Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Tuesday, October 26, 2010

Pemuda Gopeng Di Perhimpunan agong UMNO (PART 2).....

Selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2010 dan berbagai cadangan dan buah fikiran yang telah di lontar oleh para perwakilan dan juga ketua-ketua sayap, naib-naib, timb presiden dan tentu sekali,  presiden. Bagaimanapun, adakah perkara-perkara yang dicadangkan di perhimpunan agung pemuda dapat diterjemahkan oleh G2 Gopeng, naib dan KP gopeng? Adakah mereka mendengar, merumus dan memberi pendapat semasa perhimpunan agung agar dapat mereka menterjemahkan kepada ahli-ahli pemuda di Gopeng yang mungkin tidak tahu secara mendalam arah tuju parti bagi tahun seterusnya. Bolehkah G2, Naib dan KP Gopeng menghuraikan apa yang dibincang di perhimpunan agung kepada ahli Gopeng atau sekadar menunjuk gambar mereka bersiar-siar di Kuala Lumpur. Malang sekali, Ketua Pemuda Gopeng pun tidak hadir di perhimpunan Agung baru-baru ini. Yang pasti, Nkp ada sebab laporan dapat mengatakan dia ada di dalam dewan. Tetapi kami masih belum dimaklumkan sama ada G2 Gopeng ada masuk dewan atau berkeliaran membuang masa. Sesiapa yang tahu tolong laporkan dalam ruang "comment".

Tetapi kita tidak boleh salahkan G2 dan NKP (perwakilan pemuda gopeng 2010) sebab mereka di ajar oleh ketua mereka sendiri iaitu ketua pemuda Gopeng. Selama 3 tahun sebagai KP gopeng, batang hidung pun tak nampak, oleh itu jangan harap la beliau akan hadir di perhimpunan agung yang lalu. Kami di PGP merasakan bahawa beliau telah pun tukar parti maka Pemilihan PKR Nov ini, menjelma la Ketua Pemuda Gopeng sebagai salah seorang calon cabang PKR. Kami mendoakan agar ini berlaku sebab jika dia menang, dia akan hilang dan tinggalkan Ahli-ahli PKR. Maka hancurlah PKR. Tetapi itu semua hanya cerita dan khayalan semata-mata. Sebenarnya, beliau menghancurkan UMNO dari dalam di peringkat bahagian. Pemuda berpecah di sebabkannya maka kami di PGP hanya mempunyai satu kesimpulan iaitu beliau adalah agen PKR di Gopeng.

Kami di PGP juga ingin memklumkan bahawa bukan semua pemuda di Gopeng mempunyai sikap tidak ingin mengambil tahu. Ada pemuda gopeng yang kami terserempak di pwtc berdiri dihadapan screen tv besar menyaksikan ucapan demi ucapan tanpa bergerak. Inilah semangat pemuda yang memenuhi aspirasi pemuda Umno. Pemuda sebegitulah yang kita perlu beri peluang untuk menjadi wakil pemuda umno bahagian ke kuala lumpur. Tak masuk dewan pun tak apa, sanggup ke Kuala Lumpur WALAUPUN hanya dapat menyaksikan persidangan melalui rakaman "live" di PWTC.

Ketua Pemuda Malaysia telah menyaran agar pemuda tidak mengamalkan politik satay iaitu cucuk, kipas dan api. Kami di PGP ingin menyaran kepada pemuda Gopeng agar tidak mengamalkan politik "kuih pau" iaitu pau, pau dan pau sahaja.

Sekian.........

Wednesday, October 20, 2010

Pemuda Gopeng Di Perhimpunan agong UMNO.....

Salam sejahtera kawan-kawan semua di Gopeng. Kami PGP berada di Kuala Lumpur sepena Perhimpunan Agong umno dan banyak gelagat pemuda di sini yang malu untuk kami sebutkan. Rosak pemuda Gopeng jika hanya di kejar adalah  dua tiga ratus. Apa yang saya sebutkan ialah perangai segelintir, tidak kira pemuda ataupun dewasa, dimana sangup datang ke Kuala Lumpur bukan untuk perhimpunan agung tetapi untuk buat"collection". Maknanya, mereka hanya datang ke Kuala Lumpur untuk "pau' calon-calon atau pemimpin-pemimpin Umno bahagian. Kata mereka untuk makan minum di Kuala Lumpur, tetapi sebenarnya malam itu jugak mereka balik dan membawa pulang duit yang di punggut. APA JENIS PERANGAI NI!

Ada juga kami di PGP terserempak dengan kumpulan yang mencarca NKP sebagai orang tidak telus. Peliknya hanya nampak AJK aje hadir, tak pulak mereka membawa bersama ahli-ahli cawangan ataupun, KP cawangan. Muka G2 jangan le harap. Semalam kami cuba menelifon G2. Sahaja nak tanya khabar dan bukan nak "pau", malangnya tel tutup sampai ke keesokan hari. Dah nak beriye-iye pergi menjadi wakil pemuda Gopeng maka tolonglah jawap phone. Kita faham ada pelisit-pelesit yang kuat "pau" tapi bukan semua. Tidak menjawap tel menunjukan bahawa beliau menganggap semua pemuda Gopeng perangai sebegitu. Tetapi kami di PGP faham. Susah nak layan pemuda-pemuda di Gopeng Terutamanya pelesit-pelesit yang menjahanamkan teras perjuangan UMNO. TAKPE G2, KAMI DI PGP FAHAM. Tetapi lain kali beri le laluan kepada mereka yang boleh melayan pemuda bila tiba di Kuala Lumpur.

Lagi tentang G2: Ada juga kami di PGP yang terdengar bahawa wakil G2 gopeng dewan pun tak masuk. Tolong beritahu kami di PGP melalui "comment" di bawah. Kami hanya nak tahu betul atau tidak G2 tak masuk dewan!

BERSAMBUNG ESOK...............

Thursday, October 7, 2010

Kebebasan bersuara "ala" PKR...........

PKR selalu melaungkan slogan KEADILAN diikuti slogan-slogan yang lain. Malangnya slogan tersebut hanyalah slogan yang rhetoric sahaja. PKR dan majlis perguam juga bersekongkol bersama mengatakan Malaysia tercinta ini tidak mengamalkan kebebasan bersuara. Kerajaan UMNO dan BN tidak memberi peluang untuk rakyat menyuarakan pendapat dan sebagainya.

Tetapi kebenarannya ialah PKR sendiri tidak mengamalkan kebebasan suara. Lihat apa yang terjadi semalam. Bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim yang bernama Rahimi Osman telah membuat laporan polis. Kandungan lapOran adalah seperti berikut:

1) rahimi osman dipaksa menandatangani 2 akuan bersumpah pada jun 08 mengenai anwar dan saiful bukhari di di hotel quality shah alam.

2)akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28jun 2008 dan akuan bersumpah kedua ditandatangani selepas dipinda kandungannya di hadapan pesuruhjaya sumpah yang tidak dikenali di old town petaling jaya dengan mencatatkan nama najib dan rosmah dalam konspirasi kes liwat terbaru anwar dengan saiful.

3)rahimi telah ditahan di hotel quality shah alam selama beberapa hari oleh anwar,latheefa koya dan saiful izham ramli.
Selepas membuat laporan polis, Rahimi berniat membuat sidang media mengenai perkara tersebut. Malangnya sidang media tersebut di batalkan sebab sekumpulan gangster india membuat kacau sambil menjerit dan memaki hamun si Rahimi. Tujuan adalah untuk menghalang sidang media tersebut.

Budak sekolah pun tahu siapa yang menghantar gangster-gangster tersebut. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. ADAKAH INI KEBEBASAN SUARAN YANG DILAUNGKAN OLEH ANWAR IBRAHIM? Ini belum memerintah kerajaan dah buat perangai sebegini. Jika dia PM, insha'allah gangster tidak digunakan tetapi tentera di Raja akan digunakan untuk menghalang kebebasan bersuara. Kebebasan suara hanya akan digunakan jika puji memuji party keadilan berlaku tetapi kebebasan tersebut akan hilang jika menentang party tersebut.

INILAH DEMOKRASI ALA PKR.

Thursday, September 30, 2010

Isu Hangat Ahli Jawatankuasa Pemuda Gopeng.....

Seperti biasa, kami di PGP terasa boring pada malam semalam maka kami bersantai di kedai makan yang terletak di zon lahat. Sambil bersantai, terjumpa pemuda-pemuda Gopeng yang aktif di zon tersebut. Setelah setengah jam bercerita hal nasional, hal negeri maka tiba lah masanya bersembang tentang hal bahagian. Terkeluar lah cerita.

Ceritanya begini. Lebih kurang 15 orang (mungkin lebih) ajk telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Bahagian. Dalam pertemuan tersebut, 15 ajk tersebut telah melaporkan kepada Ketua Bahagian bahawa beberapa tindakan Naib Ketua Pemuda Bahagian (NKP) kebelakangan ini agak tidak telus. Program yang diadakan beberapa bulan yang lalu tidak telus dan Naib Ketua Pemuda Bahagian telah makan duit program. Itulah dakwaan mereka.

Yang amat pelik dengan pemuda gopeng ini ialah NKP berusaha menghidupkan pemuda dengan program manakala Ketua Pemuda hilang. Yang tak telusnya ialah Ketua Pemuda dan bukan NKP.

Kami di PGP merasakan ada sesuatu yang tak kena. Pertama kita kena lihat siapa dikalangan AJK yang ada hasrat untuk bertanding Ketua Pemuda di pemilihan akan datang. Itulah kepala pergerakan menjatuhkan NKP. Kami bukan menyebelahi NKP tetapi buat masa sekarang janganlah memecahbelahkan lagi pemuda Gopeng. Selesai secara berhemah. Bersemuka dengan NKP dan bukan terus melaporkannya kpd Ketua Bahagian. Hancur lagi le Pemuda Gopeng.

Teruk betul Pemuda Gopeng. Tak habis-habis berpecah belah. Kaimi di PGP memerlukan seorang pemimpin pemuda yang boleh menyatukan dan memulangkan balik zaman kegemilangan AJK sesi 2004-2008.

Thursday, September 23, 2010

Program Pemuda Negeri

"Sempena Hari Raya Aidilfitry ini, kami di PGP ingin memohon ampun dan maaf jika ada yang tersalah tulis ataupun tersalah bahasa kepada semua warga Gopeng dan pembaca blog secara amnya..............". Kami berharap semua warga Gopeng yang balik kampung telah pulang ke rumah masing-masing dengan selamatnya.

Sekarang raya minggu kedua pun nak habis dan pemimpin-pemimpin kita terutamanya di Gopeng dengan rancak mengadakan rumah terbuka. Asalkan jangan jemput orang UMNO aje cukup. Selalu begitu, rumah terbuka penuh dengan orang UMNO aje. Mananya rakyat jelata? Masa ini lah pemimpin-pemimpin tertinggi Umno Bahagian untuk mengambil peluang menjemput masyarakat setempat untuk bersama. Itu undi tak "confirm", ahli umno bahagian boleh dikatakan undi "confirm" (untuk pilihan raya akan datang le). Walaubagaimanapun, tahniah kepada mereka yang telah melaksanakan rumah terbuka. Satu tradisi yang kami di PGP merasakan amat penting bagi kesemua lapisan masyarakat, untuk bersembang, makan dan minum tidak kira bangsa walaupun hanya untuk seketika waktu memandangkan bangsa lain benci kepada melayu sekarang ni.

Ada beberapa program anjuran Pemuda Negeri. Dibawah adalah senarai program tersebut:

1. Pertandingan "street soccer 3 v 3" esok 24hb Sep 2010.
    Tempat: Belakang Bangunan Umno Perak
    Pendaftaran: 9 pagi
    Satu pasukan 4 orang
    Hubungi Tuan Syed sukp (0133094227) untuk borang atau terus ke tingkat  5 bangunan Umno untuk                mengambil borang

2. 25hb Sep 2010 Majlis rumah terbuka UMNO perak
    Tempat: Bangunan UMNO perak
    Masa: 10pg

3. Majlis pelancaran Pusat Khidmat Bergerak BN Perak 25 hb Sep 2010 ditempat yang sama (bangunan Umno). BOOTH SPR AKAN DI BUKA DI SANA MAKA DATANGLAH BERSAMA PEMUDA YANG BELUM DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI.

Ha yang no 3 tu bagus. Datang ramai-ramai. Bawak kekawan yang belum berdaftar sebagai pengundi, daftarkan mereka untuk membantu kearah kejayaan UMNO dan BN dalam pru13 nanti.

 Memandangkan Ketua Pemuda Bahagian yang tak balik lagi dari Dubai maka kami lah sumber maklumat untuk warga pemuda Gopeng. So, kalau free hadirlah beramai-ramai.............................oh lupa, plontor takde kat sana. So sesiapa yang berperangai buruk dan muka tak malu mintak-mintak duit, jangan memalukan orang Gopeng. Bukan semua pemuda gopeng macam tu. Korang yang merosakan image GOPENG. Memang perangai paria!

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRY

Disina, kami di PGP ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRY" kepada semua warga di parliment Gopeng. Yang mana akan balik kampung maka berhati-hatilah dijalan raya. Semoga anda selamat sampai ke destinasi

Monday, September 6, 2010

Siapa sebenarnya rasist?

Kebelakangan ini kami di PGP nampak bahawa Malaysia mempunyai masaalah besar. Masaalahnya ialah keteganggan antara kaum terutamanya antara melayu dan cina. Isu namewee, isu guru besar dll adalah antara isu-isu yang menyebabkan ketengangan antara kaum di Malaysia. Tetapi persoalannya, apakah punca sebenar perkara sebegini berlaku.

Dalam tahun 1969, peristiwa 13Mei adalah disebabkan jurang penguasaan ekonomi yang sangat ketara antara melayu dan cina menyebabkan peristiwa 13mei dan DEB telah diusahakan oleh UMNO untuk meredakan keadaan. 41 tahun telah berlalu dan keadaan kembali tegang. Cina menghina kedaulatan raja-raja, menghina pelembagaan, menghina lagu kebangsaan. Melayu sewenang- wenangnya mengeluarkan kata-kata kesat seperti kaum pendatang, baliklah ke negara asal, memijak kepala lembu. India memfitnah melayu membunuh mereka secara besar-besaran dan sebagainya. Persoalannya siapakah yang sebenarnya racist? Sebelum mendapat jawapan kita kena lihat ciri-ciri "rakyat di" Malaysia dan bukan dalam konteks "rakyat" Malaysia.

Hanya di Malaysia rakyat mengatakan dia seorang rakyat Malaysia tetapi tidak tahu menahu tentang Malaysia (rukun negara, siapa Agong, Sejarah),

Hanya di Malaysia rakyat mengatakan dia rakyat Malaysia tetapi tidak reti berbahasa Malaysia.

Hanya di Malaysia rakyat mengaku mereka rakyat Malaysia tetapi tidak tahu menyanyi lagu kebangsaan.

Hanya di Malaysia rakyat Melaysia sendiri mengagung-agungkan pemimpin negara luar dengan membawa gambar pemimpin tersebut untuk tujuan tunjuk perasaan (Hindraf dengan gambar ghandi)

Hanya di Malaysia papan tanda perniagaan mempunya tulisan cina, india, melayu dan inggeris.

Hanya di Malaysia golongan minority menguasai 81% ekonomi negara tetapi ini masih tidak mencukupi bagi golongan itu.

Hanya di Malaysia rakyat inginkan hak rakyat lain tetapi masih mahu anak-anak mereka pergi ke sekolah kaum masing-masing. Mereka tidak mahu membubarkan hak mereka tetapi mahukan hak rakyat lain.

Inilah ciri-ciri Malaysia. Berbanding dengan negara lain, tiada sebuah negara di dunia seakan Malaysia. Hanya Malaysia golongan minoriti mempunyai aliran sekolah mereka tersendiri. Seperti slogan Tourism Malaysia, "Malaysia Truly Asian".

Oleh yang demikian, siapa sebenarnya rasist? Adakah Melayu? Adakah Cina? Adakah India? Sebenarnya semua rasist! Ini disebabkan system sekolah yang berlainan. Bayangkan, malaysia telah merdeka 53 tahun. Sesiapa yang pergi ke sekolah cina, atau india, ataupun sekolah pondok (agama) selepas merdeka, umur mereka dalam lingkungan 70-an ataupun telah meninggalkan kita. Tetapi golongan ini mengetahui apa yang berlaku sebelum dan selepas merdeka. Tetapi golongan yang mula bersekolah dalam tahun 1970 keatas tidak tahu. Seumur hidup mereka di sekolah mereka hanya berkawan dengan bangsa mereka, makan makanan bangsa mereka, bertutur dalam bahasa mereka. Mereka tidak tahu menahu tentang kaum lain. Orang cina tidak tahu menepuk kepala orang melayu adalah satu pantang larang orang melayu, orang melayu tidak tahu mencuci papantanda perniagaan cina adalah pantang larang (fungsui) mereka, orang cina dan melayu tidak tahu menahu ada binatang yang perlu dihormati di hadapan orang india.

Sebagai contoh, bayangkan seorang cina mula kesekolah cina umurnya 7 tahun dalam tahun1988. Dia tamat tingkatan 5 sebelas tahun kemudian iaitu tahun 2000. Jika masuk tingkatan 6 maka habis sekolah tahun 2002. Habis sekolah pergi ke universiti luar negara ataupun masuk university Cina UNITAR selama 3 tahun. Habis lah zaman belajar beliau pada tahun2005. Habis belajar, berkerja dengan syarikat cina. Masa bila insan cina ini dapat peluang berkawan dengan melayu mahu pun india? Berinteraksi dengan bangsa lain daripada bangsanya sendiri.

Oleh itu kita tidak boleh mempersoalkan siapa rasist! Kita kenal soalkan tentang system persekolahan di Malaysia yang membuat kita rasist. Mari kita bertanya kepada warga Gopeng di Sg Raya, Di lahat, Di Batu Gajah dan di Ipoh, adakah saudara mempunyai rakan bangsa lain yang anda boleh berkongsi pendapat, keluarga mereka datang kerumah bukan sekadar rumah terbuka hari raya, bila ada kematian bangsa lain itu datang mengunjung, adakah kita pernah pergi mengunjung rumah orang bukan melayu. Memang ada tetapi dalam 10 hanya 1 yang sebegitu.

Maka system persekolah di Malaysia adalah dalang kepada pepecahan antara kaum di Malaysia. Oleh itu saya menyeru warga Gopeng untuk pergi ke link "satu sekolah untuk semua" di sebelah kanan dan menandatangani sokongan kepada satu sekolah untuk semua.