Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Tuesday, February 15, 2011

MEREMPAT DI NEGERI SENDIRI.........

Utusan Malaysia melaporkan:
BUKIT MERTAJAM 7 Feb. - Lagi tindakan merobohkan gerai peniaga di Pulau Pinang oleh pihak penguat kuasa kerajaan negeri.

Kali ini ia melibatkan penjaja sekitar Taman Pelangi apabila Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memulakan operasi besar-besaran selama seminggu untuk merobohkan kira-kira 1,000 gerai di situ yang didakwa beroperasi secara haram.

Operasi yang bermula kira-kira 9 pagi ini disertai 180 anggota penguat kuasa MPSP, Perbadanan Bekalan Air (PBA), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan beberapa anggota polis.

Keadaan yang pada mulanya tenang bertukar kecoh apabila rata-rata peniaga yang terlibat berang dan tidak puas hati terhadap tindakan MPSP yang didakwa tidak adil serta menjejaskan periuk nasi mereka.

Seorang peniaga mi, Abdul Kadir Mohamad, 54, memberitahu, selama tiga hari berturut-turut dia turun naik ke pejabat MPSP di Bandar Perda, dekat sini, untuk berbincang dengan ahli majlis supaya peniaga di situ diberi peluang meneruskan perniagaan.

"Semalam, kami jumpa, merayu kepada mereka lagi dan diminta jangan bimbang, selagi pakatan pembangkang memerintah, gerai saya dan yang lain akan selamat. Tetapi, mereka tipu saya, hari ini mereka datang dan roboh juga.-Utusan
Ahli Majlis MPSP, M. Ramachandran yang di temuramah Utusan berkata,
“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, sebaliknya akan merobohkan semua gerai yang melakukan penyambungan haram,”

Pihaknya sudah mengeluarkan notis sebanyak empat kali dalam tempoh tiga bulan dan terakhir semalam bagi memberi peluang kepada peniaga mengosongkan premis masing-masing tetapi tidak diendahkan.
PGP ingin mengatakan jika MPSP tidak berkompromi dengan mana-mana pihak mengapa hanya gerai-gerai melayu yang dirobohkan?


Bagaimana pula nak jawab untuk gerai-gerai peniaga bukan Melayu yang diberi keistimewaan di Raja Uda, Chai Leng Park atau pun di sekitar Georgetown. Terang-terang gerai di atas melanggar undang-undang iaitu menjejaskan lalu lintas seperti mana alasan gerai-gerai melayu dirobohkan.



Apa alasan akan diberi oleh Kerajaan negeri bagi peniaga cina di atas yang dibiarkan berleluasa berniaga walaupun kerusi meja mereka terang-terang menganggu lalu lintas. Dimanakah pemimpin Pakatan Pembangkang melayu dalam PKR dan PAS. Mengapa mereka tidak bela nasib yang ditimpa masyarakat bumiputra di Pulau Pinang,

Dibawah adalah lagi satu kes berat sebelah yang diamalkan oleh Kerajaan DAP.
Tindakan kerajaan Lim Guan Eng DAP adalah berat sebelah. Jika merujuk kepada notis yang diterima oleh peniaga ini, notis tersebut bertarikh 6hb Februari 2011 dan di dalam notis itu menunjukkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan 30 hari dari tarikh notis tersebut dikeluarkan. Tetapi hari ini baru hari ke-4!! Kedai pun telah dirobohkan.





Kami di PGP ingin bertanya kepada DAP, adakah mereka berpuas hati membuat kaum bumiputra rasa seakan-akan merempat di bumi sendiri. Kerajaan BN  UMNOtidak sekejam ini sebab tidak pernah menindas kaum lain walaupun kaum tersebut tidak menyokong BN UMNO.

Pada pemerintahan BN di Pulau Pinang memang ada juga gerai di robohkan. Yang dirobohkan tidak dibahagikan kepada kaum. Semua kena roboh jika melanggar undang-undang menjaja. Tetapi, sebelum dirobohkan, wakil kerajaan negeri akan berdialog dengan pengusaha-pengusaha gerai berkenaan untuk mencari jalan penyelesai. Bertukar tapak atau di beri ruang utk berniaga. Itulah cara kerajaan BN. Tetapi, kerajaan DAP hanya memilih kaum mana yang perlu di usir dan kaum mana boleh terus berniaga. Gerai kaum melayu dirobohkan tanpa sebarang dialog dan sebelum tempoh tamat notis dikeluarkan, gerai pun dah roboh. Notice 30hari adalah ruang diberi untuk berdialog mencari jalan penyelesaian. Malangnya, DAP tiada hati perut, lalu roboh la gerai melayu tanpa sebarang penyelesaian.

Cara DAP betul iaitu tegas dalam hal melanggar undang-undang menjaja tetapi adakah ianya tindakan yang adil. Jawapannya tidak! Ini adalah kerana HANYA GERAI PENIAGA MELAYU SAHAJA YANG DIROBOHKAN MAKA CARA KETEGASAN KERAJAAN DAP ADALAH BETUL TETAPI TIDAK ADIL! KALAU NAK BERTEGAS, BERTEGAS LAH KEPADA SEMUA DAN BUKAN TERHADAP PENIAGA MELAYU SAHAJA!

Monday, February 7, 2011

ADAKAH UMNO KEJAM?.....OPS PIRAMID MEMBUKTIKAN TIDAK!

Umum tahu, ada lebih kurang 20,000 rakyat Malaysia yang berada di Mesir yang majoritinya adalah pelajar IPT di sana. Untuk memindahkan kesemua rakyat dari belenggu ketidak setabilan politik di Mesir adalah satu-satu misi yang agak sukar. Pertama: mengenalpasti rakyat Malaysia di sana. Yang berdaftar dengan kedutaan senang di kesan tetapi yang tidak berdaftar, kenalah merisik sendiri dimanakah mereka melalui kawan-kawan dan sebagainya. Kedua: mendapat kebenaran mengunakan ruang angkasa beberapa negara tanpa menganggu ruang angkasa perjalanan pesawat commercial dan penumpang. Ketiga: logistik darat iaitu memindahkan mereka dari tempat tinggal ke pengakalan di mana pesawat-pesawat yang menunggu mereka Inilah tiga perkara penting yang perlu diambil kira. Ini tidak termasuk documentasi, sekatan jalan, melalui kawasan pentempuran antara puak menyokong dan puak anti Presiden.

Kini seramai 7,209 pelajar dan warga Malaysia telah berjaya dibawa keluar dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi menerusi Ops Piramid. Sehingga pukul 10 Isnin, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui tiga pesawat Hercules C-130 berjaya memindahkan 3,374 orang, tiga pesawat MAS (2,150) dan dua pesawat AirAsia (1,685). -8/2/2011
Ada juga warga Malaysia yang berada di luar bandar-bandar yang bergolak dan tidak pulang kerana di sana keadaan seperti biasa dan tidak tunggang terbalik. Oleh itu mereka mengambil keputusan untuk terus berada disana walaupun bantuan untuk mengeluarkan mereka diberi oleh kerajaan Malaysia.
 Ini adalah satu kejayaan dari pihak kerajaan dengan bantuan negara sekutu dirantau itu dan juga agency kerajaan seperti tabung Haji. Tak lupa juga sokongan dari dunia corporate di Malaysia terutamanya  MAS dan Air Asia yang memberi kegunaan pesawat mereka.
Memandangkan umum mengetahui Mesir merupakan sarang menghasilkan pemimpin masa hadapan pembangkang terutama PAS, maka banyaklah emosi dan khabar angin mengatasi rasional (sikap biasa pro pembangkang} yang disebarkan bagi mendesak kerajaan membawa mereka keluar dengan segera.  Pertubuhan seperti Persatuan Melayu Republik Arab Mesir lebih di kenali sebagai PMRAM (pemeram) adalah sebuah persatuan yang agak besar di sana adalah pro Pas. Sebanyak 70%+ rakyat Malaysia di Mesir adalah ahli atau penyokong tegar PAS dan pembangkang. Oleh sebab itu, pembangkang berang dan mula MEMPOLITIKAN SEGALANYA. Pelajar dipindahkan ke Saudi pun di hentam dan mengeluarkan statement seperti,"mengapa tak fly terus balik ke Malaysia"? Apa dia ingat kerajaan kena pindahkan 20 orang sahaja?
Ada pelajar yang merunggut, apabila tiba di KLIA semalam kumpulan PMRAM mula membuka kaunter pendaftaran sendiri, mengambil sebilangan makanan yang diletakan untuk semua pelajar ke kaunter mereka seolah-olah mereka yang prihatin. Perkara sebegini menyukarkan operasi dan pihak berkuasa mematahkan niat jahat mereka supaya operasi di KLIA disengarakan olah satu pihak sahaja dan bukan dua atau tiga pihak. Apabila itu berlaku mereka merunggut makanan tiada. Alhamdullilhah, tuduhan makanan tiada dipatahkan oleh seorang pemimpin UMNO. Baca seterusnya kecilakaan puak-puak PAS disini.

Pihak PAS selalu mengatakan bahawa UMNO dan BN adalah pemerintah yang kejam. Adakah OPS PIRAMID suatu perkara yang dilakukan oleh kerajaan BN sesuatu yang kejam? Majoriti yang diselamatkan adalah mereka yang membangkang kerajaan dan akan menjadi pemimpin yang akan menghentam kerajaan di masa hadapan. BN dan UMNO bukan kejam seperti pembangkang dan PAS. Kita boleh lihat semasa banjir melanda negeri dibawah pemerintahan PAS Kedah dimana bantuan kerajaan negeri dihadkan kepada kampung yang menyokong PAS sahaja. Apabila lorry bantuan tersilap masuk ke kampung yang kebanyakannya ahli cawangan UMNO maka barang tersebut dimasukan semula kedalam lorry (setelah dipunggah keluar dari lorry) dan dihantar ke kawasan penyokong PAS. Apabila dilaporkan oleh pihak media seperti UTUSAN maka menteri besar mengharamkan UTUSAN di kedah. Inilah baru kejam. Menolong sesama islam pun memilih-milih islam mana nak dibantu. 
Di PRK Tenang baru-baru ini, doa yang digunakan oleh PAS meminta agar UMNO hancur. Islam tidak sekali-kali membenarkan doa menghancurkan umat islam tetapi PAS boleh. Jika pendekatan ini di ikuti UMNO maka tak perlu hantar bantuan ke Mesir. Biar hancurlah penyokong PAS disana. Hanya selamatkan penyokong kerajaan sahaja, AMACHAM? UMNO tidak kejam sebegitu.
Kejayaan Ops Piramid amatlah merunsingkan PAS kerana dakyah bahawa kerajaan BN adalah kejam dipatahkan sama sekali melalui Ops Piramid. Pelajar-pelajar yang telah ditanamkan membenci kerajaan BN yang kejam mula membuka mata dan berterima kasih terhadap kerajaan yang membantu menyelamatkan mereka. Sekarang baru tahu BN tidak kejam seperti disebarkan oleh PAS.
Ada pula kenyataan dari pihak pembangkang bahawa Ops Piramid adalah tanggungjawap sesebuah kerajaan kerana mereka adalah "tax payer" atau mereka membayar cukai maka memang patut kerajaan bantu. YE BETUL tetapi cara dan organisasi pihak kerajaan dan agency kerajaan adalah cekap untuk mengatasi segala kerumitan dan diplomasi kerajaan juga hebat kerana dpt kebenaran kegunaan ruang angkasa dan kemudahan negara jiran diberikan tanpa helah. Soalannya, adakah pembangkang dapat melakukan Ops Piramid dengan begitu cekap? Bah di kedah pun tak mampu nak mengelolakan keselamatan rakyat sehinggga kerajaan persekutuan terpaksa turun membantu, inikan memindahkan  beribu-ribu rakyat dari negara bergolak dengan selamatnya. RASANYA TIDAK.
Biarlah ini jadi pentunjuk kepada rakyat bahawa kerajaan yang telah memerintah selama 50+ tahun mampu mentadbir negara serta keselamatan dan keselesaan rakyat terjamin.
Syabas Ops Piramid atas kejayaan.
PAS memang benar Parti Ajaran Sesat.



Thursday, January 27, 2011

Singapore hebat dan berdisiplin........

Petikan daripada Chedet.com........

1. Tan Malaka yang namanya amat terkenal di zaman Sukarno mendakwa Melayu Singapura lebih disiplin (daripada Melayu Malaysia). Ini memang benar. Bahkan rakyat Singapura tanpa mengira bangsa juga amat disiplin.

2. Sebagai contoh mereka tidak akan buang sampah di jalan. Dengan itu jalan-jalan di Singapura amat bersih.

3. Tetapi apabila mereka menyeberang ke tanah besar Malaysia mereka akan buang sampah dari kereta mereka dalam perjalanan.

4. Ada pelawak yang memanggil Singapura "a fine city". Sebabnya kerana bagi tiap kesalahan kecil rakyatnya akan dikenakan denda iaitu "fine".

5. Rakyat Malaysia pun bila ke Singapura akan berjaga-jaga supaya tidak dikenakan fine.

6. Di Malaysia buang sampah selori di tepi jalan pun tidak diambil apa-apa tindakan. Sudah tentu rakyat Malaysia di Malaysia tidak disiplin dalam soal kebersihan dan lain-lain.

7. Mungkin ini kerana kita demokratik. Parti-parti politik takut rakyat tidak akan sokong mereka jika mereka bertindak terlalu keras supaya rakyat berdisiplin.

8. Parti pemerintah Singapura tidak takut kepada rakyat. Jika rakyat pilih bukan calon PAP, dia akan diheret ke mahkamah, didenda dan dijadikan bankrap. Selepas itu dia tidak dapat ke Parlimen untuk membantah perlakuan pemerintah.

9. Jika dia dibenar mengambil tempat di Parlimen, dia tidak akan berani berkata apa-apa.

10. Mungkin Tan Malaka lebih senang jika amalan di Singapura didapati di Malaysia.

11. Jika "demokrasi" ala Singapura diamal disini saya yakin bukan sahaja Melayu Malaysia akan disiplin tetapi semua kaum akan disiplin.

12. Sesungguhnya keadaan di Singapura amat mengagumkan sesetengah daripada kita di Malaysia. Apa tidak. Masalah Kampung Baru dapat diselesaikan dengan mudah. Pindahkan sahaja penduduk Kampung Baru, dan bangunkan rumah pangsa yang akan diduduki oleh sesiapa sahaja. Seperti hilangnya Geylang dan Pasir Panjang akan hilanglah Kampung Baru.

13. Menteri-Menteri pun lega kerana jika dicalonkan semula oleh parti, kemenangan terjamin walaupun menidakkan hak bersuara rakyat. 



Artikle ini agak menarikkerana sebelum ini, ramai yang seakan-akan terpegun apabila balik dari bercuti atau bertugas di Singapore. Seolah-olah negara Malaysia ini teruk sangat bila dibanding dengan Singapore. Perbandingan di buat seolah-olah mengapa Malaysia tak boleh mengikuti jejak langkah negara jiran itu tanpa mengira tolak tambah strategy politik dan demografi kaum YANG DI ATUR OLEH PIHAK PEMERINTAH SINGAPORE. Demokrasi di laung seolah-olah tiada demokrasi di Malaysia. Tetapi pada hakikatnya demokrasi amatlah subuh di tanah bertuah yang dinamakan Malaysia.........PGP

Monday, January 24, 2011

Adakah Pakatan Rakyak benar-benar satu pakatan?

Pada pertengahan tahun lepas, Perdana Menteri telah menyaran agar Pakatan pembangkang menubuhkan cabinet bayangan iaitu siapa Perdana Menteri, siapa Timbalan, Siapa Menteri dalam Negeri dan sebagainya jika mereka dapat menguasai Putrajaya selepas PRU-13. Malang sekali sehingga ke hari ini mereka masih tidak mengemukakan cabinet bayangan mereka. Yang kita tahu ialah Lim Kit Siang telah diwar-warkan sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim jika Pakatan Pembangkang mengambil alih pucuk pimpinan negara jika Pakatan Pembangkang menang PRU-13. Soalannya, mengapa pembangkang tidak dapat mengemukakan kabinet bayangan mereka?

Jawapannya senang sahaja. "Pakatan" bererti sekumpulan entiti menjadi satu. Untuk menjadi satu, kumpulan itu memerlukan hala tuju yang sama, idea yang sama iaitu sepakat dari apa segi pun. Jika tidak sepakat, maka satu penyeselaian perlu dilakukan sepaya perkara tersebut menjadi "sepakat".

Kita boleh lihat di dalam Pakatan Pembangkang, mereka tidak sepakat. Pas memperjuangkan negara Islam, Dap memperjuangkan Malaysia malaysia tanpa perjuangan Islam dan PRK memperjuangkan keadilan iaitu keadilan kepada Ketua umum. Di kebelakangan ini PKR telah berubah dari segi  perjuangan. Perjuangan mereka melandaskan kepada kesamarataan semua kaum. Dengan perubahan ini, perjuangan PKR seolah-olah mencerminkan perjuangan DAP. Walaubagaimanapun, tiada pula perjuangan islam di dalam PKR. Maka Pakatan Pembangkang masih belum sepakat kerana perjuangan PAS masih belum dimasukan kedalam perjuangan Pakatan iaitu perjuangan negara islam. Dengan tiada kesepakatan, maka tidak hairanlah mengapa mereka tidak dapat menubuhkan kabinet bayangan mereka. Siapa akan memegang Kementerian Pelajaran? Jika diberi kepada PAS maka dasar pelajaran negara akan mengikut extreme islam. Semua pelajar perlu bertudung tidak kira kaum dan sebagainya. Jika dipegang oleh DAP, dasar akan mengikut kehendak kaum cina iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan akan di perluaskan. Jika PKR lain pula ceritanya. Oleh itu, mereka tidak sepakat untuk menentukan siapa layak memegang kementerian. Kementerian strategik seperti Kementerian kewangan, pertahanan dan pelajaran akan menjadi rebutan.

Tingkah laku Lim Kit Siang pun kita boleh lihat tiada kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat (PR). Anwar Ibrahim telah mengumumkan jika PR menang PRU13 Lim Kit Siang akan dilantik Timbalan Perdana Menteri. Selepas pengumuman itu langsung tiada reaksi oleh Uncle Lim. Tiada statement "terima kasih" ataupun menerima cadangan tersebut. Dia hanya berdiam diri hingga sekarang. Ini adalah kerana pada diri Uncle Lim, mengapa hanya TPM dan bukan PM. Oleh yang demikian, Uncle Lim berdiam sahaja tanpa sebarang komen.

Inilah bahayanya jika PR di pilih menerajui Putrajaya jika mereka menang PRU13. Perebutan kuasa akan berlaku. Politiking yang tiada hentinya akan berlaku. Yang seksa adalah rakyat sebab pembangunan akan terbantut angkara "over politicing". DAP akan meniup angin perkauman dimana bangsa cina sepatutnya mendapat lebih. PAS akan mengapi-apikan keadaan mengunakan islam. PKR hanya akan mengunakan sepenuh masa mencari celah-celah undang-undang untuk menahan pemimpin UMNO sebagai tindak balas kepada apa yang telah berlaku kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim. Kita boleh lihat Di Negeri selangor sekarang. Segala isu dipolitikan. Isu interlok, isu air, isu Setiausaha Kerajaan Negeri semua dipolitikan. Di Selangor mereka berkuasa, pun masih mempolitikan segalabenda seolah-olah mereka pembangkang. Mereka menerajui kerajaan Negeri, oleh itu segala tenaga dan usaha perlu melandaskan kepada pembangunan, kesejahteraan dan kemakmuran negeri dan rakyat Selangor. Bukannya kuasa yang diberi rakyat digunakan untuk berpolitik 24jam.

Formula yang ada pada Barisan Nasional adalah formula yang mantap untuk kemajuan dan keharmonian rakyat jelata. MIC, MCA, UMNO, PPP dan parti komponen yang lain adalah sepakat dalam segala dasar mereka kerana dasar parti-parti komponen adalah melandaskan Pelembagaan negara yang telah dipersetujui semasa kemerdekaan. Dasar pelajaran, ikut pelembagaan. Dasar kewangan, ikut pelembagaan. Oleh itu, BN benar-benar sepakat.

Oleh itu PGP menyeru agar rakyat memikirkan masa depan anak cucu mereka agar memilih parti yang dapat memajukan negara dan buka menghancurkan negara gara-gara "over politicing".

Wednesday, January 19, 2011

SELAMAT HARI TAIPUSAM

PGP ingin mengucapkan Selamat Hari Taipusam kepada semua kaum India khasnya yang berada di Parlimen Gopeng.

Sunday, January 16, 2011

INTERLOK DAN "PARIAH": APA YANG MARAH SANGAT?



Seorang sasterawan Negara, Abdullah Hussain telah menghasilkan sebuah noval yang bertajuk "Interlock". Karya beliau telah dihasilkan 40 tahun yang lalu dan kini Kementerian Pelajaran telah memutuskan agar buku tersebut digunakan sebagai salah satu buku teks bagi tingkatan lima. Buku ini, telah menerangkan kedatangan kaum-kaum ke Malaysia maka terselitlah perkataan "PARIAH" di dalam buku tersebut. Oleh kerana perkataan "PARIAH" digunakan maka marah la kaum india di Malaysia. Kemuncak kemarahan mereka adalah apabila 100 orang kaum India telah berkumpul di Kelang dan mengadakan upacara membakar buku tersebut sambil menuntut kerajaan menarik balik keputusan untuk menguna buku tesebut sebagai buku teks tingkatan lima.

Kami di PGP ingin bertanya, mengapa kaum indian di Malaysia marah sangat dengan perkataan "PARIAH". Untuk memahami lebih lanjut tentang kemarahan (perlukah mereka marah) kaum india dengan perkataan PARIAH ini maka kita kena faham sistem kasta dikalangan orang India.

Dalam sistem kasta di india, kasta PARIAH adalah kasta yang paling rendah, yang paling jijik sehingga tidak boleh dipegang oleh kasta lain. Adakalanya, seluruh rumah perlu di basuh dan dicuci gara-gara seorang kasta PARIAH datang menghantar barang kerumah orang berkasta lebih tinggi. Di selatan India, kasta ini memang digelar PARIAH tetapi di utara India, kasta ini juga di gelar SHUDRA. Kasta yang paling tinggi adalah dari kasta BRAHMIN, yang kedua adalah KHASATRIA, ketiga adalah VAISHYA dan yang terakhir adalah SHUDRA/PARIAH.

Semasa zaman penjajahan British, pihak British telah membawa golongan dari kasta PARIAH ke Tanah Melayu.  Amalan kasta ini juga di bawa ke Tanah Melayu oleh British di mana golongan kasta yang tinggi di jadikan  Polis, Doktor, Peguam, tentera dan sebagainya. Manakala dari kasta PARIAH pula dibawa
untuk berkerja sebagai penoreh getah, pencuci, membuat jalan raya, penyapu sampah dan sebagainya.

Oleh itu adakah wajar India di Malaysia marah apabila di gelar PARIAH? Jika dibandingkan masa zaman penjajah dan selepas merdeka dan juga hingga ke hari ini golongan PARIAH yang di bawa oleh british agak berbeza cara hidup mereka. Golongan PARIAH inilah yang menyapu sampah, mencuci tong tahi, penoreh sebelum dan selepas merdeka. Tetapi generasi  ke3, ke 4 dan ke5 golongan PARIAH ini telah berubah. Kini keturunan PARIAH ini telah menjadi jutawan, membawa kereta mewah dan rumah bertingkat-tingkat. Ada yang sekarang menjadi peguam, Arkitek, Akauntan dan sebagainya. Golongan ini yang dulu dijatuhkan ke kasta yang paling rendah iaitu PARIAH sudah setanding dengan kasta yang lebih tinggi daripada mereka. Mereka boleh duduk semeja dengan kasta BRAHMIN, KHASATRIA dan VAISHYA. Ini adalah kerana golongan PARIAH ini sudah menjadi peguam, doktor and sebagainya (pejabat sama dengan orang kasta tinggi).

Oleh itu, kaum India diMalaysia harus bangga dengan gelaran PARIAH kerana di Malaysialah mereka boleh jadi setaraf kasta yang lebih tinggi dari mereka. Jika mereka tidak dibawa Tanah Melayu maka generasi ke3, ke4, mahupun generasi ke100 pun masih kasta PARIAH yang kerjanya hanya sekadar mencuci jalan, menoreh dan sebagainya di India.

Oleh yang demikian, kaum India di Malaysia patut berasa bangga dan ikut pepatah melayu "jangan kacang lupakan kulit". Mereka harus berbangga dengan gelaran PARIAH kerana PARIAH di Malaysia sekarang amat berbeza. Jika kacang lupakan kulit dan malu pada asal usul kaum sendiri maka hancurlah generasi golongan itu. Golongan PARIAH yang telah dibawa oleh British ke Tanah Melayu telah menikmati segala rezeki di Tanah Melayu tidak berkongsi dengan golongan sendiri kerana sebagai peguam, arkitek dan sebagainya, mereka automatik naik taraf kasta mereka tanpa memandang ke belakang untuk membantu generasi mereka. Kita boleh lihat Majlis Peguam atau Bar Council di mana golongan inilah yang menerajuinya tetapi adakah mereka membela golongan mereka. Jawapannya tidak! Mereka hanya melandaskan perjuangan kepada hak asasi manusia (Human Rights) dan langsung tidak peduli golongan PARIAH walaupun mereka adalah golongan tersebut suatu ketika dahulu.

NOTA: Minta maaf kepada kaum india kerana mengunakan perkataan PARIAH dalam article ini tetapi tujuannya adalah untuk mengaitkan sejarah TANAH MELAYU dengan kedatangan kaum India ke TANAH MELAYU dan tiada langsung niat-niat yang negatif dalam pengunaan perkataan tersebut.

Wednesday, January 12, 2011

Dr Khir Toyo menyerah balik gelaran Dato Seri.

Hari ini, Dato Seri Khir Toyo telah memulangkan pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri. Maka beliau hanya mahu mengunakan nama beliau iaitu Dr Khir Toyo dan telah mengarah media cetak dan media elektronik supaya jangan mengunakan Dato Seri pada namanya dalam artikle-artikle pada masa hadapan. Dibawah adalah petikan daripada blog Dr Khir Toyo:

..... Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung....

Darjat dah dipulangkan kerana taknak mengaibkan darjah kebesaran negeri. HAH! Buangkan juga gelaran Dr tu, kerana ia mengaibkan juga Doctor-doctor lain yang mendapat rezeki HALAL. BUAT malu UMNO aje pemimpin sebegini. Yang menyusahkan adalah ahli-ahli biasa seperti kami di PGP. Tak terjawap kami bila di kedai kopi dan dihentam oleh kekawan mengenai khir toyo. MALU UMNO. Walaupun belum didapati bersalah tetapi sebagai pemimpin, sepatutnya kamu tidak langsung di aibkan dengan rasuah. Khabar angin dan propaganda adalah darah daging dalam politik tetapi jika agency kerajaan melalui SPRM mendakwa anda menyalahi guna kuasa dan rasuah, maka ianya bukan lagi khabar angin ataupun propaganda.

MALU MALU MALU KAMI DIBUAT EN.KHIR TOYO! Seelok-eloknya En khir patut dibuang UMNO sebab menyusahkan ahli-ahli biasa. KHIAT PUIH! KAHAK PEKAT PATUT DI LUDAH KE HIDUNG PLASTIK TU!

SPRM juga patut check muka En Khir. Di mana dia dapat duit untuk buat muka baru. Kulit jadi putih dan hidung jadi mancung. Mana ada orang Jawa hidung mancung! Mana dapat duit buat plastik surgery. Gaji Menteri Besar tak mampu la. Mana boleh tempe buat kulit putih. Dah le diabkan dengan rasuah, menipu lagi.Hai, MALU UMNO.....

BAHAN BUKTI UNTUK SPRM:
(SEBELUM TEMPE)


(SELEPAS TEMPE)

Ini bahan bukti untuk tatapan SPRM supaya dimasukan kertas siasatan baru iaitu mana En Khir dapat duit beli tempe banyak-banyak untuk mengubah wajahnya.