Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Monday, January 24, 2011

Adakah Pakatan Rakyak benar-benar satu pakatan?

Pada pertengahan tahun lepas, Perdana Menteri telah menyaran agar Pakatan pembangkang menubuhkan cabinet bayangan iaitu siapa Perdana Menteri, siapa Timbalan, Siapa Menteri dalam Negeri dan sebagainya jika mereka dapat menguasai Putrajaya selepas PRU-13. Malang sekali sehingga ke hari ini mereka masih tidak mengemukakan cabinet bayangan mereka. Yang kita tahu ialah Lim Kit Siang telah diwar-warkan sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim jika Pakatan Pembangkang mengambil alih pucuk pimpinan negara jika Pakatan Pembangkang menang PRU-13. Soalannya, mengapa pembangkang tidak dapat mengemukakan kabinet bayangan mereka?

Jawapannya senang sahaja. "Pakatan" bererti sekumpulan entiti menjadi satu. Untuk menjadi satu, kumpulan itu memerlukan hala tuju yang sama, idea yang sama iaitu sepakat dari apa segi pun. Jika tidak sepakat, maka satu penyeselaian perlu dilakukan sepaya perkara tersebut menjadi "sepakat".

Kita boleh lihat di dalam Pakatan Pembangkang, mereka tidak sepakat. Pas memperjuangkan negara Islam, Dap memperjuangkan Malaysia malaysia tanpa perjuangan Islam dan PRK memperjuangkan keadilan iaitu keadilan kepada Ketua umum. Di kebelakangan ini PKR telah berubah dari segi  perjuangan. Perjuangan mereka melandaskan kepada kesamarataan semua kaum. Dengan perubahan ini, perjuangan PKR seolah-olah mencerminkan perjuangan DAP. Walaubagaimanapun, tiada pula perjuangan islam di dalam PKR. Maka Pakatan Pembangkang masih belum sepakat kerana perjuangan PAS masih belum dimasukan kedalam perjuangan Pakatan iaitu perjuangan negara islam. Dengan tiada kesepakatan, maka tidak hairanlah mengapa mereka tidak dapat menubuhkan kabinet bayangan mereka. Siapa akan memegang Kementerian Pelajaran? Jika diberi kepada PAS maka dasar pelajaran negara akan mengikut extreme islam. Semua pelajar perlu bertudung tidak kira kaum dan sebagainya. Jika dipegang oleh DAP, dasar akan mengikut kehendak kaum cina iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan akan di perluaskan. Jika PKR lain pula ceritanya. Oleh itu, mereka tidak sepakat untuk menentukan siapa layak memegang kementerian. Kementerian strategik seperti Kementerian kewangan, pertahanan dan pelajaran akan menjadi rebutan.

Tingkah laku Lim Kit Siang pun kita boleh lihat tiada kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat (PR). Anwar Ibrahim telah mengumumkan jika PR menang PRU13 Lim Kit Siang akan dilantik Timbalan Perdana Menteri. Selepas pengumuman itu langsung tiada reaksi oleh Uncle Lim. Tiada statement "terima kasih" ataupun menerima cadangan tersebut. Dia hanya berdiam diri hingga sekarang. Ini adalah kerana pada diri Uncle Lim, mengapa hanya TPM dan bukan PM. Oleh yang demikian, Uncle Lim berdiam sahaja tanpa sebarang komen.

Inilah bahayanya jika PR di pilih menerajui Putrajaya jika mereka menang PRU13. Perebutan kuasa akan berlaku. Politiking yang tiada hentinya akan berlaku. Yang seksa adalah rakyat sebab pembangunan akan terbantut angkara "over politicing". DAP akan meniup angin perkauman dimana bangsa cina sepatutnya mendapat lebih. PAS akan mengapi-apikan keadaan mengunakan islam. PKR hanya akan mengunakan sepenuh masa mencari celah-celah undang-undang untuk menahan pemimpin UMNO sebagai tindak balas kepada apa yang telah berlaku kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim. Kita boleh lihat Di Negeri selangor sekarang. Segala isu dipolitikan. Isu interlok, isu air, isu Setiausaha Kerajaan Negeri semua dipolitikan. Di Selangor mereka berkuasa, pun masih mempolitikan segalabenda seolah-olah mereka pembangkang. Mereka menerajui kerajaan Negeri, oleh itu segala tenaga dan usaha perlu melandaskan kepada pembangunan, kesejahteraan dan kemakmuran negeri dan rakyat Selangor. Bukannya kuasa yang diberi rakyat digunakan untuk berpolitik 24jam.

Formula yang ada pada Barisan Nasional adalah formula yang mantap untuk kemajuan dan keharmonian rakyat jelata. MIC, MCA, UMNO, PPP dan parti komponen yang lain adalah sepakat dalam segala dasar mereka kerana dasar parti-parti komponen adalah melandaskan Pelembagaan negara yang telah dipersetujui semasa kemerdekaan. Dasar pelajaran, ikut pelembagaan. Dasar kewangan, ikut pelembagaan. Oleh itu, BN benar-benar sepakat.

Oleh itu PGP menyeru agar rakyat memikirkan masa depan anak cucu mereka agar memilih parti yang dapat memajukan negara dan buka menghancurkan negara gara-gara "over politicing".

No comments:

Post a Comment