihanraya berlangsung dengan aman dan lancar, beliau akan kehilangan semuanya.

Sebelum impian hendak jadi Perdana Menteri berkecai cara mudah adalah bakar hati rakyat, bangkitkan kemarahan orang muda. Tolak demokrasi, mulakan revolusi.

Itulah impian Anwar dan kuncu-kuncunya… apabila mereka memilih hendak buat kecoh di Dataran Merdeka 28 April ini.

Sumber: Agendadaily

Friday, March 30, 2012

Tuntutan Rasis dan Mengarut Dong Zhong!


Kita mula melihat bagai ada sesuatu yang lebih dalam sifat Dong Zhong dari sekadar pertubuhan yang berteraskan akademik. Dong Zhong seolah-olah satu ‘agama’ di mana kaum Cina hanya akan menurut setiap rentak yang dimainkan mereka tanpa berfikir dua kali mengenai kerasionalan ataupun akibat darinya.

Dengan bantahan terbaru Dong Zhong, kaum Cina tidak lagi boleh menafikan bahawa Dong Zhong atau diri mereka sendiri, majoritinya, adalah bersifat rasis tegar.

Tidak ada sebuah pertubuhan pun yang menjadikan pemisahan antara kaum di sekolah sebagai matlamat utama, selain pertubuhan Dong Zhong.

Dan bagi melonjakkan pemisahan kaum ini ke tahap yang lebih tinggi, Dong Zhong sekarang mendesak agar tiada guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibekalkan di sekolah-sekolah Cina. Dalam ertikata lain, pertubuhan ini enggan menerima guru dari kaum lain kerana sudah tentulah kaum Cina sahaja yang fasih berbahasa Mandarin.

Dong Zhong tetap mengemukakan bantahan ini walaupun mereka tahu bahawa tidak ramai kaum Cina yang berminat menjadi guru yang mana menjadikannya mustahil bagi kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka. .

Justeru, apakah motif sebenar di sebalik drama protes ini sehingga menyebabkan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong, diserang?

Apakah Dong Zhong sengaja mengenakan tekanan tanpa sebab terhadap kerajaan kerana ingin mendemonstrasi kuasa mereka – ala kongsi gelap Cina?

Kenapakah Dong Zhong merasakan yang sekolah Cina berhak menerima layanan istimewa atau diberikan keutamaan yang tidak dinikmati oleh Sekolah Tamil mahupun sekolah Agama? Bukan semua guru-guru di sekolah Tamil fasih berbahasa Tamil, terutamanya guru yang mengajar Bahasa Kebangsaan. Dan bukan semua guru sekolah agama boleh bertutur bahasa Arab dengan lancar.

Jadi, kenapakah Sekolah Cina perlu lebih istimewa dari yang lain?

Lebih dari itu, Dong Zhong juga sedia maklum bahawa terdapat 60,000 murid-murid bukan Cina di sekolah Cina. Ramai di antara mereka adalah kaum Melayu dan beragama Islam. Memandangkan sekolah Cina juga tertakluk kepada silabus dan peperiksaan Malaysia, guru-guru agama telah dihantar untuk mengajar matapelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah ini. Andainya kerajaan tunduk kepada tuntutan Dong Zhong, di manakah kita boleh mencari beberapa kerat Ustaz dan Ustazah yang fasih berbahasa Mandarin untuk dihantar ke sekolah Cina?

Atau, apakah ini cara licik Dong Zhong untuk ‘membuang’ murid-murid bukan Cina dari sekolah Cina?

Jelas sekali yang Dong Zhong sebenarnya enggan ada kena mengena langsung dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Sekolah hanyalah sebahagian dari keseluruhan agenda rasis mereka. Agenda yang lebih besar ialah memastikan tiada kaum lain diambil bekerja atau diberi peluang dalam sektor ekonomi yang didominasi kaum Cina. Untuk ini, mereka meletakkan Bahasa Mandarin sebagai keperluan utama dalam iklan-iklan kerja yang ditawarkan.

Berdasarkan semua perkembangan ini, bukanlah satu kesalahan jika menyatakan bahawa matlamat utama Dong Zhong ialah untuk ‘merombak’ Malaysia dengan memadamkan kesan-kesan kaum lain, terutamanya kaum asal, dan mendakwa bahawa negara ini adalah hak mereka sepenuhnya dengan kaum mereka menjadi tuan dan kaum lain sebagai hamba.

Jika Dong Zhong meneruskan tuntutan rasis dan tidak masuk akal mereka, kita hanya boleh menyarankan agar semua sekolah-sekolah Cina diswastakan sahaja. Dong Zhong tidak sepatutnya meminta lebih sumbangan dan peruntukan dari kerajaan sedangkan di masa yang sama mereka membakulsampahkan segala kebaikan dan jasa kerajaan terhadap mereka. Sedangkan, membenarkan kaum Cina dan kaum-kaum lain mempunyai sekolah berasingan adalah amalan luar biasa bagi sesebuah negara, di mana dengan sendirinya membuktikan bahawa kerajaan Malaysia amat bertoleransi dan ikhlas. Meminta lebih dari itu, adalah jelas bersikap tamak dan jahat.

Kita hanya boleh bertanya kenapakah terlalu mendalam kebencian Dong Zhong terhadap kaum lain? Kenapa mereka enggan bercampur gaul dan hidup bersama dalam harmoni?

Sumber: beruang biru

Thursday, March 8, 2012

SYSTEM POLITIK TANAH AIR SERUPA OMBAK DI LAUTAN.

Selepas pru 12 pada 2008 yang lalu, tsunami politik telah melanda Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak atau lebih dikenali dengan nama globalnya iaitu Malaysia. Pada masa itu kita lihat separuh daripada pengundi memilih BN dan separuh lagi kepada pembangkang. Kita boleh lihat daripada pecahan demografi politik dimana negeri jatuh ketangan pembangkang tetapi status parlimen di dalam negeri tersebut masih memihak kepada BN. Walaupun tidak mendapat 2/3 kerusi di parlimen tetapi masih kekal sebagai kerajaan. 5 negeri jatuh dimana kawasan Dun didominasi oleh pihak pembangkang pada masa itu tetapi dari segi kawasan parlimen, walaupun tidak dapat 2/3, memihak kepada BN.

Jika kita lihat landscape politik tanah air selepas tahun 2004, Malaysia mengamalkan system politik dua parti atau lebih dikenali dengan nama "two party system" iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Sebelum itu kita lihat kawasan-kawasan ditandingi oleh calon parti-parti politik dimana calon PAS akan bertanding dengan calon DAP. DAP akan bertanding dengan calon PKR dan sebagainya. Situasi itu telah berubah apabila Pakatan Rakyat di tubuhkan dimana mereka hanya akan bertanding dengan calon Barisan. Maka lahir lah system dua party dimana setiap rakyat yang berhak mengundi memilih antara 2 parti tersebut.

Soalan PGP pada hari ini adalah, adakah system ini akan kekal selepas pru 13 yang akan datang?

Jika kita lihat dari segi keseluruhanya, undi orang Cina secara tradisinya berpihak kepada Pakatan Rakyat sejak 2008, undi kaum India juga berpihak kepada Pakatan Rakyat apabila timbul isu Hindraf tetapi hanya sedikit undi Melayu memihak Pakatan Rakyat. Undi Melayu memberi laluan pada BN terus kekal berkuasa di kerajaan Pusat selepas 2008.

Mengikut satu petikan laporan, kini undi Melayu telah banyak kembali kepada BN, undi kaum India oleh kerana pihak Hindraf dingin juga kembali pada BN, undi orang Cina masih kekal dan tetap menyokong pakatan pembangkang tetapi kini kelihatan mula goyang.

Mengikut keadaan sekarang ini, dijangka BN akan dapat habuan besar dari kawasan Melayu, terus kekal memerintah tanpa sebarang halangan.Di kawasan pengundi Cina yang lebih ramai, mungkin BN akan kalah lebih teruk daripada 2008. Ini telah berlaku kepada SUPP dan tidak mungkin MCA dan Gerakan akan merasa apa yang berlaku kepada SUPP. Jika ini berlaku di semenanjung sepertimana yang terjadi kepada SUPP maka seseluruhan BN akan terdiri daripada UMNO sahaja kerana sekutunya tewas banyak kerusi .Di dalam dewan Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri tidak nampak wakil-wakil parti Cina yang boleh mewakili kaum Cina kecuali dilantik dengan cara yang lain. Oleh yang demikian jatuhlah system dua parti yang di ilhamkan oleh pembangkang dengan penubuhan Pakatan Rakyat. Keadaan akan berubah menjadi system dua kaum dimana Melayu memerintah dan kaum cina sebagai pembangkang.

Kaum cina serta persatuan-persatuan mereka tahu akan keadaan sebegini akan berlaku di sebabkan agenda politik yang dibawa oleh Dato Seri Najib Tun Razak melalui koncep 1Malaysia dimana orang melayu telah faham dan tidak lagi takut kehilangan hak yang diberi melalui pelembagaan Malaysia. Orang melayu tidak lagi marah kepada kerajaan yang telah dilebal oleh pakatan sebagai Party rasuah pada 2008. Ahli UMNO yang protest tidak keluar mengundi pada 2008 di sebabkan marah kepada pucuk pimpinan yang lalu akan kembali keluar mengundi. Maka sokongan melayu terhadap BN meningkat dan kaum cina serta persatuan-persatuan mereka yang memainkan peranan penting jika melibatkan undi cina tahu tentang keadaan sebegini.

Oleh yang demikian, adakah pengundi cina akan mengikut hati dan membiarkan negara kita menuju kearah politik system dua kaum dimana mereka akan kalah memandangkan mereka hanya 26% daripada populasi Malaysia dan bumiputra 53%, atau mereka memberi undi kepada calon BN untuk memastikan system sedia ada kekal dimana suara mereka ada di dalam kerajaan yang memerintah. Dilemanya adalah pada kaum cina bagi Pru yang akan datang. Adakah mereka akan mengikut hati tamak haloba mereka yang kini ingin menguasai kuasa politik setelah menguasai ekonomi negara atau mereka "pakai otak" agar suara mereka ada di dalam kerajaan? Ini kita kena tunggu dan lihat.

Wednesday, February 15, 2012

APA NAK JADI DENGAN PEMUDA GOPENG?

Pergolakan di dalam Pemuda UMNO Gopeng masih hangat dan mula tak tentu arah. Satu persatu dipecat oleh Ketua Pemuda Bahagian. Yang dipecat adalah mereka yang di lantik Naib Ketua atau mereka yang tak sehaluan dengan beliau. Nasib baik AJK pemuda dipilih, kalau tidak setengah dah dibuangnya. Paling melucukan adalah kandungan surat pelucutan jawatan yang disediakan ketua pemuda bahagian tersebut. Mari kita lihat:


Sebab-sebab pelucutan jawatan tersebut adalah kerana..."....kerja yang di jalankan saudara adalah didapati tidak memuaskan dan amat mendukacitakan". APA PUNYA SEBAB NI????? Ketua Pemuda Bahagian Gopeng telah menghilangkan diri sejak di dipilih dan menang dengan marjin yang sangat lah sikit, tak pernah buat apa-apa aktiviti untuk pemuda Bahagian Gopeng, tak pernah membuat mesyuarat AJK pemuda bahagian, tak hadir untuk 2 mensyuarat agung pemuda Bahagian, boleh melucutkan seorang AJK lantikan dengan alasan AJK tersebut tak buat kerja yang memuaskan. MAKNANYA ADA LE BUAT KERJA. KETUA PEMUDA LANGSUNG TAK BUAT APA-APA.

Malangnya bagi Ketua Pemuda Bahagian, pemuda zaman sekarang bukan seperti pemuda zaman silam yang hanya duduk diam. Maka disebabkan kematangan pemuda pada zaman sekarang, AJK tersebut membalas surat Ketua Pemuda dengan beradap disamping menyatakan apa yang terang lagi bersuluh.


(no rujukan surat pun takde, Penolong Setiausaha atau sesiapa yang buat surat ini tak tau ke no rujukan surat adalah asas kepada penulisan surat.....hancur pentadbiran Pemuda Umno Gopeng)

Kami di PGP rasa amatlah lega sekali kerana ada juga orang yang faham dan tahu keadaan Ketua Pemuda sekarang. Dari tak pernah buat mesyuarat,tidak hadir ke perhimpunan agung hingga lah ke tipu helah beliau di DUBAI.

Yang kami di PGP pelik adalah golongan ajk yang masih lagi menyokong Ketua Pemuda yang telah menghancurkan Institusi Pemuda Umno Bahagian Gopeng. Adakah mereka ini diberi wang ringgit untuk terus menyokongnya? Budak sekolah pun tidak akan menyokong seseorang yang merosakan sesebuah institusi, ini dah ada anak bini pun masih tak gunakan akal untuk berfikir. Di faham pula, golongan ajk ini juga dok sibut memusing Gopeng nak jadi calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda dalam pemilihan akan datang. INI PERKARA GILA!!!!!! Korang yang menghancurkan Institusi Pemuda Gopeng dengan memberi sokongan kepada Ketua yang tidak bertangungjawap (malah Naib telah bersedia memikul tangungjawap tersebut tetapi MEREKA ini yang menolak cadangan tersebut) kini ingin menerajui Pemuda Gopeng pula. KERJA GILA!!!!!HANCUR PEMUDA GOPENG LAGI SATU PENGAL JIKA INI BERLAKU!

CONTOH PENGIKUT PAS....

Tentunya kita, masih ingat insiden dimana seorang Ketua Cawangan UMNO Bahagian Sik, iaitu Cawangan Charok Sireh iaitu Seyr yang dipukul oleh seorang fanatik militan hijau pasrael. Begitulah samsengnya seorang yang mengaku berada dalam sebuah parti yang menjunjung islam, tetapi tidak tahu erti islam itu sendiri.

Orangnya yang cukup biadap ketika berkata-kata dan cukup kurang ajar bila berdebat tiba-tiba hari ini muncul untuk menagih wang BR1M di Dewan Sekolah Menengah Agama Sik pada sessi petang. Kelibat beliau mula disedari ketika beliau baru tiba dan sedang cuba mencari tempat letak KERETA.

Begitu juga ketika beliau sedang duduk-duduk santai didalam dewan, mungkin beliau sedang hendak meng'adjust' perasaan serbasalah beliau yang kemudiannya bejaya di'tuning' dengan baik. Sebagai tambahan beliau juga berjaya menjalani proses PENEBALAN MUKA tatkala seketika sebelum sampai kekaunter Bank.



Setelah mengambil duit yang sekejap difatwakan HARAM, sekejap pula difatwakan harus kerana hukum-hukum sebegini bagi mereka yang menganut pas sebenarnya bukan lah mutlak sebaliknya andaian mengikut kesesuaian dan keuntungan sendiri.

Ketika hampir ke muara kaunter bank sementara, beliau telah disapa dan disarankan oleh seseorang agar bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak yang telah menunaikan janji beliau semasa pembentangan bajet 2012 tahun lepas.

Malangnya kerana KEBEBALAN beliau, beliau secara terang-terang menolak dengan cukup angkuh sambil berkata "Ini duit kerajaan, bukan duit Najib" dan kemudiannya disusuli dengan "Ini duit rakyat" seperti burung tiung yang cukup akur dgn apa yang didengari tutur bicara tuannya yang mengajar dia bercakap. Dia sebenarnya hanya mengajuk tanpa mengerti apa yang dipertuturkannya.

Kemudian orang yang menegurnya terus meneruskan anjuran agar beliau tidak mengambil atau mengembalikan duit berkenaan, dengan lagak BODOH SOMBONG beliau berkata "Ini hak aku, aku pun bayar CUKAI". Sebaik mendengar jawapan umpama BOLA TANGGUNG itu, aku ambil peluang untuk tanya soalan MAUT. "Berapa banyak cukai tahunan yang hang bayar?" Mungkin kerana tidak mahu jatuh ekor EGOnya, dengan lancar seperti burung tiung yang baru baik (pulih) dari sakit paruhnya (mulut) beliau berkata, "RM2,000 setahun!"

RM2,000 setahun cukai yang dibayar kepada LHDN???????

Ha ha ha...ha ha ha...memang lawak gila cerita yang Mc ambil di blog Det Guaq. Mamat Pas tegar tu bayar Rm2000 setahun pada income tax? Kalau hang bayar RM2000 setahun, macam mana hang boleh dapat BR1M? Lagi satu berapa pendapatan perkapita hang untuk setahun?

Pas ni kalau jenis bangang. Memang bangang juga la.. dah tak boleh nak ubah dah..

(Di petik drp kedah ke kl blogspot)

Monday, January 30, 2012

SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA.

Majalah antarabangsa The Economist dalam sebuah artikelnya iaitu "The End Of Sodomy 2.0" menyifatkan pembebasan Anwar sebenarnya tidak memulihkan reputasi moralnya di khalayak ramai .Anwar juga dilabelkan sebagai pemimpin yang tidak dipercayai lagi untuk golongan generasi muda Malaysia.

Selain itu,dia juga terpalit dengan amalan nepotisme berkaitan partinya yang diterajui oleh kalangan ahli keluarganya sendiri dan masalah perbalahan dalaman dalam Pakatan Rakyat sedangkan dia gagal untuk membawa pemodenan politik seperti yang dilaung-laungkannya untuk reformasi.

Lihat keratan berita di Majalah The Economist ini:

Memang benar Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak boleh dipercayai. Di Malaysia dia melaungkan seolah-olah beliau anti israel apabila beliau membangkitkan issue APCO, tetapi apabila berada di luar negara laungan bertentangan kedengaran. Setelah di kecam majalah "The Economist" kepunyaan yahudi maka signal daripada kaum yahudi telah nyata. Mereka mula tidak minat dengan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin boneka mereka di rantau ini dan juga pemimpin boneka islam di dunia.

Oleh yang demikian, setelah mendapat signal tersebut beliau bergegas merancang untuk memperbaiki hubungan beliau dengan kaum yahudi melalui kenyataan terbaru beliau.


Kenyataan tersebut berbunyi.....“Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, begitu petikan wawancara bersama Anwar Ibrahim menurut lapuran terbaru sebuah media yang dikuasai Yahudi, Wall Street Journal.

Adakah ini pemimpin yang kita hendaki. Di sini cakap lain, di sana cakap lain. Bagi penyokong BN dan Umno, mereka telah mengetahui perangai Anwar tetapi bila lagi penyokong PR sendiri untuk menilaikan pemimpin mereka. Jangan kerana benci kepada kerajaan di mana kehendak mereka tidak dapat di beri seperti kontrak, tanah dan lain-lain lagi (kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak, kena ikut procedure la) maka kerajaan dibenci.Bukakan hati dan lihat dan faham siapa Anwar sebenarnya.

Pada usia 64 tahun, Anwar akan membuat apa saja yang dia rasa berkepentingan untuk menawan Putrajaya seperti undi golongan LGBT, undi cina dengan menjual maruah melayu dan kini, sokongan antarabangsa melalui kaum yahudi dengan menjual maruah Islam.

Oleh yang demikian kami di PGP menyeru rakyat Malaysia menilai kembali pemimpin pembangkang ini.

Monday, January 9, 2012

Ahli2 Umno dan Rakyat Malaysia,

Terlepasnya Anwar Ibrahim dari hukuman Mahkamah Tinggi memperlihatkan,

1. Segala fitnah dan pembohongan Anwar selama ini bahawa kes Saiful v Anwar adalah satu konspirasi Bn/Umno adalah satu bidaah dan semata2 propaganda dan tipu helah Anwar dan Pkr selama ini.


2. Tipu helah dan pembohongan Anwar selama ini bahawa sektor kehakiman Malaysia tidak ada kewibawaan sebab telah dibeli olih kerajaan Bn juga kini terbukti tidak berasas dan semata agenda politik Anwar utk menipu rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

3. Kes Saiful vs Anwar bukanlah kes Anwar lawan Bn tapi ianya adalah kes kemasiatan akhlak atau kerapuhan moral Anwar yg telah meliwat atau sodomi kakitangan beliau sendiri, dan Saiful menuntut keadilan utk dirinya yg termangsa dan teraniaya ! So what??

4. Rakyat Malaysia mesti tahu kekuatan Umno/Bn bukanlah bergantung kpd kes Saiful vs Anwar tetapi keunggulan Bn adalah atas track recordnya memerintah Malaysia semenjak mencapai kemerdekaan serta mengtransformasi negara ini sapertimana yg dapat kita lihat skrg !?

5. Dari fakta2 diatas, Pakatan Rakyat terpaksa menghadapi kenyataan dan realiti yg getir utk menghadapi pru 13 ini dimana pembohongan mereka tentang perkara2 yg telah disebutkan diatas disamping situasi komponen2 PR yg semakin tenggelam dgn perpecahan2 dalaman kerana dasar umum mereka yg tidak konsisten, bercanggah dan kelam kabut sepanjang masa !

6. Olih itu jangan hiraukan soal Anwar dgn Saifulnya....kita teruskan sokongan padu, mantap dan unggul kpd DsNajib yg gigih dan komited secara total dlm usaha beliau mentransformasi negara dan mendaulatkan rakyat Malaysia ke persada internasional...!

7. Keputusan tersebut telah menguntungkan rakyat Malaysia di mana intregriti Tanah Melayu di mata dunia teserlah selepas di hancurkan oleh Anwar melalui ceramahnya di seluruh dunia memburuk-burukan Tanah Melayu seolah-olah Tanah Melayu adalah sama seperti Tunisia, Mesir dan negara-negara lain dimana kerajaannya kejam terhadap rakyat.

8. "Investor's confidence" terhadap Malaysia akan meningkat ke tahap yang lebih baik akibat terbuktinya kerajaan tidak masuk campur dalam hal ehwal undang-undang dengan mengunakan kuasa politik.

9. Pengundi pembangkang akan tetap undi pembangkang, Pengundi kerajaan akan tetap mengundi kerajaan. Pengundi atas pagar akan mengunakabn keputusan mahkamah ini sebagai tanda ukur untuk mengundi BN setelah terbukti penipuan pembangkang terhadap kerajaan dan negara.

Masih ada lagi yang mempertikaikannya?

Seperti mana kita tahu, Anwar Ibrahim telah dibebaskan daripada pertuduhan. Beliau terlepas adalah di sebabkan perkara yang sama seperti kes liwat 1 dahulu iaitu sebab teknikal. Dalam kes ini, sumber DNA diragui iaitu DNA tertuduh di atas botol mineral, berus gigi dan "good morning towel" daripada kes liwat satu tidak dapat di guna pakai, setelah tertuduh engan memberi sample DNAnya. Atas sebab ini, tertuduh dibebaskan.

Oleh itu, kami di PGP ingin tahu, adakah mahkamah di Tanah Melayu ini bebas daripada kuasa politik seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang? Jika tidak bebas daripada kuasa politik maka Anwar pada saat ini berada dalam van black maria untuk ke pusat tahanan sebab majoriti orang politik UMNO mahukan sebegitu. Tetapi, dengan bukti dan hujah-hujah oleh kedua-dua pihak maka, mahkamah membuat keputusan untuk membebaskan tertuduh. Tidakah ini menunjukan mahkamah itu adil? Malangnya, pihak pembangkang akan tuduh apa saja yang tidak menyebelahi mereka.

Di mahkamah pagi tadi, selepas pengumuman pembebasan tertuduh, ada yang menyalak "konspirasi". Dibebaskan pun mereka kata konspirasi. Ini adalah budaya yang tidak sihak yang telah dibawa oleh tertuduh sejak akhir 1990an.

Lagi satu isu yang ingin dipanjangkan oleh PGP adalah tahap intelek peguam-peguam atau pendakwaraya-pendakwaraya yang mewakili kerajaan. Jika diteliti, banyak kes-kes jenayah dan sebagainya kalah di akibat pendakwaraya-pendakwaraya yang kurang "umph". Mereka tak boleh lawan peguam-peguam seperti karpal singh dan sepecies-sepecies itu. Mana pergi peguam-peguam handal melayu ? Mereka lagi suka bekerja sendiri daripada menjadi pendakwaraya. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memikirkan bagaimana hendak memastikan pendakwaraya-pendakwaraya adalah dari golongan yang handal dan buka daripada golongan yang sekadar makan gaji sahaja. Dengan adanya peguam-peguam yang handal kelahiran universiti-universiti terkenal dunia maka kes seperti kes pagi ini tidak kalah atas sebab teknikal!.