Seperti biasa bila di tanya tentang perkara ini, kadang-kadang tak ditanya pun, si melayu berpakaian seperti Arab tu akan cakap Negeri tak membanggun kerana peruntukan persekutuan di sekat oleh kerajaan Persekutuan iaitu kerajaan Barisan Nasional.
INI ADALAH SATU PENIPUAN BESAR YANG KELUAR DARI MULUT NIK AZIZ.
Terdapat tiga bentuk pemberian kewangan dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Ianya seperti berikut,
- Pemberian seperti yang termaktub dan disyaratkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Pemberian seperti yang termaktub di dalam undang-undang negara.
- Pemberian di dalam bentuk bantuan yang diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara (MkewN) atau oleh Kerajaan.
Pemberian yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan merangkumi,
- Pemberian mengikut kepala yang dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 9(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Ia juga dipanggil ‘Capitation Grant’ dan wang ini diberi terus kepada Kerajaan Negeri. Dalam konteks Kelantan, duit peruntukan ini masuk terus ke akaun Kerajaan PAS Kelantan dan nasi dan air yang dibeli oleh Nik Aziz menerusi duit gajinya datang dari wang geran ini. Duit gaji Menteri Besar Kelantan untuk membesarkan anak-anaknya juga datang dari duit ini. Dari tahun 2006 hingga 2010, Kerajaan Negeri Kelantan telah menikmati tidak kurang dari RM100 juta wang dari "Capitation Grant"!
- Perlembagaan Persekutuan juga menuntut Kerajaan Persekutuan memberi Road Grant kepada setiap negeri. Pendek kata, sebahagian dari wang cukai jalan yang di bayar oleh adik, kakak, mak dan ayah kita di Kelantan telah dipulangkan balik terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelenggara jalan-jalan negeri.
- Setiap kali Negeri Kelantan membentangkan bajet defisit atau bajet yang memerlukan duit belanja lebih dari duit yang negeri ada, Kerajaan Pusat jugalah yang terpaksa menanggung mana-mana duit yang tidak ada itu. Sejak dari tahun 2006 hingga 2010, Kerajaan Persekutuan telah memberi terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak hampir RM300 juta bagi memastikan Kerajaan Negeri Kelantan terus tidak bangkrap dan Nik Aziz terus mendapat gaji dan elaunnya.
Oleh itu, siapa kata Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan kewangan kepada Kelantan. Di sebabkan itu, Kelantan mundur. Pada 2009 MB Kelantan ini telah dikejar ke IJN kerana darah keluar dari mulut. Selepas di periksa maka diketahui penyebab darah di mulutnya. Ia disebabkan darah dari sushi yang di makan di Persidangan Majlis Raja-Raja pada siang hari itu. Kalau benar-benar darah, Nik Aziz harus bertanya pada dirinya apakah itu berlaku kerana dia terlalu banyak menipu sedangkan dia dijual sebagai Ulama’ yang menginspirasikan banyak pihak?
Sebenarnya, PAS dan Nik Aziz mahukan Kelantan agar terus mundur. Apabila negeri mundur maka rakyat mundur juga dari segi kewangan. Kehidupan rakyat akan seksa diakibatkan duit tak ada. Dengan keseksaan hidup yang agak daif kerana punca kewangan yang tidak tetap (kais pagi makan pagi) maka mudahlah PAS mengikat rakyat kepada isu kebahagian di akhirat kelak. Setiap ucapan Nik Aziz mesti di selit kata-kata..." duit takde untuk membangun kerana disekat Kerajaan Persekutuan maka hidup seharian adalah pinjaman oleh itu kita tunggu kebahagiaan di akhirat kelak. Undi lah PAS, masuk syurga kita akan bahagia di akhirat." Kebanyakkan peniaga-peniaga kecil dan runcit di Kelantan, setelah bekerja membanting tulang lebih 30 tahun, terpaksa setelah bersara, hidup di dalam kemiskinan.
Betul kita akan bahagia di akhirat jika mengamalkan hukum-hukum Allah S.W.T. Tetapi tidak semestinya undi PAS masuk syurga. Islam tidak menyeru umatnya untuk tidak berkembang dan hidup seksa di dunia.
Inilah politik dalam pembangunan di Negeri Kelantan. Segelintir rakyat Kelantan seolah-olah menjadi takut kepada pembangunan kerana bertahun-tahun minda mereka dibancuh dengan menyamakan pembangunan dengan korupsi dan kronisme. Pembangunan menjadi sesuatu yang jijik. Pembangunan menjadi jalan besar ke neraka jahanam.
(.......Dari tahun 2007 hingga 2009, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian dan Agensinya di Kelantan telah membelanjakan sejumlah RM12 billion di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Duit inilah yang sebenarnya menjana ekonomi Negeri Kelantan dan bukan bajet tahunan Kerajaan Kelantan yang sering tidak lebih daripada RM400 juta setahun. Itupun dengan defisit berpuluh-puluh juta setahun.
Bahkan anggaran pembangunan Kerajaan Persekutuan tahun 2011 untuk setiap negeri terus menyaksikan negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang tetap menikmati imbuhan yang cukup tinggi. Kelantan contohnya menerima imbuhan pembangunan lebih lima kali ganda daripada yang diterima oleh Negeri Melaka. Negeri Kedah terus menerima imbuhan pembangunan Persekutuan berjumlah RM2 billion dan setanding dengan negeri tumpah darah Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Peruntukan yang diberikan kepada Kedah juga lebih tinggi daripada yang diterima oleh Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.......dipetik dari rakan bloggers.)
Permainan politik PAS yang memesongkan Islam supaya rakyat terus mundur telah digunapakai bertahun-tahun. Minda 2, 3 generasi di Kelantan telah di isi dengan interpritasi Islam yang dipusing oleh Nik Aziz. Di Kelantan, pemilik pokok durian akan berkata " syukur berkat doa Tok Guru maka berbuah pokok durian tahun ini". Pokok berbuah pun di sebabkan Tok Guru dan bukan rezeki Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment