Renungan.............."Di Malaysia melayu merangkumi 50% daripada keseluruhan rakyat, Cina 25% dan india 10% (sumber: Tourism Malaysia)....tetapi kuasa politik melayu semakin terhakis walaupun hakikatnya melayu adalah kaum majoriti di Malaysia".......pelik tetapi benar.

Thursday, January 27, 2011

Singapore hebat dan berdisiplin........

Petikan daripada Chedet.com........

1. Tan Malaka yang namanya amat terkenal di zaman Sukarno mendakwa Melayu Singapura lebih disiplin (daripada Melayu Malaysia). Ini memang benar. Bahkan rakyat Singapura tanpa mengira bangsa juga amat disiplin.

2. Sebagai contoh mereka tidak akan buang sampah di jalan. Dengan itu jalan-jalan di Singapura amat bersih.

3. Tetapi apabila mereka menyeberang ke tanah besar Malaysia mereka akan buang sampah dari kereta mereka dalam perjalanan.

4. Ada pelawak yang memanggil Singapura "a fine city". Sebabnya kerana bagi tiap kesalahan kecil rakyatnya akan dikenakan denda iaitu "fine".

5. Rakyat Malaysia pun bila ke Singapura akan berjaga-jaga supaya tidak dikenakan fine.

6. Di Malaysia buang sampah selori di tepi jalan pun tidak diambil apa-apa tindakan. Sudah tentu rakyat Malaysia di Malaysia tidak disiplin dalam soal kebersihan dan lain-lain.

7. Mungkin ini kerana kita demokratik. Parti-parti politik takut rakyat tidak akan sokong mereka jika mereka bertindak terlalu keras supaya rakyat berdisiplin.

8. Parti pemerintah Singapura tidak takut kepada rakyat. Jika rakyat pilih bukan calon PAP, dia akan diheret ke mahkamah, didenda dan dijadikan bankrap. Selepas itu dia tidak dapat ke Parlimen untuk membantah perlakuan pemerintah.

9. Jika dia dibenar mengambil tempat di Parlimen, dia tidak akan berani berkata apa-apa.

10. Mungkin Tan Malaka lebih senang jika amalan di Singapura didapati di Malaysia.

11. Jika "demokrasi" ala Singapura diamal disini saya yakin bukan sahaja Melayu Malaysia akan disiplin tetapi semua kaum akan disiplin.

12. Sesungguhnya keadaan di Singapura amat mengagumkan sesetengah daripada kita di Malaysia. Apa tidak. Masalah Kampung Baru dapat diselesaikan dengan mudah. Pindahkan sahaja penduduk Kampung Baru, dan bangunkan rumah pangsa yang akan diduduki oleh sesiapa sahaja. Seperti hilangnya Geylang dan Pasir Panjang akan hilanglah Kampung Baru.

13. Menteri-Menteri pun lega kerana jika dicalonkan semula oleh parti, kemenangan terjamin walaupun menidakkan hak bersuara rakyat. 



Artikle ini agak menarikkerana sebelum ini, ramai yang seakan-akan terpegun apabila balik dari bercuti atau bertugas di Singapore. Seolah-olah negara Malaysia ini teruk sangat bila dibanding dengan Singapore. Perbandingan di buat seolah-olah mengapa Malaysia tak boleh mengikuti jejak langkah negara jiran itu tanpa mengira tolak tambah strategy politik dan demografi kaum YANG DI ATUR OLEH PIHAK PEMERINTAH SINGAPORE. Demokrasi di laung seolah-olah tiada demokrasi di Malaysia. Tetapi pada hakikatnya demokrasi amatlah subuh di tanah bertuah yang dinamakan Malaysia.........PGP

Monday, January 24, 2011

Adakah Pakatan Rakyak benar-benar satu pakatan?

Pada pertengahan tahun lepas, Perdana Menteri telah menyaran agar Pakatan pembangkang menubuhkan cabinet bayangan iaitu siapa Perdana Menteri, siapa Timbalan, Siapa Menteri dalam Negeri dan sebagainya jika mereka dapat menguasai Putrajaya selepas PRU-13. Malang sekali sehingga ke hari ini mereka masih tidak mengemukakan cabinet bayangan mereka. Yang kita tahu ialah Lim Kit Siang telah diwar-warkan sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim jika Pakatan Pembangkang mengambil alih pucuk pimpinan negara jika Pakatan Pembangkang menang PRU-13. Soalannya, mengapa pembangkang tidak dapat mengemukakan kabinet bayangan mereka?

Jawapannya senang sahaja. "Pakatan" bererti sekumpulan entiti menjadi satu. Untuk menjadi satu, kumpulan itu memerlukan hala tuju yang sama, idea yang sama iaitu sepakat dari apa segi pun. Jika tidak sepakat, maka satu penyeselaian perlu dilakukan sepaya perkara tersebut menjadi "sepakat".

Kita boleh lihat di dalam Pakatan Pembangkang, mereka tidak sepakat. Pas memperjuangkan negara Islam, Dap memperjuangkan Malaysia malaysia tanpa perjuangan Islam dan PRK memperjuangkan keadilan iaitu keadilan kepada Ketua umum. Di kebelakangan ini PKR telah berubah dari segi  perjuangan. Perjuangan mereka melandaskan kepada kesamarataan semua kaum. Dengan perubahan ini, perjuangan PKR seolah-olah mencerminkan perjuangan DAP. Walaubagaimanapun, tiada pula perjuangan islam di dalam PKR. Maka Pakatan Pembangkang masih belum sepakat kerana perjuangan PAS masih belum dimasukan kedalam perjuangan Pakatan iaitu perjuangan negara islam. Dengan tiada kesepakatan, maka tidak hairanlah mengapa mereka tidak dapat menubuhkan kabinet bayangan mereka. Siapa akan memegang Kementerian Pelajaran? Jika diberi kepada PAS maka dasar pelajaran negara akan mengikut extreme islam. Semua pelajar perlu bertudung tidak kira kaum dan sebagainya. Jika dipegang oleh DAP, dasar akan mengikut kehendak kaum cina iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan akan di perluaskan. Jika PKR lain pula ceritanya. Oleh itu, mereka tidak sepakat untuk menentukan siapa layak memegang kementerian. Kementerian strategik seperti Kementerian kewangan, pertahanan dan pelajaran akan menjadi rebutan.

Tingkah laku Lim Kit Siang pun kita boleh lihat tiada kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat (PR). Anwar Ibrahim telah mengumumkan jika PR menang PRU13 Lim Kit Siang akan dilantik Timbalan Perdana Menteri. Selepas pengumuman itu langsung tiada reaksi oleh Uncle Lim. Tiada statement "terima kasih" ataupun menerima cadangan tersebut. Dia hanya berdiam diri hingga sekarang. Ini adalah kerana pada diri Uncle Lim, mengapa hanya TPM dan bukan PM. Oleh yang demikian, Uncle Lim berdiam sahaja tanpa sebarang komen.

Inilah bahayanya jika PR di pilih menerajui Putrajaya jika mereka menang PRU13. Perebutan kuasa akan berlaku. Politiking yang tiada hentinya akan berlaku. Yang seksa adalah rakyat sebab pembangunan akan terbantut angkara "over politicing". DAP akan meniup angin perkauman dimana bangsa cina sepatutnya mendapat lebih. PAS akan mengapi-apikan keadaan mengunakan islam. PKR hanya akan mengunakan sepenuh masa mencari celah-celah undang-undang untuk menahan pemimpin UMNO sebagai tindak balas kepada apa yang telah berlaku kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim. Kita boleh lihat Di Negeri selangor sekarang. Segala isu dipolitikan. Isu interlok, isu air, isu Setiausaha Kerajaan Negeri semua dipolitikan. Di Selangor mereka berkuasa, pun masih mempolitikan segalabenda seolah-olah mereka pembangkang. Mereka menerajui kerajaan Negeri, oleh itu segala tenaga dan usaha perlu melandaskan kepada pembangunan, kesejahteraan dan kemakmuran negeri dan rakyat Selangor. Bukannya kuasa yang diberi rakyat digunakan untuk berpolitik 24jam.

Formula yang ada pada Barisan Nasional adalah formula yang mantap untuk kemajuan dan keharmonian rakyat jelata. MIC, MCA, UMNO, PPP dan parti komponen yang lain adalah sepakat dalam segala dasar mereka kerana dasar parti-parti komponen adalah melandaskan Pelembagaan negara yang telah dipersetujui semasa kemerdekaan. Dasar pelajaran, ikut pelembagaan. Dasar kewangan, ikut pelembagaan. Oleh itu, BN benar-benar sepakat.

Oleh itu PGP menyeru agar rakyat memikirkan masa depan anak cucu mereka agar memilih parti yang dapat memajukan negara dan buka menghancurkan negara gara-gara "over politicing".

Wednesday, January 19, 2011

SELAMAT HARI TAIPUSAM

PGP ingin mengucapkan Selamat Hari Taipusam kepada semua kaum India khasnya yang berada di Parlimen Gopeng.

Sunday, January 16, 2011

INTERLOK DAN "PARIAH": APA YANG MARAH SANGAT?



Seorang sasterawan Negara, Abdullah Hussain telah menghasilkan sebuah noval yang bertajuk "Interlock". Karya beliau telah dihasilkan 40 tahun yang lalu dan kini Kementerian Pelajaran telah memutuskan agar buku tersebut digunakan sebagai salah satu buku teks bagi tingkatan lima. Buku ini, telah menerangkan kedatangan kaum-kaum ke Malaysia maka terselitlah perkataan "PARIAH" di dalam buku tersebut. Oleh kerana perkataan "PARIAH" digunakan maka marah la kaum india di Malaysia. Kemuncak kemarahan mereka adalah apabila 100 orang kaum India telah berkumpul di Kelang dan mengadakan upacara membakar buku tersebut sambil menuntut kerajaan menarik balik keputusan untuk menguna buku tesebut sebagai buku teks tingkatan lima.

Kami di PGP ingin bertanya, mengapa kaum indian di Malaysia marah sangat dengan perkataan "PARIAH". Untuk memahami lebih lanjut tentang kemarahan (perlukah mereka marah) kaum india dengan perkataan PARIAH ini maka kita kena faham sistem kasta dikalangan orang India.

Dalam sistem kasta di india, kasta PARIAH adalah kasta yang paling rendah, yang paling jijik sehingga tidak boleh dipegang oleh kasta lain. Adakalanya, seluruh rumah perlu di basuh dan dicuci gara-gara seorang kasta PARIAH datang menghantar barang kerumah orang berkasta lebih tinggi. Di selatan India, kasta ini memang digelar PARIAH tetapi di utara India, kasta ini juga di gelar SHUDRA. Kasta yang paling tinggi adalah dari kasta BRAHMIN, yang kedua adalah KHASATRIA, ketiga adalah VAISHYA dan yang terakhir adalah SHUDRA/PARIAH.

Semasa zaman penjajahan British, pihak British telah membawa golongan dari kasta PARIAH ke Tanah Melayu.  Amalan kasta ini juga di bawa ke Tanah Melayu oleh British di mana golongan kasta yang tinggi di jadikan  Polis, Doktor, Peguam, tentera dan sebagainya. Manakala dari kasta PARIAH pula dibawa
untuk berkerja sebagai penoreh getah, pencuci, membuat jalan raya, penyapu sampah dan sebagainya.

Oleh itu adakah wajar India di Malaysia marah apabila di gelar PARIAH? Jika dibandingkan masa zaman penjajah dan selepas merdeka dan juga hingga ke hari ini golongan PARIAH yang di bawa oleh british agak berbeza cara hidup mereka. Golongan PARIAH inilah yang menyapu sampah, mencuci tong tahi, penoreh sebelum dan selepas merdeka. Tetapi generasi  ke3, ke 4 dan ke5 golongan PARIAH ini telah berubah. Kini keturunan PARIAH ini telah menjadi jutawan, membawa kereta mewah dan rumah bertingkat-tingkat. Ada yang sekarang menjadi peguam, Arkitek, Akauntan dan sebagainya. Golongan ini yang dulu dijatuhkan ke kasta yang paling rendah iaitu PARIAH sudah setanding dengan kasta yang lebih tinggi daripada mereka. Mereka boleh duduk semeja dengan kasta BRAHMIN, KHASATRIA dan VAISHYA. Ini adalah kerana golongan PARIAH ini sudah menjadi peguam, doktor and sebagainya (pejabat sama dengan orang kasta tinggi).

Oleh itu, kaum India diMalaysia harus bangga dengan gelaran PARIAH kerana di Malaysialah mereka boleh jadi setaraf kasta yang lebih tinggi dari mereka. Jika mereka tidak dibawa Tanah Melayu maka generasi ke3, ke4, mahupun generasi ke100 pun masih kasta PARIAH yang kerjanya hanya sekadar mencuci jalan, menoreh dan sebagainya di India.

Oleh yang demikian, kaum India di Malaysia patut berasa bangga dan ikut pepatah melayu "jangan kacang lupakan kulit". Mereka harus berbangga dengan gelaran PARIAH kerana PARIAH di Malaysia sekarang amat berbeza. Jika kacang lupakan kulit dan malu pada asal usul kaum sendiri maka hancurlah generasi golongan itu. Golongan PARIAH yang telah dibawa oleh British ke Tanah Melayu telah menikmati segala rezeki di Tanah Melayu tidak berkongsi dengan golongan sendiri kerana sebagai peguam, arkitek dan sebagainya, mereka automatik naik taraf kasta mereka tanpa memandang ke belakang untuk membantu generasi mereka. Kita boleh lihat Majlis Peguam atau Bar Council di mana golongan inilah yang menerajuinya tetapi adakah mereka membela golongan mereka. Jawapannya tidak! Mereka hanya melandaskan perjuangan kepada hak asasi manusia (Human Rights) dan langsung tidak peduli golongan PARIAH walaupun mereka adalah golongan tersebut suatu ketika dahulu.

NOTA: Minta maaf kepada kaum india kerana mengunakan perkataan PARIAH dalam article ini tetapi tujuannya adalah untuk mengaitkan sejarah TANAH MELAYU dengan kedatangan kaum India ke TANAH MELAYU dan tiada langsung niat-niat yang negatif dalam pengunaan perkataan tersebut.

Wednesday, January 12, 2011

Dr Khir Toyo menyerah balik gelaran Dato Seri.

Hari ini, Dato Seri Khir Toyo telah memulangkan pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri. Maka beliau hanya mahu mengunakan nama beliau iaitu Dr Khir Toyo dan telah mengarah media cetak dan media elektronik supaya jangan mengunakan Dato Seri pada namanya dalam artikle-artikle pada masa hadapan. Dibawah adalah petikan daripada blog Dr Khir Toyo:

..... Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung....

Darjat dah dipulangkan kerana taknak mengaibkan darjah kebesaran negeri. HAH! Buangkan juga gelaran Dr tu, kerana ia mengaibkan juga Doctor-doctor lain yang mendapat rezeki HALAL. BUAT malu UMNO aje pemimpin sebegini. Yang menyusahkan adalah ahli-ahli biasa seperti kami di PGP. Tak terjawap kami bila di kedai kopi dan dihentam oleh kekawan mengenai khir toyo. MALU UMNO. Walaupun belum didapati bersalah tetapi sebagai pemimpin, sepatutnya kamu tidak langsung di aibkan dengan rasuah. Khabar angin dan propaganda adalah darah daging dalam politik tetapi jika agency kerajaan melalui SPRM mendakwa anda menyalahi guna kuasa dan rasuah, maka ianya bukan lagi khabar angin ataupun propaganda.

MALU MALU MALU KAMI DIBUAT EN.KHIR TOYO! Seelok-eloknya En khir patut dibuang UMNO sebab menyusahkan ahli-ahli biasa. KHIAT PUIH! KAHAK PEKAT PATUT DI LUDAH KE HIDUNG PLASTIK TU!

SPRM juga patut check muka En Khir. Di mana dia dapat duit untuk buat muka baru. Kulit jadi putih dan hidung jadi mancung. Mana ada orang Jawa hidung mancung! Mana dapat duit buat plastik surgery. Gaji Menteri Besar tak mampu la. Mana boleh tempe buat kulit putih. Dah le diabkan dengan rasuah, menipu lagi.Hai, MALU UMNO.....

BAHAN BUKTI UNTUK SPRM:
(SEBELUM TEMPE)


(SELEPAS TEMPE)

Ini bahan bukti untuk tatapan SPRM supaya dimasukan kertas siasatan baru iaitu mana En Khir dapat duit beli tempe banyak-banyak untuk mengubah wajahnya.

Siapa kata Pesekutuan menyekat pembangunan di Kelantan?

Jika kita pergi Negeri Kelantan kita dapat rasa perbezaan negeri itu dengan negeri-negeri lain dari segi pembangunan. Rakyat agak mundur dan bandar serta kampung-kampung di Kelantan adalah seperti Malaysia 30 atau 40 tahun yang lalu. Tiada perubahan.

Seperti biasa bila di tanya tentang perkara ini, kadang-kadang tak ditanya pun, si melayu berpakaian seperti Arab tu akan cakap Negeri tak membanggun kerana peruntukan persekutuan di sekat oleh kerajaan Persekutuan iaitu kerajaan Barisan Nasional.

INI ADALAH SATU PENIPUAN BESAR YANG KELUAR DARI MULUT NIK AZIZ.

Terdapat tiga bentuk pemberian kewangan dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Ianya seperti berikut,
  • Pemberian seperti yang termaktub dan disyaratkan di dalam Perlembagaan  Persekutuan.
  • Pemberian seperti yang termaktub di dalam undang-undang negara.
  • Pemberian di dalam bentuk bantuan yang diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara (MkewN) atau oleh Kerajaan.

Pemberian yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan merangkumi,
  • Pemberian mengikut kepala yang dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 9(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Ia juga dipanggil ‘Capitation Grant’ dan wang ini diberi terus kepada Kerajaan Negeri. Dalam konteks Kelantan, duit peruntukan ini masuk terus ke akaun Kerajaan PAS Kelantan dan nasi dan air yang dibeli oleh Nik Aziz menerusi duit gajinya datang dari wang geran ini. Duit gaji Menteri Besar Kelantan untuk membesarkan anak-anaknya juga datang dari duit ini. Dari tahun 2006 hingga 2010, Kerajaan Negeri Kelantan telah menikmati tidak kurang dari RM100 juta wang dari "Capitation Grant"!
  • Perlembagaan Persekutuan juga menuntut Kerajaan Persekutuan memberi Road Grant kepada setiap negeri. Pendek kata, sebahagian dari wang cukai jalan yang di bayar oleh adik, kakak, mak dan ayah kita di Kelantan telah dipulangkan balik terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelenggara jalan-jalan negeri.
Pendek kata, kontrak menurap jalan yang pimpinan Kawasan PAS Kelantan itu asyik dapat datangnya dari wang ini yang diperuntukan di bawah Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
  • Setiap kali Negeri Kelantan membentangkan bajet defisit atau bajet yang memerlukan duit belanja lebih dari duit yang negeri ada, Kerajaan Pusat jugalah yang terpaksa menanggung mana-mana duit yang tidak ada itu. Sejak dari tahun 2006 hingga 2010, Kerajaan Persekutuan telah memberi terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak hampir RM300 juta bagi memastikan Kerajaan Negeri Kelantan terus tidak bangkrap dan Nik Aziz terus mendapat gaji dan elaunnya.
Terdapat sembilan jenis bantuan kesemuanya yang diberi kepada setiap Negeri dan dari tahun 2006 hingga 2010. Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima sejumlah RM2 billion.

Oleh itu, siapa kata Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan kewangan kepada Kelantan. Di sebabkan itu, Kelantan mundur. Pada 2009 MB Kelantan ini telah dikejar ke IJN kerana darah keluar dari mulut. Selepas di periksa maka diketahui penyebab darah di mulutnya. Ia disebabkan darah dari sushi yang di makan di Persidangan Majlis Raja-Raja pada siang hari itu. Kalau benar-benar darah, Nik Aziz harus bertanya pada dirinya apakah itu berlaku kerana dia terlalu banyak menipu sedangkan dia dijual sebagai Ulama’ yang menginspirasikan banyak pihak?

Sebenarnya, PAS dan Nik Aziz mahukan Kelantan agar terus mundur. Apabila negeri mundur maka rakyat mundur juga dari segi kewangan. Kehidupan rakyat akan seksa diakibatkan duit tak ada. Dengan keseksaan hidup yang agak daif kerana punca kewangan yang tidak tetap (kais pagi makan pagi) maka mudahlah PAS mengikat rakyat kepada isu kebahagian di akhirat kelak. Setiap ucapan Nik Aziz mesti di selit kata-kata..." duit takde untuk membangun kerana disekat Kerajaan Persekutuan maka hidup seharian adalah pinjaman oleh itu kita tunggu kebahagiaan di akhirat kelak. Undi lah PAS, masuk syurga kita akan bahagia di akhirat." Kebanyakkan peniaga-peniaga kecil dan runcit di Kelantan, setelah bekerja membanting tulang lebih 30 tahun, terpaksa setelah bersara, hidup di dalam kemiskinan.

Betul kita akan bahagia di akhirat jika mengamalkan hukum-hukum Allah S.W.T. Tetapi tidak semestinya undi PAS masuk syurga. Islam tidak menyeru umatnya untuk tidak berkembang dan hidup seksa di dunia.

Inilah politik dalam pembangunan di Negeri Kelantan. Segelintir rakyat Kelantan seolah-olah menjadi takut kepada pembangunan kerana bertahun-tahun minda mereka dibancuh dengan menyamakan pembangunan dengan korupsi dan kronisme. Pembangunan menjadi sesuatu yang jijik. Pembangunan menjadi jalan besar ke neraka jahanam.
(.......Dari tahun 2007 hingga 2009, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian dan Agensinya di Kelantan telah membelanjakan sejumlah RM12 billion di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Duit inilah yang sebenarnya menjana ekonomi Negeri Kelantan dan bukan bajet tahunan Kerajaan Kelantan yang sering tidak lebih daripada RM400 juta setahun. Itupun dengan defisit berpuluh-puluh juta setahun.
Bahkan anggaran pembangunan Kerajaan Persekutuan tahun 2011 untuk setiap negeri terus menyaksikan negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang tetap menikmati imbuhan yang cukup tinggi. Kelantan contohnya menerima imbuhan pembangunan lebih lima kali ganda daripada yang diterima oleh Negeri Melaka. Negeri Kedah terus menerima imbuhan pembangunan Persekutuan berjumlah RM2 billion dan setanding dengan negeri  tumpah darah Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Peruntukan yang diberikan kepada Kedah juga lebih tinggi daripada yang diterima oleh Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.......dipetik dari rakan bloggers.)

Permainan politik PAS yang memesongkan Islam supaya rakyat terus mundur telah digunapakai bertahun-tahun. Minda 2, 3 generasi di Kelantan telah di isi dengan interpritasi Islam yang dipusing oleh Nik Aziz. Di Kelantan, pemilik pokok durian akan berkata " syukur berkat doa Tok Guru maka berbuah pokok durian tahun ini". Pokok berbuah pun di sebabkan Tok Guru dan bukan rezeki Allah S.W.T.

Tuesday, January 11, 2011

Strategi M.C.A kearah yang betul.

Presiden MCA telah menukar stategi MCA dengan mengatakan bahawa MCA akan memberi peluang kepada calon-calon muda di dalam PRU13 jika calon-calon tersebut berpotensi untuk menang. Ini bermakna, golongan pemimpin muda akan diberi peluang menjadi calon. Ini adalah satu langkah yang menuju ke hadapan buat MCA. Soalannya, bila UMNO akan ikut?

Didalam UMNO, pemilihan calon mahupun dalam pilihan raya ataupun pemilihan party berdasarkan amalan hierarki. Pertama yang dipertimbangkan sebagai calon PRU ialah Ketua Bahagian (KB). Kalau KB tidak memenuhi aspirasi kepimpinan UMNO maka Ketua Wanita (KW) di pertimbangkan dan begitulah dasar hierarki. Maka seterusnya, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri dipertimbangkan jika KW tidak memenuhi aspirasi kepimpinan. Formula ini diguna pakai sejak sekian lama di sebabkan calon yang dipilih mengikut merit pemimpin party atasan dan bukan mengunakan merit rakyat.

Pada PRU12 yang lalu dimana kita lihat kebangkitan DAP dalam arena politik Malaya....opppps....Malaysia. Ini adalah kerana faktor calon yang telah mereka letak untuk berentap dengan calon MCA dan Barisan Nasional. MCA (pada masa itu masih mengunakan system hieraki) telah tewas banyak kerusi kepada DAP. Pada masa itu, DAP telah meletakan calon muda yang nampak efisyen (walaupun sebenarnya tidak efisyen) dan menonjol di dimata rakyat. Mereka mempunyai idea-idea yang selari dengan aspirasi pengundi-pengundi muda cina.

Secara purata, banyak calon-calon UMNOusianya melebihi 40 tahun berbanding calon-calon DAP. Sedangkan DAP serta PKR yang menguasai kawasan bandar dan mendapat tempat di kalangan generasi baru di kawasan-kawasan yang tradisinya adalah ‘tabung’ UMNO, menampilkan calon-calon yang berusia bawah 40 tahun. Calon-calon DAP yang muda dan nampak efisyen ini adalah seperti Jeff Ooi, Tony Pua,Hannah Yeoh dan Jenice Lee (sekadar beberapa nama) telah diletakan sebagai calon dan menang.

MCA sedar akan perkara ini, maka Presiden MCA Chua Soi Lek telah mengubah strategy dan akan memberi peluang kepada calon-calon muda. System hierarki dibuang sama sekali.

Kita kena faham bahawa lebih kurang 60% pengundi adalah generasi muda. Maka, aspirasi mereka amatlah berlainan dengan orang-orang tua. Menteri pertanian contonnya, tidak boleh membuat kenyataan yang tidak masuk akal apabila harga barang naik. Bila harga bawang naik, menteri tua ni akan mengeluarkan kenyataan "tanamlah bawang sendiri". Golongan muda sekarang tidak tahu bagaimana hendak menanam bawang walaupun menanamnya di belakang rumah. Aspirasi golongan muda bukan nak bercucuk tanam tetapi hendak tahu bagaimana kementerian dapat membantu mengawal harga bawang. Bukannya suruh pi tanam  bawang. Lagi contoh ialah menteri multimedia (maaf DS Rais ye). Dalam usia yang tua, mana le dia tahu tentang dunia animasi dan internet. Lagi satu contoh ialah dunia laman sosial seperti twitter, facebook dan sebagainya. Kalau kita mengikuti twitter, twit dari tokoh politik UMNO seupama tidak ikhlas. Apabila dibaca twit mereka, kita dapat rasa bahawa bukan tokoh tersebut yang membuat kenyataan secara peribadi tetapi pegawai khas beliau yang menaip. Tetapi pemimpin-pemimpin muda seperti Khairy Jamaluddin, Mukhriz (sekarang dah tua le, rambut pun takde) akan mengendali twitnya sendiri tanpa pegawai khas atau pihak ke3 untuk menaip. Inilah yang dikatakan aspirasi pemuda.Oleh itu, UMNO kena berubah. Pemimpin tertinggi UMNO mesti keras menangkis pelobi-lobi dan "warlord-warlord" yang merakuskan kuasa tetapi perkhidmatan hancur. Dengan cari ini sahajalah dapat UMNO bertahan. Pengundi  salih berganti, yang muda akan bertambah dan yang tua akan berkurangan, atau seperti di Jepun, yang muda berkurangan berbanding yang tua. Maka UMNO perlu bijak mengikut peredaran zaman. Budaya lapuk tidak boleh diguna pakai memandangkan golongan pengundi muda tidak boleh terima budaya tersebut. Adakah UMNO ingin melihat rakyat menolak UMNO lagi? PRU12 adalah amaran rakyat kepada UMNO.

OLEH ITU, PGP MENYERU AGAR UMNO BERUBAH DAN BERI PELUANG PADA GOLONGAN MUDA SEBAGAI CALON PRU13. UMNO DULU, KINI, SELAMANYA. JANGAN DISEBABKAN TEKANAN DARIPADA "WARLORD-WARLORD" YANG MERAKUSKAN KUASA SLOGAN "DULU, KINI DAN SELAMANYA" HANYA TINGGAL "DULU".

Thursday, January 6, 2011

Dalang Kemelut Kerajaan Selangor dan Istana.

Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim adalah Ahli Parlimen Bayan Baru. Beliau telah keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen bebas setelah menyedari perjuangan Anwar Ibrahim telah pesong dari perjuangan asal dan kini Ketua Umum itu berjuang berlandaskan gila kuasa untuk menjadi Perdana menteri sehingga mengorbankan kaum sendiri untuk mencapai matlamat peribadi beliau.Sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain tahu apa yang berlaku dinegeri sendiri iaitu Pulau Pinang dan inilah kenyataan media beliau mengenai kemelut yang sedang berlaku di negeri Selangor......

Kenyataan Media
1. Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi adalah satu helah politik. Matlamat utama Pakatan Rakyat adalah untuk mencetuskan detik permulaan krisis Perlembagaan di Malaysia.
2. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hanya ‘menurut perintah’ Tok Dalang dari Pulau Pinang yang dibantu oleh pakar undang-undang dari sebuah pulau “yang dahulunya milik Negeri Johor’.
3. Jika dibuat analisa ringkas, isu perlantikan Khusrin dan kedegilan untuk meminda Perlembagaan langsung tidak menguntungkan pihak Menteri Besar. Lagipun Pakatan Rakyat tidak mempunyai majority 2/3 di Dewan Undangan Negeri untuk membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan.
4. Ini hanyalah helah terancang Tok Dalang dari Pulau Pinang. Saya rasa tindakan menghina Istana dan seterusnya mencetuskan perasaan bencikan Institusi Raja-Raja Melayu seperti yang diunjurkan di Selangor mempunyai implikasi yang lebih besar.
5. Selepas ini mungkin Pulau Pinang, yang diterajui Setiausaha Agong DAP yang amat berkuasa, akan meneruskan agenda ini dengan meminda Perlembagaan / Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
6. Bukan sahaja Kerajaan Lim Guan Eng mempunyai majority 2/3 di Dewan Undangan Negeri malah Pulau Pinang juga tidak ber-Sultan.
7. Tuan Yang Terutama Ketua Negeri Pulau Pinang tidak mungkin dapat meraih sokongan padu rakyat sepertimana yang di-nikmati Raja-raja Melayu. Ini akan mempermudahan agenda untuk mencetuskan Krisis Perlembagaan.
8. Saya amat risau dengan perkembangan ini dan berharap agar seluruh tenaga dan kuasa politik orang Melayu di-gembelengkan untuk mengelak orang Melayu daripada “di-jajah sekali lagi”.
9. Saya juga berharap agar pihak Menteri Besar Selangor dan pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri Selangor sedar akan mainan terkutuk puak chauvinis dalam DAP untuk menghakis kedudukan Raja-Raja Melayu.
10. Perkembangan seterusnya kemelut diSelangor ini akan membuktikan wujudnya suatu ‘Perjanjian Syaitan’ untuk memisahkan Pulau Pinang daripada Tanah Melayu, sepertimana kita kehilangan Singapura

      (Distrust and ideological differences between leaders of the State of Singapore and the federal government of Malaysia resulted in frequent disagreement in politics, economic, financial and social policies. The conflict spread to the populace, resulting in major racial riots in 1964 in Singapore. In 1965, Malaysian Prime Minister Tunku Abdul Rahman decided upon the expulsion of Singapore from the Federation, leading to the Independence of Singapore on 9 August 1965. – Wikipedia.)

11. Berwaspadalah sebelum Perjanjian Syaitan menjadi kenyataan.

Daulat Tuanku!

Terima Kasih,

Zahrain Mohd Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru