Presiden MCA telah menukar stategi MCA dengan mengatakan bahawa MCA akan memberi peluang kepada calon-calon muda di dalam PRU13 jika calon-calon tersebut berpotensi untuk menang. Ini bermakna, golongan pemimpin muda akan diberi peluang menjadi calon. Ini adalah satu langkah yang menuju ke hadapan buat MCA. Soalannya, bila UMNO akan ikut?
Didalam UMNO, pemilihan calon mahupun dalam pilihan raya ataupun pemilihan party berdasarkan amalan hierarki. Pertama yang dipertimbangkan sebagai calon PRU ialah Ketua Bahagian (KB). Kalau KB tidak memenuhi aspirasi kepimpinan UMNO maka Ketua Wanita (KW) di pertimbangkan dan begitulah dasar hierarki. Maka seterusnya, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri dipertimbangkan jika KW tidak memenuhi aspirasi kepimpinan. Formula ini diguna pakai sejak sekian lama di sebabkan calon yang dipilih mengikut merit pemimpin party atasan dan bukan mengunakan merit rakyat.
Pada PRU12 yang lalu dimana kita lihat kebangkitan DAP dalam arena politik Malaya....opppps....Malaysia. Ini adalah kerana faktor calon yang telah mereka letak untuk berentap dengan calon MCA dan Barisan Nasional. MCA (pada masa itu masih mengunakan system hieraki) telah tewas banyak kerusi kepada DAP. Pada masa itu, DAP telah meletakan calon muda yang nampak efisyen (walaupun sebenarnya tidak efisyen) dan menonjol di dimata rakyat. Mereka mempunyai idea-idea yang selari dengan aspirasi pengundi-pengundi muda cina.
Secara purata, banyak calon-calon UMNOusianya melebihi 40 tahun berbanding calon-calon DAP. Sedangkan DAP serta PKR yang menguasai kawasan bandar dan mendapat tempat di kalangan generasi baru di kawasan-kawasan yang tradisinya adalah ‘tabung’ UMNO, menampilkan calon-calon yang berusia bawah 40 tahun. Calon-calon DAP yang muda dan nampak efisyen ini adalah seperti Jeff Ooi, Tony Pua,Hannah Yeoh dan Jenice Lee (sekadar beberapa nama) telah diletakan sebagai calon dan menang.
MCA sedar akan perkara ini, maka Presiden MCA Chua Soi Lek telah mengubah strategy dan akan memberi peluang kepada calon-calon muda. System hierarki dibuang sama sekali.
Kita kena faham bahawa lebih kurang 60% pengundi adalah generasi muda. Maka, aspirasi mereka amatlah berlainan dengan orang-orang tua. Menteri pertanian contonnya, tidak boleh membuat kenyataan yang tidak masuk akal apabila harga barang naik. Bila harga bawang naik, menteri tua ni akan mengeluarkan kenyataan "tanamlah bawang sendiri". Golongan muda sekarang tidak tahu bagaimana hendak menanam bawang walaupun menanamnya di belakang rumah. Aspirasi golongan muda bukan nak bercucuk tanam tetapi hendak tahu bagaimana kementerian dapat membantu mengawal harga bawang. Bukannya suruh pi tanam bawang. Lagi contoh ialah menteri multimedia (maaf DS Rais ye). Dalam usia yang tua, mana le dia tahu tentang dunia animasi dan internet. Lagi satu contoh ialah dunia laman sosial seperti twitter, facebook dan sebagainya. Kalau kita mengikuti twitter, twit dari tokoh politik UMNO seupama tidak ikhlas. Apabila dibaca twit mereka, kita dapat rasa bahawa bukan tokoh tersebut yang membuat kenyataan secara peribadi tetapi pegawai khas beliau yang menaip. Tetapi pemimpin-pemimpin muda seperti Khairy Jamaluddin, Mukhriz (sekarang dah tua le, rambut pun takde) akan mengendali twitnya sendiri tanpa pegawai khas atau pihak ke3 untuk menaip. Inilah yang dikatakan aspirasi pemuda.Oleh itu, UMNO kena berubah. Pemimpin tertinggi UMNO mesti keras menangkis pelobi-lobi dan "warlord-warlord" yang merakuskan kuasa tetapi perkhidmatan hancur. Dengan cari ini sahajalah dapat UMNO bertahan. Pengundi salih berganti, yang muda akan bertambah dan yang tua akan berkurangan, atau seperti di Jepun, yang muda berkurangan berbanding yang tua. Maka UMNO perlu bijak mengikut peredaran zaman. Budaya lapuk tidak boleh diguna pakai memandangkan golongan pengundi muda tidak boleh terima budaya tersebut. Adakah UMNO ingin melihat rakyat menolak UMNO lagi? PRU12 adalah amaran rakyat kepada UMNO.
OLEH ITU, PGP MENYERU AGAR UMNO BERUBAH DAN BERI PELUANG PADA GOLONGAN MUDA SEBAGAI CALON PRU13. UMNO DULU, KINI, SELAMANYA. JANGAN DISEBABKAN TEKANAN DARIPADA "WARLORD-WARLORD" YANG MERAKUSKAN KUASA SLOGAN "DULU, KINI DAN SELAMANYA" HANYA TINGGAL "DULU".
No comments:
Post a Comment