Datuk Seri
Zahrain Mohd Hashim adalah Ahli Parlimen Bayan Baru. Beliau telah keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen bebas setelah menyedari perjuangan Anwar Ibrahim telah pesong dari perjuangan asal dan kini Ketua Umum itu berjuang berlandaskan gila kuasa untuk menjadi Perdana menteri sehingga mengorbankan kaum sendiri untuk mencapai matlamat peribadi beliau.Sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain tahu apa yang berlaku dinegeri sendiri iaitu Pulau Pinang dan inilah kenyataan media beliau mengenai kemelut yang sedang berlaku di negeri Selangor......
Kenyataan Media
1. Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi adalah satu helah politik. Matlamat utama Pakatan Rakyat adalah untuk mencetuskan detik permulaan krisis Perlembagaan di Malaysia.
2. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hanya ‘menurut perintah’ Tok Dalang dari Pulau Pinang yang dibantu oleh pakar undang-undang dari sebuah pulau “yang dahulunya milik Negeri Johor’.
3. Jika dibuat analisa ringkas, isu perlantikan Khusrin dan kedegilan untuk meminda Perlembagaan langsung tidak menguntungkan pihak Menteri Besar. Lagipun Pakatan Rakyat tidak mempunyai majority 2/3 di Dewan Undangan Negeri untuk membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan.
4. Ini hanyalah helah terancang Tok Dalang dari Pulau Pinang. Saya rasa tindakan menghina Istana dan seterusnya mencetuskan perasaan bencikan Institusi Raja-Raja Melayu seperti yang diunjurkan di Selangor mempunyai implikasi yang lebih besar.
5. Selepas ini mungkin Pulau Pinang, yang diterajui Setiausaha Agong DAP yang amat berkuasa, akan meneruskan agenda ini dengan meminda Perlembagaan / Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
6. Bukan sahaja Kerajaan Lim Guan Eng mempunyai majority 2/3 di Dewan Undangan Negeri malah Pulau Pinang juga tidak ber-Sultan.
7. Tuan Yang Terutama Ketua Negeri Pulau Pinang tidak mungkin dapat meraih sokongan padu rakyat sepertimana yang di-nikmati Raja-raja Melayu. Ini akan mempermudahan agenda untuk mencetuskan Krisis Perlembagaan.
8. Saya amat risau dengan perkembangan ini dan berharap agar seluruh tenaga dan kuasa politik orang Melayu di-gembelengkan untuk mengelak orang Melayu daripada “di-jajah sekali lagi”.
9. Saya juga berharap agar pihak Menteri Besar Selangor dan pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri Selangor sedar akan mainan terkutuk puak chauvinis dalam DAP untuk menghakis kedudukan Raja-Raja Melayu.
10. Perkembangan seterusnya kemelut diSelangor ini akan membuktikan wujudnya suatu ‘Perjanjian Syaitan’ untuk memisahkan Pulau Pinang daripada Tanah Melayu, sepertimana kita kehilangan Singapura
(Distrust and ideological differences between leaders of the State of Singapore and the federal government of Malaysia resulted in frequent disagreement in politics, economic, financial and social policies. The conflict spread to the populace, resulting in major racial riots in 1964 in Singapore. In 1965, Malaysian Prime Minister Tunku Abdul Rahman decided upon the expulsion of Singapore from the Federation, leading to the Independence of Singapore on 9 August 1965. – Wikipedia.)
11. Berwaspadalah sebelum Perjanjian Syaitan menjadi kenyataan.
Daulat Tuanku!
Terima Kasih,
Zahrain Mohd Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru
No comments:
Post a Comment